Saturday, 29 November 2014

UNDILAH SAYA, CALON MPP ANDA!


lurvealoevera.blogspot.com



Assalamualaikum.
Hye warga Universiti Putra Malaysia sekalian! Entry ini adalah special entry saya untuk anda, PENGUNDI bagi PILIHAN RAYA KAMPUS UPM 2014/2015 untuk lebih mengenali siapa saya.



lurvealoevera.blogspot.com
Saya,  NURUL ASYIQIN BT JAAFAR.
Matrik number : 172343, Pelajar Tahun ke-2,
Dari Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.
Kos Bachelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling),
Calon MPP anda dalam kerusi UMUM.

PENGLIBATAN kelab & persatuan di UPM:
- Biro keusahawanan Kelab Outward Bounders UPM .
- Ahli Kelab Kebudayaan Chong Hwa UPM bermain Gu Zheng.
- Ahli  Kelab Mahasiswa Bimbingan Kaunseling UPM
- Ahli Persaudaraan Pengakap Raja Negeri Pahang (PPRNP)


PENGLIBATAN aktiviti di UPM (September 2013-November 2014):

1. Kem pendedahan Kelab Outward Bounders A025 (Lentang, Pahang)
2. Lawatan ke Outward Bound School (Lumut, Perak)
3. AJK Hari Perkembangan Professional Pelajar Kaunseling (FPP UPM)
4. Sukarelawan Mangsa banjir 1M4U (SK Mengkarak, Pahang)
5. Sukarelawan UCTC UPM (Dewan besar, UPM)
6. Travel Business Millionaire Talk (Wisma MCA, KL)
7. Art for Therapy (Kolej 6)
8. Wall climbing KOB (Putrajaya)
9. Retreat Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) (Pulau Perhentian, Terengganu)
10. Lawatan sambil belajar (Istana Lama Negara & Galeri Perdana, KL)
11. Misi projek Gelandangan KMBK (Bandaraya-Pasar Seni)
12. Jejak Mahasiswa ke Parlimen (KL)
13. Majlis Makan Malam Fiesta D'K6 (K6)
14. Night of Classy Counselor (Dengkil, Selangor)
15. AJK protokol Majlis Makan Malam Rasmi KOB UPM (Country Height Resort, Kajang)
16. Majlis Anugera Aspirasi Unggul (Aura) (Kolej 6)
17. Projek mega Asas Kembara ( Kg. Sedim, Kedah)
18. Karnival Mini Kaunseling, UPM (Seksyen Kaunseling Pelajar)
19. Fasilitator Kem kepimpinan pelajar SMK Confucius, Cheras (Dusun Eco Resort, Pahang)
20. Kem Kepimpinan PEWARIS KOLEJ 6 ( Selangor)
21. Majlis Pelancaran Program Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian (Taman Tasik Titiwangsa)
22. Emcce Dwibahasa -Mandarin & B.Melayu , Pesta Tanglung ( Wangsa maju, KL)
23. Larian Merentas Kampus UPM
24. Fasilitator Kem Pendedahan A026 KOB UPM (Lentang, Pahang)
25. Hari Terbuka Psikologi (Dewan Siantan, Perbadanan Putrajaya)
26. Bendahari Final Year Dinner BnK (Mines Wellness Hotel)
27. AJK Logistik Tree Climbing KOB- Pesta Konvokesyen ke-38 ( Bukit Expo, UPM)
28. Timbalan Presiden Program Lawatan Pelajar SK Bukit Lentang, Johor ke UPM.

PENCAPAIAN AKADEMIK:
Semester 1 : 3.652
Semester 2: 3.652


lurvealoevera.blogspot.com


Moto : "SUARA MAHASISWA, SUARA KITA."


Menifesto:

1. MENCADANGKAN PIHAK UNIVERSITI AGAR MENAMBAH BILANGAN PENUNJUK ARAH JALAN DAN PAPAN TANDA DI UPM. 

 Sedar tak kita sebenarnya UPM ni masih kurang papan tanda lokasi dan penunjuk arah jalan? Sebagai contoh, pernah tak you alls jumpa papan tanda menunjukkan di mana letaknya Kolam Renang, Seksyen Kaunseling Pelajar, Ladang-ladang, Pusat Kesihatan dan Perpustakaan? Ya memang papan-papan tanda tersebut ada, tapi cuba kita tengok tempat sign board ini diletakkan. Dimana? Adakah di main road macam jalan dari pintu pagar ke kolej kediaman atau kawasan akademik? Papan tanda yang sedia ada di sekitar UPM ini pun ada yang sudah hilang tulisannya.
Terutama kepada pelajar first year, banyak sangat aduan mengatakan tidak jumpa lokasi untuk ke kelas terutama kelas Kokurikulum berkredit dan hari peperiksaan.

