Saturday, 11 October 2014

GIANT BUBBLE



Assalamualaikum.

Hye...Hye.... Kali ni punya entry aku nak share satu cerita...  9 Oktober 2014 baru ni, aku dengan bebudak kelas pergi ke Hari Terbuka Psikologi Malaysia , yang bertempat di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya. Okay lah, macam-macam experiences dapat. Buat ujian personaliti lah, saringan minda sihat, Art Therapy.. Tapi hari ni bukan nak citer apa ada dalam program tu, ini cerita kat luar bangunan tempat program tu... jeng...jeng...jeng....


Budak laki kelas aku pun pandai selfie ok? jangan memain...


lurvealoevera.blogspot.com
Nampak tak muka-muka excited dapat keluar daripada UPM ?? hahaaa.....

Semasa di hari terbuka tersebut, aku tengok ramai peniaga-peniaga yang berniaga di tepi jalan. Ada Mobile Book Cafe, Pasar Mini Bergerak dan sebagainya. Sememangnya setiap peniaga-peniaga kecil ini kelihatan sangat unik dan kreatif yang jarang kita lihat di tempat-tempat lain. Salah satu gerai yang menarik minat aku untuk cuba mendekati dan menemu ramah seorang pemilik gerai tersebut adalah sebuah gerai yang diberikan nama Giant Bubble. Mesti korang penah dengar dan ada yang pernah main kan? Alar, buih sabun yang budak-budak kecik merengek nak main tu.... haha......


Ceria kan muka pak cik ni? 
               
 Nama pak cik yang mula-mula memperkenalkan Giant Bubble ni adalah Encik Isa Nawawi yang berasal dari Perak dan kini menetap di Putrajaya. Siapa sangka pak cik yang mempunyai seorang anak dan cucu yang berusia satu tahun setengah tahun ini sebenarnya berlatar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan. Haa... Jangan main-main taw.. Dan nasihat aku, jangan pandang rendah kat peniaga-peniaga yang nampak gerai macam kecik jer. Tapi kalau kau cuba interview dia orang, ada yang study kat luar negara siap. Siapa tahu kan?



Sebenarnya aku pelik jugak, kenapa pak cik ni yang berkelulusan dalam bidang kejuruteraan boleh menjalankan bidang perniagaan yang nampak macam santai and tak menjana pendapatan yang begitu banyak. Plus pak cik ni kuat dan steady kacak bergaya lagi duduk jaga gerai Giant Bubble kat tepi Perbadanan Putrajaya ni. Haa... Pakai baju batik lagi tau masa tu...Kata pak cik Isa, pada awalnya beliau hanya suka melayan kerenah cucu tunggalnya yang suka bermain dengan buih-buih sabun yang dijual di pasar malam yang berharga RM2. Yelah kan, dah ada cucu. Mestilah seronok melayan cucu main-main.

          Kemudian beliau mula membuat penyelidikan dan pemerhatian kecil terhadap kerenah cucunya. Dengan bermodalkan RM100, beliau memulakan perniagaan Giant Bubbles ini secara kecil-kecilan. Kata Pak cik Isa, pada awal beliau memulakan perniagaan ini, beliau membawa cucunya ke taman permainan yang berdekatan dan dibawa bersamanya peralatan Giant Bubbles ini. Dan tanpa diduga sambutan yang diterimanya juga sangat luar biasa. Kata beliau, bukan setakat kanak-kanak sahaja yang berminat untuk mencuba permainan ini, malah ibu bapa turut berebut dengan anak-anak mereka. Pak Cik Isa sangat gembira melihat fenomena sedemikian, kerana menurut beliau orang zaman sekarang sudah kurang masa untuk berinteraksi bersama ahli keluarga. Maka dengan menerusi permainan Giant Bubbles beliau, beliau merasakan suatu kepuasan dalam diri ketika melihat senyuman di setiap wajah pengunjung gerainya.

            Sesuatu yang sangat menyentuh perasaan aku adalah ketika beliau mengatakan beliau akan memberi penghuni rumah anak yatim, orang-orang istimewa dan orang kurang upaya untuk bermain Giant Bubbles beliau secara PERCUMA ! Beliau sentiasa mengatakan tujuan Giant Bubbles diperkenalkan adalah untuk menggembirakan masyarakat di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga. Kini Pak cik Isa telah memiliki 125 orang peniaga yang mengambil alatan Giant Bubbles daripada beliau di seluruh Malaysia.
                

lurvealoevera.blogspot.com
See?? cantik kan? Haahh... meyh cuba.... Free2 jer dapat main masa ni...

lurvealoevera.blogspot.com

Yang ni lagi best. Dia kasi uols macam jaring tangkap ikan, then celup sabun. banyak kan??

Beliau turut mempunyai sebuah kedai Giant Bubbles yang dibuka di kajang. Sabun buih yang digunakan adalah rahsia formulanya yang tersendiri dimana bahan utamanya adalah sabun pencuci tangan dan 5 jenis bahan kimia yang dirahsiakan. Sudah pasti beliau turut mengutamakan keselamatan dimana buih sabun ini tidak akan memedihkan mata kanak-kanak yang bermain. See? Sebab itu gerai pak cik ni ramai giler pengunjung. Daripada budak kecik, pelajar sekolah, mahasiswa sampailah orang dewasa. Kalau dah mak bapak pun berebut dengan anak-anak semata-mata nak main benda ni... Kau rasa apa? =D

Part yang buat aku paling respect dan jarang tengok kat mana-mana kedai atau gerai ialah , setiap kali azan berkumandang pak cik Isa ni akan tutup kedainya. Well, as we know kat Mekah Madinah jer kan orang berhenti urus niaga bila azan berkumandang. Kat Malaysia sejujurnya jarang aku tengok keadaan macam ni. 

Sebagai refleksinya, kini aku lebih sedar bahawa setiap orang itu unik. Meskipun kita lihat sesuatu itu nampak kecil, namun kewujudan mereka sangat member makna dan nilai dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita tidak sedar bahawa buih-buih sabun mampu mengubah hidup seseorang yang kelihatan sedih dan muram kepada ceria dan gembira. Sememangnya banyak benda kita boleh belajar daripada pak cik Isa ni. 

lurvealoevera.blogspot.com
Bahagia masing-masing....

Jadi untuk maklumat lebih lanjut mengenai Giant Bubble ni, mana tahu kan nak mintak kerja ke, nak jemput pak cik ni bukak 1 gerai untuk event-event korang ker, boleh lah usyar-usyar www.giantbubble.com.my atau layari Facebook di giantbubbleputrajaya@gmail.com.


GIANT BUBBLE PROVIDE YOU FUN FOR: 

Family Day, Sports Day, Birthday Parties, Special Event, Carnival, Product Launching, School Events, Wedding and Fund Raising. 


So don't miss it!
Okay, segala salah dan silap harap dimaafkan. Sekian terima kasih.




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...