Wednesday, 11 February 2015

TIPS KEKAL SIHAT DENGAN MINYAK ZAITUN


Assalamualaikum.

Korang buntu dah mencuba berbagai-bagai produk untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit tapi masih tak berhasil? Risau dengan berbagai-bagai masalah yang malu nak dikongsikan seperti masalah keguguran rambut, kulit yang kering dan berat badan naik mendadak? Jangan risau! Inilah tujuan entry aku kali ni, untuk berkongsi dengan korang tentang khasiat dan kegunaan MINYAK ZAITUN. Honestly aku pun mengalami masalah yang sama dan like I said, dah macam-macam product cuba. Langsung tak bagi kesan paper. Rambut still gugur, kulit still kering, berat badan still naik. Tapi sekarang alhamdulillah, aku dah jumpa jalan penyelesaiannya!

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a:
Rasulullah SAW pernah bersabda;
"Minumlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana sesungguhnya Ia adalah dari pohon yang diberkati."
(Hr.al-Baihaqi dan Ibnu Majah)


Okay, jom mulakan penjagaan kesihatan dan kecantikan diri kita dengan MINYAK ZAITUN, kalau orang kampung aku cakap " Olive Oil". Hahaaa.



1. RAMBUT
- Bagi perempuan yang bertudung dan sibuk mengalahkan artist macam aku nih, cewaahh.. jujur cakap untuk penjagaan rambut ni aku buat macam alar kadar jer. Basuh, syampu, keringkan. Tu jer yang sempat. Kalau sebut nak belai-belai bagai memang tak sempat lah. So apa yang aku buat ialah, bila ada masa lapang , aku gunakan Minyak Zaitun. Minyak Zaitun sangat baik dalam bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan masalah rambut hasil daripada penggunaan produk kimia seperti syampu rambut yang tidak serasi sebenarnya. Caranya sangat mudah, campurkan minyak zaitun bersama kuning telur, dan jadikan ianya sebagai masker rambut. Kemudian sapukan di kepala dan bungkus selama 20 minit dan bilas. Kalau tak sempat nak buat masker pun tak apa, lepas mandi, korang cuma perlu sapukan jer minyak zaitun ni kat rambut macam minyak rambut biasa. Okay? Dengan izin Allah rambut tu akan kembali lebat dan menawan. Tak payah sesusah gi Yun Nam Hair care lagi. Heeee. 


2. MUKA
- Sekiranya korang menghadapi masalah kulit muka yang cepat kering, minyak zaitun boleh bertindak sebagai pengganti krim sebelum tidur. Caranya adalah bersihkan kulit muka korang, dan oleskan minyak zaitun ke seluruh bahagian muka. Minyak zaitun sangat membantu dalam membaiki sel kulit pada wajah dan melakukan proses regeneration for new cells akibat sunburn. Dan apa aku buat pulak ialah, setiap kali lepas aku picit jerawat dengan kuku (bad habit! jangan ikot ok?), kulit aku mulalah kering sana, mengelupas sini. Especially kat hidung, obvious giler nampak! Sebelum ni aku guna Bio oil, but since kat rumah busy kan, malas nak guna product asing-asing. So aku just apply jer minyak zaitun ni kat muka, tapi make sure jangan banyak sangat sapu. Takut masalah muka berminyak pulak jadinya nanti. Tak pepasal korang kena rujuk pakar kulit wajah kat New York Skin Solution. -_-!


3. BIBIR
- Muka dengan rambut jer ke nak sihat dan cantik? Bibir pun nak jugak kan. Usually orang guna madu lebah letak kat bibir, pun boleh. Since kita dah ada minyak zaitun ni, apa kata apply jer terus. Jimat duit. Heee.  Caranya ialah, selepas gosok gigi sebelum tidur, gunakan berus gigi yang bersih tanpa ubat gigi tu dan gosokkan bibir korang perlahan-lahan. Ini bertujuan untuk membuang sel kulit mati yang ada pada bibir. Kemudian, oleskan minyak zaitun ke bibir korang. Hasilnya, korang akan dapat bibir yang lebih lembab dan bersih. Cubalah!


4. MATA
- Bagi mereka yang ada eye ring, cara paling mudah lagi menjimatkan adalah dengan menyapukan minyak zaitun ni ke sekeliling permukaan bawah mata dan kelopaknya. Habit aku pulak, aku akan sapukan olive oil ni kat bulu mata dengan kening sekali. Sape tahu kan 5 tahun lagi bulu mata aku boleh jadi lebat? Haaa, tak payah sesusah nak kawen nanti aku tempah mak andam mahal-mahal untuk pakaikan aku bulu mata palsu. Kikikiiii.


