Tuesday, 27 May 2014

LIFE AS A DEGREE STUDENT


Assalamualaikum...

Hye uolls! Lama sudah aku tak update blog ni. Orang buat blog, aku pun nak cuba-cuba lah buat blog jugak kan. kot-kot ada bakat terpendam. muahahaha..... Okay guys! Ini mungkin last post aku untuk semester nih.... Banyak sangat suka duka yang dah aku harungi sepanjang Februari sampai nak masuk Jun 2014 ni. Gelak tawa air mata semua ada. Sejujurnya semester ni lagi tough daripada last sem. Dalam kesibukan belajar sebagai seorang mahasiswi, aku juga tak lari daripada masalah-masalah peribadi yang lain. Jom-jom aku nak share sikit ketabahan aku sepanjang menjalani hidup kat UPM yang tak seberapa nih... hehe.... ^_^

MMRKOBUPM at Country Height Resort, kajang
Dalam entry ni, aku nak share sikit lah kan pengalaman aku. Dalam tempoh beberapa bulan ni dah macam-macam tempat aku pergi, macam kem kepimpinan PEWARIS, rock climbing at Putrajaya Challenge Park, Night of classy counselor at Tasik Idaman, Mini karnival kaunseling, Retreat KARISMA KEBANGSAAN di Pulau Perhentian, Field trip to Galeri sri perdana dan istana lama negara, Jejak Mahasiswa ke Parlimen- Dewan rakyat, MMRKOBUPM at Country height resort, Kajang, Misi gelandangan " Dapur Street CR Team" sekitar Pasar seni-Masjid Jamek, pusing-pusing Universiti Malaya, Perkhemahan kembara dan eksplorasi Sungai Sedim Jeram, Kedah, and fasilitator Kem kepimpinan pelajar di Dusun eco resort, Pahang.



Bersama senior-senior KOB UPM....

Prepare untuk buat persembahan MMRKOBUPM . nyanyian lagu cina yang tak seberapa. haha..

Sempena Majlis Makan Malam Rasmi Kelab Outward Bounders UPM, aku pom buat lah satu persembahan khas nyanyian lagu dalam bahasa Mandarin. hehew... bapak malu! Lama giler aku tak gi berlatih menyanyi-nyanyi ni. Busy-busy. Tapi dah tak ada pilihan kan? So naik jelah stage. =P



Perkhemahan kembara dan eksplorasi Sungai Sedim, Kedah.

Hihoooo... Jangan pandang rendah aku okay? Tengok gambar di atas!! Makan atas jalan pun aku boleh. Outdoor ke, indoor ke... semua aku sapu. Seriously best! Dapat mandi air terjun, pergi tree top walk, camping 3 hari 2 malam. Penat.... Ada aktiviti explorace, LDK, pertandingan memasak....


 


Excited muka semua nak pergi Tree Top Walk at River Creation Park. Bayaran untuk dewasa RM10, kanak-kanak RM6. Panjang lah jugak bila naik kat atas nanti. 950m panjang, dah lah sebelum nak sampai tu kena daki bukit bukau dulu. 3 ekor pacat aku kena sepanjang ke sana. Menjerit-jerit minta tolong. hahahaa.....





Tree top walk.


   

Cantik kan gambar nih?? tapi silap tining tak kena. Banyak sangat kamera masa tuh, tak tahu mana nak pandang. Last2 tak ada muka aku dalam kamera bebudak nih... -_-!

                                                                                                                                               
Community Service at perkampungan sungai Sedim. Penat mengecat rumah...
Yang ni kami pergi buat Community Service , cat rumah orang. Habis comot lepas balik.. hehe.... But overall, we still had fun! Dapat pulak mak angkat baru kat sana... hik3. Lagi best tiba-tiba ada budak 3 orang datang cakap, "AKAK NIH KENAPA COMEL SANGAT?" hahaaa... comeyl ke aku?? Well, bukan aku yang kata okay? =P *perasan kejap*


Misi gelandangan "Dapur Street CR Team"

On our way to Pasar Seni. Pengarah aktivitinya ialah abang Ruzaimie kita, yang pakai cap tuh. Aku ikot jer. Agih-agihkan makanan dan air minuman kepada orang-orang yang homeless ni. Kesian aku cakap... Ada siap bawak cucu lagi, orang nyanyuk sesat dari rumah kebajikan, yang merantau.. Tak putus-putus ucapan terima kasih kami dapat. Rasa macam nak nangis jer. Kalau lah aku mampu, nak jer aku bina 1 rumah untuk dia orang... Sedih.....

 Gambar ni dekat KTM Serdang. Kami adalah bakal KAUNSELOR. budak-budak SOCIAL-ENTERPRISING-ARTISTIC ... tapi hairan. Kod 3 mata Holland aku bukan SEA, tapi INVESTIGATIVE-SOCIAL-ENTERPRISING. hahaaaa.... it's okay. Aku kan suka jadi lain daripada yang lain.... =D


Retreat KARISMA Kebangsaan at Pulau Perhentian.

