Saturday, 29 November 2014

Pemilihan MPP UPM 2014/2015 Calon UMUM (Asyiqin, Naim)

UNDILAH SAYA, CALON MPP ANDA!


lurvealoevera.blogspot.com



Assalamualaikum.
Hye warga Universiti Putra Malaysia sekalian! Entry ini adalah special entry saya untuk anda, PENGUNDI bagi PILIHAN RAYA KAMPUS UPM 2014/2015 untuk lebih mengenali siapa saya.



lurvealoevera.blogspot.com
Saya,  NURUL ASYIQIN BT JAAFAR.
Matrik number : 172343, Pelajar Tahun ke-2,
Dari Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.
Kos Bachelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling),
Calon MPP anda dalam kerusi UMUM.

PENGLIBATAN kelab & persatuan di UPM:
- Biro keusahawanan Kelab Outward Bounders UPM .
- Ahli Kelab Kebudayaan Chong Hwa UPM bermain Gu Zheng.
- Ahli  Kelab Mahasiswa Bimbingan Kaunseling UPM
- Ahli Persaudaraan Pengakap Raja Negeri Pahang (PPRNP)


PENGLIBATAN aktiviti di UPM (September 2013-November 2014):

1. Kem pendedahan Kelab Outward Bounders A025 (Lentang, Pahang)
2. Lawatan ke Outward Bound School (Lumut, Perak)
3. AJK Hari Perkembangan Professional Pelajar Kaunseling (FPP UPM)
4. Sukarelawan Mangsa banjir 1M4U (SK Mengkarak, Pahang)
5. Sukarelawan UCTC UPM (Dewan besar, UPM)
6. Travel Business Millionaire Talk (Wisma MCA, KL)
7. Art for Therapy (Kolej 6)
8. Wall climbing KOB (Putrajaya)
9. Retreat Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) (Pulau Perhentian, Terengganu)
10. Lawatan sambil belajar (Istana Lama Negara & Galeri Perdana, KL)
11. Misi projek Gelandangan KMBK (Bandaraya-Pasar Seni)
12. Jejak Mahasiswa ke Parlimen (KL)
13. Majlis Makan Malam Fiesta D'K6 (K6)
14. Night of Classy Counselor (Dengkil, Selangor)
15. AJK protokol Majlis Makan Malam Rasmi KOB UPM (Country Height Resort, Kajang)
16. Majlis Anugera Aspirasi Unggul (Aura) (Kolej 6)
17. Projek mega Asas Kembara ( Kg. Sedim, Kedah)
18. Karnival Mini Kaunseling, UPM (Seksyen Kaunseling Pelajar)
19. Fasilitator Kem kepimpinan pelajar SMK Confucius, Cheras (Dusun Eco Resort, Pahang)
20. Kem Kepimpinan PEWARIS KOLEJ 6 ( Selangor)
21. Majlis Pelancaran Program Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian (Taman Tasik Titiwangsa)
22. Emcce Dwibahasa -Mandarin & B.Melayu , Pesta Tanglung ( Wangsa maju, KL)
23. Larian Merentas Kampus UPM
24. Fasilitator Kem Pendedahan A026 KOB UPM (Lentang, Pahang)
25. Hari Terbuka Psikologi (Dewan Siantan, Perbadanan Putrajaya)
26. Bendahari Final Year Dinner BnK (Mines Wellness Hotel)
27. AJK Logistik Tree Climbing KOB- Pesta Konvokesyen ke-38 ( Bukit Expo, UPM)
28. Timbalan Presiden Program Lawatan Pelajar SK Bukit Lentang, Johor ke UPM.

PENCAPAIAN AKADEMIK:
Semester 1 : 3.652
Semester 2: 3.652


lurvealoevera.blogspot.com


Moto : "SUARA MAHASISWA, SUARA KITA."


Menifesto:

1. MENCADANGKAN PIHAK UNIVERSITI AGAR MENAMBAH BILANGAN PENUNJUK ARAH JALAN DAN PAPAN TANDA DI UPM. 

 Sedar tak kita sebenarnya UPM ni masih kurang papan tanda lokasi dan penunjuk arah jalan? Sebagai contoh, pernah tak you alls jumpa papan tanda menunjukkan di mana letaknya Kolam Renang, Seksyen Kaunseling Pelajar, Ladang-ladang, Pusat Kesihatan dan Perpustakaan? Ya memang papan-papan tanda tersebut ada, tapi cuba kita tengok tempat sign board ini diletakkan. Dimana? Adakah di main road macam jalan dari pintu pagar ke kolej kediaman atau kawasan akademik? Papan tanda yang sedia ada di sekitar UPM ini pun ada yang sudah hilang tulisannya.
Terutama kepada pelajar first year, banyak sangat aduan mengatakan tidak jumpa lokasi untuk ke kelas terutama kelas Kokurikulum berkredit dan hari peperiksaan.

"Kak, ladang 5 kat mana?"
Pernah student first year tiba-tiba sapa saya bertanyakan soalan sedemikian. Kesian dengan berpeluh-peluh bawak cangkul, dengan tuala di bahu dan topi petani di belakang bahu, dalam 15 orang mencari di mana sebenarnya Ladang 5? Nak dijawab kang, aku pun tak pernah tahu kat mana. Nama jer bawak motor pusing UPM, tapi tak pernah pulak jumpa sign board Ladang 5.

" Kak, gelanggang Hoki di mana? Kami dari Kolej 17, dah 2 jam sesat tak jumpa kelas ke BAKSIS." 
Habis semua senior aku call tanya gelanggang Hoki yang mereka tercari-cari tu. Lokasinya tetap sama, tapi kelas tak ada kat situ. Jadi di manakah lagi gelanggang hoki yang dimaksudkan mereka seperti yang tertera dalam jadual kuliah? Nampak tak kawan-kawan betapa pentingnya untuk menambahkan papan tanda dan penunjuk arah jalan di lokasi utama seperti ini? Pernahkah anda mempunyai pengalaman sedemikian? Saya sendiri pernah sesat di kawasan kampus untuk ke dewan peperiksaan semasa di semester 1. Tertukar DKAP dengan DK. Oleh itu, tepuk dada tanya kawan-kawan. Adakah menifesto saya ini wajar dicadangkan?



2. MENCADANGKAN PIHAK UNIVERSITI MENGETATKAN SISTEM KESELAMATAN DENGAN MENAMBAHKAN BILANGAN CCTV DI SEKITAR UPM.

Tidak semua kolej-kolej kediaman yang ada CCTV seperti mana yang terdapat di Kolej 13 dan Serumpun. Terutama bagi kolej-kolej kediaman yang tiada pagar seperti Kolej Keenam, Kolej Kedua dan Kolej Canselor.
Seringkali kita mendapat SMS mengatakan, " berhati-hati kerana ada orang ternampak individu yang mencurigakan berkeliaran di sekitar kawasan kolej, berbaju belang dan bertopi. Jalan sambil memandang muka pelajar perempuan dengan muka yang mengancam keselamatan,".

Pernahkah anda mendapat pesanan ringkas sedemikian? Dan tidak ketinggalan juga kes-kes dimana ada lelaki menceroboh masuk blok perempuan seperti mana yang pernah berlaku di Kolej 13 dan Kolej Keenam. Mahukah anda perkara sedemikian berulang lagi? Pastinya anda menginginkan rumah anda sentiasa selamat aman sentosa bukan? Oleh itu cadangan saya adalah supaya bilangan CCTV diperbanyakkan supaya perkara sedemikian tidak berleluasa pada masa akan datang.

