Monday, 3 November 2014

PATTERNS OF COMMUNICATION


Assalamualaikum... Hallu...Hallu.. Halluuuu... Akhirnya dapat jugak aku curi masa nak update blog. Setelah berhari-hari yang aku lalui seperti bertahun lamanya.. Bebanan kerja yang sangat menguji kesabaran dan ketabahan aku dalam menuntut ilmu... Cewaahhhh...Over shangattt...Hahah... Okay, Entry kali ni adalah berkenaan dengan CARA KOMUNIKASI yang secara tidak sedar selalu sangat kita guna. Okay, jom tengok!


PATTERNS OF COMMUNICATION:

1. APOLOGIZING FREQUENTLY

- Meminta maaf itu bagus, itu tanda kita tidak berasa sombong dengan diri sendiri dan juga sebagai tanda kita mengakui silap kita terhadap seseorang. Tetapi aku nak ingatkan kat sini, bahawa terlampau kerap meminta maaf juga kadangkala membuatkan kata "maaf" itu hilang harga nilainya. Contoh kita tak sedar, kadang-kadang masa buat phone call pada someone ke, kita selalu sangat cakap, "Maafkan saya...". Perasan tak? Omputeh kalau jumpa orang nak tanya jalan pun guna "Excuse me."

2. SELF-CRITICISM

- Kengkadang lepas kita buat silap sesuatu, mesti kita akan kondem diri sendiri. Let say, "Bodohnya aku! Apasal aku tak buat macam tu tadi...?" Hahaaa.. Jujur cakap, aku pun kengkadang macam ni jugak. "Eyh qin! Apesal kau ni pelupa sangat? Benda senang pun kau tak boleh ingat.." See? Aku pun tak lari daripada pattern of communication macam ni. Tapi tak adalah selalu aku kondem diri. Hahaaa...

3. CRITICISM OF OTHERS 

- Yang ni kerja nak cari salah orang jer. Ada jer yang tak kena, dia sorang jer yang betul. Kadang hot jugak bila berhadapan dengan manusia jenis ni. Tapi sabar jelah. Senang citer, kau buat bodoh jer apa dia nak kritik. Dia sendiri pun belum tentu betul. Bak kata pensyarah aku, kalau betul someone tu nak tegur kita, dia tak akan tegur kita depan orang, tapi secara personal. Itu baru nama teguran. =)

4. COMPLAINING

- Hujan salah, panas pun salah. Haaa... Sentap kan? Bukan kau jer, aku pun lebih kurang jugak. Hari-hari ada jer benda nak komplen, pastu mengeluh. Benda ni terang lagi nyata tak elok. Jadi sama-samalah kita berubah menjadi manusia yang lebih bersyukur, okay semua? hehe...

5. SELF-JUSTIFICATION

- "Kenapa Adam pukul Aiman?" "Sebab Aiman tak bagi Adam pinjam mainan dia." So generally, self-justification ni macam tindakan kita yang teruk adalah disebabkan oleh sesuatu yang kita tidak suka atau tak dapat apa yang kita inginkan. Contoh, "I spoke rudely because she was rude to me." So adakah korang spesis macam ni? Apa kebaikan yang kita dapat? Cuba renung-renungkan.

6. BLAMING

- Sendiri punya salah, but keep blaming other people. Orang macam ni nak kata penakut pun ada, selfish pun ada, ego pun ada, suka cari alasan pun ada. Korang terjemah sediri. Datang kerja lambat bila boss tanya kenapa, salahkan jalan jammed. Dah kau bertolak lambat dari rumah dah tau kerja 8am tu kenapa? Hahaaa... Deep! Kengkadang aku pun macam ni jugak. Helah bela diri konon-konon.

7. PEACE-MAKING

- Kata lecturer aku, jadi peace maker ni tak elok. Why? Actually kita kena biarkan someone yang tengah marah tu bagi express his anger. Selagi dia tak mencederakan orang dan tidak cuba buat sesuatu yang merbahayakan, let him be. Amarah yang terpendam dalam hati lama-lama akan jadi dendam kalau tak dibendung. So overall, better do not be a peace maker, okay?

8. PRAISING

- Memuji orang itu bagus sebenarnya, tapi biarlah niat tu ikhlas.Tapi kalau korang puji isteri boss cantik, itu dah mintak penampar boss dah agaknya. Muahahaa.. So, memuji itu bagus tapi janganlah berlebih-lebih. Nanti orang ingat kau sasau tak abis-abis puji orang.

9. AVOIDING

- Tak suka masalah, lari. Bergaduh dengan kawan, masam muka tak bertegur. Pandang pun tak mahu. Hikhikhik. Cakap macam ada pengalaman kan? Yes, indeed! Kengkadang aku pun macam ni. Lagi-lagi kalau jumpa crush aku yang tiba-tiba dapat tahu dah ada GF lain. Hancus hati gua lu taw! Nak pandang muka pun aku tak sanggup. Hahahah...

10. JUDGING

- "Don't judge a book by it's cover"Eyh jap! Bape kerat je manusia macam ni wujud kat bumi? Kau nak mintak kerja Banker tapi pakai macam nak gi melepak. Agak-agak ada ke orang nak amik pekerja macam kau? Bukak mata okay? Ada setengah orang berpendapat yang penampilan diri tak penting. Tapi sebenarnya wajah kita adalah cermin hati. Penampilan yang baik menunjukkan tahap kecekapan kita dalam mengurus diri sebenarnya. So let's change!

