Tuesday, 3 February 2015

KAMI BAKAL KAUNSELOR PELATIH ANDA!



Assalamualaikum.




Rasanya dah banyak minggu tak jumpa coursemates aku semua nih. Last lecture 2 hari sebelum bermulanya study week pun aku dah cabut ke Kota Tinggi, Johor untuk projek mega Bakti Siswa. Then exam pun aku extend sebab rumah banjir, so jumpa tak jumpa masa nak amik lagi 3 papers tu jer. Then dah masuk cuti sem. Oh rindunya......

How's my semester break? Ouhhhh... Seriously tak tahu macam mana nak define so far. Awal-awal cuti jelah aku busy cuci rumah banjir cat dinding panjat atap rumah bagai. Senang citer siang malam penuh jadual kalah suri rumah tangga sepenuh masa ni. Sebab on that time, aku lah maid, chef, nurse, tutor, gardener and so on. Why? Tak mau citer.  Then masuk 3rd weeks when everything's done, I wondered what should I do. Nak tunggu sampai 23 Februari ni baru balik kolej... Lemak berkilo-kilo dah simpan ni, tak bakar-bakar lagi. Haiiihh... 

Kengkadang tengok group whatsapp kami, aku cuma jadi silent reader jer lah. Ada masa aku reply. Notification berlambak-lambak masuk. Maaf yea kengkawan. Bukan maksud tak nak join korang sembang, apakan daya. Aku ni dah jadi maid sepenuh masa tanpa gaji. Hahaaa... Teringat pulak drama "Asam Pedas Untuk Dia" kat TV3 tuh... Shukew giler tengok citer tuh....




Okay. So my up coming semester gonna be my 4th sem. Rasanya semester nih aku jadi terlebih rapat pulak dengan dia orang. Especially kak wani. Well, 1st year dulu tak adapt sangat kan dengan kawan-kawan baru. But sem 3 nih... Kalau seminggu tu tak singgah bilik kawan-kawan, memang tak sah. Blok Salak tu lah jadi pot aku melepak tiap minggu. hahaha...Rindu.. Rindu sangat....Semester 3 nih sedar tak sedar banyak sangat masa aku spent dengan dia orang. Buat assignment Accounting sampai pukul 4 pagi kat bilik TV, stalk FB hot stuff UPM, food hunting kat Midvalley, jalan Ioi City Mall, naik motor pacak 3 gi bukit expo, handle Diner final year, main giant bubbles kat Putrajaya, berkayak ramai-ramai kat tasik bukit expo, layan Hindustan sampai tertidur depan TV, sesi luah perasaan sampai kul 1 pagi and dia orang teman balik blok... Dan macam-macam lagi. Mana tak rindu.....

Dear my coursemates, aku doakan semoga cuti semseter korang dilalui dengan penuh tabah dan indah walaupun masing-masing dah sumbat tak taw apa nak buat. Dan buat mereka yang kehilangan insan tersayang, bersabarlah wahai hati. Hidup harus diteruskan meskipun adakala ianya pahit untuk dilalui. Hopefully let's make a couple of sweet memories next semester. Sedar tak sedar dah nak masuk penghujung tahun 2 dah kan? Insya Allah ada rezeki kita grad sama-sama okay?

So, entry kali nih aku nak promote sikit lah coursemates aku semua nih. Seriously korang kena baca. Memang kami ni totally lain daripada yang lain. Weyh memang ar lain! Mak bapak bukan sama pun dah nak semua sama bagai. -_-!


Buat Zikrie, thanks jadi ketua kelas yang berwibawa, susah senang semua atas bahu kau. Aku tahu kadang-kadang kami ni banyak cekadak, lagi-lagi orang macam aku yang banyak songeh ni. So aku harap kau terus cekalkan hati untuk stay dengan kami lagi 2 tahun lebih ni okay? Mueheheee.. And thanks for helping me a lot masa Pilihan Raya Kampus hari tu. Fyi, member aku sorang ni memang skillful kalau part multimedia ni. Dan dia lah orang pertama yang perkenalkan Pretzi kat kami masa presentation Hubungan Etnik semester 1 dulu. Budak-budak baru nak kenal dunia macam aku masa tu mana nak kenal apa jadah Pretzi tuh. Lalalaaa.. Plus kalau agak-agak korang nak cari tour guide kan, Zikrie ni boleh jadi the best choice. Dia memang kaki jalan. Tak cayer? Gi stalk ig dia. hahahh...  =)

Buat Pidie, aku memang respect giler dengan otak kau yang geliga tu. That's why orang panggil kau "PIDIe-PODIA", iaitu combination daripada Zafidi + Wikipedia.  Ingatkan dalam citer kartun jer ada orang macam tu, rupanya dunia nyata aku dah jumpa. Amazing weyh budak ni..! Kalau lecturer tanya pape di luar bidang aku, memang aku macam cengkerik baru telan penadol lah dalam kelas. Bisu tak terkata. And bukan aku sorang jer, kawan-kawan lain mostly pun sepesen macam aku. kikiki..Mujurlah ada Pidie-podia nih penyelamat kelas. Lepas nih banyak benda aku nak tanya kau , okay?