Oleh itu, saya sebagai wakil pelajar anda, sedia berkhidmat untuk kesejahteraan semua. UPM adalah rumah kita, tempat kita menuntut ilmu. Ayuh pertahankan keselamatan rumah kita, sekolah kita agar sentiasa kita berada dalam keberkatannya sepanjang di sini.
Sedikit pesanan buat para pengundi di UPM, tak kiralah parti apa pun seorang calon itu, pastikan pilihan anda adalah terbaik dari yang terbaik. Masa depan universiti adalah di tangan anda. Menang kalah itu adat pertandingan. Sekiranya anda percaya saya mampu memimpin anda, UNDILAH SAYA. Terima kasih kepada semua kenalan yang banyak membantu saya sehingga ke tahap ini. Jasamu akan ku kenang dan saya akan berusaha untuk perform yang terbaik.

Undilah saya, "SUARA MAHASISWA, SUARA KITA."   

lurvealoevera.blogspot.comContact me : 
Facebook ASYIQIN JAAFAR
Instagram: Lurve Aloevera
Blog: lurvealoevera.blogspot.com


WHO AM I?
- "a blogger, MANDARIN speaker, King Scout, counselor-to-be."

- If you wanna be good, you have to be different.
- Memimpin melalui teladan.

Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

- Thank you Team Marketing MP for your hard work on my posters, flyers and video. 
#VoteMP #SuaraMahasiswaSuaraKita 







Saturday, 22 November 2014

BAGAIMANA MEMBINA KUASA PENGARUH?


Assalamualaikum.

Hello everyone! Hahaa... Baru sangat aku update pasal Tukang Kasut kan? Now update lagi. Well, apa boleh buat. Hobi dan minat aku adalah Blogging. Whenever I got free times and ideas, I'll update my Blog of course. So, today we'll discuss about " BAGAIMANA MEMBINA KUASA PENGARUH?"


1. Karakter

- Mostly orang yang berpengaruh ni have something special about him. For sure, his or her characters lah. Yelah, kita sendiri boleh fikir. Siapa suka kalau orang tu biadap dan berlagak kan? Dalam TV macam biasa kita tengok, ada duit jer berpengaruh. Yeah, tak dapat dinafikanlah. Duit pun boleh dijadikan alat untuk membina kuasa pengaruh. Tapi kalau untuk orang yang tak banyak duit macam kita ni, bak kata mak aku "Biar kita tak ada duit banyak, janji adab jaga".  Usually orang berpengaruh ni sedar betapa pentingnya membina dan mengekalkan karakter yang mempunyai moral dan etika yang betul. Stay humble, adaptable, respect and speak with manner. So that, barulah orang suka. Kengkadang tak perlu nak tunjuk sangat kita ni baik, cukup dengan hanya murahkan senyuman, orang boleh tertarik dengan kita. Okay?


2. Gerak Hati

lurvealoevera.blogspot.com


- From my reading, individu berpengaruh akan menggunakan gerak hati dan berusaha membersihkan hati. Why? Hati yang bersih bermakna hati kita tenang. Kita sebagai individu berpengaruh tidak akan membuat sebarang keputusan mengikut hati semata-mata. Let say you dendam atau tak puas hati dengan someone. I'm sure if you are not being professional, you'll bring along your own personal problems and emotions. Then apa jadi? Of course kerja tak menjadi, keputusan yang dibuat pun tak produktif.  So that is why i said that, pentingnya memiliki hati yang bersih. Macam mana nak bersihkan hati? Perbanyakkan zikir, perbaiki niat dan sentiasa memaafkan dan melupakan kesilapan orang pada kita. Bukan senang nak buat semua ni, yes I admit. Aku pun kadang hanyut jugak dengan perasaan marah ni. But, that's the key to live happily. I'm just reminding myself also. Kengkadang aku pun buat something ikut perasaan, but I always try to improve myself. Professional is professional. Okay?


3. Rangkaian


- Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian kat sini? Maksud tersiratnya macam rangkaian internet, tapi bukan internet atau Wifi, okay? What i meant here is, sejauh mana kita mengekalkan perhubungan atau contact dengan orang-orang yang pernah hadir dan support kita?

For example, families, teachers and friends. Walau sesibuk mana pun kita, even kita dah jumpa someone yang boleh support kita walau susah dan senang sekarang ni, jangan pernah jadi "kacang lupakan kulit." Cuba flashback diri sendiri, bila last time kita call parents kita, tanya khabar cikgu-cikgu sekolah kita dan kenalan kita? "Busy lah, tak sempat nak text." or "Prepaid habis, lama tak topup." Tipu sangatlah kalau korang tak pernah bagi alasan macam ni. Aku pun selalu jugak buat alasan itu ini. Tapi sedar tak kita, siapa yang sentiasa support kita masa kita susah senang dulu? Tanpa mereka, siapa kita sekarang ni? Renung-renungkan. Jangan sebab kita dah berjaya sekarang ni, kita jadi sombong dengan mereka. Tapi bukan bermakna kita tak contact tu kita tak ingat kan? Lebih baik kita ingat orang dalam doa kita. So, it depends on yourself. Okay?


4. Kebolehan

- Kebolehan atau kemahiran yang pelbagai menjadikan seseorang itu berbeza dengan orang lain. Kalau kita tak cuba untuk improve diri sendiri, masih di takuk yang lama. Then how can we become someone influential? So if you wanna be good, you have to be different. Senaraikan segala kebolehan dan kemahiran yang you guys ada. Things like that can actually motivate yourself to be better person. Dengan adanya kebolehan yang pelbagai, we can help other people. Mungkin ada orang berkebolehan untuk berpidato, menyelesaikan masalah atau berkebolehan dalam mencari kawan baru. Jadi, jangan pandang rendah walau sekecil mana pun kebolehan yang kita ada. Unleash your potential. Berusahalah untuk mencari bakat dan kebolehan baru yang terpendam dalam diri kita. Let's appreciate ourselves, okay?


5. Pengalaman

- Experience is the best teacher. Like penyarah aku cakap, we are the products from our past. Seorang pendosa tidak bermakna tidak ada masa depan. Anything happened during our past, just take it as lessons. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk diambil sebagai sempadan. Mungkin ada orang lebih banyak belajar daripada silapnya berbanding kejayaannya. It's okay. Jangan berhenti terlalu lama meratapi perkara yang lepas. So, let's move on! Nak jadi individu berpengaruh kan? Gain as much experiences as we can. Okay? Jangan risau kalau buat silap, itu semua pengalaman yang mana menjadi guru terbaik dalam hidup kita. Experience is what a man does on what happened to him. So, let's make better mistakes from now on.


