Friday, 5 December 2014

SALAM PENGAKAP DARI SAYA!


Assalamualaikum.
SALAM PENGAKAP!

Entry kali ni nak share siket pasal dunia PENGAKAP di mana aku start join unit uniform nih masa umur aku 13 tahun sehingga sekarang. "Once scout, forever scout." Yeah, sampai sekarang jiwa kepengakapan tu masih mengalir dalam tubuh nih, cuma lagi pergerakan aku as an IPTA student agak limited siket lah untuk aku aktif berpengakap macam dulu. But it's okay. Masa panjang lagi kan. Almaklumlah, pengakap ni dari kau tadika sampailah ke tua pun boleh berpengakap lagi. Kat sini, we accept each other tanpa syarat. Okay?

First of all, meh nak story the mory siket apa kebenda Pengakap ni. Annoying pulak dengar, macam bebudak sekolah pulak. Hikhikhik. Well, for you maybe Scout ni cuma untuk budak sekolah but not for us. So, untuk yang dah mahir giler pasal teori2 pengakap ni, jom refresh balik.


lurvealoevera.blogspot.com
Hensem tak junior-junior aku ni? Hahahaa...


Definisi PENGAKAP:
Pergerakan pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. (Pengenalan kepengakapan: Prinsip-prinsip asas Pengakapan, p.5)

Matlamat Berpengakapan:
Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya, dan seterusnya masyarakat antarabangsa.

Baik, before I share APA ITU PENGAKAP, meh nak practice lapor diri sat... Ehem!

Ini bukan cara persetiaan ok? Gambar semata-mata.

"Assalamualaikum Tuan!
Saya, Nurul Asyiqin bt Jaafar,
Ahli Persaudaraan Pengakap Raja Negeri Pahang,
Kumpulan 08,
Siap sedia melapor diri kepada Tuan!"


PERSETIAAN PENGAKAP:

Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia, yang saya,
dengan seberapa daya upaya saya akan:

TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA,
MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA,
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP.




Weewiit.... So how? Hahaa... Seriously aku rindu giler zaman awal remaja dulu. Fanatic giler dengar pengakap. Daripada button pengakap, lencana pengakap, bookmark pengakap, scarf jamboree, stickers pengakap, buku rujukan pengakap. Semua aku kumpul. Siap simpan dalam almari lagi. Tapi sekarang, semua tu tinggal berapa kerat jer kat rumah. Mak aku kasi buang. Kahkahkah...

Cogankata Pengakap: "BE PREPARED."

So, macam mana motto ni dicipta??

Menurut buku Pengenalan ke Pengakapan yang aku pinjam dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM (pengakap kat UPM mesti terkejut kan dapat tahu PISAS ada buku pengakap? Pergilah usyar-II, ada kat satu rak ni dia selit buku-buku pengakap, and buku version lama tapi tak pernah ada rekod orang pinjam selain aku.kikiki) ....

Okay, motto ni dicipta when Lord Baden Powell (pengasas) cipta motto dan Undang-Undang Pengakap daripada Etika Kepahlawanan dulu yang berbunyi :

Google. Baden Powell.
" Sentiasalah bersedia dengan memakai alat pelindung baju besi (kebal) kamu, kecuali kamu sedang berehat di waktu malam. Belalah yang miskin dan tolonglah mereka yang tidak berupaya melindungi diri mereka. Jangan melakukan sesuatu yang boleh melukai atau menyalahi orang lain. Sentiasalah bersedia untuk berjuang mempertahankan negara kamu. Dalam apa saja pekerjaan, cubalah untuk memenangi penghargaan dan nama kerana kejujuran. 

Jangan sesekali memungkiri janji.
Kekalkanlah maruah negara kamu dengan nyawa kamu sekalipun. Lebih baik mati dalam kejujuran daripada hidup dalam rasa malu. Kepahlawanan memerlukan supaya para belia dilatih untuk menunjukkan pekerjaan yang terbaik dalam membuat jasa baik dengan rasa gembira dan lemah lembut dan membuat kebaikan kepada orang lain."


Sentiasa bersedia untuk apa? Kenapa??

Kata B-P, "Untuk sebarang perkara" itulah bagaimana "Sentiasa Bersedia" diperolehi. Ia bermaksud seseorang pengakap sentiasa bersedia minda dan dirinya untuk melaksanakan tanggungjawabnya dan sedia menghadapi bahaya, jika perlu untuk menolong orang lain.


lurvealoevera.blogspot.com
Pemimpin pengakap sejati, En.Muhamad Saidi dan En.Ahmad Kasfi.









 
Alhamdulillah. Sampai sekarang aku still pegang motto "Be Prepared" nih, tak kira ar untuk persaingan akademik atau kepimpinan ke or what-so-ever lah. 7 tahun aku dilatih oleh pemimpin-pemimpin Pengakap sejati dengan bantuan senior dan junior, now aku dah sampai tahap ini- PENGAKAP RAJA NEGERI PAHANG. Tanpa tunjuk ajar mereka, I am nobody actually. Terima kasih sangat buat cikgu-cikgu pengakap SMK KUALA KRAU, TEMERLOH, PAHANG yang banyak mendidik aku.

Survival skills, communication skill, leadership skill, thinking skill and banyak lagi skills yang aku dah start pupuk sejak aku form 1 lagi. I'm so lucky to have them in my school. Liku-liku hidup sepanjang aku join pengakap ni sangat lah colorful. Ada masa sedih, stress, gembira. Hahaha... Apa jer aku tak pernah buat? Meh nak citer.

