Sunday, 19 October 2014

BnK UPM - FINAL YEAR DINNER



Assalamualaikum....

Hye you allz. Bertemu kita kembali yea dalam entry baru saya.... Ceh wahh. Kau hengat ini TV show ke nak buat ayat skema lagu tu? Muahahahaaa... Okay, entry kali ni aku nak fokus kepada FINAL YEAR DINNER kami iaitu BACHELOR PENDIDIKAN ( Bimbingan dan Kaunseling) UPM .

Kenapa beria sangat aku nak buat entry khas untuk dinner nih? Orang lain pun dinner jugak what. Hahahaaa.. Eyh! Kesah pulak aku dengan dinner kau nak update dalam blog ke tidak? Suka aku lah kan. Dah majlis ni batch aku yang handle. So aku rasa ini sebagai tanda penghargaan aku dekat kawan-kawan aku sebab sama-sama menjayakan Dinner Final Year nih, okay? Jom kita terjah! Weee.




Okay, senang nak dijadikan cerita... Dinner kami ni bertempat di Mines Wellness Hotel, Sri Kembangan. Cantik kan? Tema pengarah pilih pulak ialah "Magical-Myth Night" . Haa... Alar-alar magical gitu... Ikut suka nak pakai costume macam princess ke, Barbie ke, witch ke.. Janji selesa. hikhikhik...




So, apa peranan aku dalam dinner nih? Ceh..Ceh.. Cakap macam bajet orang penting jer kan. Hehee. Actually aku pun top 5 dalam board jugak (Ehem! Sebenarnya aku tak sedar pun aku dikira Top 5 dalam event nih. Bila kengkawan cakap baru aku sedar. hik3). Aku punya jawatan adalah sebagai Treasurer jer. Kutip-kutip duit, bayar-bayar duit, mintak resit. Haa.. Gitu.. Nampak macam senang kan? Meyh ganti aku jadi Bendehari tengok. Kelam kabut nak handle duit! Lagi-lagi event besar macam ni. Okay. Dah settle bab duit, then pada hari kejadian aku gi lah sibuk-sibuk jaga bahagian Registration. So amacam? Banyak benda aku belajar untuk handle Dinner kali ni taw.





 Haa.. Nampak tak you allz akak-akak final year kita berdandan macam mana? Smart dan cantik kan? After registration, junior-junior first year sampai third year akan stay back untuk vote anugerah untuk 6 kategori for final year student. Haa... dah settle semua, dah daftar, dah amik door gift, dah vote, baru boleh masuk ballroom. Jalan atas Red Carpet siap. Memang bukan majlis cincai-cincai lah kami buat.




Okay, kat sebelah kiri aku ni adalah background untuk Photo Booth, and kat sebelah kanan ni pulak actually Vote list. Final year student entah tahu tidak kami buat benda ni sembunyi-sembunyi, nak surprise dia orang lah kengkonon. Wah... Shuit getew.. =D 




Selain kami ada sediakan Photo Booth, kami jugak ada sediakan Candy Booth taw you alls. Nah grand tak Dinner kami? Dengan Cheese Tart nya, Cream Puff, Marshmallow, Chocolates, Biscuits yang jejari tu. Pendek cerita, makan sampai puas baru balik. Dah bayar rugi kan tak makan? Hehee... 




Lagi best ialah Chocolate Fountain nih. Jujur aku cakap, inilah first time aku tengok benda alah ni dekat-dekat. Jakun benar kan? =D Ada hikmahnya pengarah program sanggup gi jauh-jauh sewa mesin ni and letak kat Candy Booth. Samping-samping korang makan Marshmallow dengan biskut-biskut tuh, boleh lah cicah chocolate yang meleleh-leleh ni. Seriously sedap! Habis jer event aku lah orang yang tah ke berapa yang pergi kat Chocolate Fountain ni and makan coklat tu taw. Ish... Ish.. Ish... Apakan daya, coklat dia banyak kot lebih. Tak baik membazir. Hik..Hik..Hik...


