Friday, 14 November 2014

RINGKASAN 10 PANDUAN MENULIS THESIS DENGAN CEPAT & EFISYEN


Assalamualaikum.

Hye everyone! Entry kali ni aku nak share 10 tips mudah menulis thesis dengan cepat (sebagai persediaan kot-kot ada rezeki sambung PhD kan) yang aku baca dalam sebuah buku percuma yang aku dapat masa pergi usyar-usyar "Meet The Customer Day" depan library UPM baru nij... Hee...Walaupun aku ni cuma budak Bachelor yang baru 2nd year, tapi jangan pandang rendah kat aku taw? Aku sebenarnya lama dah teringin nak tahu , tulis thesis tu macam mana rupanya? Hah.. Nak beli buku tak mampu kan sebab baucer buku tak keluar lagi.  So aku cuma belek-belek jer buku kat situ, and suddenly akak jurujual tuh bagi aku free satu buku. Wahhhh... Rasa nak melompat sekejap dapat buku baru walaupun hanya 28 pages jer buku tuh. Hikhikhik... Terima kasih yer akak omey. Tanpamu, memang kering lah otak aku cari idea nak update apa dalam blog ni. Mueheheh...

lurvealoevera.blogspot.com
Penulis: Othman Talib



Okay, jom kita tengok apa kata penulis buku ni berkenaan
10 PANDUAN MENULIS THESIS DENGAN CEPAT DAN EFISYEN.


1. DOCUMENT MAP/ NAVIGATION PANE

- Untuk menulis thesis, kita tak digalakkan mengunakan MC Word sebenarnya. Thesis bukan macam penulisan biasa kita buat dari zaman sekolah, diploma atau Degree. So menurut Othman Talib (penulis buku), menggunakan aplikasi Document Map (MS Word versi 2007 dan terawal) atau Navigation Pane (MS Word versi 2010 dan 2013) adalah suatu kemestian dalam menulis thesis. Aplikasi sedemikian membantu kita untuk menyiapkan thesis dengan cepat dengan penggunaan teknik seperti One File One Thesis (OFOT), Copy-Paste-Rephrase (CPR), Write and Cite While You Read(WCWUR), dan Do It Right Do It Once (DIRDO). Kemahiran ini termasuklah kita guna apps Reference Manager like Mendeley untuk terus menulis petikan (citation) and bibliografi dalam thesis you alls, okay? Nak tahu lebih lanjut, beli buku si penulis. =D


2. ARTIKEL RINTIS DAN TEKNIK PENGHIBRIDAN

- So next, lepas you alls master Document Map atau Navigation Pane, kita move on kepada artikel rintis. Apa itu artikel rintis? Menurut apa yang aku baca, artikel rintis ni means few of articles yang hampir dengan research yang you alls plan nak buat. Bahagian rujukan artikel-artikel ni enables you guys untuk melakukan pencarian artikel lain secara bola salji (snowballing) dalam bidang yang sama lah. Let say you guys ada 3 artikel rintis yang berbeza dari segi reka bentuk kajiannya, so apa yang anda boleh buat adalah kacukkan atau hibrid kan teori yang berbeza yang ada dalam artikel ni. Teknik penghibridan like this akan menghasilkan satu kajian "baru" yang boleh menjadi jurang penyelidikan dalam bidang yang dikaji dan seterusnya menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang tersebut. So the best advise is , ELAKKAN DARIPADA MENETAPKAN TAJUK KAJIAN ANDA TERLEBIH DAHULU, TAPI MULAKAN SENGAN PENCARIAN ARTIKEL RINTIS. Get it?


3. TEKNIK FORESEE

- Teknik foresee (ramalan) ni requires you guys untuk buat jadual merentas bab. Maksudnya, jadual dimulakan dengan persoalan kajian, then followed by strategi mendapatkan skor dan instrumen yang digunakan. You should decide what variables and scales you'll use. Nak tahu lebih lanjut? View more via http://www.tulis-tesis-cepat.com .


4. TEKNIK ROT

- Research Operational Template (ROT) adalah sebuah template di mana anda boleh gunakan untuk membina research framework dengan mudah, kata Othman Talib. After you guys menulis dan membaca lebih banyak, maka korang akan mendapat idea yang lebih jelas. So what you should do is membina kerangka kerja ( RESEARCH FRAMEWORK). So, by using this ROT, templat ni just need one page only! So easy , right? You alls boleh semak research framework korang bagi mengesahkan aliran penyelidikan and sekaligus menentukan ketepatan dan tahap kajian yang akan korang lakukan.


5. ZERO DRAFT OF THESIS

- Asas penulisan penyelidikan doesn't mean kita kena tunggu siap satu bab baru masuk bab seterusnya. No! Kerja macam ni makan banyak masa kita taw.. (Cehh, cakap macam aku pernah tulis thesis!) Hahahaa.. Okay, membaca dan menulis petikan from artikel-artikel yang korang dah kumpul through Mendekey tadi sangat mudah kalau guna Zero Draft of Thesis (ZDOT) coz penulisan boleh dilakukan serentak untuk semua bab. Let say usually student takes almost 6 months to finish 3 chapters of cadangan penyelidikan, dengan ZDOT you guys boleh siapkan tak sampai 2 bulan pun. Wowwww..!! It means that ZDOT boleh siapkan 3 bab bagi cadangan anda serentak, and anda akan menghasilkan manuskrip dengan cepat lagi efisyen, malah mengikut kronologi dan aliran yang betul. See? Awesome!