11. LECTURING

- Pernah dengar orang yang suka bercakap nonstop macam aku? Hahaaa. Rasanya jarang jumpa spesis cakap banyak dan laju macam aku ni. Tapi aku ni kalau lecturing ada mood dia. Dan selalu kalau aku dapat bercakap memang tak hengat dunia. Lalalaa.. Classmates aku selalu ingatkan bape minit jer aku boleh bercakap. Haha..Kalau tak siap aku kena sound depan orang mulot pokpek-pokpek tak benti mengomel. Heee...

12. LISTENING.

- Adakah korang seorang pendengar yang setia? Usually kaunselor macam ni. Tapi bukan bakal kaunselor macam aku ok? aku boleh dengar lecture 8 jam nonstop tak mengantuk, tapi bila buat sesi kaunseling dengan klien, rasa nak terpejam mata ada. kikiki... Orang yang pendengar setia ni selalu menjadi tempat luahan hati ke hati. Tak percaya? Cuba check balik diri korang. Dengan siapa korang selalu mengadu masalah?

13. QUESTIONING

- Suka bertanya? Tak salah. Malu bertanya sesat jalan kan? Jadi biar tanya bertempat dan jangan tanya soalan bodoh. Nanti nampak kau yang bodoh terlebih, bukan soalannya. Hahah...Aku pun macam ni jugak. Suka sangat tanya itu ini. Sampai orang pun rasa annoying dengan aku. Hahaa... =D

14. INSULTING OR OTHERWISE TRYING TO INTIMIDATE OR BELITTLE.

- Mengecil-ngecilkan orang ni tak bagus sebenarnya. Secara tidak langsung kita sebenarnya tengah memalukan si dia. So better elakkan , okay?

15. SUPPORTING

- Pernah jumpa tak orang-orang yang bersifat penyokong ni? Contoh galakan yang diberikan macam tepukan, sorakan, kata-kata semangat. Orang-orang macam ni sangat diperlukan dalam masyarakat. Kita secara tidak sedar mungkin dapat membantu meningkatkan balik semangat dia orang kan? Macam perlawanan bola sepak lah. Berapa ramai orang gi stadium nak support team masing-masing rite? Baru player-player boleh perform bila tengok penonton semangat. Haha..

16. SELF-DISCLOSING

- Perkongsian kendiri ni bukan semua orang berkebolehan untuk buat taw? Individu macam ni berupaya untuk expalin pemikiran seseorang, perasaan dan motives di sebalik sesuatu yang terjadi. Selalunya orang yang self-disclosing dia tinggi, dia banyak mengecapi kecemerlangan dalam hidup. Contoh macam aku, kalau tiba-tiba aku rasa nak nangis, maknanya aku tahulah yang aku tengah penat masa tu. Hahaa.. Ada pulak penat gi nangis. Habis nak buat lagu mana dah aku macam ni. =D

17. SELF-CONCEALING

- Kalau tadi kita express pendapat dan perasaan kita, tapi kalau self-concealing pulak kita akan cuba sorok perasaan sendiri, pendapat dan keperluan sendiri. Mungkin sebab faktor malu kan. Contoh, "Eh, makan lah kuih tu." "Tak apalah, dah kenyang makan nasi 3 pinggan kat rumah tadi." (Padahal kau punya terliur kat kuih dia hidang tu jangan cakap, malu punya pasal dikatanya nasi 3 pinggan makan. Jin ke apa ni?) o_O??

18. GOSSIPING

- Kalau sehari tak bergosip tak sah! Hah, siapa? Siapa? Cepat ngaku. Hahaa...Zaman nijam bukan pompuan jer taw gosip, lelaki pun hebat mengumpat dah. Lagi bisa pedih sentap doe kalau dengar laki bergosip. Hahaha..

19. EXPRESSING EMOTION BY YELLING, CRYING, THROWING THINGS.

- Yang ni memang kena dengan komunikasi aku lah. Kalau aku penat, aku nangis. Kalau aku stress, aku makan. Hahaa..Dan kalau aku marah aku akan mengigil tangan, and mula nak leleh air mata. Kikiki... Tak matang betol dok menangis jer kerja. Usually yang aku tengok ialah tiap kali bebudak bercinta monyet nih gaduh sikit, baling phone kat diding. Ewah..Ewah... Aku nak dapat phone sebiji pun susah, kau senang-senang baling Blackberry kat diding. Elok sangat lah yea? Mak bapak penat-penat cari duit, kau kasi kikis. Kot yea nak express emotion pun biar pada cara yang ok lah.



http://lurvealoevera.blogspot.com/



So overall, BAGAIMANA DIRI ANDA? BERAPA KERAP ANDA BERTINGKAHLAKU SEDEMIKIAN? ADAKAH ANDA MERASAKAN TINGKAHLAKU ANDA PATUT DIUBAH? Renung-renungkan.

"EXPECT NOTHING and APPRECIATE EVERYTHING."


Source: Lecture Note Multicultural Counseling UPM, Dr.Rusnani.


Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...