Wednesday, 18 February 2015

10 CARA MENGATASI KECEWA AKIBAT PUTUS CINTA


Assalamualaikum.

Putus cinta? Ouhhh man! Relax lah. Sejujurnya aku bukan sekali dua taw merasa pengalaman sakitnya putus cinta tuh macam mana. Dan aku jugak banyak terima kes perkongsian kecewa akibat putus cinta daripada kawan-kawan terdekat. Alhamdulillah, aku berjaya atasi segala duka lara yang sia-sia tuh dengan tips yang aku nak share kali ni. So untuk entry kali nih aku nak amik kesempatan untuk share 10 cara yang mungkin berguna untuk korang atasi kekecewaan yang dialami akibat putus cinta, okay?

Pendekkan masa berfikir serta risau tentang siapa betul, tetapi gunakanlah masa menentukan apa yang betul!


1. MENANGIS SEPUAS-PUASNYA.
- Memang tak dapat dinafikan, menangis sepuas-puasnya adalah cara pertama aku buat untuk atasi segala kesedihan tak kira lah putus cinta ke, kucing mati ke, atau kena tinggalkan bus. Hikhikhik. Tapi itu dulu lah, sekarang aku jarang dah menangis sebab sedih, tapi selalu menangis sebab terlampau PENAT dan TAHAN MARAH. Hehee.. You know what, actually menangis ni ialah satu bahasa hati yang tak boleh diungkap dengan kata-kata, so tak salah kalau nak nangis. Tapi nasihat aku ialah, jangan nangis sampai kau tak makan tak tidur asyik meratap jer gambar ex kau, okay? Paling lama aku boleh nangis ialah 2 jam, itupun dah kira teruk taw? Ish..Ish..Ish... Jangan ingat bakal kaunselor macam aku dok dengar masalah orang siang malam tak pernah nangis yea. Manusia ni tak boleh kita duga, kengkadang yang kita nampak happy go lucky tu lah paling banyak menangis kalau dia bersendirian. So, kalau rasa hati tu tak tertahan sangat sedihnya, luka terlalu parah sampai susah nak rawat, menangislah sepuasnya. Niatkan supaya segala kesedihan, luka di hati dan  kekotoran hati tu mengalir keluar bersama air mata. Then minum air, cuci muka, tidur. In Shaa Allah boleh lega. =)


2. BERKONGSI MASALAH DENGAN ORANG YANG DIPERCAYAI.
- Kalau dah puas nangis pun tak okay jugak, apa kata korang cuba cari someone trusted, dan share masalah putus cinta korang tu. Siapa tahu mungkin korang akan lega sikit kan? And untung-untung orang tu boleh bagi nasihat atau bimbingan kat korang yang tengah mental breakdown nih. Kalau tak taw nak cari siapa, haaa. Boleh lah cari mana-mana counselor yang ada kat kawasan korang tu. Caranya ialah, just pergi ke mana-mana pusat yang menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling,( kalau kat UPM cuma cari Seksyen Kaunseling UPM) dan buat appointment. Jangan risau, sebelum bermulanya sesi kaunseling, korang akan diminta untuk membaca dulu surat perjanjian dengan kaunselor sebelum tanda tangan yang menyatakan bahawa segala apa yang dikongsikan dengan kaunselor adalah rahsia melainkan jika masalah yang korang share tuh boleh mudaratkan diri sendiri, diri kaunselor atau orang lain. Maka perjanjian itu akan terbatallah. Pada awal sesi pun kaunselor akan cuba ingatkan semula statements ni, supaya korang berasa selamat untuk share masalah putus cinta korang tu.

