TIPS SELFIE PELBAGAI GAYA

Assalamualaikum.



Masa raya baru ni i kerap upload gambar #ootdraya kat insta. Pastu selalu i dapat soalan orang tanya 'siapa jadi mangsa kena ambil gambar you?' Haha. Okay i nak bagitahu rahsia i selfie pelbagai gaya tu macam mana. Kalau tengok gambar kat atas ni mesti korang ingat ada orang yang jadi mangsa cameraman tanpa gaji i kan. No...no...



Jawapannya, tara!! Mini tripod ni i beli kat kedai serbaneka Eco RM2 tu tau.. So sekarang i dah tak stress mintak tolong orang ambil gambar pastu angle tak cantik lah, gambar blur lah, lighting tak terang dan berbagai lagi masalah selfie yang lain. Haha.



Selain tripod, i juga perlukan monopod yang juga dibeli di kedai RM2 ni, lagi-lagi bila group selfie. Hah yang ni i percaya kebanyakan orang ada benda ni untuk bergambar alar-alar hollywood kan. Giteww....



So cara i untuk ambil gambar adalah dengan memasang siap-siap smartphone tadi di tripod, then pacaklah atas tanah ke, celah pokok ke, tepi tiang ke. Nak angle cantik pandai-pandai adjust kaki tripod tadi sebab dia besi yang lembut. 



Gambar ni i guna teknik pacak tripod tadi kat celah batang pokok kelapa sawit, then set front camera 3s, lepastu amik potrait mood, and palm detector. Bila camera dah jalan, kita possing lah berbagai gaya. Hah gitew...



Jadi dengan adanya tripod dan monopod ni, i dah tak risau lagi nak bergambar tanpa bantuan orang sekeliling. Sekarang apa yg penting adalah macam mana kita nak posing dalam keadaan paling kreatif gitew.



Percaya tak gambar ni diambil dengan cara i pacak tripod tadi atas kereta bapak i? Hahaha. Janji boleh kan? 




See? Palm detect, 3s camera on than...that's it!! Nasib baik Vivo ni kamera dia cantik, pakar selfie anda sangat kan? 



Ootd Raya kedua: 

pacak tripod di celah pokok sawit



Ootd raya ketiga:

Pacak tripod di celah batu tepi kolam



Ootd raya keempat:

Pacak tripod atas bonet belakang kereta



Ootd raya kelima:

Pacak tripod atas hood depan kereta



Ootd raya keenam: 

Pacak tripod atas meja office


Hah amacam? Cantik kan gambar? Kalau rasa berguna tips ni bolehlah ramai-ramai pergi cari tripod kat memana kedai Eco atau kedai gajet yang berdekatan okay. Huahuahua.


SELAMAT MENCUBA!


Thank you for reading!

View my instagram via lurve_aloevera

TAMAN REKREASI GUNUNG LANG IPOH

Assalamualaikum.

You guys pernah dengar tak kat mana ada air terjun buatan manusia tertinggi kat Malaysia? Haaa, jawapannya adalah di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh! Perjalanan 5km daripada bandar Ipoh, korang boleh nampak taman rekreasi ni tepi jalan jer. Tarikan utama taman rekreasi ni adalah air terjun buatan dengan 3 buah tasik buatan, kalau datang sini serius tak mengecewakan.


Tasik buatan ni bukan untuk bergambar je tau, kat sini ada bot lagi untuk tourist datang amik angin.  Harga tiket bot pun murah giler, untuk tiket dewasa cuma RM3.00 sahaja. Then Kids dengan warga emas tiket bot adalah RM1.50. Pastu tourist berpeluang untuk sight seeing atas tasik buatan yang airnya hijau ni.




Dan bila korang tengok dalam tasik buatan ni, jangan terkejut kalau nampak banyak sangat ikan keli afrika besar-besar peha berenang-renang tepi jeti mintak simpati pengunjung nak makanan. Hahaha. Walaupun belakang rumah i kat Pahang sana ada kolam ikan, masa tengok tasik ni pun rasa teruja giler sebab ikan dia besar sangat.


