Tuesday, 10 February 2015

10 CARA MENGATASI MASALAH JERAWAT


Assalamualaikum.

Entry kali nih aku nak share sikit antara tips ringkas CARA MENGHILANGKAN JERAWAT  yang aku amalkan sejak dari umur aku 13 tahun sampailah sekarang. Well, sejujurnya kulit aku nih tak lah flawless dan putih gebu macam korang. Setakat dapat elakkan jerawat tuh kira satu nikmat yang besar dah untuk aku. Dah tak payah buang duit mahal-mahal gi New York Skin solution kan. Heheee. 
So, kalau aku kat rumah, ini adalah antara beberapa tips aku selalu amalkan even tak ada jerawat. Omputeh kata, 'prevention is better than cure', rite? Kalau rasa nak mencuba, silakan. =)


1. UBAT GIGI
- Ubat gigi ni kira teknik pertama aku belajar dari kawan masa duk asrama form 1 dulu. Hah, time tuh memang aku tak reti nak jaga muka nih. So kawan-kawan lah ajar. Caranya ialah, sapukan ubat gigi pada permukaan muka yang ada jerawat tu, dan biarkan selama 15 minit. Awal-awal letak tu agak pedih sikit, tapi bagi aku yang dah biasa nih macam rasa berangin jer. Then bilas dengan air suam seeloknya dengan menggunakan tuala. 2 hari buat jer, alhamdulillah masalah jerawat aku yang muncul sekali sebulan tu dapat diatasi.

2. TOMATO
- Kalau kat rumah pulak, selain guna ubat gigi, aku akan gunakan buah tomato jugak. Caranya ialah, belah tomato tu, dan tenyehkan kat muka. Biarkan tomato tuh kering pada wajah kita, dan bilas dengan air. Tujuan kita tak terus bilas ialah nak bagi nutrient dalam tomato tu supaya serap ke dalam kulit muka kita. Hasilnya memang awesome! Kengkadang sambil masak tu aku sempat lagi makan tomato tu mentah-mentah, my feberet taw even nampak agak tak senonoh dah potong untuk masak pastu aku curi-curik makan, end up nak masak tinggal berapa keping jer tomato. Hiks!

3. LIDAH BUAYA
- Ini adalah salah satu sebab kenapa aku suka sangat dengan lidah buaya atau nama canggih siket, Aloe vera. Haaa, that's why username lama sosial aku semuanya Lurve Aloevera kan. Kalau aku jumpa tumbuhan ni kat memana, memang buat muka tak malu lah gi mintak sehelai daunnya dari tuan tanah. Caranya sangat mudah! Cuma potong aloe vera nih menjadi ketulan yang kecil, dan kupas kulit luarnya. Macam tomato tadi jugak, just tenyeh jer lendir aloe vera tadi kat muka dan gosokkan terutama pada bahagian parut jerawat. Kemudian biarkan sehingga kering, dan bilas. Seeloknya ulang setiap pagi dan malam. Cubalah!

4. PUTIH TELUR
- Nih petua mak aku lah , guna putih telur. Dan bila dah pandai, setiap kali balik rumah kerja aku  adalah menghabiskan telur dalam peti ais untuk buat masker. Kahkahkah..End up mama nak masak, tengok telur makin susut. Ada toyol ker kat rumah?  Hahaha. Caranya adalah, cuma perlu asingkan putih telur tu, dan sapukan pada wajah yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian biarkan kering dan bilas. Hasilnya, kulit muka korang akan menjadi lebih tegang, serius talk! Tak payah sesusah nak pakai botox bagai.

5. AIR BASUHAN BERAS
- Tips ni lagi simple, hampir setiap hari kalau kat rumah aku akan buat. Caranya ialah, simpan air basuhan beras yang pertama tadi dan basuh muka anda dengan air tersebut. Diingatkan supaya korang jangan memandai-mandai nak lap okay? Biarkan air beras tadi kering dengan sendirinya di wajah kita, then barulah cuci dengan air suam. Effect dia macam cuci muka dengan air biasa jer, tapi sangat baik untuk membantu hilangkan jerawat taw.

