Wednesday, 11 June 2014

JOM BER-EXPERIMENT DI DAPUR!


                                                         
                                                     Assalamualaikum....


.



Hye.. uolls ! Apa khabar? So how's your examination weeks ? Hahaaa... Mesti ramai buat muka bila ditanya soalan yang macam tuh.....(@_@)  Okay lah, apa-apa pun, good luck untuk korang. Aku ni actually ada jugak paper pukul 2.30pm-4.30pm jap lagi. TEORI DAN AMALAN KAUNSELING AFEKTIF. Tapi selamber badak jer update blog. Muahahaaaahaaa......The whole semester aku belajar, bila tengok lecture notes balik macam tak belajar banyak benda. Hahaaa.... Itu adalah perkara normal untuk orang spesies macam aku ni wahai readers ! Hopefully everything's gonna be okay lah kan..... =)

Okay, back to our main point. Actually entry kali ni aku nak share-share sikit lah moments aku ber-eksperimen kat dapur... Hahaaa.. Jujurnya aku MINAT memasak, tapi aku bukanlah tak reti langsung memasak. Cuma kadang-kadang cubaan eksperimen aku ni kurang menjadi. Muaaahahahaaa..... Korang kompem akan tergelak bila aku story kerja gila aku pernah buat kat dapur. Nak lagi best, time mama aku tak ada. So tak ada orang kacau kan? Paling-paling pun adik bongsu aku jer akan ke dapur dan tanya, "ALONG MASAK APA? ADIK LAPAR. " ouh yeahh ! Lagi bersemangat aku nak memasak even ilmu tak tinggi mana. Selalu berimaginasi nak jadi chef-chef hebat dalam movies Cina atau Korea yang Kung Fu masak-memasak ni. Hahaaaa.....Ridiculous !!

By the way, apa jer yang aku pernah cuba masak? Well, untuk wanita yang sibuk macam aku ni, cehcehhhh..... Mestilah masakan yang simple-simple....Almaklumlah... korang kena paham... Stay kolej mana boleh bawak dapur periuk belanga semua.. Nak kena merit? Bawak seterika pun dah kena merit. Merit stay kolej pun nyawa-nyawa ikan jer ni, nak kasi free-free kena buang pulak.. Wah... wah... Generous tak bertempat nih! hahaaa....


JANGAN SANGKA MUKA MACAM NI TAK TURUN DAPUR, OKAY?? Hahahaaa..

Cekodok dengan asam pedas daging untuk sarapan....... =)
Okay, untuk menu pagi, aku kat rumah selalu buat ialah French Toast yang terlebih susu dan akhirnya telur berfungsi sebagai pewarna pada permukaan roti sahaja,hik3.... Nasi goreng cina yang kengkadang terkurang garam dan terlebih lada tumbuk... cekodok bawang yang hanya sedap dimakan time panas dan bila dah sejuk boleh baling ke dinding...hak3... Next, Lempeng atau bahasa kampongnya Pan Cake, hikhikhik.... Advance sikit aku masaklah bihun goreng yang garamnya ditabur selepas masukkan bihun. End up rasanya tak sekata.....Ada part rasa masin, ada part rasa pedas.. hahahaaa... Sepatutnya garam letak time aku tumis lada sampai garing, bukan masa dah masukkan bihun tuh.... hahaaa.....
Korang gelakkan aku yea?? Eyh,, hello?! At least aku buat taw? Kau ada??? =P Dan paling best sedap ke tak sedap family aku jadi mangsa kena makan. weeeeeee...  =D time tu menyanyi-nyanyi aku sambil masak kat dapur.. Then tiba-tiba abah tegur, "ANAK DARA MANA BOLEH MENYANYI KAT DAPUR LAH...." hehehhhh.....Setiap kali nak selamat, aku akan tanya adik bongsu aku yang baru umur 8 tahun tu camni, "ADIK, SEDAP TAK ALONG MASAK?' Hairan kan?? Kenapa tak tanya mak aku jer kan sedangkan mak aku pakar memasak.... Well, kalau dalam istilah akademiknya dalam bidang kaunseling kan,, inilah dinamakan HELAH BELA DIRI..... hahaha.... Mak aku pun nak amik hati aku punya pasal, terpaksa lah cakap, "BOLEHLAH" sambil muka yang agak kurang bersungguh..... (-_-)## ..... =D



Itu baru breakfast....... Lunch pulak camne?? Lagi haru!! Kalau makanan pagi pun aku dah buat terlebih manis, terkurang garam dan terkurang air, kau expect apa pulak jadi time lunch?? Dengan masa tu perut semua tengah lapar kan? Actually itulah suatu peluang! Yea sahabatku! Aku melihat aspek itu secara positif, dimana apa sahaja hasil eksperimen aku akan habis dimakan waktu lunch... Hahahaha...  Tak percaya?? You can try babe..... =)

Menu untuk lunch, aku boleh lah masak sikit-sikit.... Telur masak kicap, ayam masak merah, sayur campur, tomyam ayam, sambal sardin, sup sayur, and sup ayam. Menu-menu ni kira antara menu yang aku boleh masak dengan maju dan jayanya lah....hik3.... Jarang dapat komplen kata kurang garam ker, terlebih minyak ke....  Advance sikit aku masak lah Asam pedas daging yang SUPER HOT AND SPICY dan pekat gila kuahnya,, hahaaa...Await jadi camtu? Iooolllzz, terkurang air asam jawa lah nak citer...masuk pulak kentang... Mana tak pekat...heeeeeeeee...... tapi apa-apa pun still sedap kot mak aku cakap! siap boleh makan dengan cekodok keras aku lagi taw.... nasi goreng cina yang terkurang garam tu pun jadi sedap bila makan dengan asam pedas daging tulah nak habaq mai.....,

