Monday, 10 November 2014

5 KELEBIHAN BERSUKAN REKREASI


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak bawak satu lagi entry yang lain daripada entry-entry dalam blog ni yang korang pernah baca. Selalu aku dok update pasal indoor activities jer kan? Hahhh... Jangan ingat orang macam aku ni tak minat outdoor activities pulak. Okay, Jom tengok apa pilihan outdoor activities yang aku paling minat. 

FYI, aku paling minat SUKAN REKREASI. So, antara sukan rekreasi yang aku selalu join ialah Flying Fox, Abseiling, Berkayak, Berakit, Jungle trekking, Paint Ball, Tree Climbing, Snorkeling, Obstacles, Wall climbing, Water Confidence and so on lah. Secara jujurnya, aku ni tak lah berani sangat. Lagi-lagi tempat tinggi dengan aktiviti air. Oh my! Bukan senang taw nak convince aku bahawasanya terjunan yang bakal aku buat itu selamat. Heeeeee...


lurvealoevera.blogspot.com
Alatan yang selalu digunakan dalam aktiviti rekreasi.: Harnest dan topi keselamatan.

Besides that, sebagai orang pengakap aku nih memang suka sangatlah aktiviti yang lasak-lasak nih. Masuk hutan, Camping, Ekspedisi jalan kaki 6km, 8km, 10km dan 40km, Jamboree. Hah, itu semua memang aktiviti masa lapang aku dari zaman sekolah lagi. Okay, nampak jer aku ni macam mengada-ngada buat manja kengkadang, tapi kalau time aku join aktiviti gini. Hahhh, memang totally berubah wajah lah orang kata. Jangan kata nak make up, tudung pun serabai habis dengan comot-comot lumpur bagai. Hukhukhuk...Ada aku kesah...? ^_^

Okay, baru-baru ni UPM buat Pesta Konvokesyen dari 1 hingga 5 November 2014. So, aim aku adalah untuk buat segala aktiviti lasak yang ada kat situ. Bukan apa, bayaran untuk aktiviti macam ni time big event ni sangat-sangat lah murah okay? Kalau you alls pergi survey kat luar, hah... Sendiri pikir lah berapa harga tiket masuk. Nak hire instructor lagi, bukan kerja mudah yea adik-adik? Kalau dalam UPM ni, banyak kelab rekreasi yang suka buat aktiviti macam ni, contoh Kelab Outward Bounders UPM, Kelab Mendaki dan Rakan Muda.


lurvealoevera.blogspot.com


5 KELEBIHAN BERSUKAN REKREASI:

1. MENCABAR PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL



lurvealoevera.blogspot.com
Tree climbing KOB UPM
Actually, aktiviti rekreasi yang lasak ni banyak sangat membantu aku taw. Aktiviti macam ni banyak mengajar aku untuk berfikir bahawa tidak ada yang mustahil aku tak boleh buat. Sebagai contoh aku amik berkayak. Disebabkan aku ni tak pandai berenang, jadi belum apa-apa lagi aku selalu fikir yang kayak aku tu akan terbalik dan aku tenggelam lemas dalam air. Pengalaman aku berkayak dari Lumut ke Teluk Batik lagi best, siap aku fikir ada jerung akan hidu bau aku and kejar aku in case kayak aku terbalik. Pergghh kau punya daya imaginasi jah..!! Walhal time tu aku dah pakai life jacket and bout safety ni semua instructor dah briefing habis. Plus aku bukan pergi berkayak sengsorang. Ada partner and instructor yang jaga, pun still tak yakin lagi. Jadi, setiap kali nak buat aktiviti lasak gini aku mesti mengucap 2 kalimah syahadah dulu. Takut-takut sampai ajal tak sempat nak mengucap. Hah, sampai tahap itu taw aku fikir. Heee....


Tapi bila dah buat, seriously terasa macam kau jumpa segunung emas kat satu pulau. Nikmat giler perasaan tu. Perasaan dimana aku berjaya mencabar diri aku dan aku berjaya melakukannya. Dapat straight A dalam Examination pun tak rasa nikmat macam ni okay? Even though aku cuma berkayak dalam jarak yang pendek, tapi nilai yang aku dapat di sebalik aktiviti macam ni sangat berharga buat aku. Tak percaya? Cubalah!


lurvealoevera.blogspot.com
Berkayak dengan Nurin . Nurin first time pergi berkayak katanya. 

                                                    PESTA KONVOKESYEN UPM 2014



2. MEMUPUK KEPIMPINAN DIRI

Selain tu, kalau nak tahu aktiviti macam ni sangat membantu aku untuk memupuk kepimpinan diri aku. Why? Maknanya, untuk atasi rasa takut aku yang terlebih-lebih ni, aku sendiri yang buat keputusannya. Samaada nak teruskan atau tidak. Eyh, bukan senang taw untuk orang macam aku ni tetiba suruh terjun tempat tinggi 15 kaki masa buat Abseiling dulu. Menangis sajer dah dekat sejam. Kesian kot orang lain tunggu turn belakang aku. Tak terjun kang rugi, dah bayar and jauh-jauh pulak datang. Naseb baik dapat instructor penyabar, taw. heee....

