Wednesday, 1 October 2014

DE GIFT HOUSE

DE GIFT HOUSE

Hye humans ! Today I have something to share with you guys. Since hari ni aku dapat MC sebab food poisoning *makan KFC jer pun, tah macam mana boleh food poisoning aku pun tak taw.*, -_-! sambung...sambung...Okay, so aku diberi masa recharge my energy back to normal lah. Hee..Hee.. Yang penting ada masa update blog. =D

Nak dijadikan cerita yea you alls, baru-baru ni aku keluar interview sebuah Gift Shop ni, for my Commerce assignment , dan aku rasa sangat-sangat motivated untuk ber-business lepas balik dari kedai beliau. So many tips and knowledge yang aku tak dapat dengan hanya mendengar kuliah Perdagangan dan Perakaunan semester ini, okay?


Ini lah kedai yang aku cakap tu. 

 DE GIFT HOUSE...Sebuah kedai  cenderamata yang kecil dan  berpintukan kaca. Kalau korang tengok dari jauh, mesti ingat kedai  ni kedai exclusive, jual barang  mahal-mahal. Almaklumlah, bila  sebut jer student. Faham-fahamkan  jugaklah dari mana sumber  kewangan kami kan. Heee.... So at  first aku nampak owner shop tu  tengah mop lantai koridor depan  kedai dia. Awalnya aku teragak-  agak jugak nak masuk, kalau nak  beli barang tak apa jugak, tapi aku  datang dengan niat nak interview dia  jer. Kebetulan nasib aku baik, owner tu Chinese. Yes! Aku pun mulalah sesi repo *dalam istilah kaunseling bermaksud sesi perkenalan* dengan owner shop tu menggunakan beberapa kemahiran yang aku ada. Nak tackle lagi owner tu untuk share banyak info, maka aku pun menggunakan sesi interview dalam Bahasa Mandarin. *Complicated weyh nak translate apa dia cakap dalam BM. Nak tulis Mandarin kang takut group members aku tak paham sat lagi nak buat report macam mana an.* Alhamdulillah, beliau sudi ditemu ramah. Weee...Weee....


Meyh kita kenal dulu background owner DE GIFT HOUSE ni.. Nama beliau K.E.Lim, berusia 35 tahun, tinggal di Cheras. Dulu beliau sambung diploma dalam bidang Electrical Engineering, dan pernah bekerja di Osram Company sebagai technician selama 10 tahun. Dan pada usia beliau 32 tahun beliau mula berniaga atas faktor kos sara hidup yang tinggi. Btw, sorry guys tak dapat amik picture owner shop. Malu katanya nak bergambar bila dengar aku cakap nak update kat blog. heheee...

Baiklah. Ini antara beberapa soalan yang aku ajukan pada beliau semasa sesi temubual tersebut dan telah di-translate siap-siap dalam BM supaya anda faham ek....



1. BAGAIMANA EN.LIM MEMULAKAN PERNIAGAAN KEDAI CENDERAMATA INI?

" Semasa saya bekerja di Osram Company suatu ketika dahulu, pihak syarikat berkenaan banyak menyediakan ilmu berkaitan dengan perniagaan sama ada dalam bentuk training, problem solving skills, management skills, Q&A sessions, dan seminar yang berkaitan. Dari situ saya mula timbul rasa minat yang lebih mendalam terhadap bidang keusahawanan ini. Sebelum saya memulakan perniagaan ini, saya terlebih dahulu membuat simpanan peribadi daripada hasil gaji saya selama bekerja di Osram Company. Kemudian saya mula membuat pelaburan iaitu dengan membeli beberapa unit rumah kos rendah di Pulau Pinang dan apabila harga pasaran rumah meningkat, saya lalu menjualkannya. Duit simpanan saya itu saya jadikan modal untuk memulakan perniagaan. Modal awal saya pada ketika itu adalah sebanyak RM150,000. Dan perniagaan pertama saya bermula di Cheras dan cawangan kedua saya adalah di Seri Kembangan yang diberikan nama De Gift House yang menjual hadiah dan cenderamata."



2. BAGAIMANAKAH EN.LIM MENGURUSKAN PERNIAGAAN TERSEBUT?

" Saya mempunyai seorang kawan yang menjadi pembekal utama barangan cendaramata dan hadiah, dari situ saya mula berurusan dengan beliau untuk mendapatkan stok barangan dengan harga yang lebih rendah. Pada awal menceburi bidang ini saya hanya berani mengambil risiko pengambilan stok dalam kuantiti yang sedikit dan hasil pendapatan saya ketika itu hanya mencukupi untuk pusing modal sahaja. Kini perniagaan saya telah bertahan selama 4 tahun dan saya telah membuka cawangan baru di Seri Kembangan. Kedai saya di Cheras saya berikan kepada sepupu saya untuk uruskannya dan saya hanya pantau dari jauh manakala kedai di Seri Kembangan ini saya yang akan uruskan sepenuh masa dengan bantuan 3 orang pekerja."



