Tuesday, 17 February 2015

AKU BUKAN DOKTOR, TAPI AKU BAKAL KAUNSELOR!


Assalamualaikum.

Matahari belum terbit lagi mama dah jerit aku bangun siap-siap nak teman dia ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk temu janji dengan pakar Ortopedik. Dengan hati yang tak rela meninggalkan katil yang empuk dan batal yang selesa maka aku pun pergilah siap-siap berangkat ke HOSHAS. My God! I wondered when was the last time aku mandi seawal macam ni? Usually aku mandi dekat-dekat nak Zohor. Barulah boleh mandi lama sebab matahari pun dah mencangak atas kepala kan sampai mak aku hari-hari bising anak dara apa mandi tengahhari. Hiks! Kengkonon tak nak baju tercemar bau peluh bau ayam bau lada sebab celik mata tugas aku cuti semester ni ialah mengemas rumah dan masak. Well, jangan pandang rendah kat aku taw? Blogging, blogging jugak. Tapi kerja ompompuan aku buat jugak taw. Lagipun bila dah duduk jauh dari kota, udara sangat segar dan nak amik wuduk pun menggigil badan, itukan pulak nak suruh mandi subuh-subuh hari. &$#%*!

Sampai jer kat HOSHAS tu, aku teman mama masuk bilik doktor. Wow...! Seriously, doktor-doktor kat HOSHAS bahagian Ortopedik ni semua cantik-cantik dan kacak-kacak belaka. Wewiiitt! Choy gedik siot baru tengok doktor hensem sikit dah melting, belum jumpa pelakon aku minat Zul Ariffin tu depan mata lagi. Wakakakaaa..Bukan mata aku yang cakap, mama pun cakap benda yang sama taw. Dan suddenly I saw Dr.Mahyuddin pakar Ortopedik tuh. Jujur cakap kalau time tuh aku ada bawak note book ke atau planner, aku gi mintak signature dia sebab aku memang admirer giler dengan motivasi dan tips yang doktor tu share kat Instagram dia. Plus Dr.Mahyuddin ni pun salah seorang penulis buku Diagnosis dengan Dr.Fatin Liyana. Apa lagi? Memang aku tercari-cari lama dah buku Diagnosis tu. Tak pernah lagi seumur hidup aku berminat dengan novel, melainkan novel Diagnosis ni jer aku tercari-cari. Haaaa.

Right after mama siap checked, aku pun pergilah ke farmasi untuk tunggu giliran amik ubat sementara mama pulak gi settle kat kaunter wad bersalin sebab ada masalah yang perlu dirujuk ke pakar sakit puan pulak. And guest what, ditakdirkan Allah tiba-tiba ada sorang mak cik tua ni datang duduk sebelah seat aku. Rapport pun belum bina lagi, mak cik ni dengan ramahnya sembang dengan aku. Shocked! But I was glad for having a short but nice conversation with her.

"Mak cik ni sakit sangat kat belakang ni deq, nak buat macam ni pun tak boleh.."
*sambil buat demo kat badan dia, hayun-hayun kan tangannya then move on ke badan aku dengan meletakkan jarinya ke belikat dan bahu aku*

"Mak cik dari Ortopedik jugak ke?"

"Haah. Mak cik takut buat operation. Itu yang anak-anak suruh mak cik minum susu. Tapi yelah kan, dah kita tak biasa minum susu, itu yang culeh-culehnya minum. Ari ni mak cik minum, esok lusa malas dah. Cuba adik tengok kad mak cik ni, apa doktor tu tulis?"
*bukak kad pesakit yang dipegangnya dan tunjuk kat aku seolah-olah aku ni macam doktor yang sesajer melawat pesakit kat farmasi pulak. Sebab nak amik hati, aku pun bacalah walaupun tak paham sepatah haram.*

"Ooooo....Ni kad temu janji mak cik dengan doktor. Yang resit nih nanti ubat mak cik kena amik kat kaunter. Yang belakang-belakang ni saya tak paham apa doktor ni tulis. Suami mak cik ada lagi? Anak-anak makcik mana?"

