Wednesday, 22 October 2014

CLASSMATES FOOD HUNTING- MIDVALLEY MEGAMALL, KL


Assalamualaikum.

Hello people ! Hopefully korang tak bosan lah yea baca entry aku yang kengkadang agak mengarut ni. Hik..hik..hik... Btw, entry kali ni aku nak share sikit bout my Classmates Food Hunting. Errmm. To be honest, tak ada lah food hunting yang grand mana pun. Cuma nak citer bahawasanya itulah first time aku keluar hangout tak shopping apa-apa pakaian langsung. Muahahaaaa... Bagi mereka yang kenal aku, memang benda nih rekod terbaru hidup aku lah senang citer. heheee...

"Qin, jom keluar Jumaat nih? Jenjalan...." Haa... Tetiba classmates aku text ajak keluar. Memandangkan kelas aku cancel, exam aku habis awal, plus segala urusan kelab aku dah settle, aku pun join lah dia orang hangout. Tak lah jauh mana, Midvalley je sebenarnya. Nak food hunting kat Midvalley? Apa kelaazzz? Well, hello? Blog aku kan? Suke aku lah. =D

Food hunting kami kali ni pick random jer. Tak plan pun sebenarnya nak makan apa dan kat mana. Rasa best, singgah. Makan. Haaa... Nasib lah ada sorang budak kecik ni pun suka makan macam aku. Apa lagi, memang ada geng ajak makan nonstop lah kan. Hahahaaa.... Iylea jangan marah erh aku panggil kau budak kecik? Your height is just too cute and nice. Muah ciked!! =D

So, destinasi kami yang pertama adalah Crazy Potato. Ada yang pernah dengar kan? Haa... Dah nama pun potato, jadi mestilah main menu dia berasaskan potato. Tapi selera aku nih pelik sikit. Aku order Spegettini. Nah... actually tu sebenarnya short form kepada "Tiny Spegetti." Harga satu cup kecik jer dah RM8. Well...Saper suruh singgah tempat mahal kan? Hamik kau!  Rasa dia? Lebih kurang macam Spegetti biasa jer. Cuma mee dia lebih halus daripada Instant Noodles and makan dalam paper cup. Heheww.. Nisah dengan Iylea pulak order Picky Mango and Honey Mustard. Rasa dia? Korang try sendiri okay? Btw, maaf sebab yang part ni camera woman pergi Big Apple sekali dengan phone dia. Phone aku? baru 5 jam keluar bilik bateri dah kong. Nak mintak campak kat laut agaknya phone ni. =D

Bersepah kami kerjakan tempat ni. Adoi malunya!
Next, kami bergerak lah berlima ke Food Junction. Cari seat, then bukak semua makanan yang ada dan makan. Muka lapar semuanya kan penat berjalan dari UPM ke Midvalley. Eyh jap.. Berjalan ke? Tak ada lah berjalan sangat sebenarnya. Naik teksi, KTM, hah.. dah sampai baru banyak jalannya. Hikhikhik.. Makan Crazy Potato je? Ouh no.. Bagi aku itu langsung tidak mengenyangkan okay? Maaflah. Perut aku ni bukan macam perut korang. Aku ni nampak jer kecik molek orangnya. Tapi kuat makan tu boleh tahan taw. =D

Maka, aku pun pusing-pusing lah dalam Food Junction tu. And suddenly I found out a Korean Food Junction. Wow! My fav okay kalau Korean Food ni? (Anyonyo... Bila masa pulak mak bapak aku hari-hari bagi makan Korean Food sampai boleh jadi fav one? Makan Sushi King pun baru sekali dah lupa diri.. Muahahaha...=D ) Nak dijadikan cerita, aku order Kim Chi Ram Yun. Sebenarnya aku amik masa yang agak lama terpacak depan gerai tu sebab tak taw nak decide makan apa, rambang mata doe! Hak..hak..hak... Ana pulak order gerai sebelah, Ice Kacang and Saleha pulak gi Penang Food Junction order Penang Char Kueh Tiaw.


Belum apa-apa bergambar jer lebih aku ni. Hak..hak..hak...

Actually bagi mereka yang tak tahu menahu Ram Yun tu apa, sebenarnya macam Instant Noodles jer rasa dia. Cuma cara memasak dia kot yang lain? Pastu dalam tu punya bahan dia sama jer macam aku masak Meggie kat rumah. Disebabkan tambah Kim Chi sepiring kan, so rasa dia jadi pelik sikit lah. Kim Chi tu sebenarnya jeruk sayur. Yang merah tu Kubis kalau tak silap, dan yang kuning tu ubi kentang. Aku prefer potato pickles tu, rasa dia mesra alam sikit. Hikhikhik. So harganya? Below RM10 for sure. Mahal kan? Baik makan Maggie jer kat rumah, tak sampai RM3 sebungkus. Lalalaaa... Nak mencuba something new lah katakan. Baru jiwa remaja. =D Cubalah! Mangkuk dia besar dabak bak hang! Nasib ada kengkawan aku tukang penghabisnya. Muahahaaa...