Jadi inilah jeti nak ke bot-bot tadi. Bila sampai closing hour, pagar jeti ni akan dikunci untuk mengelakkan kids main ket kawasan bot tanpa kebenaran. Asyik tasik jer, mana air terjunnya??


Percaya tak kalau i kata air terjun buatan ni muncul daripada atas gunung ni then ada kolam tadahan kat bawah ni? Haaaa, sayangnya masa kami datang dah petang sangat, bot pun dah tutup then air terjun pun tak ada. Hahaa. Jadi ini view kalau tak ada air terjun okay?


Jadi ini adalah kolam di mana tempat air terjun tadi jatuh. Kat sini kalau senja siket banyak sangat sedara mara kera datang selongkar tong-tong sampah cari makanan. Jadi kena hati-hati okay. 


SUMBER: www.triphobo.com 

Kalau ada air terjun, macam nilah view dia. Mesti korang tak percaya kan? Serious, memang cantik. Dah nama pun buatan, jadi lantak dia lah nak muncul dari atas gunung ke, bawah pokok ker, dalam tasik ke. Hahaha. 


Selain tasik dengan air terjun, apa lagi yang ada di Taman Rekreasi Gunung Lang ni? Haaa, ada lagi guys. Ada tempat rehat, restoran, playground, orchid farm, dan tempat ternakan ostrich lagi.


See? Playground dia unik kan? Nasib baik ramai orang time tu, kalau tak i join dah buat fear factor kat sini. Hahaha.





Cantik kan? Kalau nak bergambar alar-alar tasik obesea boleh lah datang singgah tempat ni alang-alang dah sampai ipoh tu. Sambil-sambil scroll tu bolehlah klik link-link sumber gambar yang i dah attach sekali tu untuk story dan review tambahan k. Jadi kalau ada yang berminat, bolehlah datang visit tempat ni. Masuk dan parking adalah percuma. Nak naik bot kena bayarlah, semua nak free lemak nampak? Hahahah.


TAMAN REKREASI GUNUNG LANG
Isnin- Ahad:
8.30am- 6.00pm




Thank You for reading.
View my instagram via lurve_aloevera


TAIPING LAKE GARDEN

Assalamualaikum.

Taiping Lake Garden, siapa pernah dengar? Taman yang cantik ni dalam 5 minit jer daripada Zoo Taiping, serious cantik. Taman ni dibina kat atas lombong bijih timah terbiar taw, and taman ni juga adalah taman awam pertama yang dibina di tanah melayu kalau nak tahu. Usually orang datang untuk riadah, picnic dan ambil gambar. Dah lah free, lepastu tempat dia pun luas, bersih dan cantik.


Gambar kat atas ni view sebelah kiri i. Sekali tengok konsep dia alar-alar filem Cina zaman dedulu kan? Siapa sangka Taiping Lake Garden ni merupakan salah satu taman tertua di Malaysia sejak zaman penjajahan British lagi you alls.. Tepi jalan taman ni banyak sangat pokok angsana yang tinggi-tinggi, then permukaan tanah semuanya rumput hijau rapi dan berbukit-bukau siket. 


Manakala di sebelah kanan pulak adalah tasik yang dipenuhi dengan pokok-pokok teratai. Kalau musim bunga ni mesti cantik giler, tenang sangat suasana kat sini walaupun ramai orang datang. Jadi demi keselamatan bersama, tepi tasik ni dah dipagar dengan pagar besi siap-siap untuk mengelak kemalangan berlaku.


 Selain tumbuh-tumbuhan di sini yang menjadi tarikan, kat sini jugak banyak taw burung-burung bangau dengan kera berkeliaran. Jadi for those yang bawak kids datang tu hati-hatilah especially time dekat senja, penuh kera main-main kat atas jambatan cantik ni. 



