Tuesday, 24 June 2014

ATASI EGOCENTRISM DENGAN SENYUMAN DAN PRINSIP


Assalamualaikum....

Apa patut korang buat setiap kali korang dimaki, dihamun, diherdik? First day masuk kelas dah kena maki, first day masuk kerja dah kena buli, first day praktikal dah kena hentam... Cettt! Apasal praktikal jugak yang aku mentioned?? ngggeeee~ Jangan marah.... =P  Well, Tak seronok kan?? Bukan kau buat salah besar pun.....Kalau aku, lama dah aku psiko manusia macam tuh... Hakhak.... Konon! Cakap macam berani sangat..... Tut...Tutt..... Gi toilet menangis sengsorang... Then kuar buat muka selamber,dengan mata yang bengkak gi cari coklat makan....  Kantoy! Cakap tak serupa bikin... Muahahahaaa..... (*o*)/(*o*)/(*o*)/


Okay. Aku tak nak ulas panjang-panjang segala keturunan tips untuk hadapi situasi ni. Yang aku nak fokus ialah, SENYUM......"ALAR L.A....... SETAKAT POST ENTRY SENYUM, AKU PUN BOLEH..." Erm, itulah masalah kalau dengki ni ada.... Apa jer kita buat semua tak kena. Tapi, ada aku kesah?? Hakhakahak...... Okay, back to our main point... "APA SENYUM-SENYUM?! " Makkk aiiii.....Senyum pun kena marah jugak?? Biarkan....!! Orang yang tak suka senyum ni kau kasi tembak jer.... hikhikhik.....Lagi dia hangin, lagi kau senyum.... Make sure senyum yang paling memikat yang korang boleh bagi.... Seminggu korang buat, mesti orang tu jatuh hati kat korang... Eyh,, jap! Untuk jantina yang berlainan jer taw?? Jangan kau praktik untuk sesama jantina pulak, bagi senyuman memikat katanya. -_-! Siap kau kena pijak nanti... Hakhakaha.... =D


Sambil-sambil korang senyum dekat orang yang maki hamun kat korang tuh, cuba bayangkan korang tengah makan Chocolate Banana Crepes... Pergghhhh.... Memang kau tak akan sentap punya dengan makian dan hamunan yang disembur dek orang tuh.... Hahaha..... Masuk telinga kanan, kuar telinga kiri.....Btw, Apa-apapun cara yang korang cuba praktikkan, korang perlulah yakinlah pada diri, kita ada PRINSIP sendiri kan... Apa itu prinsip? Setengah orang tak ada prinsip pun dalam hidup. Prinsip pun tak taw apa. Okay....Bagi pendapat aku, PRINSIP ni adalah suatu KEPERCAYAAN TERHADAP DIRI SENDIRI. Bila korang percaya pada diri, korang akan yakin dengan diri. Bila korang yakin dengan diri sendiri, korang akan jadi tak kisah apa orang akan cakap. Orang yang terlampau memikirkan apa orang cakap ni, dia ada satu istilah yang dipanggil EGOCENTRISM. Sejujurnya ini adalah tidak baik untuk kesihatan mental kita. Kenapa? Sebab kita asyik fikirkan apa orang akan kata, apa orang akan nilai dan apa orang akan buat. Natijahnya, kau akan rasa tidak diterima, menjauhkan diri, dan stress... Masa tu mulalah kau cakap life is unfair apa sume....

Let say, dalam kelas korang tak faham apa yang cikgu ajar kat depan. Nak angkat tangan ditanya kang, malu.... Kalau jenis tak malu sangat pun, takut kawan-kawan mengata..... Nak tarik perhatian cikgu lah, konon bajet pandai lah... Hahhh.... Inilah dia suara-suara negatif yang boleh menjatuhkan keyakinan diri kita. Hasilnya, kita pun tak faham apa yang cikgu ajar kat depan. Nak exam tanya kawan-kawan pulak semua lebih kurang cam kau. Dua kali lima jer... Tin kosong belaka.. Cakap jer pandai.... Saper rugi?? Pastu, duduk depan kucing mulalah cakap sengsorang... Mengadu kat kucing.... Muahahaa... Cakap macam aku ada pengalaman jer kan?? Krik..krik...krikk..... @_@


"SENYUM ITU SEDEKAH..... SENYUM ITU PENGUBAT HATI YANG LUKA..... SENYUM ITU BOLEH MELEMBUTKAN HATI ORANG YANG TENGAH PANAS. " Okay, selalu kan baca ayat-ayat macam ni kat buku, facebook atau memana jerlah..... And paling femez, "SENYUM, TAK PERLU KATA APA-APA..." Haahhhhh.... Benda-benda camni sikit sebanyak lekat an kat minda korang? Actually korang baca dengan minda sedar, tapi part nak aplikasi ue yang jadi minda bawah sedar...Itulah prinsip kalau nak tahu.... Sebab tu korang pada mulanya tersenyum lepas ingat ayat-ayat camni... Tapi bila korang dipsiko balik, dimaki sebab korang senyum, terus hilang senyuman itu. Muka jadi ketat belaka..Nampaknya korang dah termasuk dalam jerat si pemangsa. Si pemangsa sudah dapat mengawal dan menguasai korang. Baru tengking sikit...Maka apa jadi? Korang mula hidup dalam keadaan yang muram dan suram. Pastu mula mengadu..... STRESS! Dilema..... Nak tukar kerja bagai... Pedulikan semua tu!!

