Friday, 21 November 2014

TUKANG KASUT


Assalamualaikum. 

Hye you alls! After my last post about 10 panduan ringkas menulis thesis tu, terus senyap kan? Hahaaa. Ada yang cakap entry aku tu agak boring. Tak apa. Okay, so this time memang aku sengaja keluar cari idea untuk update dalam blog ni sambil-sambil survey tempat untuk buat interview for my assignment. Dah alang-alang aku pun duduk lah usyar sepasang husband and wife ni yang bertukang kasut. Actually, jujur cakap seumur hidup aku boleh kira berapa kali jer aku pernah tengok tukang kasut in my real life. Hahaa. Kesian kan? Well, apa boleh buat. So memandangkan aku ada blog, so aku amik lah peluang nih untuk mendekati kisah disebalik kehidupan sebagai TUKANG KASUT. Harap-harap entry aku ni boleh bagi you alls sikit sebanyak maklumat pasal tukang kasut, okay? 

First of all, aku nak mintak maap ler sebab untuk identiti pasangan suami isteri ni aku rahsiakan. Why? Ada sebab-sebabnya tersendiri. Nak tahu sangat, pergi sendiri jumpa mak cik and pak cik ni sembang. Then you'll know the reason why. Tak jauh pun weyh. Kalau student UPM ni, hak mana rajin lepak kedai mamak Maulana mesti selalu nampak dia orang. So, sila ringan-ringankan mulut anda untuk berinteraksi dengan dia orang, okay?


lurvealoevera.blogspot.com
"Adik boleh jadi pemimpin suatu hari nanti, sebab adik dekat dengan masyarakat." 

"Adik boleh jadi pemimpin suatu hari nanti, sebab adik dekat dengan golongan masyarakat macam kami." Perghhhh! Terasa macam wakil rakyat beb bila mak cik ni cakap aku macam ni. Muahahaa... Muka aku jadi wakil rakyat? Errr, ada potensi ker? Hahaaa. Aku buat ni ikhlas nak cuba hayati kehidupan sebagai seorang tukang kasut jer. Tak ada simpan niat pun nak jadi wakil rakyat ker apa. Hikhikhik. Mesti tergelak mak aku kalau dengar mak cik ni cakap camni.

Okay, menurut maklumat yang aku dapat daripada mak cik ni, dia orang dah bertukang kasut di kawasan Sri Serdang ni hari-hari selama 17 tahun taw. Ouh seriously? 17 tahun mencari sumber pendapatan demi menyara 3 orang anaknya dengan hanya bertukang kasut? Besar sungguh jasa dia orang pada anak-anak. Macam mana mak cik dengan pak cik ni boleh bertahan kan? Hahhh... Nampak tak kat situ sejauh mana kuat semangat orang macam ni?  Since services yang dia orang mampu buat adalah terhad sebab semua pakai manual, so mak cik ni cakap dia dan pak cik cuma ambil upah jahit kasut dan kadang-kadang amik jugak lah upah jahit beg. So secara kasarnya pendapatan sehari cuma dalam RM20 hingga RM30 jer taw. Itupun kalau nasib baik ada pelanggan, kadang tak ada langsung? Yelah, kita pun kena faham bukan hari-hari ada kasut orang rosak kan?

Waktu operasi mereka memulakan perniagaan kecil ni pulak bermula dari jam 9.30am hingga 7pm dari Isnin sampai Jumaat. Sabtu adalah hari mereka berehat dan Ahad pulak hari dimana mereka keluar ke Petaling Street untuk restock barang-barang yang digunakan untuk menjahit dan gam kasut. Antara alatan yang digunakan untuk mereka bertukang kasut adalah seperti jarum, gam, getah dan benang. Okay, jangan kau fikir jarum yang dia orang guna tu macam jarum kau jahit seluar koyak tu pulak taw? Jarum dia memang scary. Kalau terkena tangan tu belum jamin boleh baik seminggu taw. Hahaa. And gam kasut dia pun bau kuat giler. Sepanjang aku interview dia orang dok hidu bau gam tu, rasa nak pengsan jer. Macam mana lah dia orang hari-hari boleh tahan dengan bau macam tuh?? Hurrmmm...

 So ini antara alatan dan bahan-bahan yang digunakan oleh tukang kasut ni untuk membaiki dan menjahit kasut.

lurvealoevera.blogspot.com
Tumit kasut wanita yang digunakan untuk mengganti tumit yang patah dan berbeza mengikut bentuk dan saiz kasut.

lurvealoevera.blogspot.com
Tapak kasut yang digunakan untuk mengganti kasut yang haus atau menggantikan kasut yang bertumit untuk kasut lelaki.

lurvealoevera.blogspot.com
Sabun yang dilenyek sendiri oleh mak cik untuk digunakan semasa menjahit supaya mudah memasukkan jarum dan benang ke kasut.