6. Rekod Kejayaan

- Mostly individu berpengaruh ni mencatatkan banyak rekod kejayaan sepanjang hidupnya yang menjadi anak tangga keyakinan dalam diri mereka. Ada orang mungkin rekod kejayaannya konsisten, UPSR 5A, PMR 9A, SPM 10A. Hahaa. Tapi aku tak lah macam tu. Tak pernah straight A pun, tapi alhamdulillah lar. Cukup untuk membina keyakinan diri aku. "Tapi, aku dulu tak lah bijak. Tak dapat anugerah pape pun." It's okay dear. Nobody perfect. Masih belum terlambat untuk kita berubah. So let's start now. Bina rekod kejayaan secara konsisten, meliputi segala aspek dan minat. Jangan terlampau rigid dengan mengatakan, hanya orang yang cemerlang akademik sahaja boleh berjaya. Who says that?? Just do whatever that you think can benefit yourself and society. That is also achievement. Macam mana nak jadi individu berpengaruh? " Hargai kejayaan kecil dan bersyukur meraikan kejayaan besar."




7. Ilmu Pengetahuan

- Selalu kita dengar, "ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah," rite? Tapi sejauh mana kita persiapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan? Knowledge ni macam applications dalam smartphone kita taw? Sentiasa kena update. Bukan nak kata aku rajin sangat membaca, tidak lah. Aku pun kalau ada masa baru membaca lebih sikit. Kalau tidak, buku pun tak sempat nak sentuh. Tapi itu tidak bermakna aku langsung tak belajar apa-apa. So how I upgrade my knowledge ? Belajar kan banyak kaedahnya. The easiest way for me is , bertanya. Aku suka interview orang, bertegur atau berbual dengan orang. Maksudnya kat sini, aku cuba ambil tahu sesuatu yang aku tak tahu. I take that positively, - untuk menambah ilmu pengetahuan. Percayalah, without knowledge, how can we help people? How can we help our nation? Can people believes us without knowledge? Tepuk dada, tanya iman.


So overall, what can i sum up here is, nak membina kuasa pengaruh bukan ambil masa sekelip mata. It is a long process. Pengaruh datang dari pelbagai sumber, apabila ia diadunkan seimbang, kuasa pengaruh itu semakin kuat dan matang. So apa-apa pun segala apa yang aku tulis dalam ni semua untuk mengingatkan aku jugak. Jangan pulak kau kata aku bajet perfect pulak eryh? =)



"Adalah lebih baik cuba memahami seseorang daripada mengutuk mereka. Cuba bayangkan mengapa mereka bertindak begitu. Perbuatan itu lebih bermanfaat dan menarik minat daripada mengkritik; serta menimbulkan simpati, tolak ansur dan kebaikan hati". - Dale Carnegie. 


Source: Zamri Mohamad & Haeqal Zulqarnain, "30 Strategi membina pengaruh: segelas air suam, secawan teh pengaruh," p.2 .





 Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

Friday, 21 November 2014

TUKANG KASUT


Assalamualaikum. 

Hye you alls! After my last post about 10 panduan ringkas menulis thesis tu, terus senyap kan? Hahaaa. Ada yang cakap entry aku tu agak boring. Tak apa. Okay, so this time memang aku sengaja keluar cari idea untuk update dalam blog ni sambil-sambil survey tempat untuk buat interview for my assignment. Dah alang-alang aku pun duduk lah usyar sepasang husband and wife ni yang bertukang kasut. Actually, jujur cakap seumur hidup aku boleh kira berapa kali jer aku pernah tengok tukang kasut in my real life. Hahaa. Kesian kan? Well, apa boleh buat. So memandangkan aku ada blog, so aku amik lah peluang nih untuk mendekati kisah disebalik kehidupan sebagai TUKANG KASUT. Harap-harap entry aku ni boleh bagi you alls sikit sebanyak maklumat pasal tukang kasut, okay? 

First of all, aku nak mintak maap ler sebab untuk identiti pasangan suami isteri ni aku rahsiakan. Why? Ada sebab-sebabnya tersendiri. Nak tahu sangat, pergi sendiri jumpa mak cik and pak cik ni sembang. Then you'll know the reason why. Tak jauh pun weyh. Kalau student UPM ni, hak mana rajin lepak kedai mamak Maulana mesti selalu nampak dia orang. So, sila ringan-ringankan mulut anda untuk berinteraksi dengan dia orang, okay?


lurvealoevera.blogspot.com
"Adik boleh jadi pemimpin suatu hari nanti, sebab adik dekat dengan masyarakat." 

"Adik boleh jadi pemimpin suatu hari nanti, sebab adik dekat dengan golongan masyarakat macam kami." Perghhhh! Terasa macam wakil rakyat beb bila mak cik ni cakap aku macam ni. Muahahaa... Muka aku jadi wakil rakyat? Errr, ada potensi ker? Hahaaa. Aku buat ni ikhlas nak cuba hayati kehidupan sebagai seorang tukang kasut jer. Tak ada simpan niat pun nak jadi wakil rakyat ker apa. Hikhikhik. Mesti tergelak mak aku kalau dengar mak cik ni cakap camni.

Okay, menurut maklumat yang aku dapat daripada mak cik ni, dia orang dah bertukang kasut di kawasan Sri Serdang ni hari-hari selama 17 tahun taw. Ouh seriously? 17 tahun mencari sumber pendapatan demi menyara 3 orang anaknya dengan hanya bertukang kasut? Besar sungguh jasa dia orang pada anak-anak. Macam mana mak cik dengan pak cik ni boleh bertahan kan? Hahhh... Nampak tak kat situ sejauh mana kuat semangat orang macam ni?  Since services yang dia orang mampu buat adalah terhad sebab semua pakai manual, so mak cik ni cakap dia dan pak cik cuma ambil upah jahit kasut dan kadang-kadang amik jugak lah upah jahit beg. So secara kasarnya pendapatan sehari cuma dalam RM20 hingga RM30 jer taw. Itupun kalau nasib baik ada pelanggan, kadang tak ada langsung? Yelah, kita pun kena faham bukan hari-hari ada kasut orang rosak kan?

Waktu operasi mereka memulakan perniagaan kecil ni pulak bermula dari jam 9.30am hingga 7pm dari Isnin sampai Jumaat. Sabtu adalah hari mereka berehat dan Ahad pulak hari dimana mereka keluar ke Petaling Street untuk restock barang-barang yang digunakan untuk menjahit dan gam kasut. Antara alatan yang digunakan untuk mereka bertukang kasut adalah seperti jarum, gam, getah dan benang. Okay, jangan kau fikir jarum yang dia orang guna tu macam jarum kau jahit seluar koyak tu pulak taw? Jarum dia memang scary. Kalau terkena tangan tu belum jamin boleh baik seminggu taw. Hahaa. And gam kasut dia pun bau kuat giler. Sepanjang aku interview dia orang dok hidu bau gam tu, rasa nak pengsan jer. Macam mana lah dia orang hari-hari boleh tahan dengan bau macam tuh?? Hurrmmm...

 So ini antara alatan dan bahan-bahan yang digunakan oleh tukang kasut ni untuk membaiki dan menjahit kasut.

lurvealoevera.blogspot.com
Tumit kasut wanita yang digunakan untuk mengganti tumit yang patah dan berbeza mengikut bentuk dan saiz kasut.

lurvealoevera.blogspot.com
Tapak kasut yang digunakan untuk mengganti kasut yang haus atau menggantikan kasut yang bertumit untuk kasut lelaki.

lurvealoevera.blogspot.com
Sabun yang dilenyek sendiri oleh mak cik untuk digunakan semasa menjahit supaya mudah memasukkan jarum dan benang ke kasut.