"Suami makcik sakit, anak-anak pulak semua dah bekerja. Tinggal mak cik sorang jer kat rumah, kalau mak cik operate, saper nak jaga nanti kan? Makan minum pak cik ko lagi."
*sebak pulak aku dengar. Dah macam buat sesi kaunseling pulak rasa time tuh.*

"Tak pe lah mak cik, buat slow-slow kerja tu. Tak larat jangan paksa badan taw. Mak saya pun ortopedik jugak, dah 8 bulan lumpuh tak boleh berjalan. Sekarang ni Alhamdulillah dah mula nampak kesan boleh jalan sesiket."

"Mak awak makan ubat apa? Mak cik nak beli jugaklah."
*Dengan penuh harapan dan wajah yang terselit satu senyuman seolah-olah sinar baru mula hadir kat farmasi tu.*

"Mama makan supplement jer, jus Nusantara dengan Gamolax Gold yang produk D'Herbs tu. Mak cik belilah. Hari-hari mama minum, dah 8 bulan alhamdulillah boleh jalan."

"Beli kat mana mende tu? Mahal ker? Nak suruh anak mak cik belilah."

"Kat kedai jual ubat kecantikan semua ada jual mak cik. Harga boleh tahan lah mahal, kalau ada kad ahli boleh dapat diskaun. Mama saya tiap-tiap bulan beli, itu yang buat kad ahli jimat dapat murah siket."

"Lagi mak awak makan apa jadi cepat sihat?"

"Mama minum jugak susu, untuk kuatkan tulang kan. Mama operate kat saraf tunjang, pastu doktor tak jahit lepas kena nanah hari tu. Tak boleh lasak sangat sebab doktor tak bagi jahit, bagi saraf tu relax dulu sebab saraf dah lama terhimpit kat tulang belakang. Pas minum jus tu yang cell kulit tumbuh cepat. Lepas tu ada jugak kami amalkan makanan sunnah. Minum madu dengan minyak Zaitun. Iktiar lain macam gi berurut pun ada, untuk lancarkan peredaran darah since doktor kata boleh. Setiap 2 minggu sekali mama datang sini lagi buat fisioterapi."

"Ouh, lepas ni mak cik nak suruh lah anak tu beli semua ni. Mak cik tak daya sakit sana sakit sini. Dah tu awak lah yang jaga mak kat rumah 8 bulan ni yea?"
*muka berubah ceria serta merta.*

"Saya jaga 3 bulan lepas mama operate jer mak cik, lepas tu saya balik belajar. Ni cuti sem saya jaga mama semula. Dulu saya tak ada, mama lah yang jaga diri sendiri. Makan, mandi, kemas rumah semua dengan wheelchair. Abah jer cuci luka kat tempat operation. Ni saya dah balik, macam hari tu lah saya yang pantau makan minum mama."

****

Lepas number aku dipanggil dan doktor bagi ubat saraf, dalam perjalanan pulang aku tersenyum sorang-sorang.

lurvealoevera.blogspot.com


At this point of time, I wonder the way I dressed up today, do I look like a doctor? I'm glad even aku tak amik bidang perubatan, dan aku pun baru memula nak concern bout my health, bacaan yang tak berapa banyak dalam bidang ortopedik since mama lumpuh ni sikit sebanyak boleh memberi harapan kepada mereka yang memerlukan.

So it doesn't matter how do I look, as long as I have the genuineness to help people and that is what a counselor needs. Next time, I'll read more and more and more so that even I'm not doing any counseling session within therapeutic environment, I still can give my counseli guidance and hopes to live up!

Even though aku tak buat counseling session, but still aku dah aplikasikan sedikit panduan yang digariskan oleh Gerard Egan. SOLER – lima cara kaunselor menunjukkan beliau hadir/berada bersama-sama klien (five ways to show counselor is physically ’present’).

            S – Duduk berhadapan klien (face your client squarely..to show involvement) 
            O – Posisi yang menampakkan kaunselor bersikap terbuka dan kaunselor
                   sedia membantu.  Tidak bersilang tangan atau kaki seolah-olah defensif.
                   (open posture...open to your client, ready to hear what he/she will say, no
                   crossed arms and legs.  How to show you are open, to accept and
                   available to your client?)
            L – condong sedikit ke hadapan ke arah klien untuk menunjukkan minat  
                  mendengar (leaning toward your client).
            E – kontak mata dengan klien (good eye contact)
            R – kaunselor dalam keadaan rileks, tidak tensen (counselor is relaxed).
                  Kaunselor bergerak secara natural.

P/S: SOLER are just guidelines and are not something fixed or compulsary..adjust accordingly.


Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera



2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...