Since mak cik dan pak cik ni bukan orang kita, jadi dia orang tak boleh buat sebarang pinjaman bank untuk bukak kedai suka-suka. Lagipun harga menyewa premis kat Sri Serdang mahal giler kalau nak dibandingkan dengan tempat aku. Dulu mereka tak ada kenderaan untuk bergerak dari Serdang ke Petaling Street untuk restock bahan. So terpaksa lah angkut anak-anak kecik naik bus. Just imagine you bawak 3 anak kecik jalan jauh bersesak-sesak naik public transport? Kalau untuk santai-santai makan angin tak apa, ini untuk urusan kerja pulak. Nak ditinggal kat rumah 3 beradik ni kang tak ada orang jaga, bahaya. Sanggup dibawanya biarpun jauh. Bukan senang nak senang kan? Then few years later, mujurlah ada pak sedara kepada pak cik ni baik hati bagi pakai sebijik kereta Wira usang untuk dia orang sekeluarga bergerak sampai sekarang. Kemahiran bertukang kasut yang dipelajari daripada sepupu pak cik ni mengingatkan aku bahawa, "Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih."


lurvealoevera.blogspot.com
Benang yang berbeza adalah untuk kasut yang berbeza.

lurvealoevera.blogspot.com
Alat untuk membuat longkang pada kasut supaya jahitan kemas dan tidak mudah tertas.

lurvealoevera.blogspot.com
Kuku besi untuk menukul kasut.

Gam kasut.
Jarum menjahit benang kasut.

Kata mak cik ni lagi, setiap perkhidmatan dikenakan caj yang berbeza. Untuk menjahit kasut office dan kasut biasa dikenakan caj RM15. Untuk menjahit kasut tumit tinggi perempuan like heels atau wedges pulak berharga RM10 , and for sport shoes pulak RM20 yang menggunakan benang lilin untuk menjahit. Murah kan? Jahit keliling pulak tu, bukan main kira bayar harga sebelah-sebelah kasut punya taw? Jujur cakap aku rasa menyesal sebab buang hampir 5 pasang heels sejak duk UPM ni. Tak tahu pulak ada tukang kasut belakang UPM ni. Haissh. Membazir giler duit beli kasut baru rasanya. Next time memang aku akan hantar sini jer untuk jahit semua high heels aku. Huhh!


lurvealoevera.blogspot.comApa cabaran sepanjang 17 tahun mak cik dan pak cik berniaga disini? Bila diajukan soalan macam ni, mak sik ni gelak. Eyh...? Soalan aku ni nampak childish ker? 

"Dulu mak cik pernah cuba berniaga di pasar malam, konon-konon nak cari duit lebih. Tapi anak tak boleh control, sebab semua kecik-kecik lagi. Main sana, main sini. Kita tengah baiki kasut, tiba-tiba dia orang hilang. Mak cik dan pak cik nya jadi susah hati. Jadi mak cik dan pak cik ambil keputusan untuk berniaga macam biasa lebih-lebih lagi masa mereka bersekolah. Supaya kerja mak cik mudah siap." I see. No wonder lah mak cik ni gelak bila aku tanya soalan tadi. 

"Kadang-kadang ada juga MPSJ datang saman dalam 3 bulan sekali. Bukan kami sajer yang kena, peniaga-peniaga kecil lain turut menerima nasib yang sama.Tapi sekarang jarang MPSJ datang pantau melainkan kalau ada orang baru masuk berniaga di sekitar kawasan ini. Dan malangnya kami turut menerima tempiasnya," keluh mak cik sambil menjahit kasutnya. 


Dulu pak cik jer yang bekerja, mak cik duduk rumah jaga anak. Tapi anak sulung mak cik sekarang umur dah 13 tahun, jadi mak cik turun hari-hari tolong pak cik bertukang. Pendapatan mereka mungkin tidak selumayan yang kita sangkakan. Tapi demi mencari rezeki untuk menyekolahkan anak-anak yang kian membesar, aku rasa terharu pulak. Tiba-tiba terkenang kat Mama Abah kat rumah. Agaknya macam ni lah dia orang bersusah payah bekerja untuk sekolahkan aku dan adik-adik lain dulu masa mula-mula pindah dari bandar ke kampung, sampai aku boleh masuk Universiti sekarang. Seriously, aku rasa nak jer cepat grad supaya dapat balas balik jasa mak ayah bila tengok pasangan suami isteri tukang kasut ni.




























Kenapa asik mak cik jer jawab soalan aku, Pak ciknya bisu ker? Hahaa... Actually pak cik ni tengah tak sihat, sakit buah pinggan. That's why tak banyak cakap. So segala pertanyaan aku yang bertubi-tubi macam Pegawai Majlis Pembandaran nak soal siasat mintak permit dan lesen niaga ni lah yang dijawab mesra oleh mak cik ni. Even aku tak bawak apa-apa buah tangan untuk dia orang, dan datang pun bukan niat nak repair kasut ker apa, but still dia layan aku mesra alam. Why? mungkin sebab senyuman memikat aku ni kot. Hikhikhik. Jangan marah eryh.... =D

So, kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal mak cik dan pak cik ni untuk interview ker, or in case ada yang sudi nak bantu pasangan ni ker, and tak lupa jugak kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan mereka, boleh lah hubungi nombor yang tertera. O11-23546806. Lokasi mereka beroperasi adalah di depan Poliklinik Zul dan Rakan-rakan, iaitu sebaris dengan Restoran Maulana, Sri Serdang. Okay? =)


lurvealoevera.blogspot.com



So my last word before aku undur diri, hargailah pengorbanan kedua parents kita sementara dia orang masih ada. Bukan senang taw nak besar dan didik kita. Dan walau apa pun pekerjaan mereka, jangan pernah kita malu untuk menerima mereka . Jangan disebabkan kita dah berjaya, kita sombong dengan mak ayah kita. Sebab tanpa dia orang, tak ada kita yang sekarang. Okay? 



Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...