Haa amacam? Cantik kan? Dengar citer ada 10 tasik lagi kat dalam ni tau, so bolehlah pelan-pelan explore kawasan ni, pastu alang-alang dah sampai boleh masuk Zoo Taiping terus. 

Untuk tengok review lain boleh klik link kat bawah ni, okay?









Thank you for reading.
View my instagram via lurve_aloevera

FUNTASY HOUSE OF TRICK ART IPOH

Assalamualaikum.

Salah satu tempat menarik yang korang boleh visit kalau datang Ipoh adalah Funtasy House of Trick Art Ipoh. Kalau ambil grab, dalam 5 minit sahaja daripada Ipoh Boutique Hotel. Muzium ni dekat shop lot, jadi you guys kena tengok signboard kedai betul-betul sebelum masuk okay. 



Since tempat ni adalah muzium, jadi of course ada ticket masuk. So untuk local adult harga tiket RM15 and kids RM10. Kat kaunter nanti dia orang akan bagi plastik untuk kita isi kasut dan disimpan dalam rak sebelum masuk muzium untuk bergambar.


Daripada langkah pertama korang masuk, akan ada staff muzium yang akan guide visitors untuk bergambar macam dalam sample gambar yang dia orang tampal kat tepi backdrop. Jadi kalau tersenget ke, nampak fake sangat ke, dia orang akan betulkan.




Pastu kalau korang datang alone macam i hari tu, staff muzium tu akan follow korang dan ambilkan gambar di setiap lokasi. The best part is, siap ditunjuk demo untuk kita macam mana nak berlakon sebelum amik gambar. Kalau datang weekdays seronok lah sebab tak payah take turn lama-lama nak bergambar setiap backdrop. Kalau public holiday, memang beratur lah cerita dia nyah...


Dalam banyak-banyak backdrop, i rasa kat sini paling scary. Tempat ni dibuat khas dalam satu bilik, cahaya pun malap jer, then ada backdrop macam tempat kena hukuman sebat, kena pancung, kena kurung dalam cage, kena hukuman gantung. Paling nampak real tu ha usus terburai atas papan tu. Yukk!



Pastu ada pulak area backdrop yang penuh dengan flora dan fauna. Ada yang macam tengah panjat pokok bean macam dalam cerita Jack, ada yang macam kena kejar dengan sotong kurita macam dalam cerita pirate of carrabean, dan beberapa gambaran dalam cerita dongeng yang menjadi pujaan kids selalu ditayang waktu school holiday hujung tahun atau krismas kat kaca tv. 




Muzium ni 3 tingkat tau, jadi korang explore lah puas-puas setiap segment. Lepas jumpa haiwan-haiwan ni nanti korang akan jumpa tempat alar-alar ahli sihir selalu duduk pulak. Haa, kat sana ada penyapu macam Harry Potter tengah main Quiditch, ada fairy tale, ada tempat yang macam secret chamber penuh longgokan emas, ada macam tenggelam kena telan bumi, dan macam-macam lagi.


So masa korang tengah sibuk bergambar tu, jangan pelik kalau tetiba ada professional photographer yang ambil gambar korang pulak. Itu bukan untuk masukkan muka-muka tampan dan jelita korang dalam majalah sekolah ke apa yea kawan-kawan, nanti sebelum keluar muzium dia oarng akan pujuk you guys untuk beli gambar yang diambil dengan DSLR tadi beserta photo frame. Harga dia charge lagi mahal daripada harga tiket masuk okay. Hahahaha.

Nak tahu maklumat lebih lanjut boleh layari laman web rasmi Funtasy House of Trick Art ni, funtasyhouse.com .


OPERATION HOUR:

Weekdays: 9am- 6pm
Weekend & Public Holiday: 9am-8pm




Thank you for reading.
View my instagram via lurve_aloevera



PUSAT KONSERVASI GAJAH KUALA GANDAH

Assalamualaikum.