Kelab Rakan Siswa Malaysia (KARISMA). Yang ni lagi syok! 4 hari dekat sana, ditanggung oleh JASA. Ada yang dari UM, UiTM, Unisza, UPSI, UNITEN and yang lain-lain tak ingat aku. Hahaaa... Aku and 4 orang lagi dari UPM.  Pengalaman paling aku tak boleh lupa, SNORKELING !!! Siapa yang pernah pergi kem dengan aku tahu, aku fobia dengan aktiviti air nih. Menjerit-jerit aku mintak tolong bila kena campak dalam air. Padahal dah pakai life jacket pun. Takutnya macam nak mati lemas jer. Hahaaa.. Tapi apa-apa pun pencapaian paling besar aku kat sini ialah berjaya snorkeling. Even tak jauh macam orang lain, tapi thanks to Amirul Hakimi sebab berjaya atasi ketakutan aku. =)


Lawatan kenegaraan Istana Negara


Selain takut aktiviti air, aku jugak sebenarnya fobia dengan aktiviti yang panjat memanjat ni. Ada sebabnya. But still, aku sahut cabaran dan join aktiviti macam tuh. Untuk atasi ketakutan yang menyelubungi diri. hahaaa....Rock climbing at Putrajaya Challenge Park. Awesome babe!


Rock climbing, putrajaya


Dari sekolah rendah lagi aku memang "HYPERACTIVE" . hahaa.... tak percaya? okay, nanti aku buat special post berkenaan senarai aktiviti yang aku dah join dari sekolah rendah okay? Jangan terkejut, aku still ingat lagi taw setiap event, program, kem, n pertandingan yang aku masuk. Sijil pun aku simpan lagi biarpun dah buruk. Bagi aku itu semua suatu penghargaan atas penat lelah aku selama nih. Complicated kan aku nih? That's what make me different from others actually, and I like to be different from everyone.


Jejak mahasiswa ke PARLIMEN, wakil UPM.


Okay, yang ini pulak program JEJAK MAHASISWA KE PARLIMEN. Bukan program jejak kasih okay? Pun sama macam KARISMA, ada wakil dari Universiti-universiti kat Malaysia. Kami dapat masuk dan duduk dalam dewan negara, dengar menteri bersidang, ada seminar. Antara topik yang dibincangkan masa persidangan ialah isu percatuan air dan sistem penuaian air hujan, masalah penyalahgunaan internet, kemalangan bas yang semakin meningkat , harga getah dan lain-lain. Bosan tapi seronok lah jugak. Senator nak bagi talk bukan senang. 



Bermalam di Akademi Kenegaraan semalaman. Macam heaven! selesa sangat... Abang pakai blezer hitam tu salah seorang MPP UPM. hensemm kan? =P


See......Busy kan aku?? Setiap weekend ada jer program. Program kolej yang aku attend just Fiesta D'K6, FIESTIK "Zeekers", Majlis Anugerah Aspirasi Unggul (AURA), dinner blok.. itu jelah kot.. That's whay merit aku tak cukup, natijahnya buatlah rayuan stay kolej.. Muahahaaa.... =D

Walaupun penat and banyak tenaga dan kos habis, tapi actually knowledge yang aku dapat tu penting. I'm not someone yang suka belajar dari pagi sampai malam terperap dalam bilik macam tu.
Boleh meletup otak aku rasanya. (Hyperbola betol... haha).






Bersama senior-senior kolej......



Persoalan yang selalu aku dapat daripada kawan-kawan bila setiap kali aku habaq "SORRY LAMA MENGHILANG, AKU BUSY... Bla.. bla...bla..." , bila kau study arh?? Bukan setakat kawan-kawan, parents aku pun pening. Hahaaa.... Disebabkan kekangan masa, maka aku study time ada masa senggang. Assignment? ouh, don't worry. Aku bila dapat assignment macam lipas kudung kasi siapkan. Bukan apa, nanti nak gi program lain senang.

How I manage my time management? Seriously kalau korang tak biasa, mesti rasa down gila. Stress, penat, lesu, tak cukup tidur. Itu semua normal. Kita tak kan dapat lari daripada semua tuh. Tapi ada cara untuk kurangkan stress dan penat yang berlebihan sebenarnya. But how?

Apa yang aku buat adalah, sediakan PLANNER. Setiap kali aku dapat invitation untuk program baru, aku terus jot down dalam planner tu. Everything okay?? For examples, like quiz, test, trip, camp, dinner and so on lah. Why? Ouhh hoo... Jujur aku cakap, every time lepas aku balik dari apa-apa program yang lebih daripada 2 hari, jangan pelik kenapa tiba-tiba aku balik Universiti dengan muka blur. Macam orang hilang ingatan bhai! So bila adanya planner nih, maka aku pun senang nak back to normal. See? It works okay? Cubalah. =)
Yang lain-lain tu macam buat jadual harian ke, list of assignments ke.. Aku malas nak ulas panjang. Bagi aku tak semua orang boleh buat macam aku. Setiap individu tu kan unik? =)


PEMENTASAN SKETSA Bachelor Pendidikan UPM.....

The latest aktiviti aku adalah....... Taraaaa!!! tengok gambar! hahaaa... Tak sangka aku boleh berlakon kan?? hehe..... BUAT HABIS BAIK - Moto pengakap. Yang ini aku guna dari dulu sampai sekarang. "SELAMAT HARI GURU, ABAH"... tu lah tajuk dia.. Aku pegang watak cikgu Markonah... muahahaaa.... 3 kali rehearsal jer disebabkan mak aku sakit and buat operation, so aku tak dapat hadir lain-lain perbincangan. Apa-apa pun terbaik korang! Boleh dapat tempat pertama lagi, kau hengat senang?! =D


Smile!! =)


Okay, that's all for now. Senyum siket?? =)


Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...