Selain tu..... aku pernah lah masa percubaan pertama masak Kari ikan dekat Melaka International Jamboree tahun 2013 untuk seluruh kontijen Pahang makan.... Errr....Tapi aku terlebih air asam jawa lah sikit kan sejujurnya dan hasilnya keluarlah kari yang rasanya masam, muahahaaa.=D Pelik kan? How I know to cook Fish Curry? Apa susah... Masam belajar Chemistry Lab lah... Belakang paket rempah kari ikan tu kan ada instructions. Aku try jelah... Campak-campak lada ngan tomato sikit.. Daun kari sume...Apa susah... =D

Next, Stim ikan talapia yang mana bahan-bahan kuahnya aku main campak-campak jer tapi mak aku puji sedap....(Itu satu pencapaian yang agak besar okay kalau sampai mak aku puji sedap), Sambal ikan bilis goreng favorite ayah aku yang percubaan pertama aku mula-mula buat dulu semua tak garing lada dan ikan bilisnya....haha.... bila angkat and hidangkan... Bapak liat nak makan!! Terkebil-kebil muka semua orang nak habiskan nasi dalam pinggan masing-masing .....=D Pastu Ikan patin bakar dengan ayam goreng berempah.... Hahaaa.. itu jelah kot masakan melayu yang aku berani cuba. Akan datang aku nak cuba masak gulai lemak cili api, rendang, dengan singgang pulak. Itupun kena time mak aku tak ke dapur baru aku berani buat. Kalau ada orang perhatikan aku buat kerja, aku jadi nervous. Macam tengah amik exam memasak pulak rasanya. Hahahaaaa.....



Next kita masuk bahagian western pulak. Well kalau kat rumah nak mudah aku lagi suka buat Western Food sebenarnya... Cehhh bajet macam pro!! hahahaaa..... Bukan apa ,bahan-bahan dia senang beli yang dah siap jer... Masak chicken chop yang aku sendiri bila dah lama tak balik rumah dan masak confuse.... telur dulu ker, tepung kentucky dulu... hahaaa...Atau  mini pizza yang aku cuba buat topeng sendiri end up tebal sangat sampai terpaksa aku masuk oven 2 kali bakar, haha....And Kentang putar dimana aku rebus kentang yang lupa letak garam dalam air didihannya dan kuahnya yang aku terlebih black pepper , hikhik....And potato wedges dengan Coeslow yang paling simple...


Ice cream with grape.... hahaaa......

Untuk hi-tea pulak.... Hi-tea lahh sangat kan..... hahaaa....Pernah lah aku try buat puding telur yang gulanya dimasak terlampau hangus sampai jadi pahit... Dah nama pun gula hangus kan? So aku yang lurus ni pun masak lah gula  tu sampai hangus atas dapur.... =P Kuih bom yang keras macam batu, Donut yang 85% dah menjadi tapi perlu diperbaiki lagi, bubur kacang hijau alar-alar cina yang aku sendiri pun tak suka, sajer-sajer aplikasi ilmu yang aku belajar masa primary school kat sekolah Cina dulu, agar-agar yang memang fully succeed lah aku buat... Hahaaa.. Tapi untuk minum petang aku paling suka buat manisan kampung... How? Memandangkan ni favorite aku, so aku sertakan resepinya, okay? =)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


RESEPI MANISAN KAMPUNG


BAHAN-BAHAN:

Semangkuk kecil tepung, 2 sudu setengah garam, Air yang secukupnya, 2 gelung gula melaka, gula pasir, daun pandan, segenggam biji sagu, pisang.

CARA-CARA:

1. Panaskan setengah periuk air, gula melaka dan biji sagu sehingga mendidih.
2. Dalam masa yang sama, bancuh garam bersama air dan adunkan ke dalam tepung gandum sehingga menjadi pepejal. Jangan terlampau lembik dan keras, ikut kesesuaian.
3. Setelah gula melaka larut, masukkan adunan tepung yang telah dibancuh sejemput-sejemput ke dalam periuk. Seeloknya gunakan tangan daripada sudu.
4. Maukkan pisang dan daun pandan. Kacau supaya tepung tidak melekat pada permukaan periuk.
5. Masukkan gula pasir secukup rasa. Dinasihatkan supaya tidak terlampau manis untuk menjaga kesihatan. Kacau sehingga gula larut.
6. Manisan sedia dihidang. 


 See?? Mudahkan nak buat..... Selalunya kalau aku tak sihat, makanan ni lah yang aku cari.... Hahahaa... So korang, selamat mencuba okay?





Moral of the story, hidup ini satu pembelajaran. STRENGTH DOESN'T COME FROM WHAT YOU CAN DO. IT COMES FROM THINGS YOU ONCE THOUGHT YOU COULDN'T .

Persepsi masyarakat selalu judge perempuan yang belajar tinggi dan bekerjaya ni tak pandai memasak. Dan azam aku adalah untuk keluar daripada dilabel sebagai kelompok tersebut.

 Like I said before, IF YOU WANNA BE GOOD, YOU HAVE TO BE DIFFERENT . Aku belajar masak untuk future husband aku jugak. Masih tak terlambat untuk anda mengubahnya. Okay? See you guys next time! =D







Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera


GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...