Tebang buluh, redah hutan, masak roti lilit and bancuh air teh panas atas pokok, kena kejar anjing sebab curi masuk kebun orang, gergaji kayu bawah ribut petir, angkat kayu untuk ikat gajet, and paling teruk main tali sampai berdarah-darah tapak tangan. Pernah sekali aku dengan patrol (istilah kumpulan dalam pengakap) aku jalan kaki masuk kampung orang untuk Ekspedisi jalan kaki 10km, dengan muka lesu sume, bawak bag pack yang berat lagi and adalah 1 kewajipan bagi kami apabila berekspedisi kena bawak tongkat 5 kaki sambil jalan. And suddenly ada sorang mak cik ni tengah tebas rumput cakap macam ni kat kawan dia, "Askar mana pulak sesat masuk kampung kita tengah hari terik macam ni?" Ouh my. Askar?? Tergelak aku kat situ rasa macam nak guling-guling atas jalan, sampai sekarang aku ingat. =D

Nak lagi havoc, aku ingat lagi masa umur aku 15 tahun, kena sengat tebuan tanah masa tengah berlatih nak buat gajet kat laman sekolah , end up senior aku gi ikat tangan aku dengan tali konon-konon takut bisa merebak seluruh badan.. Hahaaa.. Kau ingat aku kena sengat ular?? Datang pemimpin semua pakat kena marah, ilmu First Aid mana dia belajar ikat tangan aku sampai pucat lesi muka aku time tu...Padahal kena gigit kat ibu jari jer....Serius lawak. Itu tak masuk part ekspedisi 40km kami curi2 guna cerek air masjid sampai hitam and pemimpin puji kami siap bawak cerek nak masak air (walhal cerek tu member aku curi2 pinjam kat masjid). Hehee.. Lagi best jalan kaki penat-penat buat muka tak malu singgah rumah orang mintak air minum. Hikhikhik... Awesome!


My seniors... Beza 4 tahun dengan aku. And that man with spec pun pemimpin jugak, En. Zailani.

lurvealoevera.blogspot.com
Meeting..... 2012

Hahaa.. Kisah ini tak berhenti setakat tu jer. Ini tak termasuk berkhemah kat tepi tasik sekolah and nampak hantu air bangun kul 2 pagi. Seram bhaiii... Dah lah time tu ribut taufannya. Habis khemah buat guna guni and kanvas terbang masa tu. So end up dapat arahan pemimpin suruh berteduh kat surau. Time tu lah nampak benda pelik2. Kata pemimpin kami, dia orang siap nampak lagi seolah-olah ada orang bangun tahajud pukul 3 pagi kat surau tu since pintu surau semuanya kaca and boleh nampak dari luar bayang warna putih. Jengjengjeng... For me things like that adalah normal. And hampir setiap kali gi mana-mana jambori mesti ada kes histeria and suddenly you akan perasan tiba-tiba speaker pasang alunan ayat-ayat suci Al-Quran. So, macam yang B-P cakap tadi, "Sentiasa Bersedia."

Setiap Pengakap ada pengalaman dan cerita mereka tersendiri. And that makes them unique. So far antara Jambori yang aku pernah joined ialah, JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE 2009, JAMBORI PAHANG 2010, JENGKA INTERNATIONAL JAMBOREE 2011, and MELAKA INTERNATIONAL JAMBOREE 2012. So setiap jamboree membawa cerita yang berbeza. Lagi seronok berpengakap ni ialah kita dapat ramai kawan. My experience, aku pernah dapat seutas rantai dengan buah rantai bentuk LOVE ditulis nama si pemberi kat situ. Macam pelik kan? Usually orang yang jumpa aku akan bagi badge, scarf atau button. But this guy gave me a necklace. Baru form 2 aku time tu. Hehee.. Sampai sekarang aku tak pakai lagi rantai tu.

So based on my stories, actually these things lah sebab-sebab kenapa kami sayang sangat dengan pengakap. Mungkin ada some of you yang tak suka aktiviti macam ni, panas lah, comot, tak selesa. But for me, itu semua pengalaman dan lessons terbaik yang tak mungkin aku dapat dalam kelas sekalipun. Even many of my pals yang hanya kenal masa 5 hari jamboree sahaja, tapi still contact sampai sekarang, can you see how strong the bonding are? "SEKALI BERPENGAKAP, SELAMANYA PENGAKAP." 


So sebelum aku mengundur diri, hasrat aku masa mula-mula masuk UPM ni adalah untuk kumpul balik ahli-ahli Kelana yang ada dalam UPM ni. Aku sangat-sangat berharap dapat tubuhkan Kelana Siswa kat UPM ni semula dan usaha aku ni bukan sekadar angan-angan mat jenin. I'll do my best. In sha Allah. 

So kepada rakan-rakan pengakap yang membaca post ni, anda dialu-alukan untuk share cerita anda di comment box nanti. Seriously rindu sangat zaman pengakap ni. Nak buat kerja giler-giler lagi. And to be truth aku tak macam pempuan lain yang feminine dan lemah-lembut. You guys mungkin tak percaya aku ni lasak jugak, tapi it's up tp you. I've learnt so many things here and I won't stop. In future, sekiranya ada rezeki, aku nak jadi pemimpin pengakap perempuan pulak. Bukan apa, zaman aku join pengakap dulu berapa kerat jer pemimpin dan ahli pengakap perempuan. Scouting is not for boys only, okay? Salam pengakap.



NURUL ASYIQIN JAAFAR a.k.a LURVE ALOEVERA,
AHLI PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA NEGERI PAHANG.

Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...