Since mak cik dan pak cik ni bukan orang kita, jadi dia orang tak boleh buat sebarang pinjaman bank untuk bukak kedai suka-suka. Lagipun harga menyewa premis kat Sri Serdang mahal giler kalau nak dibandingkan dengan tempat aku. Dulu mereka tak ada kenderaan untuk bergerak dari Serdang ke Petaling Street untuk restock bahan. So terpaksa lah angkut anak-anak kecik naik bus. Just imagine you bawak 3 anak kecik jalan jauh bersesak-sesak naik public transport? Kalau untuk santai-santai makan angin tak apa, ini untuk urusan kerja pulak. Nak ditinggal kat rumah 3 beradik ni kang tak ada orang jaga, bahaya. Sanggup dibawanya biarpun jauh. Bukan senang nak senang kan? Then few years later, mujurlah ada pak sedara kepada pak cik ni baik hati bagi pakai sebijik kereta Wira usang untuk dia orang sekeluarga bergerak sampai sekarang. Kemahiran bertukang kasut yang dipelajari daripada sepupu pak cik ni mengingatkan aku bahawa, "Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih."


lurvealoevera.blogspot.com
Benang yang berbeza adalah untuk kasut yang berbeza.

lurvealoevera.blogspot.com
Alat untuk membuat longkang pada kasut supaya jahitan kemas dan tidak mudah tertas.

lurvealoevera.blogspot.com
Kuku besi untuk menukul kasut.

Gam kasut.
Jarum menjahit benang kasut.

Kata mak cik ni lagi, setiap perkhidmatan dikenakan caj yang berbeza. Untuk menjahit kasut office dan kasut biasa dikenakan caj RM15. Untuk menjahit kasut tumit tinggi perempuan like heels atau wedges pulak berharga RM10 , and for sport shoes pulak RM20 yang menggunakan benang lilin untuk menjahit. Murah kan? Jahit keliling pulak tu, bukan main kira bayar harga sebelah-sebelah kasut punya taw? Jujur cakap aku rasa menyesal sebab buang hampir 5 pasang heels sejak duk UPM ni. Tak tahu pulak ada tukang kasut belakang UPM ni. Haissh. Membazir giler duit beli kasut baru rasanya. Next time memang aku akan hantar sini jer untuk jahit semua high heels aku. Huhh!


lurvealoevera.blogspot.comApa cabaran sepanjang 17 tahun mak cik dan pak cik berniaga disini? Bila diajukan soalan macam ni, mak sik ni gelak. Eyh...? Soalan aku ni nampak childish ker? 

"Dulu mak cik pernah cuba berniaga di pasar malam, konon-konon nak cari duit lebih. Tapi anak tak boleh control, sebab semua kecik-kecik lagi. Main sana, main sini. Kita tengah baiki kasut, tiba-tiba dia orang hilang. Mak cik dan pak cik nya jadi susah hati. Jadi mak cik dan pak cik ambil keputusan untuk berniaga macam biasa lebih-lebih lagi masa mereka bersekolah. Supaya kerja mak cik mudah siap." I see. No wonder lah mak cik ni gelak bila aku tanya soalan tadi. 

"Kadang-kadang ada juga MPSJ datang saman dalam 3 bulan sekali. Bukan kami sajer yang kena, peniaga-peniaga kecil lain turut menerima nasib yang sama.Tapi sekarang jarang MPSJ datang pantau melainkan kalau ada orang baru masuk berniaga di sekitar kawasan ini. Dan malangnya kami turut menerima tempiasnya," keluh mak cik sambil menjahit kasutnya. 


Dulu pak cik jer yang bekerja, mak cik duduk rumah jaga anak. Tapi anak sulung mak cik sekarang umur dah 13 tahun, jadi mak cik turun hari-hari tolong pak cik bertukang. Pendapatan mereka mungkin tidak selumayan yang kita sangkakan. Tapi demi mencari rezeki untuk menyekolahkan anak-anak yang kian membesar, aku rasa terharu pulak. Tiba-tiba terkenang kat Mama Abah kat rumah. Agaknya macam ni lah dia orang bersusah payah bekerja untuk sekolahkan aku dan adik-adik lain dulu masa mula-mula pindah dari bandar ke kampung, sampai aku boleh masuk Universiti sekarang. Seriously, aku rasa nak jer cepat grad supaya dapat balas balik jasa mak ayah bila tengok pasangan suami isteri tukang kasut ni.




























Kenapa asik mak cik jer jawab soalan aku, Pak ciknya bisu ker? Hahaa... Actually pak cik ni tengah tak sihat, sakit buah pinggan. That's why tak banyak cakap. So segala pertanyaan aku yang bertubi-tubi macam Pegawai Majlis Pembandaran nak soal siasat mintak permit dan lesen niaga ni lah yang dijawab mesra oleh mak cik ni. Even aku tak bawak apa-apa buah tangan untuk dia orang, dan datang pun bukan niat nak repair kasut ker apa, but still dia layan aku mesra alam. Why? mungkin sebab senyuman memikat aku ni kot. Hikhikhik. Jangan marah eryh.... =D

So, kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal mak cik dan pak cik ni untuk interview ker, or in case ada yang sudi nak bantu pasangan ni ker, and tak lupa jugak kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan mereka, boleh lah hubungi nombor yang tertera. O11-23546806. Lokasi mereka beroperasi adalah di depan Poliklinik Zul dan Rakan-rakan, iaitu sebaris dengan Restoran Maulana, Sri Serdang. Okay? =)


lurvealoevera.blogspot.com



So my last word before aku undur diri, hargailah pengorbanan kedua parents kita sementara dia orang masih ada. Bukan senang taw nak besar dan didik kita. Dan walau apa pun pekerjaan mereka, jangan pernah kita malu untuk menerima mereka . Jangan disebabkan kita dah berjaya, kita sombong dengan mak ayah kita. Sebab tanpa dia orang, tak ada kita yang sekarang. Okay? 



Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

Friday, 14 November 2014

RINGKASAN 10 PANDUAN MENULIS THESIS DENGAN CEPAT & EFISYEN


Assalamualaikum.

Hye everyone! Entry kali ni aku nak share 10 tips mudah menulis thesis dengan cepat (sebagai persediaan kot-kot ada rezeki sambung PhD kan) yang aku baca dalam sebuah buku percuma yang aku dapat masa pergi usyar-usyar "Meet The Customer Day" depan library UPM baru nij... Hee...Walaupun aku ni cuma budak Bachelor yang baru 2nd year, tapi jangan pandang rendah kat aku taw? Aku sebenarnya lama dah teringin nak tahu , tulis thesis tu macam mana rupanya? Hah.. Nak beli buku tak mampu kan sebab baucer buku tak keluar lagi.  So aku cuma belek-belek jer buku kat situ, and suddenly akak jurujual tuh bagi aku free satu buku. Wahhhh... Rasa nak melompat sekejap dapat buku baru walaupun hanya 28 pages jer buku tuh. Hikhikhik... Terima kasih yer akak omey. Tanpamu, memang kering lah otak aku cari idea nak update apa dalam blog ni. Mueheheh...

lurvealoevera.blogspot.com
Penulis: Othman Talib



Okay, jom kita tengok apa kata penulis buku ni berkenaan
10 PANDUAN MENULIS THESIS DENGAN CEPAT DAN EFISYEN.