Kim Chi Ram Yun, Midvalley Megamall, Kuala Lumpur.

Memasing perut dah kenyang, dah solat. Aku pun mengekor jelah bebudak ni jalan shopping. Singgah kedai itu, kedai ini. Melayankan aje. Actually dulu aku lagi teruk shopping addicted sebenarnya. Tapi sekarang mungkin dah bertaubat kot? That's why aku buat tak heran jer bila bebudak ni ajak shopping. Yang aku taw, perut aku kenyang. Hakhakhak. Dah penat jalan pusing-pusing ikut dia orang, kita singgah minum Coffee Bean dulu. Yeah! First time jugak sebenarnya masuk Coffee Bean, haha.. Jakun kan? Sebab aku jarang minum coffee kat luar. Dalam bilik penuh stok kopi hari-hari aku duk bancuh minum. Cakap jer nak apa, Hazelnut? White Coffee? Latte? Hahh. Ini baru betol Coffee lover kan. =P

Kat sini aku order Hot Hazelnut Latte medium glass while Iylea pulak order Carramel Machiato.Yummy! Buih susu dia lah paling sedap sebenarnya. Harga? Kat menu tulis below RM10. Tapi macam biasalah, kau darab dengan 6% GST. So kira sendiri okay berapa pulak harga patut dibayar. Muahahaa..



Amacam? Muka semua market kan boleh jadi host program TV rancangan Jalan-Jalan Cari Makan 2016 maybe? Hahaha....So bagi sesiapa yang penggemar kopi seperti aku, Cewahhh.. Bajet macam selebriti pulak . Boleh lar usyar-usyar kopi dekat Coffee Bean pulak. Sajer lepak-lepak situ kan. Tempat pun selesa. Lagipun bukan selalu dapat lepak dengan kengkawan macam ni. Tambah-tambah orang busy macam aku ni. kikiki...



Dah habis minum, Iylea ajak gi Secret Recipe pulak makan Mushroom Soup. Sepanjang jalan kami duk cari tempat yang ada Mushroom Soup and our last destination was there. I think Mushroom Soup kat Secret Recipe nih better lah daripada Chocolate Indulgent yang Nisah beli tadi dengan Strawberry Vanilla aku punya. Rasa macam tak berbaloi jer bayar RM10 untuk sepotong kek yang rasanya teruk. Hahahaa. Macam marah jer kan?


Khusyuk tengok menu.. Last..Last... order Mushroom soup jer pun. =D




Eyh.. Eyh... Relax dulu. Tak cukup dekat Midvalley, bebudak nih ajak gi Mines pulak. Ada barang tak habis beli lagi katanya. Okay, jom. Korang gi shopping, aku gi makan. Hakhakhak. Dah macam tong sampah perut aku hari tu. Untuk dinner, ajak Nisah jamu Kimbosh Sushi pulak. Harganya lebih mahal daripada Sushi King dan saiz dia pun lebih kecik daripada Sushi King. Cewaahh. Kata-kata macam daripada orang berpengalaman berpuluh-puluh tahun dalam bidang Sushi jer kan? Muahahaa. Hari tu Nisah ajak share dua, okay. Nak mudah, amik yang set terus. Ada Tuna, Crab dengan Fish Egg. Rasanya pun tak sesedap Sushi King. Tak apalah, janji perut gua kenyang beb. !




Okay, so our 10 hours girls outing was just about food! Hahaa. Memang duit aku habis singgah makan jer lah hari tu. Ini tak termasuk kami singgah tempat lain beli makanan ringan. So overall, thanks a lot kepada Saleha, Iylea, Hanisah dan Ana sebab sudi ajak aku keluar hang out dengan you alls okay? Such a wonderful experience sebab aku tak pernah keluar lepak dengan dia orang lama macam ni. Hikhikhik..

Jadi, dah nampak semua salah satu character aku adalah suka makan? Hah, nasib korang lah saper ajak aku jalan lepas ni. Memang aku ajak makan nonstop. So amacam? Simpan perut okay?



So my last words are, "IF I ASK DELICIOUS FOOD, IT MEANS I'M HUNGRY. BUT WHENEVER I ASK PRETTY FOOD, IT MEANS I'M STRESSED." -Lurve Aloevera


Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...