Okay, untuk part makanan pulak, sangat-sangat banyak pilihannya. Kau cakap nak apa, makanan Melayu? Western? Ikut sedap tekak. Ada orang tak boleh sehari tak makan nasi. Haa. Kalau macam aku ni, apa ada semua aku telan. Janji sedap. Muahahahaaaa... Semuanya dalam package. Desert pun daripada soup, kuih, kek. Pilih jer mana ada. Buah lagilah jangan cakap. Baru 15minit jamuan mula, terang dah buah. Menyesal aku tak amik awal-awal dragon fruits dia taw. -_-! Tak apalah, tuan rumah kena utamakan tetamu dulu kan. huhu... Menyedapkan hati jap! =D









Okay, itu semua sebahagian jer taw makanan yang aku sempat snap. The rest korang boleh pergi usyar-usyar sendiri Menu yang pihak Mines Wellness Hotel sediakan. Sejujurnya memang akan puas hati sebab bayaran dia affordable dan makanan dia giler banyak sangat pilihan. Tempat pun cantik dan senang sampai especially kalau korang student UPM lah. hikhikhik..... ^,^




Okay, sebelah kiri ni lah Pengarah Program kita, Siti Najwa Anuar. Tahniah Najwa. Dinner ni mendapat pujian dan sumbangan yang melaut daripada lecturer, seniors and junior also. Aku pun first time jugak handle dinner yang grand macam ni. Last semester punya dinner dekat Country Height Resort pun tak macam ni. Dengan tetamunya beratus orang. 

Tanya kengkawan aku, ingat senang nak handle? Ada yang sampai tak tidur malam, tak gi kelas, sakit dan stress. Air mata gelak ketawa tu semua kenangan terindah bagi kami sepanjang handle dinner ni demi mentor-mentor yang kami sayang sangat ni. Dan sebelah kanan aku ni pulak senior paling famous dalam course kami ni, Abang Mie. Nak kenal siapa dia? Boleh lah search Facebook dia, Mie Belontoq. Hikhikhik... Promote abang mie kejap eyh? =D




Ini lah tetamu VVIP kita. Pensyarah-pensyarah dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Ramai jugak yang last minit tak dapat hadir sebab masalah-masalah tertentu. Dan senior-senior and junior pun ada jugak yang tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tertentu.





Nampak tak muka abang-abang dengan kakak-kakak senior kita berseri-seri malam tu? Yelah, ni kan tahun akhir dia orang. Tak lama dah nak grad, lepas tu Insya Allah semua ni bakal jadi Kaunselor dan Motivator. Kalau tak pun, Businessman pun boleh. Hahahaa... Dress up dia orang memang style kan? Dengan combination warnanya. Fuhh.... Kalau dalam sesi kaunseling dengan dia orang, professional giler! Banyak ilmu aku tak habis tuntut dan serap lagi daripada dia orang. Perjalanan aku pun masih jauh lagi. Baru semeseter 3, dah macam-macam ragam. By the time aku semester 7 macam dia orang nih tak tahu apa ceritanya. =D







See? Senyum lebar memasing. Door gift dapat, makanan pun sedap, tempat pun cantik. Alhamdulillah. Hasil usaha semua bebudak course mates aku. Hehee.. Bangga kami sebab dapat buat habis baik malam tu. Cantik-cantik kan kakak-kakak ni? Semua macam princess malam tu. Haa.. Nak tambah siket. We ollz kan malam tu, siap prepare beberapa persembahan nyanyian solo lagi taw. Jeng...Jeng..Jeng..... 






