Tuesday, 2 December 2014

CALON MPP YANG BAIK ADALAH SEORANG BLOGGER


"Calon MPP yang baik adalah seorang BLOGGER." -Lurve Aloevera


lurvealoevera.blogspot.com
Hello readers ! First of all, I would like to thank for those who've read my entry bout "CALON MPP ANDA, UNDILAH SAYA." Seriously aku pun tak sangka statistic people view entry tu mendadak naik. Heheee...*shenyum kambing* =D

And I would like to make an announcement here that, my real name is ASYIQIN JAAFAR with LURVE ALOEVERA as username for my Facebook, Instagram, Wechat, Youtube, Google+ and Blog. Jangan esok kau nak undi cari nama LA sudah laaa. Huhu...

Okay, so before Pilihan Raya Kampus bermula esok yakni 3 Desember 2014, aku nak promote siket kat you guys.... Taarrraaaa..."CALON MPP YANG BAIK ADALAH SEORANG BLOGGER." Hikhikhik... Macam nak promote diri jer...? Lebih kurang lah.... Dah nama pun berkempen sekarang kan? So tak salah aku amik peluang ni... Lalalalaa.... *Wondering, kempen untuk PRK ke atau Blogger Award? hahaaa....


Persoalan saya kat sini, mengapa saya mengatakan "Calon MPP yang baik adalah seorang BLOGGER?" Fewittt... Skema tak ayat? Hikhikhik. Let's go through my answers.

1. BERPERANAN SEBAGAI PEMBEKAL MAKLUMAT, TIPS DAN PENGALAMAN PERIBADI.

Kenapa aku cakap bahawa calon MPP yang baik adalah seorang Blogger? Haaa... Inilah jawapan utamanya. Menerusi Blog, seorang pemimpin boleh share apa-apa sahaja yang dirasakan boleh memberi manfaat kepada orang lain. Prinsip aku, "MEMIMPIN MELALUI TELADAN." Aku mungkin bukan someone yang bijak sangat, atau yang up-to-date sangat soal isu semasa. Tapi fokus blog aku kalau korang tengok adalah ke arah motivasi diri, pembinaan kendiri positif, dan pengaplikasian kemahiran insaniah yang sangat ditekankan di UPM. Kau ingat senang nak tulis blog?? Nak cari idea lagi, nak amik gambar, interview orang, join program dan event, nak karang ayat, and rujuk buku mana patut. See? Aku suka blogging bukan sebab nak cari publisiti murah taw? Tapi sebab aku minat. Blogging adalah platform terbaik untuk aku kumpul segala maklumat yang aku ada, platform terbaik untuk aku improve communication skills,writing skills,reading skills, leadership skill and skill-skill lain lah. Antara tips yang aku pernah share adalah Bagaimana Membina Kuasa Pengaruh, Ringkasan 10 Cara Menulis Thesis Dengan Cepat dan Efisyen, Patterns of Communication, 10 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri, Cara-cara Berhadapan Dengan Situasi yang Tegang, Acah-acah Diva Gitu, Belajar Efektif, Belajar Bahasa Mandarin...This blog... It's like my diary and Ensyclopedia okeyh? So I think in future, we need a Blogger-MPP supaya apa-apa maklumat dapat dikongsi bersama jugak.. Well, who knows maybe aku? kikiki... =D


2. CUBA MEMAHAMI DAHULU, KEMUDIAN CUBA UNTUK DIFAHAMI.

If korang betul-betul berminat dan follow entries-entries aku, you boleh nilai sendiri which kind of blogger I am. Bukan nak kata aku bagus, but my blog quit different actually. You see, setiap entry aku adalah something berbeza. Aku bukan setakat share pasal tips-tips, maklumat dan pengalaman peribadi aku jer, aku pun buat homework jugak taw untuk update blog? Supaya nampak kelainan di situ. For example, entry aku yang interview owner business Giant Bubble, Owner kedai cenderahati De Gift House, sepasang Tukang Kasut. "Perlu ke buat semua tu?" For me, yes! PERLU! Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, even sebagai pemimpin diri sendiri pun, aku sentiasa amalkan prinsip ni, "Cuba Memahami Dahulu, Kemudian Cuba untuk Difahami." Maksudnya, untuk orang fahami kita, kita perlu faham orang terlebih dahulu. Ini pun ada kait jugak dengan respect and humble.


lurvealoevera.blogspot.com"Dia yang hendak memimpin orang lain perlu mahir memimpin dirinya sendiri terlebih dahulu."- Philips Massinger.


