Tuesday, 19 November 2013

TIPS BELAJAR SECARA EFEKTIF

Bismillahhirahmannirahim...........


3 PERKARA YANG MESTI DIJAUHI:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
               
                 "Barangsiapa bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan tuhannya. Barangsiapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia, bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barangsiapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya, maka telah hilang 2/3 agamanya." 


"Perbezaan antara orang yang berjaya daripada orang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan ataupun ilmu, tetapi kekurangan kesungguhan dan kemahuan."


IQ bukan segala-galanya. Walaupun ada sesetengah orang yang IQ nya atau dalam kata lain tahap kecerdikannya juga rendah, namun masih mampu berjaya dalam kehidupan, menjadi permata yang berharga di lautan manusia ini.

Persoalannya, BAGAIMANAKAH MEREKA INI MAMPU BERJAYA? semestinya ada rahsia disebalik kejayaan mereka dalam menuntut ilmu. 

Pengalaman aku sendiri, aku lebih percaya kepada EQ yang tinggi mampu menjana lebih kepuasan dalam membentuk kejayaa. EQ atau dengan kata yang lebih mudah, "USAHA" adalah kuasa sesuatu kepandaian. Anda mungkin bukan golongan yang dilahirkan sebagai genius, namun usaha yang gigih dan luar biasa mampu menjadikan anda sebagai individu yang lain daripada yang lain.



Sudahkah anda bertanyakan kepada diri sendiri:

1. Apa yang aku mahukan?
2. Bagaimana untuk mencapai apa yang aku mahukan?
3. Siapa yang boleh membantu aku dalam mencapai apa yang aku mahukan?
4. Bila aku mahu dapatkan apa yang aku mahukan?
5. Dimana boleh aku capai apa yang aku mahukan?


Aplikasikan penggunaan "WH QUESTIONS" seperti selalu kita buat ketika membuat esei bahasa Inggeris. Apa? Bagaimana? Siapa? Bila? dan Dimana? 


Sekiranya masih belum terjawab segala persoalan ini, ayuh mulakan sekarang!!!!

Entry pada kali ini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak tips dalam pembelajaran yang berkesan yang berhak anda pilih untuk melaksanakannya.


TIPS UMUM UNTUK BELAJAR SECARA EFEKTIF:

1. Bina sikap positif dalam diri untuk menjana motivasi diri
2. Kenal pasti potensi diri 
3. Menetapkan matlamat yang realistik dan mengikut kemampuan
4. Membuat perancangan rapi (jadual belajar, jadual peperiksaan)
5. Rancang masa dengan bijak (mengutamakan yang utama)
6. Disiplin masa (tidak menghabiskan untuk perkara yang sia-sia)
7. Mendahulukan perkara yang penting (jangan bersikap pencuri masa)
8. Tabiat di dalam bilik darjah (fokus dan menunjukkan minat yang mendalam)
9. Gunakan perpustakaan dan pusat sumber
10. Sentiasa bersedia (peralatan ke sekolah yang lengkap)
11. Jaga kesihatan (fizikal dan emosi)
12. Mempunyai bahan rujukan tambahan sendiri (kamus, buku rujukan, buku latih tubi)
13. memilih tempat belajar yang sesuai (pengudaraan yang baik,selesa)
14. Pandai pilih kawan (yang minat belajar dan bermotivasi diri)
15. Membuat analisa soalan sendiri (soalan tahun-tahun lepasan, ramalan soalan)
16. mempelbagaikan kaedah belajar (buat nota peta minda, membaca, perbincangan)
17. Manfaatkan kemudahan awam seperti perpustakaan
18. Tidur secukupnya (sekurang-kurangnya 6jam sehari)
19. Sentiasa merujuk kepada guru atau pensyarah 
20. Jangan malu bertanya (di dalam baik di luar kelas)
21. Istiqomah ( usaha yang berterusan)
22. Manfaatkan internet sebaiknya ( mencari bahan rujukan)
23. Menjaga hubungan sesama manusia (ibubapa, guru dan kawan)
24. Menjaga hubungan dengan Allah (solat, jaga aurat, jaga pandangan)
25. Berdoa dan bertawakal
26. Tidak duduk dalam tempoh yang sangat lama untuk membaca (maksimum tidak boleh lebih daripada 1jam)
27. Fokus kepada hanya suatu topik pada suatu masa
28. Duduk dalam keadaan posture badan yang betul( tidak membongkok)
29. Melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru tepat pada masanya, dengan tulisan yang kemas dan betul. 
30. Perbetulkan niat untuk menuntut ilmu (belajar kerana Allah)
31. Tingkatkan motivasi diri dengan perbanyakkan bacaan (semakin banyak kita baca, semakin banyak kita tahu, semakin kita berasa keyakinan diri yang tinggi)  
32. Tanamkan sifat cintakan ilmu pengetahuan
33. Pupuk sifat "Hari ini adalah lebih baik daripada sebelumnya" dalam diri
34. Gagal kini bukan bermakna gagal selamanya
35. Jangan mudah untuk berputus asa dalam mencapai cita-cita
36. Elakkan bercinta monyet sesama di alam persekolahan jika hanya mengganggu pelajaran
37. Matlamat perlu dalam bentuk tulisan agar dapat dilihat setiap hari dan menjadi doa sepanjang masa.
38. Jangan membandingkan diri dengan orang lain (mungkin hari ini rezeki dia, teruskan usaha!)
39. Bersangka baik kepada Allah. (setiap yang terjadi ada hikmahnya)
40. Atasi rasa jemu (belajar untuk kepuasan, bukan paksaan)
41. Sentiasa membuat ulangkaji 
42. Seimbangkan masa belajar dan masa bermain.
43. Banyakkan membuat latihtubi dan nota
44. Ikhlas belajar untuk diri sendiri(bukan mengharapkan ganjaran daripada sesiapa)
45. Bersifat terbuka dalam menerima segala ilmu 
46. Tidak mengumpat guru yang mengajar (keberkatan)
47. Sanggup mengorbankan masa berseronok dan tenaga untuk belajar
48. Tidak mengharapkan hasil yang banyak dengan usaha yang sedikit.
49. Memberi komitmen yang tinggi.
50. Buat habis baik.