Buat Amy, thanks sebab hang banyak buat aku gelak yang kengkadang agak annoying jugaklah. hahaa.. Aku harap sem 4 ni kau lebih rajin dan lebih serius ok? Tapi kadang-kadang bagus jugak ada orang macam hang ni, tak sunyi sangat kelas. Hyperactive and talkative of you. We sometimes need that. Tak adalah 24jam serius jer dalam kelas kan. Dulu Amy ni selalu wakil kolej kedua jadi Pelakon. Fesfik lah Festik, tah apa namanya show dia berlakon aituh. Dan aku doakan semoga penyakit kau cepat sembuh naaa. Fyi, masa sem 2 hari tuh Zulhilmi ni accident, koma kat Hospital Serdang bape bulan. And alhamdulillah. Dia dah boleh datang kelas, cuma masih lagi di bawah pemantauan doktor sebab ada gegaran sikit pada otaknya. Semoga cepat sembuh Amy!

Buat Abang Long pulak, thanks sebab sem ni jadi partner assignment dengan Eqin. Banyak Eqin belajar selok-belok nak buat business ni daripada Rancangan Perniagaan yang abang long buat. Moga-moga tahun ni abang long jumpa jodoh since umur pun dah officially 25 kan.. Heee. Korang rajin-rajinkanlah gi klik link ni, Mindpower Excellent Consultancy and hit the button like okay? Encik Hasnan kita nih adalah founder kepada sebuah syarikat Perundingan yang menawarkan perkhidmatan LATIHAN dan MOTIVASI... cewaahhh.. Tak sia-sia kan aku jadi partner untuk RP dia? Siap promote kat blog lagi. Dan Abang Long kita ni jugak meruapakan salah seorang Health Coach untuk Herbalife. Plus, dia dulu lepasan diploma Civil Engineering taw. Senang cerita, Hasnan ni serba boleh gitew. Ehem! So apa lagi, cepat-cepat bukak link yang aku bagi tadi untuk sesi taaruf bagi yang berminat okay? =D

Buat Apiq, aku bangga giler dalam kelas ada coursemate pemain bola sepak kebangsaan macam hang ni. Bola, bola jugak. Hang jangan abaikan pelajaran pulak. Moga cepat naik pelamin naa.. Aku nak makan nasi minyak hang dulu. hikhikhik. Next time jangan mandai-mandai nak jodohkan aku dengan orang itu ini lagi k. I'm officially 21 already, taw? Dah besaq, boleh pikiaq dah. =P Fyi, Syafiq Shalihin kita nih dulu sekolah kat Sekolah Sukan Bukit Jalil. Haaa, mesti ramai yang kenal budak nih. Famous Amous tuuu...

Itu bukan monopod eyh? Cuba cam bebetol. Hahaaa. Budak laki pun pandai selfie nijam.


Buat penghuni Blok Salak, Iylia, Salehah, kak Wanie, Kak Sam, kak T, Ana, Iffah, Hanisah, dan Nurin. Thanks sebab sudi spend banyak masa korang untuk Eqin. Especially masa orang tengah wiring blok hari tu. Hari-hari menyemak kat bilik korang. Dan Eqin rasa terhutang budi sangat kat Nisah, Iylia and kak Wanie, sebab teman Eqin buat Accounting and kena explain berkali-kali tak paham. Hikhikhik... 5 kali buat Pelarasan pun tak reti bahasa jugak. Muka ajak lepak pun korang, muka ajak jalan pun korang, muka nak luah perasaan pun korang.

And Iylia, next time nak jalan ajak aku lagi k. Banyak lagi aku tak explore ni. hehee. You know what? Kalau jalan shopping mall dengan Iylia ni, tak sah kalau tak singgah beli Takoyakki dia tuh. Adehh. Aku daripada tak suka makan pun jadi suka. Dah la mahal, murah lagi aku bancuh sendiri cekodok kat rumah. Hahahah...Bukan tu jer, Iylia nih pun pandai cakap Perancis taw. Kau hado?? 

