Monday, 23 June 2014

5 PERSEDIAN UNTUK MENGAMBIL KOS PENDIDIKAN SECARA RINGKAS


Assalamualaikum.

Few of my juniors ada datang jumpa aku recently untuk bertanyakan tentang persediaan untuk masuk ke universiti, dan secara specificnya mereka yang nak amik kos pendidikan macam aku lah. So, here I've written 3 preparations you need before taking educational courses. Well, senior kau yang tak berapa nak senior lagi ni tengah buat Bachelor Pendidikan di UPM. So, apa yang pernah aku lalui sebelum, semasa dan selepas mana aku ingat aku share okay?


1. SWOT ANALYSIS

So masa nak isi borang UPU online, aku buat keputusan... Bahawasanya aku tidak sesuai dengan bidang yang berkaitan dengan pure science ni....Lalalalalaaaaa...... Even I got A for my computer Science and Biology, tapi aku still tak yakin yang aku boleh istiqomah dalam meminati bidang ICT atau mana-mana cabang sains nih...Lalalalaaaa.......

Masa ni lah aku start buat SWOT analysis. Apa itu SWOT? Swot stands for -STRENGTH-WEAKNESS-OPPORTUNITY-THREATS .... Dan bila aku dah kenal pasti dimana kekuatan dan kelemahan aku, finally I decided to choose bidang psikologi atau bimbingan dan kaunseling. Well of course lah strength aku petah bercakap, kalau tak macam mana nak jadi kaunselor kan. Hahahahaaaa.. 

Since aku suka sangat pergi sekolah even dah habis pengajian kat sekolah pun aku selalu datang melawat cikgu-cikgu lama aku, so aku pun pilihlah bidang pendidikan. .=D Jadi kalau korang pun jenis spesis macam aku yang sayang giler kat sekolah, sukakan bebudak. Jom pilih kerjaya di sekolah. Tanpa pendidik macam kita maka tak terlahirlah pemimpin-pemimpin besar yang menjadi tunjang negara kita generasi akan datang.


2. MINTA PENDAPAT KAUNSELOR
So, untuk dapatkan maklumat lanjut, maka aku pun pergi jumpa kaunselor sekolah menengah dulu untuk bincang. Okay, masa tu aku pergi dengan ex-classmate aku... Erin... Well, dia pun matriks jugak. And  pilihan dia buat... Mak aiii....! Killer course belaka! It's all about calculations and formulae related courses..... Aerospace Engineering lah, Mechanical Engineering lah... Turn aku?? Guidance and counseling jerrr?? Seriously...... 

Aku rasa down giler masa tuh! Yelah, kawan-kawan aku sume amik killer course.... Medic lah, Engineering lah, Biotech lah. Food tech lah.. And aku?? It's okay.... Aku belajar terima diri seadanya.... Insha Allah adalah rezeki aku kat situ..... So dalam UPU tu dari pilihan pertama sampai last sekali... Aku letak bimbingan dan kaunseling. Hahaaaaa... Memang berani matilah buat pilihan macam tu...

Cuba bayangkan kalau aku tak dapat...... feeeeuuuiiiihhh.... Menangis tak berlagu lahh... @_@!! So untuk adik-adik yang nak buat pilihan kos masa isi UPU tu, make sure buat tahajud dulu kaw-kaw. Dah yakin, baru submit. Jangan nanti dah masuk u baru kau nyesal bidang tak kena dengan personaliti kau, okay?


3. UJIAN MEDSI
Okay, baru aku tahu nak jadi seorang pendidik ni bukan senang. Ada 2 fasa yang perlu korang lalui. Tak macam kos-kos lain, dapat offer... Terus masuk U.... Education ni agak complicated dan leceh okay? First, korang kena panggil buat ujian MEDSI.... Medsi test aku kena panggil dekat Universiti Malaysia Pahang. Ujian apa nih?? 

MEDSI ni kira macam ujian personaliti lah... Dia nak screened student yang betul2 ada jiwa pendidik...300 soalan kot!! Tapi 10 minit jer aku jawab hari tuh... hahaaa.... Mana tak nya, antara soalan yang paling aku ingat adalah, "PERNAHKAH ANDA BERCINTA?" ..... okay, sounds ridiculous and nonsense right? Tapi percayalah, tak semua yang datang ujian MEDSI tu dapat bidang pendidikan. So jangan nak over confident sesangat, okay??