Hal-hal yang menguatkan Ingatan dan Memudahkan Hafalan:

- Kesungguhan
- Berterusan
- Mengurangkan makanan
- Sembahyang malam
- Membaca Al-Quran
- Membaca doa sebelum memulakan pembacaan
- Bersugi
- Minum madu
- Memakan beligu dicampur gula
- Memakan 21 buah anggur kering tiap-tiap hari dengan cara dikema
- Memakan makanan yang boleh mengurangkan kahak dan lendir
- Menjaga pandangan 
- Kurangkan bercakap hal yang sia-sia


Faktor yang boleh menyebabkan lupa kepada ilmu:

1. Memakan buah epal yang masam
2. Memandang benda yang disalib
3. Membaca tulisan di nisan kubur
4. berjalan di antara rusuk-rusuk unta
5. Mencampakkan kutu yang hidup ke tanah
6. Berbekam pada pusar kepala
7. Memandang aurat orang lain
8. Sukakan maksiat
9. Mengumpat guru
10. Tidak mengambil sarapan pada waktu pagi
11. Kurang minum air masak
12. Kurang membaca Al-Quran
13. Tidur yang berlebihan



P/S : PELIHARALAH DIRIMU DARIPADA MEMAKAN MAKANAN YANG DIBELI DI PASAR. SEBAB PERLU DIHINDARI KERANA, MAKANAN PASAR LEBIH DEKAT KEPADA KECELAKAAN DAN KHIANAT DAN MENJAUHKAN HATI DARIPADA MENGINGATI ALLAH, JUGA HAMPIR KEPADA SIFAT LALAI.

Makanan yang dibeli dari pasar kurang berkat kerana IA SUDAH DILIHAT OLEH FAKIR MISKIN , SEDANG MEREKA TIDAK MAMPU MEMBELINYA. KERANA ITU SECARA TIDAK LANGSUNG MEREKA MERASA DISAKITI. HAL YANG DEMIKIAN, MAKA SEBAB ITULAH HILANG KEBERKATAN MAKANAN ITU.




RUJUKAN : Belajar cara belajar( Rubiah Aksah & Ong Yea Jing), Plan your work,work your plan cara Islam(Dr. Atha Barakat), Pelajar Holistik(Muhammad Shatar Sabran, Samir Muhazzab Amin, Nordin Jusoh, Shahzool Hazimin Azizam, Wan Mahzom Ahmad Shah, Mohd Nur Adzam Rasdi), Bangkit sebagai pelajar Hebat (Halim Muda), Adab-adab menuntut Ilmu (Syeikh Burhanuddin Al-Jarnuzi)



Gambar semasa aku di Kolej Matrikulasi Pahang 2012/2013. Fav Pic of NNZ.. hewhew~ ^_-..



FOR MORE INFORMATION : 

Facebook : Lurve aloevera / Lurve aloevera-II
Twitter : @Lurve_aloevera
Instagram : Lurve-aloevera
*mind follow me* =D



                                                       Sekian, Terima Kasih.

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...