 
Dari kanan, Iylia dan Kak T
 Saleha dan Iylia banyak tolong aku masa Pilihan Raya Kampus hari tu. Tak ada support dia orang aku mungkin tak boleh jadi calon MPP PRK lepas. And Nisah, untuk Chocolate Beryl's Tiramitsu tu. I truly love it! Hanisah ni rajin giler study taw. Kalau dalam study nih, dia advance sikit. Sebab dia rajin buat revision , tak macam aku. Hahaaa.  Kalau nak tahu, Saleha ni pun ada business jugak taw. Kalau abang long agent untuk product HerbaLife, Sa ni pulak agent untuk product Blinq. Haaaa.. Amacam? Siapa tahu one day salehah ni bakal jadi macam Dato' Vida untuk product Qu Puteh tu kan?  


Kak Samira, time kasih sebab tolong urut Eqin demam hari tu. Kak Sam punya skill mengurut, memang power weyh! Dia kalau part tarik angin dalam badan orang memang pandai. Tapi kesian pulak dia sendiri yang sakit lepas tuh, angin tak keluar daripada badan dia pulak. Kak T, time kasih tolong deal dengan lecturer untuk paper ganti tu. Fyi, kak Siti Fatimah kita nih dulu belajar kat Mesir taw. Aku pernah jugak lah pasang cita-cita nak gi Egypt, tapi tak taw kesampaian ke tak nak ke sana. Tunggu dah kawen nanti nak ajak future husband aku melancong kat Mesir lah. Agak-agak dapat tak? =D Btw, suara kak T kita ni sedap taw. Merdu sangat. Dia selalu wakil kolej kalau ada pertandingan nyanyian dan kebudayaan ni. 


Ana dan Iffah, "Jangan cakap belakang".   I'll never forget your words. Nurin, nanti kita gi berkayak lagi eh... Dan kak Wanie, thanks sangat sebab selalu tumpangkan bilik masa wiring hari tu. Next sem kita Zumba lagi okay? Kak Wani aku nih dulu amik Marketing aw. Amacam? Siapa-siapa nak hire dia untuk marketing business korang sila tinggalkan komen nanti ok? Heeee! So girls, let' make something more fun next semester, okay?  


Dari kiri, Salehah, Zikrie, iylia.

Kak Baby dan kak Fatin
Buat penghuni Blok Cermai, Luster, kak Baby, kak Yana and kak Fatin. Terima kasih sebab sentiasa support Eqin. Maaflah sebab jarang ke blok Cermai. Jauh... Hikhikhik. Btw, masa panjang lagi. We'll do something extraordinary next sem, okay? 

Luster dan kak Wanie
Luster, thanks menjadi pendengar setia saya. Fyi, Luster ni penari UPM taw. Dia pernah wakil anak Sarawak UPM untuk pertandingan tarian antara universiti. Wahh, bukan calang-calang orang taw! Primadona kelas kami ni. Hewhew.

Kak Baby, gosip terbaru jangan lupa Eqin taw? Thanks sebab datang rumah Eqin masa raya Haji tahun lepas, siap bawak parents dia dengan primadona Luster lagi. Nama sebenar kak Baby kita nih ialah kak Ain, dulu dia buat diploma Pendidikan awal kanak-kanak di UPSI. Haaaa, kena tak dengan panggilan kak Baby tu?

Kak Yana, goodluck jadi MTM kolej yang gah dan gemilang mana lagi kalau bukan kolej keenam. Fyi, kak Liyana kita nih dulu buat diploma Civil Engineering taw. Naaahh, hebat-hebat kan akak aku ni semua? Dan Kak Fatin, jangan nangis hari-hari dah taw?Saranghae! Kak Fatin kesayangan aku ni pulak dulu seorang Jururawat taw. Kecik-kecik comel lote akak aku nih, siapa sangka dia pernah masuk tolong doktor kat bilik bedah masa praktikal nursing dulu? 

Buat penghuni blok Keranji, Ain first of all aku mintak maaf kalau antara kita banyak salah faham sebelum ni. And aku harap akan datang kita cuba improve diri lagi ok? Untuk pengetahuan, Ain Syafiha ni dulu mantan timbalan JPP KMJ batch 2012-2013. Siapa kenal? Hah, masa memula aku kenal Ain dulu, admire sangat dengan dia. Dan dari situ sejak sem 1 lagi aku dah nekad nak jadi calon MPP UPM. Calon jelah tahun lepas, menang tak pun. Orang kata, cari pengalaman kan. Dan Ain ni dulu pun ada business kecil-kecilan, jual tudung dengan kerepek tempe. Peberet aku tuh kerepek Tempe! For kak Dayah, thanks a lot sebab banyak tolong ingatkan Eqin pasal assignment and kuliah. Kengkadang busy sangat sampai semua benda hilang fokus, mujur ada kak Dayah depan bilik jerit ingatkan. Heheee... Kak Dayah aku ni pemain bola tampar UPM. Tinggi taw, macam model. Sumpah aku jelez dengan ketinggian dia. =D Dan kak Dayah pun merupakan agent kepada produk jenama apa tah. heheee. Nanti balik aku tanya brand apa yang dia jual tu k? 