1. DOCUMENT MAP/ NAVIGATION PANE

- Untuk menulis thesis, kita tak digalakkan mengunakan MC Word sebenarnya. Thesis bukan macam penulisan biasa kita buat dari zaman sekolah, diploma atau Degree. So menurut Othman Talib (penulis buku), menggunakan aplikasi Document Map (MS Word versi 2007 dan terawal) atau Navigation Pane (MS Word versi 2010 dan 2013) adalah suatu kemestian dalam menulis thesis. Aplikasi sedemikian membantu kita untuk menyiapkan thesis dengan cepat dengan penggunaan teknik seperti One File One Thesis (OFOT), Copy-Paste-Rephrase (CPR), Write and Cite While You Read(WCWUR), dan Do It Right Do It Once (DIRDO). Kemahiran ini termasuklah kita guna apps Reference Manager like Mendeley untuk terus menulis petikan (citation) and bibliografi dalam thesis you alls, okay? Nak tahu lebih lanjut, beli buku si penulis. =D


2. ARTIKEL RINTIS DAN TEKNIK PENGHIBRIDAN

- So next, lepas you alls master Document Map atau Navigation Pane, kita move on kepada artikel rintis. Apa itu artikel rintis? Menurut apa yang aku baca, artikel rintis ni means few of articles yang hampir dengan research yang you alls plan nak buat. Bahagian rujukan artikel-artikel ni enables you guys untuk melakukan pencarian artikel lain secara bola salji (snowballing) dalam bidang yang sama lah. Let say you guys ada 3 artikel rintis yang berbeza dari segi reka bentuk kajiannya, so apa yang anda boleh buat adalah kacukkan atau hibrid kan teori yang berbeza yang ada dalam artikel ni. Teknik penghibridan like this akan menghasilkan satu kajian "baru" yang boleh menjadi jurang penyelidikan dalam bidang yang dikaji dan seterusnya menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang tersebut. So the best advise is , ELAKKAN DARIPADA MENETAPKAN TAJUK KAJIAN ANDA TERLEBIH DAHULU, TAPI MULAKAN SENGAN PENCARIAN ARTIKEL RINTIS. Get it?


3. TEKNIK FORESEE

- Teknik foresee (ramalan) ni requires you guys untuk buat jadual merentas bab. Maksudnya, jadual dimulakan dengan persoalan kajian, then followed by strategi mendapatkan skor dan instrumen yang digunakan. You should decide what variables and scales you'll use. Nak tahu lebih lanjut? View more via http://www.tulis-tesis-cepat.com .


4. TEKNIK ROT

- Research Operational Template (ROT) adalah sebuah template di mana anda boleh gunakan untuk membina research framework dengan mudah, kata Othman Talib. After you guys menulis dan membaca lebih banyak, maka korang akan mendapat idea yang lebih jelas. So what you should do is membina kerangka kerja ( RESEARCH FRAMEWORK). So, by using this ROT, templat ni just need one page only! So easy , right? You alls boleh semak research framework korang bagi mengesahkan aliran penyelidikan and sekaligus menentukan ketepatan dan tahap kajian yang akan korang lakukan.


5. ZERO DRAFT OF THESIS

- Asas penulisan penyelidikan doesn't mean kita kena tunggu siap satu bab baru masuk bab seterusnya. No! Kerja macam ni makan banyak masa kita taw.. (Cehh, cakap macam aku pernah tulis thesis!) Hahahaa.. Okay, membaca dan menulis petikan from artikel-artikel yang korang dah kumpul through Mendekey tadi sangat mudah kalau guna Zero Draft of Thesis (ZDOT) coz penulisan boleh dilakukan serentak untuk semua bab. Let say usually student takes almost 6 months to finish 3 chapters of cadangan penyelidikan, dengan ZDOT you guys boleh siapkan tak sampai 2 bulan pun. Wowwww..!! It means that ZDOT boleh siapkan 3 bab bagi cadangan anda serentak, and anda akan menghasilkan manuskrip dengan cepat lagi efisyen, malah mengikut kronologi dan aliran yang betul. See? Awesome!


6. BLOK MASA

- Untuk menyiapkan sesebuah thesis kita kena disiplin. Disiplin dari segi masa! Dr. Othman Talib mencadangkan supaya kita blok 6 jam (pagi ke petang) untuk membaca dan menulis, bukannya 2 jam untuk 3 hari. Let say kita busy. Make sure kita settle dulu segala urusan kita, then reserve 1 hari untuk stay back di library or mana-mana tempat yang kondusif for 6 hours. Mendapatkan fokus adalah penting okay? Supaya kita dapat kaitkan idea-idea yang kita baca. I think bukan masa nak buat thesis baru kita boleh praktikkan soal pengurusan masa ni. Untuk siapkan assignment pun kita patut buat sedemikian.


7. TENTUKAN MATLAMAT

- Thesis perlu disiapkan dalam jangka masa yang diberikan. So apa-apa pun kita mesti pasang target atau matlamat. Perancangan dari segi masa untuk membentangkan proposal, menjalankan kajian, kumpul data, analisis data dan penulisan dan pemantapan thesis mesti kena yang terbaik.


8. BE REALISTIC

- Reminder for myself, THESIS BUKANLAH SEGALA-GALANYA. Disebabkan excited sangat nak buat thesis, jangan kita buat kajian yang pelik-pelik dan luar biasa pulak. "Something rare" katanya. Nampak macam hebat, tapi kalau gagal dijalankan dengan baik, sampel frame mengarut-ngarut, data tah hape-hape, teori tak mantap, tak cukup instrument untuk adapt dan adopt, baik lupakan! Kajian yang biasa-biasa tapi kalau dijalankan dengan sistematik dan komprehensif, actually jauh lebih baik. So, jangan terjerat dengan keterujaan untuk membuat thesis, okay?


9. UBAH DIRI ANDA, BUKAN SUPERVISOR

- Setiap penyelia ada cara penyeliaan tersendiri. We are nobody to change other people, so let's change ourselves first! Nak jadi student PhD ni bukan senang, kita kena bergerak pantas, banyakkan membaca, mencari artikel, menulis dan menguasai kajian kita, jangan tunggu penyelia kita baru nak buat, ibarat pahat dengan tukul. Tugas penyelia cuma beri panduan, mewajarkan dan mengesahkan kerja anda. Let say kita tak kuasai kajian kita sendiri, that's why banyak fenomena kita nampak penyelia arahkan itu dan ini, termasuklah buat something di luar bidang pengetahuan dan minat kita. So mulai sekarang aku akan cuba bersikap seperti the real PhD student, bukan Bachelor student.


10. SENSE OF URGENCY dan PROCASTINATION

- Lecturer aku selalu pesan, kita kena ada sikap kesegeraan (sense of urgency), bagi menggantikan sikap saat-saat akhir (sense of last minute). The sense of urgency akan mengarahkan otak kita membuat sesuatu seperti kita akan mati esok. Fuyoooo!! Kalau semua orang ada sense macam ni, tak payah tunggu buat Doctorate, masa buat Degree pun tak akan timbul masalah assignment tak siap, then buat muka kesian depan lecturer mintak simpati. Sense of last minute yang kengkadang aku pun terjerat selalu bagi kita justification bahawa, "Alarr, lambat pun siap jugak. Relaks arghh.." Nak jadi penyelidik kita jangan ada penyakit "kaki-kaki" ni, iaitu kaki lengah, kaki ketuk, kaki suap, kaki Facebook. Haahhh, kalau kaki blogger macam aku ni pulak agak-agak kategori macam mana? Hikhikhik... So ini semua adalah penyakit berlengah-lengah (procastination), yang bakal memudaratkan diri kita dan percayalah! Kita tak layak jadi penyelidik kalau dari sekarang ada sikap suka bertangguh dan berlengah ni.