"Kak, ladang 5 kat mana?"
Pernah student first year tiba-tiba sapa saya bertanyakan soalan sedemikian. Kesian dengan berpeluh-peluh bawak cangkul, dengan tuala di bahu dan topi petani di belakang bahu, dalam 15 orang mencari di mana sebenarnya Ladang 5? Nak dijawab kang, aku pun tak pernah tahu kat mana. Nama jer bawak motor pusing UPM, tapi tak pernah pulak jumpa sign board Ladang 5.

" Kak, gelanggang Hoki di mana? Kami dari Kolej 17, dah 2 jam sesat tak jumpa kelas ke BAKSIS." 
Habis semua senior aku call tanya gelanggang Hoki yang mereka tercari-cari tu. Lokasinya tetap sama, tapi kelas tak ada kat situ. Jadi di manakah lagi gelanggang hoki yang dimaksudkan mereka seperti yang tertera dalam jadual kuliah? Nampak tak kawan-kawan betapa pentingnya untuk menambahkan papan tanda dan penunjuk arah jalan di lokasi utama seperti ini? Pernahkah anda mempunyai pengalaman sedemikian? Saya sendiri pernah sesat di kawasan kampus untuk ke dewan peperiksaan semasa di semester 1. Tertukar DKAP dengan DK. Oleh itu, tepuk dada tanya kawan-kawan. Adakah menifesto saya ini wajar dicadangkan?



2. MENCADANGKAN PIHAK UNIVERSITI MENGETATKAN SISTEM KESELAMATAN DENGAN MENAMBAHKAN BILANGAN CCTV DI SEKITAR UPM.

Tidak semua kolej-kolej kediaman yang ada CCTV seperti mana yang terdapat di Kolej 13 dan Serumpun. Terutama bagi kolej-kolej kediaman yang tiada pagar seperti Kolej Keenam, Kolej Kedua dan Kolej Canselor.
Seringkali kita mendapat SMS mengatakan, " berhati-hati kerana ada orang ternampak individu yang mencurigakan berkeliaran di sekitar kawasan kolej, berbaju belang dan bertopi. Jalan sambil memandang muka pelajar perempuan dengan muka yang mengancam keselamatan,".

Pernahkah anda mendapat pesanan ringkas sedemikian? Dan tidak ketinggalan juga kes-kes dimana ada lelaki menceroboh masuk blok perempuan seperti mana yang pernah berlaku di Kolej 13 dan Kolej Keenam. Mahukah anda perkara sedemikian berulang lagi? Pastinya anda menginginkan rumah anda sentiasa selamat aman sentosa bukan? Oleh itu cadangan saya adalah supaya bilangan CCTV diperbanyakkan supaya perkara sedemikian tidak berleluasa pada masa akan datang.

Oleh itu, saya sebagai wakil pelajar anda, sedia berkhidmat untuk kesejahteraan semua. UPM adalah rumah kita, tempat kita menuntut ilmu. Ayuh pertahankan keselamatan rumah kita, sekolah kita agar sentiasa kita berada dalam keberkatannya sepanjang di sini.
Sedikit pesanan buat para pengundi di UPM, tak kiralah parti apa pun seorang calon itu, pastikan pilihan anda adalah terbaik dari yang terbaik. Masa depan universiti adalah di tangan anda. Menang kalah itu adat pertandingan. Sekiranya anda percaya saya mampu memimpin anda, UNDILAH SAYA. Terima kasih kepada semua kenalan yang banyak membantu saya sehingga ke tahap ini. Jasamu akan ku kenang dan saya akan berusaha untuk perform yang terbaik.

Undilah saya, "SUARA MAHASISWA, SUARA KITA."   

lurvealoevera.blogspot.comContact me : 
Facebook ASYIQIN JAAFAR
Instagram: Lurve Aloevera
Blog: lurvealoevera.blogspot.com


WHO AM I?
- "a blogger, MANDARIN speaker, King Scout, counselor-to-be."

- If you wanna be good, you have to be different.
- Memimpin melalui teladan.

Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

- Thank you Team Marketing MP for your hard work on my posters, flyers and video. 
#VoteMP #SuaraMahasiswaSuaraKita 







2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...