6. AIR SUAM
- Sudah menjadi tabiat aku dari sekolah menengah lagi cuci muka dengan air suam sama ada sebelum atau selepas bangun tidur. Depends pada tahap kesibukan aku yang mengalahkan perdana menteri nih lah. Hahaaa. Bila sehari aku tak sempat lap muka dengan air suam, memang rasa tak lengkap gitew. Caranya ialah, ambil sehelai tuala muka dan rendamkan dengan air suam. Kemudian tuamkan tuala tadi perlahan-lahan ke seluruh bahagian muka terutama di bahagian hidung dan dagu. That's why aku jarang mengantuk dalam kuliah sebab muka rasa segar sangat pagi-pagi sementara tunggu Nescafe jadi suam, aku manja-manjakan kulit dulu. Heee.

7. PENGGUNAAN MAKE UP
- Aku start guna bedak compact masa umur aku 19 tahun, tu pun amik Sendayu Tinggi mak aku tak nak guna. Hiks! Ketinggalan kan? Dan masa umur aku dah masuk 20 baru belajar dari kawan macam mana nak guna Liquid Lift Foundation. Pantang mak aku kalau tengok orang make up tebal-tebal 3 4 lapis nih. Dengan pemerah pipi dan eye shadow bagai. So hasilnya aku pun jadi sangat awkward kalau disuruh pakai 2 benda tuh untuk special occasion. Dan lipstick pun aku tak reti pakai, pelembap bibir tu mujur aku belajar guna. Hehee. Nak pakai tak salah, tapi make sure pandai lah nak bersihkannya. Kadang-kadang even kita guna sabun pencuci muka pun belum tentu make up bersih dari muka. Dan aku pernah beli Make Up Remover kat body shop dulu, tapi takut nak pakai sebab aku jarang guna chemical product ni. End up aku buat manual, letak minyak zaitun pada tisu, dan lap keseluruhan muka sebelum cuci dengan sabun.

8. JANGAN PICIT JERAWAT DENGAN KUKU
- Sejujurnya ni adalah tabiat buruk yang susah aku nak elakkan. Hahaa. Tahu cara ni tak elok, tapi still gatal sangat tangan tu nak picit jerawat dengan kuku. Lepas tu mulalah kesan merah-merah kat hidung, 2 hari kemudian terus jadi kulit mati dan kering. Time tu satu kerja lagi nak cari krim dan lotion muka bagai sapu. So untuk nasihat dan ingatan sendiri, aku sengaja letak kat entry ni supaya next time aku baca, aku akan ingat. Hehee.

9. KURANGKAN AKTIVITI YANG TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI
- Pancaran sinar matahari zaman sekarang tak macam dulu, makin hari makin bahaya. Seeloknya kurangkan expose kulit kita pada sinaran UV. Caranya ialah, sama ada korang boleh kurangkan aktiviti luar pintu (outdoor activities), gunakan payung, atau gunakan Sunblock yang bersesuaian dengan condition kulit anda. Fyi, muka aku nih senang sangat sun burnt even baru setengah hari aku kat luar. So antara product yang aku guna pakai sejak dari zaman sekolah lagi ialah day cream OLAY natural white which is light and non-greasy formula for UV protection, OLAY white radiance with SPF 50 for ultra UV blocker dan OLAY white radiance UV whitening lotion with SPF 19. Pakai hari-hari pun still ada kesan perbezaan tona kulit , tapi at least kulit tak directly exposed kat sunlight kan? Pentingnya kita lindungi kulit daripada sinaran matahari macam ni kerana ia akan merangsang kulit wajah kita untuk mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat. Senang citer sel kulit cepat mati lah.

10. JAGA PEMAKANAN
- Dan tips yang terakhir adalah, kawal pemakanan anda! Sebaiknya bagi mereka yang ada elergik dengan kekacang atau seafood sampai memberi kesan pada muka, sila elakkan. Macam aku, aku memang ada elergik kacang dan seafood, tapi alhamdulillah cuma effect pada kaki dengan tangan jer. Telan ubat, settle!  Besides, kalau boleh kurangkan makanan yang pedas dan berminyak sebab ada certain daripada kita yang mengalami masalah pada muka ialah sebab tak jaga pemakanan.




Kesimpulannya, bukan nak kata aku sempurna dengan kulit yang halus mulus. Sama sekali, TIDAK. Cuma aku rasa nak share few steps yang selamat untuk dicuba, instead of you keep using chemical products untuk dapatkan hasil yang cepat tapi tak kekal. In the future, korang tak sedar kulit wajah makin hari makin nipis. Wajah adalah aset kita sebagai perempuan. CANTIK ITU SUBJEKTIF. So jangan pedulikan apa orang nak nilai anda. Stay positive and confidence , okay? 

SELAMAT MENCUBA!




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...