Dari kiri, Najwa dan Nazihah.
Buat kak Miera, kerja part time tu elok-elok yea. Kak Amira kita ni merupakan seorang pemanah taw. Tiap kali wakil kolej untuk pertandingan memanah, dia jelah daripada kelas kami. Nak harap aku, angkat bow tu pun belum tentu aku larat. Chaiyok-chaiyok kak Mira!

And Najwa, semoga jadi PALAPES perempuan yang bijak mengurus masa k. Najwa Anwar ni nampak jer lembut, tapi lasak taw. Main-main senapang nih hobi dia dah. Hahaaa. 

Kak Mimi, I really adore the way you make up. Next sem Eqin nak buat personal class make up dengan tutorial pakai shawl dengan akak pulak yea? Heeeee... Gurau-gurau. Kak Syamimi ni dulu buat diploma TESL dan dia pernah ikut consultant untuk jadi fasilitator. Jap, yeke? Ke aku silap? Ingat-ingat lupa dah nih sebab dia citer dulu pun masa sem 1.

And last but not least, special sikit akak aku sorang nih. Nazihah. My classmate from Brunei Darussalam. Thanks for being one of my assignment group mate , semoga cepat naik pelamin dan aku doakan business kau maju okay? Senang-senang jom lah visit Instagram member aku ni, Dzeeliciousbutiq . Cantik-cantik taw baju dia jual.. Dah alang-alang selak blog aku ni, apa salahnya online shopping sekali kan. =D Since Nazihah ni international student, so dia dapat lah scholarship daripada kerajaan Brunei. Well, kami redha yang kos Pendidikan macam kami ni tak layak mohon mana-mana biasiswa. Apa boleh buat? Kena struggle gila vavi lah kasi up itu CGPA supaya dapat dean list semata-mata nak burn PTPTN. Hahaaaa. Yang atas pagar tak sampai-sampai lagi dekan macam aku ni, tanggung jelah hutang puluh ribu dah graduate nanti. Kikiki...


Nazihah dan Kak Samira. Rindu tengok dia orang macam ni.
Family day course. Semester 1 . Hahaaaa....
Hah, jap. Kira dulu! Cukup tak 24 orang tak termasuk aku?? Cukup kan..Jadi buat semua kakak-kakak dan abang-abang sekalian, Eqin nak amik kesempatan nih untuk memohon maaf andai ada tersalah kata terkasar gurau-sendanya selama kita kat UPM nih. Thanks a lot untuk semua peringatan dan tunjuk ajar korang. To be honest, i love you guys so much, deep within my heart. Dan paling aku rindu ialah tiap kali lecture, aku akan jerit "TAKE 5" and pensyarah akan senyum. "Ok", fuuuhhh... Boleh nampak jelas lagi ketara muka bebudak ni dah tepu sangat. Dah macam kerang busuk dengan aku-aku sekali. Hahaaa... 

Buat semua MTM kolej iaitu Kak T, kak Sam, Nurin dengan kak Yana, good luck okay? Semoga menjadi pemimpin yang berwibawa. Buat businessman and women iaitu Saleha, kak Dayah, abang Long, Nazihah, dan Ain syafihah, semoga business kalian maju jaya. Dan untuk kawan-kawan yang ada komitmen lain dan aktif dengan program-program tu, chaiyok-chaiyok! Aktif, aktif jugak. Study jangan diabaikan taw. Cewahhh. Macam simbah air kat muka sendiri pulak rasanya. Terutama yang memerlukan komitmen kerja berkumpulan nih, you know what i mean rite? Heeeee....


That is why kenapa kalau orang tanya aku, "Best tak buat Degree?" Dengan excited nya aku jerit,"BEST!!" .Why? Just look at people around me, semua hebat-hebat dan unik-unik belaka. Ada Engineer, Nurse, Businessman, Palapes, Pemanah, Pelakon, Pemain bola tampar, Penyanyi, pemain Bola Sepak, MTM kolej, tukang urut, Primadona berbangsa Iban, kawan daripada Brunei, Wikipedia berjalan dan so on. Amacam? Bila bermacam-macam kepakaran disatukan, "BERSATU KAMI TEGUH, BERCERAI KAMI ROBOH." Pergghhh! Dah macam wartawan Karam Sigh Walia TV3 gitew. 



As a conclusion, I'm proudly to tell you that we are students from GUIDANCE AND COUNSELING UPM. Tunggu lah lagi setahun lebih, muka-muka kami yang akan jadi KAUNSELOR PELATIH di kolej-kolej kediaman anda, warga UPM! Sekian, selamat maju jaya! 



Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera


2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...