Saturday, 21 February 2015

12 PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL PUNCA EMOSI TERGANGGU


Assalamualaikum.

Masalah hiduplah yang mematangkan seseorang insan itu. Yea, tapi sejauh manakah anda berjaya mengawal masalah yang membelengu pemikiran seterusnya menjejaskan aktiviti harian anda? Disebabkan terlalu memikirkan masalah yang dihadapi, anda hilang selera makan, stress, susah untuk tidur, dan cepat marah serta sensitif. 

Menurut Albert Ellis, terdapatnya 3 pillar yang sebenarnya membangun tingkahlaku individu itu. 

A- Activating Event (peristiwa/masalah yang berlaku)
B- Belief System (rB- pemikiran rasional/ iB- pemikiran tidak rasional)
C- Consequences (Kesan emosi yang negative and distructive)

Sebenarnya, anda ada jalan penyelesaiannya yang sangat mudah. Secara ringkas dan umumnya menurut Albert Ellis dalam theory of Rational Emotive Behavior Therapy (REBT), kesedihan, kemarahan, kemurungan dan segala emosi negative (C) yang memberi impak kepada tingkahlaku negative seseorang bukanlah berpunca daripada masalah atau peristiwa yang dihadapinya ketika itu (A). Tetapi, segala emosi negatif  (C) yang mengganggu individu tersebut adalah berpunca daripada pemikiran tidak rasional (iB) individu  tersebut ketika itu. Belief system yang dimaksudkan di sini adalah pandangan, nilai, dan keyakinan yang dipegang oleh seseorang individu dan ia kadangkala bersifat rasional dan tidak rasional. Jadi sekiranya anda berjaya menyingkirkan pemikiran yang tidak rasional ini, gangguan emosi yang anda hadapi sebenarnya akan berkurangan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah 12 PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL (iB) penyebab kepada masalah gangguan emosi anda (C).

1. Saya mesti diterima oleh orang yang rapat / signifikan dalam hidup saya, kerana ini sangat penting bagi saya.

2. Saya mesti disayangi oleh keluarga, kekasih atau sesiapa saja yang penting dalam hidup saya, kerana ia merupakan perkara penting bagi saya.


3. Saya percaya bahawa semua masalah mesti ada jawapannya, dan jika saya tidak dapat jawapannya bererti saya tidak bagus, tidak berguna.


4. Saya mesti dapatkan apa yang saya harapkan, mahukan dan jangkakan, dan jika saya gagal mendapatkannya, ianya suatu keadaan yang sangat mengecewakan dan teruk.


5. Saya percaya bahawa masalah orang lain mesti menjadi masalah saya, dan saya bertanggungjawab keatasnya.


6. Lari daripada masalah adalah lebih baik daripada menghadapinya.


7. Saya hanya bagus dan berguna jika... dan jika tidak saya adalah tidak bagus, teruk, tidak berguna dan orang lain mungkin tidak akan menerima saya jika mempamerkan kekurangan.


8. Saya percaya bahawa orang jahat, tidak adil, kejam, melampau mestilah dipersalahkan dan diambil tindakan.


9. Saya mesti bergantung pada orang lain.


10. Saya mesti ingatkan bahaya selalu.


11. Saya tidak boleh berubah, lebih-lebih lagi kerana zaman lampau telah mencorakkan saya kini.


12. Kebahagiaan saya adalah dari orang lain, atau di luar kawalan diri saya, dan saya tidak berkuasa untuk mengawalnya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah kita ketahui yang mana satu pemikiran tidak rasional yang menjadi punca gangguan emosi lantas mengganggu urusan dan aktiviti harian, maka bagaimanakah pula cara untuk mengatasi atau mengurangkan desakan dan ketegangan serta konflik yang ada dalam diri? 
Caranya adalah, mulakan dengan teknik deep breathing sebanyak 3 kali. Pejamkan mata, dan cuba melawan atau mencabar pemikiran tidak rasional anda dengan soalan-soalan.

" Dimanakah bukti yang menyatakan bahawa setiap apa yang kita kehendaki pasti akan kita miliki sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk hambaNya?" 
" Sejauh manakah kemampuan kita untuk menghukum setiap orang yang kita rasakan sangat tidak berpuas hati kerana berlaku jahat, kejam dan tidak adil seperti mana puak yahudi memerangi penduduk Gaza?"
"Adakah menjadi tanggungjawab kita untuk melangsaikan hutang seorang kawan sehingga memudaratkan diri sedangkan penghutang itu sanggup hidup papa asalkan bergaya?"
"Cinta tidak semestinya memiliki, adakah kita sedar hakikat ini?" 

Tepuk dada, tanya hati, tanya iman. Tidak yakin, bimbang, takut dan rendah diri hanyalah ilusi. Jangan mudah berputus asa dengan sesiapa atau keadaan, kerana kejadian berlaku setiap hari. Jika kita menunggu saat yang sempurna bila segalanya selamat dan pasti untuk melakukan sesuatu, ianya tidak akan tiba. Redha yang lepas, tawakal untuk masa depan. Maafkan dan lupakan. Kegembiraan sebenarnya bergantung kepada apa yang kita fikirkan. =) 


Pengajaran:
lurvealoevera.blogspot.com
"Lihat setiap masalah sebagai peluang mahirkan diri"

-   semua orang tidak kira bangsa, jantina, kaya, miskin, mendatangkan gangguan kepada diri sendiri apabila tidak mendapat apa yang mereka percaya sepatutnya dapat.

-   manusia juga cenderung mendatangkan gangguan apabila mereka dapat apa yang mereka percaya sepatutnya dapat (kerana takut kehilangannya..) 

-   tetapi apabila manusia tidak rigid, tidak mendesak, maka mereka terjejas secara sihat apabila tidak dapat yang diingini dan boleh mengambil tindakan konstruktif.






Thank you for reading.

Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...