Okay, aku admit most of the time aku pun macam korang jugak... Saper tak down bhaiiii kalau first time buat something dah kaw-kaw ko kena kutuk, maki hamun kan ..? Nak-nak depan public. Itu macam dimalukan lah senang citer... Depan-depan kau senyap jer buat muka sedih... Tapi dalam hati.... Membuak rasa geram dan nak marah.... "EEEE.. NAK JER AKU TUMBUK MUKA ENCIK xxx NIH! ". "CAKAP MACAM AKU TAK BUAT BETUL LANGSUNG!" or "JAGA AKU PANCITKAN TAYAR KERETA KAU BALIK NANTI!".. Hahakahak... Itu semua aku dah lalui. Hati jer cakap, tapi buat tak berani mana pun....

Nak ajar sikit cara-cara senyum.... Hahahaa.... Cheese...... =)

Korang mungkin nampak aku ni kuat semangat kan? tapi bukan setiap masa jugak mentaliti aku ni well prepared. Dan selalunya aku akan menangis lah untuk kali pertama ditengking.. Dan habit aku lagi satu, kalau aku nak marah aku akan menangis... Weird rite? But that's me... Aku start realized bout this when I was 14y/o..... It doesn't matter kalau korang nak menangis pun. Tapi kalau lepas menangis pun aku still tak okay lagi, aku akan cari someone yang trusted untuk aku mintak nasihat...Parents ker, senior, cikgu-cikgu, kengkawan lama..... After dengar kata-kata semangat daripada dia orang, aku akan mula lega... Nak fully heal, aku akan cari CHOCOLATES ! Immediately aku akan okay... Terus senyum.... Yeah, that's it! SMILE WHILE YOU STILL CAN.... =)

Apa gunanya prinsip? In my opinion, prinsip boleh jugak jadi sebagai BENTENG kita. Prinsip ini yang meyakinkan korang bahawa apa korang buat adalah yang korang rasa betul. Tapi secara bertempatlah... Bukan bermaksud dengan adanya prinsip ini korang boleh point orang lain kata dia salah. Alasan? Sebab cara dia tak kena dengan prinsip korang. NOPE! Prinsip tu berfungsi sebagai 'bim' supaya bangunan yang korang bina tu teguh... Huhhh!! tinggi sangat ke perumpamaan aku? Siap bim bangunan bagai... Argghhh... Forget it.... What I'm trying to say here is,think positive... Ada hikmahnya kenapa dia maki.... YAKIN DENGAN PERJALANAN HIDUP YANG ALLAH DAH TENTUKAN. Itu jugak prinsip... Mungkin masa ni korang teruk dimaki oleh boss, dibuli oleh staff, dihamun even korang silap sikit... Tapi ini lah suatu pembelajaran paling berharga dimana mungkin hanya merekalah yang paling sesuai Allah utuskan untuk mengajar kita.  Okay? Chill !! ^_-...

Orang yang semakin tinggi keyakinan dan kepercayaan terhadap diri dia, maka dikatakan kendiri dia adalah bersifat positif. So, tepuk dada tanya selera. Cabar diri korang... "ADAKAH AKU BAHAGIA WALAU SENTIASA DIMAKI, DIHAMUN DAN DIMARAH SEDANGKAN AKU SUDAH BERUSAHA HABIS BAIK, MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB AKU?" I'm sure deep inside your heart, pasti akan ada perasaan yang bercampur baur... Kecewa, sedih, stress, terkilan and what-so-ever.....

So, belajarlah untuk mengatakan TIDAK ....Confront yourself. Hati kata tak suka, tapi mulut kata "BIARLAH.. TAK APA.." eyh hello? Sampai bila kau boleh tahan??.....Aku tak suruh kau lawan atau bertekak mulut dengan si dia kan? Nak pujuk hati korang, pepandai sendiri lah... Yang penting, macam mana kau nak face orang yang sama dok maki hamun kau tuh next time.....Senyum jerr.....You are what you think... Seorang pemimpin yang baik tidak akan judge orang lain ikut prinsip dia. Tapi berdasarkan prinsip orang lain itu sendiri.  Apa-apapun kita buat, bukan setakat physically prepared, tapi mentally as well. Okay? Dah-dah... Senyum siket?? Tak mau muka ketat eryh baca entry aku yang menjela nih?? Hikhihik....... =D


lurvealoevera.blogspot.com
Belanja satu pic.... With my classmates.... last paper semester 2.... =)





Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera




2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...