So, kesimpulannya, walaupun buku ini hanya 28 muka surat, namun cukup memberi aku gambaran bahawa thesis itu memerlukan ketekunan, ketabahan dan kesabaran nak buatnya. Bukan semua orang target nak amik PhD. Akan datang aku pun belum tentu sambung PhD. Niat tu ada. Insha Allah boleh. So kawan-kawan sekalian, maklumat di atas tidak semestinya hanya untuk student PhD jer taw. Yang tengah buat Diploma, Degree dan Master. Boleh lah aplikasi mana yang sesuai. ^_^








Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://www.tulis-tesis-cepat.com atau http://www.postgraduateworkshop.com sama ada untuk tempahan buku online , perkhidmatan rundingan, latihan dan bengkel kepada pelajar Sarjana dan PhD, dan perkhidmatan proofreading dan penterjemahan. Atau boleh hubungi +603-89127212 atau emailkan kepada mpws.richtraining@gmail.com dan Facebook www.facebook.com/mpws.training .




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

Monday, 10 November 2014

5 KELEBIHAN BERSUKAN REKREASI


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak bawak satu lagi entry yang lain daripada entry-entry dalam blog ni yang korang pernah baca. Selalu aku dok update pasal indoor activities jer kan? Hahhh... Jangan ingat orang macam aku ni tak minat outdoor activities pulak. Okay, Jom tengok apa pilihan outdoor activities yang aku paling minat. 

FYI, aku paling minat SUKAN REKREASI. So, antara sukan rekreasi yang aku selalu join ialah Flying Fox, Abseiling, Berkayak, Berakit, Jungle trekking, Paint Ball, Tree Climbing, Snorkeling, Obstacles, Wall climbing, Water Confidence and so on lah. Secara jujurnya, aku ni tak lah berani sangat. Lagi-lagi tempat tinggi dengan aktiviti air. Oh my! Bukan senang taw nak convince aku bahawasanya terjunan yang bakal aku buat itu selamat. Heeeeee...


lurvealoevera.blogspot.com
Alatan yang selalu digunakan dalam aktiviti rekreasi.: Harnest dan topi keselamatan.

Besides that, sebagai orang pengakap aku nih memang suka sangatlah aktiviti yang lasak-lasak nih. Masuk hutan, Camping, Ekspedisi jalan kaki 6km, 8km, 10km dan 40km, Jamboree. Hah, itu semua memang aktiviti masa lapang aku dari zaman sekolah lagi. Okay, nampak jer aku ni macam mengada-ngada buat manja kengkadang, tapi kalau time aku join aktiviti gini. Hahhh, memang totally berubah wajah lah orang kata. Jangan kata nak make up, tudung pun serabai habis dengan comot-comot lumpur bagai. Hukhukhuk...Ada aku kesah...? ^_^

Okay, baru-baru ni UPM buat Pesta Konvokesyen dari 1 hingga 5 November 2014. So, aim aku adalah untuk buat segala aktiviti lasak yang ada kat situ. Bukan apa, bayaran untuk aktiviti macam ni time big event ni sangat-sangat lah murah okay? Kalau you alls pergi survey kat luar, hah... Sendiri pikir lah berapa harga tiket masuk. Nak hire instructor lagi, bukan kerja mudah yea adik-adik? Kalau dalam UPM ni, banyak kelab rekreasi yang suka buat aktiviti macam ni, contoh Kelab Outward Bounders UPM, Kelab Mendaki dan Rakan Muda.


lurvealoevera.blogspot.com


5 KELEBIHAN BERSUKAN REKREASI:

1. MENCABAR PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL



lurvealoevera.blogspot.com
Tree climbing KOB UPM
Actually, aktiviti rekreasi yang lasak ni banyak sangat membantu aku taw. Aktiviti macam ni banyak mengajar aku untuk berfikir bahawa tidak ada yang mustahil aku tak boleh buat. Sebagai contoh aku amik berkayak. Disebabkan aku ni tak pandai berenang, jadi belum apa-apa lagi aku selalu fikir yang kayak aku tu akan terbalik dan aku tenggelam lemas dalam air. Pengalaman aku berkayak dari Lumut ke Teluk Batik lagi best, siap aku fikir ada jerung akan hidu bau aku and kejar aku in case kayak aku terbalik. Pergghh kau punya daya imaginasi jah..!! Walhal time tu aku dah pakai life jacket and bout safety ni semua instructor dah briefing habis. Plus aku bukan pergi berkayak sengsorang. Ada partner and instructor yang jaga, pun still tak yakin lagi. Jadi, setiap kali nak buat aktiviti lasak gini aku mesti mengucap 2 kalimah syahadah dulu. Takut-takut sampai ajal tak sempat nak mengucap. Hah, sampai tahap itu taw aku fikir. Heee....


Tapi bila dah buat, seriously terasa macam kau jumpa segunung emas kat satu pulau. Nikmat giler perasaan tu. Perasaan dimana aku berjaya mencabar diri aku dan aku berjaya melakukannya. Dapat straight A dalam Examination pun tak rasa nikmat macam ni okay? Even though aku cuma berkayak dalam jarak yang pendek, tapi nilai yang aku dapat di sebalik aktiviti macam ni sangat berharga buat aku. Tak percaya? Cubalah!


lurvealoevera.blogspot.com
Berkayak dengan Nurin . Nurin first time pergi berkayak katanya. 

                                                    PESTA KONVOKESYEN UPM 2014



2. MEMUPUK KEPIMPINAN DIRI

Selain tu, kalau nak tahu aktiviti macam ni sangat membantu aku untuk memupuk kepimpinan diri aku. Why? Maknanya, untuk atasi rasa takut aku yang terlebih-lebih ni, aku sendiri yang buat keputusannya. Samaada nak teruskan atau tidak. Eyh, bukan senang taw untuk orang macam aku ni tetiba suruh terjun tempat tinggi 15 kaki masa buat Abseiling dulu. Menangis sajer dah dekat sejam. Kesian kot orang lain tunggu turn belakang aku. Tak terjun kang rugi, dah bayar and jauh-jauh pulak datang. Naseb baik dapat instructor penyabar, taw. heee....

Itu kalau first time aku buat lah. Let say flying fox, dah masuk kali ke lima aku buat, but still aku rasa nervous every time nak terjun. Menggigil lutut kaki sampai nak berdiri pun susah, berpeluh-peluh satu badan. Hee.. Walaupun tempat yang lain dan jarak yang lain-lain. Hah, masa tu mungkin ada orang yang rasa lagi takut berbanding aku. Pengalaman yang lepas banyak mengajar aku. Jadi aku akan usaha untuk membantu orang lain pulak untuk atasi rasa takut nak mencuba aktiviti ini jugak. See? Dulu orang yang pimpin aku, sekarang aku pulak yang pimpin orang. Nak jadi seorang pemimpin, kita jangan selesa duduk di zon selesa. Got it? 