3. BUANG SEGALA KENANGAN BERSAMA SI DIA.
- Masa bercinta dulu mesti macam-macam hadiah dapatkan? Kengkonon time tu rasa macam sweetest couple of the world dah. Kentut pun bau wangi, yang tak sedap pun boleh jadi sedap. Sekali dah clash, puih! Apa tunggu lagi, move on lah! Buang semua barang yang ada kenangan dengan si dia, termasuklah gambar, surat, teddy bear. Kalau ex korang tu bagi hadiah kucing, janganlah dibuangnya kucing tu pulak. Jaga kucing tu elok-elok, dan abaikan siapa pemberi kucing tu. Fasa nih penting kalau korang jenis hati tak kental ni. Tengok gambar nangis, peluk teddy bear nangis. Meroyan pulak aku tengok. Memula tu mungkin lah sayang nak buang kan, tapi ini salah satu cara untuk korang berhenti kecewa untuk someone yang tak pandai hargai korang dengan sebaik mungkin. Hadiah bukan lambang cinta sepenuhnya.

4. PERBANYAKKAN AKTIVITI POSITIF.
- Since sekarang korang dah single kan, so masa lapang tu mesti banyak sampai tak taw nak buat apa. Berhenti buang masa untuk menangis meratap pemergian si dia dan ayuh perbanyakkan aktiviti yang lebih membina semangat kita! Contohnya, mungkin masa dah single ni lah korang boleh keluar hang out dengan kawan-kawan ke, buat aktiviti yang adventure sikit macam berkayak, mendaki gunung, ekspedisi jalan kaki ke. Baru syok! Jangan memerap mengurung diri dalam bilik dan buat perkara yang sia-sia. Bila fokus korang dah lari, korang sebenarnya dah mula membina lembaran hidup yang baru. Berhenti bersedih dan jom kita enjoy!

5. BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH
- Setiap yang pergi pasti ada gantinya. Tak semestinya yang kita sangkakan baik itu adalah yang terbaik untuk kita. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Ujian yang melanda korang tu mungkin satu pengajaran yang Allah nak bagi supaya akan datang korang lebih bersedia dan berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Cewaah! Dah macam doktor cinta pulak bercakap. Hehee. Redha yang lepas, tawakal untuk akan datang. Okay? =)
.
6. KUASA SOLAT DAN DOA.
- "Jika dia bukan jodohku, jodohkan lah dia dengan orang giler." Aku selalu dengar ayat ni. Masa tengah rasional macam ni, bunyi doa tu macam joke. Tapi kalau orang tengah kecewa putus cinta ni, sebab terlampau marahkan si dia mungkin ada antara korang yang mendoakan si dia macam tu kan. For me, better kau concern soal hati kau dulu. Tak usah pedulik lagi dengan masa depan atau perkembangan daripada si dia. Allah bagi ujian sebab nak kita lebih dekat dengan Dia. Perbanyakkan solat dan doa, percayalah bahawa kita tidak keseorangan. Allah sentiasa ada untuk kita masa susah dan senang.

7. BERI MASA KEPADA DIRI SENDIRI
- Jika suatu ketika dulu, ada orang selalu amik berat pasal kita, ingatkan kita, nasihatkan kita dan temankan kita. Tapi sekarang semua tu hanya tinggal kenangan. Sedih.. Pilu.. Rasa tertipu.. Rasa dipermainkan.. Keseorangan, kesunyian..Yes, perasaan yang terbuku di hati tu memang sukar diungkapkan, sukar diduga dan sukar dirawat. Tapi jangan risau, apa yang perlu korang buat ialah biarkan masa yang merawat segala kesedihan tu. Beri masa pada diri sendiri. Jalani hidup seperti biasa untuk adapt dengan new environment. Awal-awal tu tak biasa lagi normal lah. Apa yang perlu korang buat ialah penuhkan masa terluang tu untuk aktiviti yang berfaedah macam aku rekemen kan tadi. Keluar shopping ke, tengok wayang, atau belajar memasak. Lama-lama nanti hati tu akan lupalah si dia.