6. BLOK MASA

- Untuk menyiapkan sesebuah thesis kita kena disiplin. Disiplin dari segi masa! Dr. Othman Talib mencadangkan supaya kita blok 6 jam (pagi ke petang) untuk membaca dan menulis, bukannya 2 jam untuk 3 hari. Let say kita busy. Make sure kita settle dulu segala urusan kita, then reserve 1 hari untuk stay back di library or mana-mana tempat yang kondusif for 6 hours. Mendapatkan fokus adalah penting okay? Supaya kita dapat kaitkan idea-idea yang kita baca. I think bukan masa nak buat thesis baru kita boleh praktikkan soal pengurusan masa ni. Untuk siapkan assignment pun kita patut buat sedemikian.


7. TENTUKAN MATLAMAT

- Thesis perlu disiapkan dalam jangka masa yang diberikan. So apa-apa pun kita mesti pasang target atau matlamat. Perancangan dari segi masa untuk membentangkan proposal, menjalankan kajian, kumpul data, analisis data dan penulisan dan pemantapan thesis mesti kena yang terbaik.


8. BE REALISTIC

- Reminder for myself, THESIS BUKANLAH SEGALA-GALANYA. Disebabkan excited sangat nak buat thesis, jangan kita buat kajian yang pelik-pelik dan luar biasa pulak. "Something rare" katanya. Nampak macam hebat, tapi kalau gagal dijalankan dengan baik, sampel frame mengarut-ngarut, data tah hape-hape, teori tak mantap, tak cukup instrument untuk adapt dan adopt, baik lupakan! Kajian yang biasa-biasa tapi kalau dijalankan dengan sistematik dan komprehensif, actually jauh lebih baik. So, jangan terjerat dengan keterujaan untuk membuat thesis, okay?


9. UBAH DIRI ANDA, BUKAN SUPERVISOR

- Setiap penyelia ada cara penyeliaan tersendiri. We are nobody to change other people, so let's change ourselves first! Nak jadi student PhD ni bukan senang, kita kena bergerak pantas, banyakkan membaca, mencari artikel, menulis dan menguasai kajian kita, jangan tunggu penyelia kita baru nak buat, ibarat pahat dengan tukul. Tugas penyelia cuma beri panduan, mewajarkan dan mengesahkan kerja anda. Let say kita tak kuasai kajian kita sendiri, that's why banyak fenomena kita nampak penyelia arahkan itu dan ini, termasuklah buat something di luar bidang pengetahuan dan minat kita. So mulai sekarang aku akan cuba bersikap seperti the real PhD student, bukan Bachelor student.


10. SENSE OF URGENCY dan PROCASTINATION

- Lecturer aku selalu pesan, kita kena ada sikap kesegeraan (sense of urgency), bagi menggantikan sikap saat-saat akhir (sense of last minute). The sense of urgency akan mengarahkan otak kita membuat sesuatu seperti kita akan mati esok. Fuyoooo!! Kalau semua orang ada sense macam ni, tak payah tunggu buat Doctorate, masa buat Degree pun tak akan timbul masalah assignment tak siap, then buat muka kesian depan lecturer mintak simpati. Sense of last minute yang kengkadang aku pun terjerat selalu bagi kita justification bahawa, "Alarr, lambat pun siap jugak. Relaks arghh.." Nak jadi penyelidik kita jangan ada penyakit "kaki-kaki" ni, iaitu kaki lengah, kaki ketuk, kaki suap, kaki Facebook. Haahhh, kalau kaki blogger macam aku ni pulak agak-agak kategori macam mana? Hikhikhik... So ini semua adalah penyakit berlengah-lengah (procastination), yang bakal memudaratkan diri kita dan percayalah! Kita tak layak jadi penyelidik kalau dari sekarang ada sikap suka bertangguh dan berlengah ni.




So, kesimpulannya, walaupun buku ini hanya 28 muka surat, namun cukup memberi aku gambaran bahawa thesis itu memerlukan ketekunan, ketabahan dan kesabaran nak buatnya. Bukan semua orang target nak amik PhD. Akan datang aku pun belum tentu sambung PhD. Niat tu ada. Insha Allah boleh. So kawan-kawan sekalian, maklumat di atas tidak semestinya hanya untuk student PhD jer taw. Yang tengah buat Diploma, Degree dan Master. Boleh lah aplikasi mana yang sesuai. ^_^








Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://www.tulis-tesis-cepat.com atau http://www.postgraduateworkshop.com sama ada untuk tempahan buku online , perkhidmatan rundingan, latihan dan bengkel kepada pelajar Sarjana dan PhD, dan perkhidmatan proofreading dan penterjemahan. Atau boleh hubungi +603-89127212 atau emailkan kepada mpws.richtraining@gmail.com dan Facebook www.facebook.com/mpws.training .




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...