5. TANGAN DAN KAKI
- Sebagai alternatif lotion, minyak zaitun pun boleh disapukan pada tangan dan kaki terutama bagi mereka yang ada elergik sabun macam aku nih, sampai kulit tangan mengelupas bagai. Seriously segan sangat kalau nak salam orang dengan tangan yang kasar. Dah macam-macam product, lotion and krim aku pakai. Clinical ke tak clinical, semua tak ada effect. End up aku dah buntu, aku pakai jer minyak zaitun ni siang malam. Kalau bukan kat tangan pun, mesti ramai yang tak perasan tumit kaki korang ada kulit yang pecah atau kering sebab banyak berjalan kan? Kalau tak, buat apa orang reka Scholl dan jual mahal-mahal kan? Semuanya sebab nak dapatkan kulit yang cantik tanpa sebarang pengelupasan. Caranya sangat mudah, jika di tangan, hanya sapukannya sahaja terutama di bahagian siku yang sangat senang kering. Manakala kalau di tapak kaki pulak, sapu kedua-dua belah tapak kaki dengan minyak zaitun, urutkan kaki korang dan tutup dengan stoking masa nak tidur. Malam-malam aku selalu buat macam ni, dan tidur aku lena sangat rasanya.


6. BAHAGIAN TERSEMBUNYI
- Bahagian tersembunyi yang aku maksudkan kat sini ialah di belakang telinga, selangkangan, lipatan leher atau peha. Kalau korang jenis yang busy giler vavi sampai mandi pun nak cepat macam aku kat kolej, mesti terlepas pandang kat bahagian-bahagian nih untuk betul-betul gosok dengan bersih. So kalau ada masa free-free dah tak busy tu, korang boleh gunakan minyak zaitun ni sebagai pembersih kulit mati. Caranya tetap sama, cuma perlu sapukan sahaja pada bahagian-bahagian tersembunyi ni dengan minyak zaitun sebelum tidur. Dan jangan lupa untuk gosok betul-betul badan korang masa mandi keesokkan harinya since 1 badan dah penuh dengan minyak zaitun kan. Aku selalu buat, korang bila lagi?


7. MASALAH DALAMAN
- Menurut pembacaan ringan aku yang tak seberapa ni, minyak zaitun dikatakan lebih baik daripada minyak kelapa sawit sebab kandungan lemaknya lebih rendah. So, kalau korang ada pasang hajat nak turunkan berat badan, amalkan gaya pemakanan yang sihat dengan mengambil minyak zaitun . Since kandungan lemak yang ada pada minyak zaitun ni rendah, maka kadar kolesterol yang diambil oleh pengguna pun boleh dikurangkan.Caranya ialah, korang boleh gunakan minyak zaitun masa memasak atau boleh amik supplement kapsul minyak zaitun . Minyak zaitun dikatakan sangat baik untuk mengatasi masalah sakit jantung, arteriosclerosis dan mencegah osteoporosis. Ini menurut apa yang aku bacalah. Kalau salah, kau pergi maki author dia. Hiks! Untuk amalan peribadi aku, aku amik supplement SYAM OLIVE OIL CAPSULE . Minyak zaitun jugak sebenarnya sangat diperlukan oleh badan kita untuk mengawal dan merendahkan kolestrol LDL which is kolestrol jahat lah. Hence, selain dapat membantu kita dalam sistem penghadaman, minyak zaitun jugak baik untuk mengurangkan ulser perut taw since asid lemak distabilkan oleh minyak zaitun ni. So apa tunggu lagi?


Antara khasiat lain minyak zaitun ni jugak ialah, ia bertindak sebagai pembekal vitamin seperti vitamin E yang tinggi dan sebagai anti-oksidan. Haaa, so kalau kita amalkan pengambilan minyak zaitun ni dalam pemakanan harian secara konsisten, kita dapat banyak sangat benefits nya sebagai contoh mengelakkan kanser, metabolisme tubuh dapat diseimbangkan, pertumbuhan tulang dan tubuh bagi kanak-kanak berlaku dengan baik, bertindak sebagai anti-penuaan dan paling penting, kecantikan kulit dan rambut dijaga dengan baik. Amacam? Power kan minyak zaitun ni rupanya?

Kalau berminat nak mencuba product minyak zaitun ni, aku rekemenkan Minsyam Extra Virgin Olive Oil . Just klik jer link tu dan try lah usyar-usyar tengok. Aku gunakan extra virgin olive oil ni waktu malam, and 2 biji sehari untuk olive oil capsule selepas makan. Harga mampu milik. 

So, selamat mencuba!





Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...