3. APAKAH CABARAN SEPANJANG MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN INI?

" Pada 6 bulan pertama saya mengalami kerugian yang agak teruk seperti mana saya hadapi untuk membuka cawangan baru selain di Cheras. Sewa kedai di Cheras hanya RM3000 tetapi sewa di Seri Kembangan adalah RM5000 dan jauh lebih mahal. Untuk gaji pekerja pula saya peruntukkan anggaran sebanyak RM10,000, manakala bil elektrik sebanyak RM1000. Pengambilan stok saya akan membuat pembayaran secara tunai untuk mengelakkan hutang. Cukai pendapatan yang perlu saya bayar pula bergantung kepada hasil yang saya dapat iaitu sebanyak 20%. Manakala stock by month pula saya peruntukkan sebanyak 15 sehingga RM20,000. Bagi memastikan perniagaan saya betul-betul stabil dari segi kewangan mengambil masa selama 3 tahun. Selain daripada faktor kewangan, saya turut berhadapan dengan kerenah pelanggan yang pelbagai. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan pelanggan saya di Cheras terdiri daripada masyarakat Cina manakala pelanggan di Seri Kembangan majoriti terdiri daripada bangsa Melayu dan pelajar UPM. Pelanggan Cina selalunya lebih banyak permintaan dan saya akan cuba usaha sehabis baik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik saya mampu."



4. APAKAH USAHA EN.LIM DALAM MENGUKUHKAN PERNIAGAAN BELIAU?

Antara salah satu alternatif untuk menarik lebih ramai pelanggan.
" Saya akan sentiasa update stok hadiah dan cenderamata yang saya jual mengikut musim. Sebagai contoh, ketika musim perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, dan Valentine Day saya akan restock lebih. Selain itu, saya juga akan menawarkan harga yang lebih rendah dan mempromosikan diskaun sebanyak 30 hingga 50% serta pemberian hadiah percuma untuk barangan tertentu. Sebagai contoh, sekiranya pelajar ingin mencari door gift untuk majlis formal tertentu, kami akan menawarkan potongan harga yang lagi rendah dengan bilangan yang banyak. Maka untuk menarik lagi perhatian pelanggan, saya akan selalu update di laman facebook kami di De Gift House berkenaan promosi yang kami tawarkan selain mempublisitikan dalam bentuk flyers. Bukan hanya itu sahaja, saya turut memastikan perkhidmatan yang kami berikan kepada pelanggan adalah yang terbaik iaitu dengan menyediakan warranty selama 7 hari untuk barangan kaca dan elektronik seperti jam dinding, lampu tidur, cawan kaca dan pasu bunga. Setakat ini kami belum lagi menerima apa-apa aduan dan pulangan jualan yang rosak. Kedai kami tidak hanya terhad kepada barangan tertentu sahaja untuk dijadikan hadiah atau cenderamata, malah kami turut menjual barangan seperti alat tulis, permainan robotik, anak patung, barangan perhiasan wanita, accessories untuk gajet, barangan dekorasi rumah dan banyak lagi. Harga yang kami tawarkan adalah dari serendah beberapa sen sehingga ratusan ringgit."

Special untuk Hari Konvokesyen. 

5. APAKAH PERANCANGAN EN.LIM DALAM TEMPOH 5 TAHUN AKAN DATANG?

" Dalam tempoh 5 tahun akan datang saya target untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh Kuala Lumpur. Saya juga berhasrat untuk menjadi seorang pembekal barangan hadiah dan cenderamata kepada peniaga-peniaga baru pada masa akan datang. Untuk menguruskan akaun perniagaan saya secara lebih sistematik, saya akan berusaha mempertingkatkan ilmu perniagaan saya dari semasa ke semasa."


Okay, dari segi pertanyaan setakat itu sajalah yang mampu aku tanya. No ideas really time tu sebab dok asyik tengok gift yang comel giler nak habaq! De Gift Shop ni bukan setakat bersih, susunan barang pun rapi jer, wangi dan yang penting kedai dia sejuk! Rasa macam masuk Watson pulak kat situ. Hahaha.....Tak percaya? Okay, jom kita usyar-usyar sikit barang yang dijual dalam kedai ni...



BARANGAN ELEKTRONIK: 

Lampu tidur.Comel kan? Harga below RM50 tak silap.
Jam dinding & Telefon klasik.

BARANGAN KACA:


Set pinggan, cawan dan perhiasan kaca.

Frame gambar serendah RM6.


Tabung swan kaca.

ANAK PATUNG:



 




BARANGAN PERHIASAN RUMAH:


Cantik kan model eifel tower ni?




Lampu perhiasan untuk majlis Dinner.



DOOR GIFT:


Magnet

 
       









GIFT BOX:







PERMAINAN ROBOTIK:





Sebenarnya banyak lagi barangan yang dijual di De Gift House ni, dan harganya sangat affordable. Cepat datang, terutama pelajar UPM dan UNITEN sebab kedai dia sangat dekat dengan kita. hehee... So itu sahaja untuk entry kali ni, moga bermanfaat untuk semua.

Untuk maklumat lebih lanjutsearch laman Facebook kedai ni De Gift House atau emailkan kepada degifthouse@gmail.com. Alamat De Gift House cawangan Cheras beralamatkan seperti berikut: 7, Jalan Damai Perdana 1/9D, Bandar Damai Perdana, 56000, Kuala Lumpur. Untuk cawangan Seri Kembangan adalah beralamatkan seperti berikut: 11-1, Jalan 18/33A, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.



Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera


GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...