Ececeh... Muka aku menyanyi..? Hahaa. Jujur suara aku tak lah sesedap macam suara kak Siti dengan kaka Dayah kita ni. Kak Siti yang baju Pink tu memang wakil kolej kalau bidang seni nyanyian ni. Aku pulak sebab terdesak sangat jer orang suruh nyanyi. Hehee. Gugup kot! Kaku jer aku nyanyi malam tu. Rupa orang nak bagi syarahan jer dah.  Tapi sebab aku nyanyi lagu Cina kan, so boleh lah sikit-sikit. Malam tu aku nyanyi lagu Wo Xiang Xin- I believe .Hahahh... Try lah klik link tu dan dengar. Siap subtitle aku bagi korang tengok. hikhikhik.... 

Ada lagi persembahan lain kalau you ollz nak tahu. Haa. Tengok ni, ada drama musical daripada first year. Pakai costume siap. Memang dia orang perform habis lah malam tu. Then ada nyanyian daripada third year and final year students. Memang happening habis lah malam tu. Yang penting, semua enjoy!






Okay, dah habis semua performance, macam biasa lah nak bagi award itu award ini kan. Mostly kalau dinner, mesti ada King and Queen of the night. Tapi malam tu kami buat kelainan sikit. ROMEO and JULIET of the night. Sweet kan? hikhikhik... Bila lah pulak aku nak dapat award macam tu. Ececeh.. Berangan jer lebih. Muka aku ni memang awal-awal orang reject untuk Queen of the night lah. Huru-hara majlis agaknya kalau aku dapat anugerah tuh. Muahahaha... =D





Ececeh.. Buat muka comel pulak abang Romeo kita. Hahaha. Btw, Tahniah kepada abang Romeo dengan kakak Juliet kita. Cantik dan hensem. Dan tak lupa jugak nak ucapkan tahniah kepada kakak Juliet kita ni sebab dah berjaya mendirikan Masjid last semester. Semoga kak Nisah bahagia dunia akhirat yea? Amin... Akak Juliet kita ue kalau tak silap orang gelar dia "Mother of the Theory." Kenapa? korang interview dia sendiri. =D



"Boringnya tunggu kat Candy Booth nih.... hurm.."

"Qen, jangan lupa letak gambar kak wani dalam blog taw!" Hehe,... Settle dah kak wani. Hashtag #Muahciked!


Itu Dr.Rusnani. Penasihat Akademik batch kami. 


Ini jelah berapa kerat student laki dalam course kami. Hehe. Kesian...









Walaupun kami berbagai latar belakang, ada bangsa Iban, ada dari Brunei, ada Palapes, ada bangsa India, and even tak ada wakil Chinese pun ada jugak yang boleh cakap Mandarin. Ehem.! Angkut bakul diri sendiri nampak? Muahahaaa... But still kami ada kefahaman sesama sendiri. Orang-orang yang mostly kod 3 mata Holland nya adalah SOCIAL-ENTERPRISING-ARTISTIC (kecuali aku lah yang ada INVESTIGATIVE tah mana sesat silap course agaknya) ni... Semua muka-muka ni adalah bakal Kaunselor yea readers sekalian? Pengajian kami di UPM banyak mengajar kami untuk hidup berdikari dan matang. So hopefully semua enjoy malam tuh. 


Bakal-bakal kaunselor. Insya Allah. 


Segala salah dan silap saya berkata dan sepanjang pihak saya dan kawan-kawan lain mengendalikan majlis ini harap dimaafkan. Dan tak lupa jugak ucapan ribuan terima kasih kepada Pengarah Program, AJK-AJK, lecturer, moderator, senior and junior yang banyak bagi support sesama kita dan sumbangan dalam bentuk material dan kewangan kepada kami. Seriously, inilah kali pertama jugak aku handle dinner yang dapat banyak sangat tajaan sampai tak habis guna duit tu. Heehee.. Pandai jugak Unit Tajaan cekau duit yea. Good job semua!

So kepada semua abang-abang dan kaka-kaka final year, good luck untuk FYP you alls okay? Nnati dah grad, dah nak khawin jangan lupa jemput taw. See you again on next event! CC: Thank you camerawoman, Ana syahida for taking our pictures! =D



Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...