Next, UPU result keluar. Alhamdulillah. Aku dapat dua offer. First, Bimbingan dan Kaunseling UPM Serdang. Secondly, Pementasan teater UPSI Tanjung Malim. Persoalannya, datang mana pulak sangkut kos pementasan teater ni?? Siap suruh aku datang audition lagi.. Muahahahaaaa.... Serious lawak! Aku dalam bidang seni lakonan dan nyanyian??? Can't imagine.... =D


4. INTERVIEW
Fasa kedua lepas ujian MEDSI tadi, adalah INTERVIEW. Okay, kepada sesiapa yang apply bidang pendidikan, bersiap sedialah ilmu am secukupnya. Muahahaaahhaaa..... Aku punya preparation, siap pergi melawat sekolah lama dan interview cikgu-cikgi kat sekolah and tak kurang jugak buat research through internet........=D  Cara cikgu-cikgu aku cakap pasal interview, so scary derrr....Macam-macam version ada!  

Masa tu rasa menyesal pun ada sebab apply education. Macam-macam aku study okay? Segala dasar, organisasi Kementerian Pelajaran, isu semasa, hal-hal politik. Jujur aku tak minat nak amik tahu semua ni selama nih. Tapi disebabkan interview punya pasal, tak tidur malam aku duk pikir menda alah nih...... Dalam bulan Mei aku kena panggil interview, sesi petang. Ecehhh.... Dia orang tak tanya kau pun apa dasar-dasar pendidikan bagai... Hahaaaa..... 

Panel yang interview aku ada 3 orang. Memula dia orang mintak kau punya sijil dulu, nak tengok sejauh mana kau punya qualification untuk jadi pendidik. Dan bermula lah soala-soalan seperti...."Kenapa pilih UPM?" "Apa yang membuatkan awak berminat dengan bidang kaunseling?" Pastu ada lah 2 3 soalan dalam bahasa Inggeris. Jangan cuak okay? Kau goreng jer kalau tak reti speaking pon. Aku punya English pun tak lah pandai mana, lintang pukang grammar. Tapi janji apa aku nak sampaikan tercapai, settle.  Alhamdulillah.... Aku dapat tempat kat UPM..... daripada calon yang beratus ribu tahun itu.....


5. HARI PENDAFTARAN

So in case kalau korang dah lulus ujian MEDSI dan temuduga, tahniah akak ucapkan. Now masa untuk korang buat persiapan untuk ke hari pendaftaran. So caranya ialah, bukak laman web mana-mana universiti yang korang dapat dalam tawaran, then download setiap documents yang attached kat website tu. Segalanya hanya di hujung jari. Peta kampus, yuran pendaftaran, senarai semak dokumen lain. 

Then hari pendaftaran, bawak lah segala dokumen kesihatan especially X-Ray kena bawak, segala dokumen peribadi, dokumen mak ayah, slip pembayaran yuran pengajian di bank, buku akaun untuk pinjaman atau biasiswa and so on lah. Peringkat ni memang kritikal. Aku amik masa 2 bulan kot nak settle kan, cari baju putih untuk angkat sumpah hari penutup orientasi lah, buat pemeriksaan kesihatan, daftar online pinjaman, sain surat itu, cop surat ini. Giler penat! Bukan senang taw nak masuk U. Bila dah settle, lega jangan cakap. Boleh lah bermula alam pengajian anda sebagai mahasiswa universiti. 


UPM, Fakulti Pengajian Pendidikan.


Kesimpulan....
So now I'm taking Bachelor of Education, Guidance and Counseling at Universiti Putra Malaysia. Last pesan aku, walau apa bidang yang kita minat dan ambil sekalipun, semuanya ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Pilihan di tangan anda. Don't let people decide your future, okay? 

Apa-apa pun, solat istikarah is the best solution. Rezeki setiap orang tu berbeza... So jangan rasa rendah diri sangat. Kalau masalah korang adalah sebab pencapaian akademik, don't worry. Sekarang ni kerajaan dah sediakan macam-macam pilihan.

Selain universiti, Matrikulasi, Asasi dengan Tingkatan 6, ada lagi IKBN, Giat Mara, Politeknik, dan kolej-kolej swasta. Dalam bahasa akademiknya, pengkelasan pekerjaan ni ada banyak taw... Profesional, separa profesional, kemahiran, separa kemahiran, dan buruh.... 

Jadi walau apa pun jalan yang anda pilih, keep faith on him.... Sentiasa yakin bahawa ketentuan Allah itu adalah yang terbaik. Okay? Good luck.......Sekian.




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera


2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...