Monday, 15 September 2014

10 CARA UNTUK TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI.



Assalamualaikum...



1. Join outdoor activities mengikut kemampuan individu.

    Percayalah, aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permainan, badan beruniform sebenarnya banyak membantu aku dalam usaha meningkatkan keyakinan diri. Kalau boleh, cuba lakukan sesuatu yang boleh mencabar diri sendiri. Sebagai contoh, sekiranya korang takut dan gayat dengan tempat tinggi, perbanyakkan aktiviti yang melibatkan tempat tinggi macam mendaki gunung ke, flying fox atau abseiling. Awal-awal nak naik jer korang akan terjerit-jerit takut dan menangis, *I've experienced that by the way* muheheee.... But then after korang dah turun daripada flying fox tu semua, mesti rasa yakin. Nak buat lagi sekali. Tak percaya? Cubalah.... Kat UPM nih aku rekemen korang join KELAB OUTWARD BOUNDERS UPM. Dia orang memang suka buat aktiviti extreme macam tuh. heheee.... Besides, maybe korang boleh attend any seminar ke, talk, bengkel. Kalau aku, semua aktiviti aku sapu asalkan date program tak bertindan dengan events lain. Contoh perkhemahan ke, community service, volunteers, seminar, bengkel, dinner, international jamboree.. Ikut kemampuan uolls okay? Aku ni spesis hardcore belakang cerita. wakakakaaaa... =D


After berkayak di teluk batik. Muka pun gelap luar biasa. haha....



2. Banyakkan membaca bahan-bahan bacaan yang bermanfaat.
   
     Bahan-bahan yang bermanfaat yea adik-adik? Maksudnya, anything that can give you tips and knowledge. Tak kisah lah magazine ke, surat khabar ke, buku fiksyen atau non fiction. Examples mungkin korang boleh baca majalah RAPI ke, E-Siswa ke. Atau buku-buku motivasi like Bimbingan Menara Gading, atau 30 Strategi Membina Pengaruh and for novel maybe DIAgnosis..Ehemmm...!  Sejujurnya aku bukan someone yang suka baca novels dan magazine hiburan artis-artis ni. Aku seorang yang agak membosankan sebenarnya. 90% koleksi buku yang aku ada adalah buku motivasi, buku-buku fiction dan buku rujukan. heheee.... Aku sayang semua buku rujukan yang aku ada daripada sekolah menengah lagi. Even though sekarang aku belajar Kaunseling With Accounting as minor *Pelik amat combinationnya*,  tapi aku masih baca lagi buku Biology Matriculation, Mandarin SPM, Sejarah PMR dengan yang lain-lain. hehee... Tak ada kaitan pun dengan kos yang aku ambil sekarang ni, just aku takut lupa kan. Ilmu tanpa amal itu sia-sia deq... Even kau dapat 4 flat dalam Exam pun tapi after that kau langsung tak hengat sehabuk yang kau belajar, it's useless.!



3. Ambil supplement.
   
    Supplement is good for our health actually. Ramai yang tak sedar betapa badan kita perlunya mengambil makanan tambahan like vitamin, minyak zaitun, minyak ikan, atau sarang burung ker. Atau nak lagi mudah dan murah, makanlah kismis, kurma, buah-buahan gitu. Selain minum air dan tidur yang cukup, supplement tu penting untuk memberi kita daya tahan yang lebih supaya kita tak lesu untuk buat aktiviti harian.



4. Sentiasa menjaga penampilan diri.

      Penampilan diri merangkumi semua aspek di sini. Dari segi kebersihan dan kekemasan. Kalau korang kreatif, you can play with colors. Berfesyen itu tak salah, tapi kena bijak berfesyen lah. Ikut apa agama sarankan. Sopan itu kan cantik. Kekurangan pada tubuh kita sepatutnya dilindungi, bukan ditonjol-tonjolkan lagi. Deep~ hahaa. Nak lagi confident, cuba belajar pakai high heels. Why? Sebenarnya heels mengajar kita untuk menyusun langkah supaya tampak lebih manis dan sopan berbanding memakai kasut yang flat dan kadang-kadang aku sendiri pun nampak clumsy bila pakai flat shoes. hehee. Selain tu, untuk mencipta aura yang lebih yakin, pastikan fesyen mix and match korang bermain dengan warna yang agak terang berbanding setiap masa memakai warna yang kelam dan kusam. Untuk mereka yang dah bekerja, solekan sebenarnya menjadi satu cara untuk menyerlahkan lagi penampilan diri. Adik-adik yang tengah sekolah lagi tu nak bermake up berfesyen tak salah, tapi jangan over sangat sampai pergi sekolah pun dah tak tahu peraturan ye?



Prepare untuk jadi emcee Pesta Tanglung di Wangsa Maju...


5. Pengurusan masa yang baik, balance antara akademik dan aktiviti luar.

         Pengurusan masa yang baik sangat penting, sebab ini menunjukkan tahap efisien kita dalam pengurusan diri. Cuba imagine bila someone kita jumpa dari segi penampilan diri teruk, rambut kusut masai, baju berkedut seribu tak bergosok, berbau hapak, jalan macam orang malas. Apa persepsi korang pada orang macam ni? Selalu kita dengar "Don't judge a book by its cover" rite? tapi percayalah, kadang-kala penampilan diri juga melambangkan keperibadian kita sebenarnya. "Tapi kak, macam mana saya nak balance antara outdoor activities dengan study yea?" Let me tell you something. JANGAN BERTANGGUH. Once you got the assignments to do, just do it! Jangan tunggu mood ada baru nak buat. Okay, why did I say so? Kalau korang siap awal, maka korang boleh buat macam-macam lagi aktiviti lain. Seriously I tell you. And Don't forget to update your planner. Bila submit assignments and presentation, tarikh untuk test,quiz,exam, tarikh club meeting, event and any programs waiting. Okeyh? =)