Itu kalau first time aku buat lah. Let say flying fox, dah masuk kali ke lima aku buat, but still aku rasa nervous every time nak terjun. Menggigil lutut kaki sampai nak berdiri pun susah, berpeluh-peluh satu badan. Hee.. Walaupun tempat yang lain dan jarak yang lain-lain. Hah, masa tu mungkin ada orang yang rasa lagi takut berbanding aku. Pengalaman yang lepas banyak mengajar aku. Jadi aku akan usaha untuk membantu orang lain pulak untuk atasi rasa takut nak mencuba aktiviti ini jugak. See? Dulu orang yang pimpin aku, sekarang aku pulak yang pimpin orang. Nak jadi seorang pemimpin, kita jangan selesa duduk di zon selesa. Got it? 



3. MENINGKATKAN KECERGASAN TUBUH BADAN
lurvealoevera.blogspot.com
Tree Climbing sempena Pesta Konvo UPM





 Plus, aktiviti rekreasi banyak jugak membantu aku meningkatkan kecergasan tubuh badan. Almaklumlah, kalau buat aktiviti sukan dan permainan ni kang kena berjemur tengah panas sokmo kan. Hee, itu pun salah satu sebab jugak lah kenapa aku tak minat sukan macam tu. So, every time aku balik jer daripada buat aktiviti rekreasi macam ni, minda aku akan rasa lebih ligat berfikir dan secara tak langsung aku rasa tahap keyakinan diri aku semakin meningkat. Senang citer, dia membuatkan aku menjadi semakin aktif dalam setiap apa yang aku buat. Wah, dah macam artis pulak cakap. Hihihik...

And another reason why I choose these kind of activities is, this is the only way for me to stay healthy and maintain my momentum as well as stamina. Dengan jadual kuliah aku yang pack giler semester nih, memang aku tak ada peruntuk langsung masa untuk keluar somewhere and jogging. Balik-balik, dok berzumba dalam bilik sengsorang dengan lagu techno bisisng-bising gitew. Muehheeeehe..




4. SEBAGAI SELF REWARD

I think the best reward for myself besides makan sedap-sedap ialah dengan melakukan aktiviti sukan rekreasi macam ni. Apa tidaknya, cuba kau bayangkan hari-hari hidup korang penuh dengan kerja dan online assignments,online test, lagi stress kalau wifi buat hal. Then pergi interview orang sana sini, balik kolej hari-hari basah kuyup kena hujan, menghadap lappy siapkan reports dan portfolio, kuliah dari pagi sampai malam, meeting kelab itu ini, kokurikulum lagi. Stress itu normal. It's lifeless okay? Nak makan pun kadang tak sempat, nak mandi pun main mandi kerbau jer, nak rehat pun terpaksa curi masa. Isnin sampai Ahad muka macam Zombie, pergerakan dah macam lipas kudung dan sentiasa macam cacing kepanasan. Siang malam pakai tudung hitam, and baju yang tak payah digosok. See? Ada taw aku dalam tempoh-tempoh kritikal macam ni. Tapi bukan selalu lah. Kalau relax tuh, relax sangat-sangat. Haahhh. So in order to gain my strength and motivation back, aku join lah aktiviti lasak macam ni. Let say kalau aku naik Flying Fox, dapat menjerit sepanjang atas tali tuh memang satu kepuasan lah senang cerita. Heheee....



lurvealoevera.blogspot.com
Turn kak wanie pulak Flying Fox. at Pesta Konvo UPM.


5. MEMBERI BANYAK MANFAAT

So, overall actually banyak lagi kebaikan dalam sukan rekreasi ni. Contohnya boleh tambah kenalan baru, meningkatkan keyakinan diri, mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat, dan memberi keseronokkan dan pengalaman baru dalam diri kita. Therefore, korang kenalah pandai ambil ruang dan peluang untuk mencuba aktiviti macam ni. Lagi-lagi melibatkan kewangan. Kalau korang join kem kepimpinan kena bayar mahal-mahal itu memang berbaloi lah sebab pengisiannya banyak. Tapi kalau join dalam mana-mana big event yang anjuran kelab rekreasi punya I think it is cheaper sebenarnya. Bayaran Flying Fox RM6 , Tree Climbing RM5, berkayak RM5. Ouh my! Kalau bayar macam ni pun korang berkira and dah rasa mahal, try usyar-usyar kat luar, memang susah nak jumpa lah harga macam ni. So, instead of you alls habiskan duit pi shopping, tengok wayang dan main bowling, how about try something new. Korang akan rasakan suatu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Let's do it! =)


lurvealoevera.blogspot.com

Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, pelajar yang cemerlang, pekerja yang produktif, mari kita BERLATIH UNTUK BERUBAH, BUKAN BERLAKON UNTUK BERUBAH. Okay?


P/S: Jangan tiru aksi pacak motor 3 macam ni. Dah terdesak sangat tulah jadi minah rempit pacak tiga. heheeeee...




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera




2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...