8. PERLUASKAN "SOCIAL NETWORK"
- Selalu orang yang putus cinta ni banyak buang masa fikirkan perkara yang dah lepas. Mengikut pengalaman peribadi aku, salah satu cara terbaik untuk aku lupakan bekas kekasih adalah dengan perbanyakkan berkawan. Sekarang zaman dah canggeh woo! Facebook, Instagram, Twitter, Bee Talk, Wechat. Macam-macam apps ada untuk korang cuba mencari kenalan baru. Tapi nasihat aku adalah, jangan terlalu asyik mengadu masalah pada orang lain, takut nanti orang akan bosan dengan kita dan ramai yang akan mengambil kesempatan kat kita pulak nanti. So, cuba share anything fun and enjoyable dengan kenalan baru korang. Bertukar pendapat ke, hobbies. Siapa tahu dengan cara begini dapat membina lagi keyakinan diri korang? Usually orang putus cinta ni akan kata, "Semua lelaki/perempuan sama jer!" Actually no! Masa kita tengah emosi, kita akan cakap macam tu. So cara nak rawat ialah, banyakkan berkawan.

9. BUAT SI DIA MENYESAL TINGGALKAN ANDA
- Dalam erti kata lain, dendam yang sihat! Cuba korang buat self check list, analyse dan improve mana yang patut. Kalau dulu kita jenis yang selekeh, cuba ubah penampilan diri kita kepada lebih kemas, segak dan bergaya. Kalau dulu kita selalu marah-marah, cuba pupuk rasa sabar dengan memelihara kucing atau bermain dengan budak-budak kecik. Kalau dulu kita malas belajar dan nampak kurang pandai, cuba usahakan supaya pencapaian akademik atau tahap kecekapan kita dalam pekerjaan bertambah baik. Buktikan pada si dia yang sudah tinggalkan korang bahawa si dia akan menyesal sebab tinggalkan korang. Kesetiaan korang senang-senang dibuang macam sampah. Lagi-lagi kalau korang hari-hari kena hadap muka bekas kekasih korang tu, lagi kena kuatkan semangat. Siapa tahu satu hari nanti bila nampak perubahan drastik macam ni, si dia akan datang mintak maaf dan ada yang mungkin datang dengan niat untuk merujuk balik? Nasihat aku ialah, better don't accept them back! You deserve better okay setelah bersusah payah korang cuba pulihkan semangat untuk merawat hati yang terluka tu. Abaikan si dia, dan teruskan hidup dengan hati yang lebih girang gemilang!

10. MAAFKAN DAN LUPAKAN.
- Bukan mudah untuk maafkan orang yang dah banyak lukakan hati kita, apatah lagi melupakannya. Seperti yang aku cakap tadi, biar masa yang tentukan segalanya. Bila hati dah redha dengan perpisahan ini, maka kita cubalah untuk maafkan si dia dan lupakan segala kesilapan yang pernah dilakukannya dulu. Maafkan dan lupakan tidak bermakna hati kita masih boleh menerima si dia hadir dalam hidup kita sebagai kawan. So it depends on you. Kalau rasa boleh terima sebagai kekasih semula, silakan. Kalau rasa boleh terima sebagai kawan, selamat berkawan. Tapi kalau kehadiran si dia boleh mengingatkan kita pada kenangan dulu dan hati kita sedih lagi, lebih baik menjauhkan diri daripada orang macam tu.



Dah tiba masanya untuk kita bersikap pentingkan diri sikit. Asyik kita jer yang kena jaga hati orang, habis hati kita siapa nak jaga? Kata orang tua-tua, sayang biar berpada-pada. Benci biar berpada-pada jugak. Keindahan hidup bukan hanya terletak kepada berapa banyak harta benda yang kita miliki, tetapi bagaimana kita menghargai dan menikmati keseronokkan menggunakannya. Tepuk dada, tanya hati. Apakah yang pasti dalam dunia ini? PERUBAHAN! Bersedia untuk berubah. La Tahzan. 

"Every struggle in your life has shaped you into the person you are today. Be thankful for the hard times, they can only make you STRONGER."



Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera








GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...