3. MENINGKATKAN KECERGASAN TUBUH BADAN
lurvealoevera.blogspot.com
Tree Climbing sempena Pesta Konvo UPM





 Plus, aktiviti rekreasi banyak jugak membantu aku meningkatkan kecergasan tubuh badan. Almaklumlah, kalau buat aktiviti sukan dan permainan ni kang kena berjemur tengah panas sokmo kan. Hee, itu pun salah satu sebab jugak lah kenapa aku tak minat sukan macam tu. So, every time aku balik jer daripada buat aktiviti rekreasi macam ni, minda aku akan rasa lebih ligat berfikir dan secara tak langsung aku rasa tahap keyakinan diri aku semakin meningkat. Senang citer, dia membuatkan aku menjadi semakin aktif dalam setiap apa yang aku buat. Wah, dah macam artis pulak cakap. Hihihik...

And another reason why I choose these kind of activities is, this is the only way for me to stay healthy and maintain my momentum as well as stamina. Dengan jadual kuliah aku yang pack giler semester nih, memang aku tak ada peruntuk langsung masa untuk keluar somewhere and jogging. Balik-balik, dok berzumba dalam bilik sengsorang dengan lagu techno bisisng-bising gitew. Muehheeeehe..




4. SEBAGAI SELF REWARD

I think the best reward for myself besides makan sedap-sedap ialah dengan melakukan aktiviti sukan rekreasi macam ni. Apa tidaknya, cuba kau bayangkan hari-hari hidup korang penuh dengan kerja dan online assignments,online test, lagi stress kalau wifi buat hal. Then pergi interview orang sana sini, balik kolej hari-hari basah kuyup kena hujan, menghadap lappy siapkan reports dan portfolio, kuliah dari pagi sampai malam, meeting kelab itu ini, kokurikulum lagi. Stress itu normal. It's lifeless okay? Nak makan pun kadang tak sempat, nak mandi pun main mandi kerbau jer, nak rehat pun terpaksa curi masa. Isnin sampai Ahad muka macam Zombie, pergerakan dah macam lipas kudung dan sentiasa macam cacing kepanasan. Siang malam pakai tudung hitam, and baju yang tak payah digosok. See? Ada taw aku dalam tempoh-tempoh kritikal macam ni. Tapi bukan selalu lah. Kalau relax tuh, relax sangat-sangat. Haahhh. So in order to gain my strength and motivation back, aku join lah aktiviti lasak macam ni. Let say kalau aku naik Flying Fox, dapat menjerit sepanjang atas tali tuh memang satu kepuasan lah senang cerita. Heheee....



lurvealoevera.blogspot.com
Turn kak wanie pulak Flying Fox. at Pesta Konvo UPM.


5. MEMBERI BANYAK MANFAAT

So, overall actually banyak lagi kebaikan dalam sukan rekreasi ni. Contohnya boleh tambah kenalan baru, meningkatkan keyakinan diri, mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat, dan memberi keseronokkan dan pengalaman baru dalam diri kita. Therefore, korang kenalah pandai ambil ruang dan peluang untuk mencuba aktiviti macam ni. Lagi-lagi melibatkan kewangan. Kalau korang join kem kepimpinan kena bayar mahal-mahal itu memang berbaloi lah sebab pengisiannya banyak. Tapi kalau join dalam mana-mana big event yang anjuran kelab rekreasi punya I think it is cheaper sebenarnya. Bayaran Flying Fox RM6 , Tree Climbing RM5, berkayak RM5. Ouh my! Kalau bayar macam ni pun korang berkira and dah rasa mahal, try usyar-usyar kat luar, memang susah nak jumpa lah harga macam ni. So, instead of you alls habiskan duit pi shopping, tengok wayang dan main bowling, how about try something new. Korang akan rasakan suatu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Let's do it! =)


lurvealoevera.blogspot.com

Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, pelajar yang cemerlang, pekerja yang produktif, mari kita BERLATIH UNTUK BERUBAH, BUKAN BERLAKON UNTUK BERUBAH. Okay?


P/S: Jangan tiru aksi pacak motor 3 macam ni. Dah terdesak sangat tulah jadi minah rempit pacak tiga. heheeeee...




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera




Monday, 3 November 2014

PATTERNS OF COMMUNICATION


Assalamualaikum... Hallu...Hallu.. Halluuuu... Akhirnya dapat jugak aku curi masa nak update blog. Setelah berhari-hari yang aku lalui seperti bertahun lamanya.. Bebanan kerja yang sangat menguji kesabaran dan ketabahan aku dalam menuntut ilmu... Cewaahhhh...Over shangattt...Hahah... Okay, Entry kali ni adalah berkenaan dengan CARA KOMUNIKASI yang secara tidak sedar selalu sangat kita guna. Okay, jom tengok!


PATTERNS OF COMMUNICATION:

1. APOLOGIZING FREQUENTLY

- Meminta maaf itu bagus, itu tanda kita tidak berasa sombong dengan diri sendiri dan juga sebagai tanda kita mengakui silap kita terhadap seseorang. Tetapi aku nak ingatkan kat sini, bahawa terlampau kerap meminta maaf juga kadangkala membuatkan kata "maaf" itu hilang harga nilainya. Contoh kita tak sedar, kadang-kadang masa buat phone call pada someone ke, kita selalu sangat cakap, "Maafkan saya...". Perasan tak? Omputeh kalau jumpa orang nak tanya jalan pun guna "Excuse me."

2. SELF-CRITICISM

- Kengkadang lepas kita buat silap sesuatu, mesti kita akan kondem diri sendiri. Let say, "Bodohnya aku! Apasal aku tak buat macam tu tadi...?" Hahaaa.. Jujur cakap, aku pun kengkadang macam ni jugak. "Eyh qin! Apesal kau ni pelupa sangat? Benda senang pun kau tak boleh ingat.." See? Aku pun tak lari daripada pattern of communication macam ni. Tapi tak adalah selalu aku kondem diri. Hahaaa...

3. CRITICISM OF OTHERS 

- Yang ni kerja nak cari salah orang jer. Ada jer yang tak kena, dia sorang jer yang betul. Kadang hot jugak bila berhadapan dengan manusia jenis ni. Tapi sabar jelah. Senang citer, kau buat bodoh jer apa dia nak kritik. Dia sendiri pun belum tentu betul. Bak kata pensyarah aku, kalau betul someone tu nak tegur kita, dia tak akan tegur kita depan orang, tapi secara personal. Itu baru nama teguran. =)

4. COMPLAINING

- Hujan salah, panas pun salah. Haaa... Sentap kan? Bukan kau jer, aku pun lebih kurang jugak. Hari-hari ada jer benda nak komplen, pastu mengeluh. Benda ni terang lagi nyata tak elok. Jadi sama-samalah kita berubah menjadi manusia yang lebih bersyukur, okay semua? hehe...

5. SELF-JUSTIFICATION

- "Kenapa Adam pukul Aiman?" "Sebab Aiman tak bagi Adam pinjam mainan dia." So generally, self-justification ni macam tindakan kita yang teruk adalah disebabkan oleh sesuatu yang kita tidak suka atau tak dapat apa yang kita inginkan. Contoh, "I spoke rudely because she was rude to me." So adakah korang spesis macam ni? Apa kebaikan yang kita dapat? Cuba renung-renungkan.