3. MENJADIKAN DIRI LEBIH KREATIF DAN INOVATIF.

Tak semestinya yang tak tulis blog ni tak kreatif. Aku tak maksudkan hanya mereka yang suka blogging sahaja lebih kreatif dan inovatif. No. What I meant here is, how you attract people with your own creativity. Jujur cakap, aku ni tak lah pandai sangat mengarang ayat. Berterabur English - Malay. Nasib application untuk Mandarin keyboard aku ni lupa password. If not, memang dengan bahasa Cina sekali aku sental. Kalau mama aku baca blog aku dengan bahasa macam ni, memang seminggu beliau bebel tak habis. Hehehe... Besides karangan ayat, aku menjadi lebih kreatif apabila aku mula edit gambar untuk letak kat blog. Hahahaa.. Tak cayer? Tengok Instagram aku... *Ceh! Dan-dan jer promote ig.* So, dengan combination karangan berserta gambar, tambah pulak perkongsian yang berbeza setiap entries, kreativiti dan inovatif tu actually boleh improve kalau dipupuk. So, jom ramai-ramai jadi Blogger... =P


4. MENTALITI KELEBIHAN

Menurut buku Bimbingan Menara Gading Edisi ke 2 yang ditulis oleh Dr.Norzaini Azman dalam bab 7 Tabiat Ke arah Kecemerlangan yang pernah aku baca, maksud mentaliti kelebihan ni adalah "penghargaan diri dan rasa keselamatan yang tinggi. Akhlak sebegini merasakan bahawa ada banyak yang dapat diperolehi dan dikongsi bersama. Kita perlu kongsi kejayaan atau keuntungan dengan orang yang membantu kita. Kejayaan orang lain tidak mengurangkan peluang potensi kita untuk berjaya." So, macam apa yang aku dah mentioned kat atas tadi, segala tips, maklumat dan pengalaman peribadi yang aku rasakan bermanfaat dan sikit sebanyak boleh membantu meningkatkan motivasi pembaca, maka aku akan share. Ia bukan sekadar suatu penghargaan buat aku sendiri, plus dalam masa yang sama aku pun appreciate dan promote orang di sekeliling aku.


5. PERSONALITI

For me, Blog adalah platform terbaik untuk aku lebih kenal someone dan bukan based on khabar-khabar angin yang aku dengar. Let take Dr. Fatin Liyana Asri for example. Dulu aku just dengar-dengar jer apa orang citer sal dia. And when I read her blog, honeykoyuki.blogspot.com 3 years ago, seriously aku suka cara dia. Why? Haaa,, tak nak citer. Klik jer link aku bagi tu dan baca sendiri blog Dr. Fatin version baru nih. Huhuuu....Of course lah orang yang suka Blogging ni jenis suka bersosial. Itu tidak dapat dinafikan. The other personalities? You have your own perceptions on me. So I don't wanna say anything. Lain orang lain pandangannya kan? =)

So, sebelum aku undur diri, Selamat berjuang aku ucapkan kepada semua rakan seperjuangan Calon-Calon Pemilihan MPP UPM 2014-2015 MAHASISWA PUTRA sekalian. Dan kepada mahasiswa mahasiswi sekalian, selamat mengundi!

lurvealoevera.blogspot.com


Saya, NURUL ASYIQIN bt JAAFAR,
Nombor matrik 172343,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Calon UMUM MPP anda.
Undilah saya,
'SUARA MAHASISWA, SUARA KITA.'




Blogger-MPP-To-Be,
LURVE ALOEVERA a.k.a ASYIQIN JAAFAR,
Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...