Tahun lepas i ingat lagi ajak abah, mama dengan mok de pergi Kuala Gandah tengok gajah. Kalau korang datang dari KL, it takes about 2 hours of driving lalu LPT and masuk simpang Lanchang. Biasa tourist mat saleh akan naik bas KL-Temerloh then mintak turun di Lanchang. Lagi mudah.


10.00am: PENDAFTARAN
Kat area Kuala Gandah ni selain ada gajah, korang akan jumpa jugak deerland dan homestay. Jadi masuk adalah percuma kalau nak ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah ni. Cuma dah masuk tu pelawat wajib mendaftar lah, nanti dapat la sticker.

Source: Instagram #kualagandah

10.30am-12.00pm
So after registration, kita akan masuk kawasan kandang gajah. Jadi kat sini kita boleh bagi gajah makan dan bergambar dari jauh. 

Source: Instagram #kualagandah

Antara gajah dengan visitors memang ada pagar batu tinggi macam ni. Kat sini korang boleh tengok ada gajah yang makan, ada yang nak tidur, ada yang malas nak bangun and letak tumpang kepala atas pagar. Comel sangat kalau tengok gelagat dia orang. Dah la comel mata bulat-bulat bulu mata panjang. Haha.

Source: Instagram #kualagandah

Kat sini akan ada beberapa buah gerai yang jual makanan untuk gajah. Macam i pergi last time merasa lah beli seikat tebu dengan harga RM3. So bolehlah bagi gajah makan and dia akan amik dengan belalai dia.

Source: Insatgram #kualagandah

1.00pm- 1.30pm: TAYANGAN VIDEO
After dah berpeluh-peluh tu bolehlah masuk dalam bilik tayangan video pulak. Kat sini dia macam kat pusat pemerhatian alam taman wetland jugak. Akan ada tayangan dokumentari pasal how PERHILITAN saves the wild elephant untuk dibawa ke pusat konservasi gajah ni. Kalau dibiarkan dalam hutan, 10 tahun lagi tah-tah nasib gajah ni macam dinasour pupus terus. 

Source: Instagram #kualagandah

2.15pm- 3.00pm: ELEPHANT SHOW
Kat sebelah kandang gajah tadi ada 1 kawasan khas untuk pertunjukan gajah. Hah mak mak yang bawak kids tu bolehlah ramai-ramai duduk sini menyaksikan gajah ni buat mini show dengan instructor dia orang. Hehe

Source: Instagram #kualagandah

3.00pm- 4.30pm: MANDIKAN GAJAH
Untuk this activity sahaja visitors kena bayar kalau nak sama-sama mandikan gajah. Kalau ikut dalam website PERHILITAN, bayaran dia adalah RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kids. Itu adalah charge untuk service tour guide untuk mandikan gajah. Pastu 4 orang pelawat untuk mandikan seekor gajah dalam masa 2 minit. Ramai-ramai sangat tak boleh nanti gajah tantrum. Haha

Source: Instagram #kualagandah

Tapi aktiviti mandikan gajah ni bergantung jugak pada cuaca dengan paras air sungai. That day masa i pergi baru lepas hujan, jadi air sungai keruh dan tinggi, so gajah tidur jelah dalam kandang. Haha...Untuk mandikan gajah terhad untuk 100 orang je sehari jadi make sure buat pendaftaran awal okay. Gajah-gajah kita VVIP jadi nak mandi bersama kena buat appointment kau. luls.


So selain kandang gajah, bilik tayangan video, anak sungai dengan gelanggang pertunjukan gajah, korang jugak boleh pergi cafe, surau dan kedai cenderahati. Makanan kat cafe dia sedap dan selesa siap ada board logo gajah kat depan dia. So before balik sempatlah i beli tshirt kuala gandah sehelai buat kenangan. Hehe.


Waktu lawatan:
Isnin- Ahad:
8.00am-1.00pm
2.30pm- 4.30pm

Jumaat: 
8.00am-12.30pm
2.30pm- 4.30pm


Thank you for reading.
View my instagram via lurve_aloevera