6. Kenali diri kita terlebih dahulu.

Since aku amik Bimbingan Dan Kaunseling, last semester hampir setiap hari lecturer dok cakap menda alah ni. KENALI DIRI. Macam mana nak kenal diri kak? Hahaaa.. Okay, korang boleh jumpa mana-mana kaunselor berdaftar yang berdekatan, bagitahu dia nak buat UJIAN PERSONALITI. atau lagi mudah korang boleh tanya pak cik Google, INVENTORI PERSONALITI SIDEK. bezanya kat sini, kalau jumpa kaunselor nanti after test ada orang boleh explain kat kita tentang hasil ujian kita. Daripada ujian personaliti kita akan tahu personaliti kita macam mana. REALISTIC?INVESTIGATIVE? ARTISTIC? SOCIAL?  ENTERPRISNING? Atau  CONVENSIONAL? Haa.... then kita akan kaitkan dengan jenis persekitaran mana yang sesuai dengan personaliti kita. Sounds interesting rite? Meyh study kaunseling... Hik3....



7. Pedulikan apa orang nak kata.

  
Aku seorang yang investigative, social dan enterprising. =)
          Most of us akan rasa down bila ada orang kritik kita, perli kita, memperlekehkan kita. Yes, that's normal. Same goes to me. Tapi ingat, jangan biarkan hal semalam memakan banyak masa kita hari ini. Hidup harus diteruskan okay? Silent haters dengki khianat itu perkara biasa, inilah dunia namanya. Buat baik dikutuk, buat jahat dikecam. Muahaha... So, Kita buat apa yang kita rasa betul. Andai ada yang memberi teguran, terima dengan cara yang baik. Be humble, that's the key to live happily. Orang nak kata kita bajet bagus ke, bajet cantik ke, pedulikan. Just mind your own business . Jangan buang tenaga buang masa pergi bertekak semata-mata nak menang. Diam itu lebih baik. It shows your maturity and calmness actually. I'm just reminding myself also. Kadang-kadang aku pun baran jugak, and mostly orang cakap aku agresif. Tapi lepas buat ujian personality, aku seorang yang asertif sebenarnya. See? What people talk and judge you is not fully 100%  you. You know yourself better.



8. Tambahkan kenalan dengan apa-apa sahaja cara. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan itu guru yang terbaik.

      Sekarang zaman dah maju. Setakat nak cari kenalan kawan baru tu hujung jari jer weyh... Tapi kena bijak pilih yea? Tetapkan prinsip kita. Kerana apa? Kerana KITA AKAN DIKENALI DENGAN SIAPA KITA BERKAWAN sebenarnya. Be careful. Jangan mudah terpedaya dengan pujian orang pada kita, terutama di alam maya. Nowadays there are too many social apps yang boleh kita buat kawan. Wechat, Facebbok, Instagram, Twitter and so on. Okay. Macam mana kenalan mampu meningkatkan keyakinan diri kita? Yeah! That's the point! Bila kita ramai kenalan, maka kita banyak perkongsian. Bila banyak perkongsian, kita akan jadi banyak ilmu. Bila banyak ilmu, kita akan sedar betapa warna warninya kehidupan ini. Setiap manusia itu berbeza psikologinya. Yang baik kita ambil buat teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. And the moment you keluar tengok the real world, potensi korang untuk culture shock itu akan kurang lah. Kadar kemurungan, stress dan gejala sosial juga akan berkurang. Hahaa... maka senang lah kerja bakal Counselor macam aku nih, rakyat Malaysia semua hidup bahagia aman sentosa... =D



9. Berkawan dengan orang-orang yang boleh positifkan kita dan sentiasa mengingati kita.

Kita boleh berkawan dengan semua orang tetapi seeloknya biarlah kita berkawan dengan orang yang positif dan membina. Rasulullah S.A.W mengingatkan kita bahawa : "Allah menilai kita berdasarkan siapa kawan-kawan kita." See? How important on having good friends. Kawan yang baik menegur kita tatkala kita salah, memimpin kita tatkala kita sesat dan membantu kita tatkala kita susah. Mcam mana nak tengok orang ikhlas tak kawan dengan kita? Well, tengok masa kita susah. Di mana dia masa kita susah? Kawan dan kenalan itu berbeza. Whoever your friends now, hargai dia sebaiknya.




10. Mencari mentor atau model sebagai pemberi motivasi luaran.

    Cari PELUANG, bukannya cari rasa SELAMAT. Kapal di pelabuhan sentiasa selamat tetapi bawahnya akan berkarat dan reput. Terima dan redha bahawa kekecewaan dan kegagalan adalah sebahagian dari hidup. Motivasi sebenarnya terbahagi kepada 2, iaitu motivasi luaran dan dalaman. Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri adalah dengan mencari seseorang yang dirasakan berjaya dan anda berminat dengannya untuk dijadikan mentor. Contonya Dr. Fatin Liyana Asri,
Dr. Anwar Fazal, Azizan Osman dan sebagainya. Tips-tips dan kata-kata semangat yang dikongsikan daripada mereka sebenarnya sangat memberi kesan kepada kita. Tapi haruslah kita ingat, JANGAN TIRU 100%. Ciptalah imej sendiri tetapi dengan kombinasi penampilan daripada beberapa sumber yang korang minat lah. Get it? =)






My last words.

"DON'T GET CONFUSED BETWEEN MY PERSONALITY AND MY ATTITUDE. MY PERSONALITY IS WHO I AM, MY ATTITUDE DEPENDS ON WHO YOU ARE."

Tetap bertahan! Tnaggungjawab kita masih banyak. Jangan mudah mengalah okay?


Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...