Friday, 22 November 2013

TIPS ASAS BAHASA MANDARIN

Assalamualaikum w.b.t......

lurvealoevera.blogspot.com
Mandarin speaker- Lurve Aloevera
Ramai kawan-kawan aku baik dari etnik Melayu, India dan bangsa-bangsa lain ,contoh Iban minta aku ajar dia orang bahasa Cina atau sebetulnya ialah bahasa Mandarin. Dan soalan-soalan cipumas seperti "MANA BELAJAR CAKAP CINA? SUSAH TAK BELAJAR? SIAPA YANG HANTAR BELAJAR?" dah biasa aku dengar daripada sekolah rendah lagi.

Jadi untuk memudahkan aku untuk mengajar you allz yang berminat sangat nak belajar bahasa nih, maka..... aku pun buatlah entry nih.... okay? @_@.....

Sebelum tuh, kisah aku .... erm... nak dikatakan pandai sangat cakap cina nih,, tak ada lah. standard vocab aku pun setakat sekolah rendah jer, naik sekolah menengah aku dah agak kecelaruan identiti... haha.. 

Aku start sekolah cina masa umur aku 5 tahun lagi, sampai darjah 6 kat SRJK(C) Kuala Krau, Temerloh, Pahang.. 瓜拉吉挠华小... camni tulisnya... heheh.....sambung, sambung.... okay, kira sempat lah aku ambik UPSR kat sekolah cina. Tahun 2006. Subjek yang aku belajar sepanjang kat sekolah tu, cuma subjek Bahasa Melayu, English dengan Agama Islam jer bukan dalam bahasa Cina. hak lain, macam Muzik, PJ, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Sains, Matematik..... semua dalam bahasa Mandarin. 

Susah ker??? Well,, korang belajar dalam Malay rasa mudah tak? kalau ada yang cakap susah tuh, haaaa... 
nih nak story. aku kat sana 3 ganda susah belajar tau..... Cikgu mengajar dalam Bahasa Cina(BC) , buku teks pun dalam BC, homework ngan exam pun dalam BC. nak buat rujukan pun buku BC, kamus pun guna kamus BC ...giler kau tak susah??

Adik aku sekolah rendah belajar ibarat berlari, aku pulak macam merangkak. haha... tapi at the end, Alhamdulillah... aku berjaya menamat alam persekolahan yang mencabar (tahap Ultraman dah rasenye) dengan cemerlang, gemilang dan terbilang !! yeahhh! =D


Dah... setakat itu jelah perkongsian aku. Lebih-lebih kang lain pulak tujuan entry nih... hew-II.... ^_^





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Objektif : Pada akhir entry ini, pembaca akan dapat :
 Menyebut huruf vokal yang ditukarkan kepada mandarin .
Lebih kefahaman dalam cara penyebutan bersama intonasi yang tepat dan betul.
Mempelajari perkataan asas yang sering digunakan dalam perbualan seharian .


BERIKUT ADALAH KONSONAN YANG MEMERLUKAN PERUBAHAN KETIKA MENYEBUTNYA.

B, C, D, J, K,P, Q, T, X, Z


 Huruf B akan disebut seperti bunyi huruf P.
Contoh :  帮人 (bãng rén) – pang ren
Maksudnya : membantu orang



 Huruf C disebut beserta angin keluar dari mulut ketika menyebutnya .
Contoh : 吃菜 (chi caì) – chi cai
Maksudnya :  makan sayur


.

Huruf D akan disebut sama bunyi seperti huruf T.
Contoh : 答案 (dá àn) – ta an
Maksudnya : jawapan

Huruf J akan disebut sama bunyinya seperti TZ .
Contoh : 讲话 (jîang huà) – jiang hua
Maksudnya : Bercakap


Huruf K disebut seperti ada angin yang keluar dari mulutnya .
Contoh : 可爱 kê aì- ke ai
Makdudnya : comel

Huruf P disebut seperti ada angin yang keluar dari mulut .
Contoh : 拍手 (pai shôu) – pai shou
Maksud : tepuk tangan

Huruf Q disebut sama bunyi seperti huruf C , bukan K .
Contoh : 请问 (qîng wèn ) – cing wen
Maksud : tumpang Tanya


Huruf T disebut beserta angin .
Contoh : 他们 (tã mén) – ta men
Maksud : mereka

Huruf X disebut sama bunyi seperti huruf S atau SH .
Contoh : 大学 (dà xúe) – da shue
Maksud : university
Contoh : 谢谢 (xìe xìe) – sie sie
Maksud : terima kasih


Huruf Z disebut sama bunyi seperti huruf CH dan TZ.
Contoh : 写字 (xîe zì) – sie tzi
Maksud : menulis





Itu sahaja perkongsian yang termampu... Next time kalau aku rajin aku post ayat-ayat perbualan dalam mandarin bersama translation BM pulak. Dan kalau aku rajin lagi, aku buat video clips Mandarin tutorial upload kat you tube...okay?hehe..... (^_^)...








FOR MORE INFORMATION : 

Facebook : Lurve aloevera 
Instagram :http://instagram.com/lurve_aloevera


   
不要认为自己没有用, 不要让自己坐在那边看天空。
如果你一点都不愿意动, 还有谁可以帮助你成功。


THANK YOU FOR READING. (@_@)....




2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...