6. BLAMING

- Sendiri punya salah, but keep blaming other people. Orang macam ni nak kata penakut pun ada, selfish pun ada, ego pun ada, suka cari alasan pun ada. Korang terjemah sediri. Datang kerja lambat bila boss tanya kenapa, salahkan jalan jammed. Dah kau bertolak lambat dari rumah dah tau kerja 8am tu kenapa? Hahaaa... Deep! Kengkadang aku pun macam ni jugak. Helah bela diri konon-konon.

7. PEACE-MAKING

- Kata lecturer aku, jadi peace maker ni tak elok. Why? Actually kita kena biarkan someone yang tengah marah tu bagi express his anger. Selagi dia tak mencederakan orang dan tidak cuba buat sesuatu yang merbahayakan, let him be. Amarah yang terpendam dalam hati lama-lama akan jadi dendam kalau tak dibendung. So overall, better do not be a peace maker, okay?

8. PRAISING

- Memuji orang itu bagus sebenarnya, tapi biarlah niat tu ikhlas.Tapi kalau korang puji isteri boss cantik, itu dah mintak penampar boss dah agaknya. Muahahaa.. So, memuji itu bagus tapi janganlah berlebih-lebih. Nanti orang ingat kau sasau tak abis-abis puji orang.

9. AVOIDING

- Tak suka masalah, lari. Bergaduh dengan kawan, masam muka tak bertegur. Pandang pun tak mahu. Hikhikhik. Cakap macam ada pengalaman kan? Yes, indeed! Kengkadang aku pun macam ni. Lagi-lagi kalau jumpa crush aku yang tiba-tiba dapat tahu dah ada GF lain. Hancus hati gua lu taw! Nak pandang muka pun aku tak sanggup. Hahahah...

10. JUDGING

- "Don't judge a book by it's cover"Eyh jap! Bape kerat je manusia macam ni wujud kat bumi? Kau nak mintak kerja Banker tapi pakai macam nak gi melepak. Agak-agak ada ke orang nak amik pekerja macam kau? Bukak mata okay? Ada setengah orang berpendapat yang penampilan diri tak penting. Tapi sebenarnya wajah kita adalah cermin hati. Penampilan yang baik menunjukkan tahap kecekapan kita dalam mengurus diri sebenarnya. So let's change!

11. LECTURING

- Pernah dengar orang yang suka bercakap nonstop macam aku? Hahaaa. Rasanya jarang jumpa spesis cakap banyak dan laju macam aku ni. Tapi aku ni kalau lecturing ada mood dia. Dan selalu kalau aku dapat bercakap memang tak hengat dunia. Lalalaa.. Classmates aku selalu ingatkan bape minit jer aku boleh bercakap. Haha..Kalau tak siap aku kena sound depan orang mulot pokpek-pokpek tak benti mengomel. Heee...

12. LISTENING.

- Adakah korang seorang pendengar yang setia? Usually kaunselor macam ni. Tapi bukan bakal kaunselor macam aku ok? aku boleh dengar lecture 8 jam nonstop tak mengantuk, tapi bila buat sesi kaunseling dengan klien, rasa nak terpejam mata ada. kikiki... Orang yang pendengar setia ni selalu menjadi tempat luahan hati ke hati. Tak percaya? Cuba check balik diri korang. Dengan siapa korang selalu mengadu masalah?

13. QUESTIONING

- Suka bertanya? Tak salah. Malu bertanya sesat jalan kan? Jadi biar tanya bertempat dan jangan tanya soalan bodoh. Nanti nampak kau yang bodoh terlebih, bukan soalannya. Hahah...Aku pun macam ni jugak. Suka sangat tanya itu ini. Sampai orang pun rasa annoying dengan aku. Hahaa... =D

14. INSULTING OR OTHERWISE TRYING TO INTIMIDATE OR BELITTLE.

- Mengecil-ngecilkan orang ni tak bagus sebenarnya. Secara tidak langsung kita sebenarnya tengah memalukan si dia. So better elakkan , okay?

15. SUPPORTING

- Pernah jumpa tak orang-orang yang bersifat penyokong ni? Contoh galakan yang diberikan macam tepukan, sorakan, kata-kata semangat. Orang-orang macam ni sangat diperlukan dalam masyarakat. Kita secara tidak sedar mungkin dapat membantu meningkatkan balik semangat dia orang kan? Macam perlawanan bola sepak lah. Berapa ramai orang gi stadium nak support team masing-masing rite? Baru player-player boleh perform bila tengok penonton semangat. Haha..

16. SELF-DISCLOSING

- Perkongsian kendiri ni bukan semua orang berkebolehan untuk buat taw? Individu macam ni berupaya untuk expalin pemikiran seseorang, perasaan dan motives di sebalik sesuatu yang terjadi. Selalunya orang yang self-disclosing dia tinggi, dia banyak mengecapi kecemerlangan dalam hidup. Contoh macam aku, kalau tiba-tiba aku rasa nak nangis, maknanya aku tahulah yang aku tengah penat masa tu. Hahaa.. Ada pulak penat gi nangis. Habis nak buat lagu mana dah aku macam ni. =D

17. SELF-CONCEALING

- Kalau tadi kita express pendapat dan perasaan kita, tapi kalau self-concealing pulak kita akan cuba sorok perasaan sendiri, pendapat dan keperluan sendiri. Mungkin sebab faktor malu kan. Contoh, "Eh, makan lah kuih tu." "Tak apalah, dah kenyang makan nasi 3 pinggan kat rumah tadi." (Padahal kau punya terliur kat kuih dia hidang tu jangan cakap, malu punya pasal dikatanya nasi 3 pinggan makan. Jin ke apa ni?) o_O??

18. GOSSIPING

- Kalau sehari tak bergosip tak sah! Hah, siapa? Siapa? Cepat ngaku. Hahaa...Zaman nijam bukan pompuan jer taw gosip, lelaki pun hebat mengumpat dah. Lagi bisa pedih sentap doe kalau dengar laki bergosip. Hahaha..

19. EXPRESSING EMOTION BY YELLING, CRYING, THROWING THINGS.

- Yang ni memang kena dengan komunikasi aku lah. Kalau aku penat, aku nangis. Kalau aku stress, aku makan. Hahaa..Dan kalau aku marah aku akan mengigil tangan, and mula nak leleh air mata. Kikiki... Tak matang betol dok menangis jer kerja. Usually yang aku tengok ialah tiap kali bebudak bercinta monyet nih gaduh sikit, baling phone kat diding. Ewah..Ewah... Aku nak dapat phone sebiji pun susah, kau senang-senang baling Blackberry kat diding. Elok sangat lah yea? Mak bapak penat-penat cari duit, kau kasi kikis. Kot yea nak express emotion pun biar pada cara yang ok lah.



http://lurvealoevera.blogspot.com/



So overall, BAGAIMANA DIRI ANDA? BERAPA KERAP ANDA BERTINGKAHLAKU SEDEMIKIAN? ADAKAH ANDA MERASAKAN TINGKAHLAKU ANDA PATUT DIUBAH? Renung-renungkan.

"EXPECT NOTHING and APPRECIATE EVERYTHING."


Source: Lecture Note Multicultural Counseling UPM, Dr.Rusnani.


Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...