Friday, 20 March 2015

TIPS BELAJAR KALIGRAFI CINA

Assalamualaikum.

Last week aku ada joined satu pertandingan Kaligrafi Cina ni, anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Perak UPM. Dalam pertandingan tu adalah 3 kategori, kategori Pelajar Cina, kategori pelajar bukan Cina dan terbuka. So aku punya pendaftaran under kategori pelajar bukan Cina. Even aku pandai cakap Mandarin tapi sedar diri aku masih lagi Melayu okay? Kengkadang jer aku celaru identiti, nak ngaku mix karang tak ada rupa Chinese pun. Hahahaaa. So, setiap kategori actually ada perbezaannya taw. Even aku pernah belajar menulis Kaligrafi sebelum ni, tapi nak mudah menulis aku pun masuklah bawah kategori bukan Cina sebab words dia simple2. Hehee. 

Ekellehhh, rilex lah! Aku datang sebab nak merit jer pun, bukan nak menang. Hahaa. Lagipun dah dekat 8 tahun aku tak practice menulis benda alah ni. Sekali sekala dapat feel masa zaman sekolah Cina dulu balik pun ok what. Plus aku punya Brush and Ink pun tah ke mana aku campak. Rindu giler moment masa memula belajar Kaligrafi dulu taw. Siap wakil sekolah lagi okay? Kau hado..? Tolong jangan pandang aku sebelah mata sangat eryh? Ehem! Bajet hot jap tu yang beria promote diri, walhal tu zaman sekolah rendah punya ceriter jer pun. Hiks!

lurvealoevera.blogspot.com

Disebabkan ada sorang junior Chinese aku ni beria pujuk aku untuk beli tiket dia since setiap orang kena jual at least 5 tiket, maka aku dengan hati yang tak berapa nak rela pun belilah tiket untuk event Malam Gong Xi KTP ni. Lalalalaaa. Tapi apa yang bagus event dia orang ni, RM5 tu termasuk cupon RM3, pendaftaran pertandingan kaligarafi dan malam persembahan. So senang sekali bayar semua event kau boleh masuk. So untuk peserta bukan Cina, kami dikehendaki menulis beberapa perkataan yang simple lah kecuali 2 last words kat bawah tu yang susah siket. Masa registration, kami dibekalkan secawan ink dan untuk brush boleh pilih nak yang mana. Then amik seat and tulis lah selama mana korang nak. Hahaa...

lurvealoevera.blogspot.com

So ramai orang tanya aku apa maksud ayat yang aku tulis ni? Actually ni macam sebuah pantun 2 kerat lah bak kata orang Melayu. Ayat-ayat berbunga yang menggambarkan suasana Tahun Baru Cina gitew. Macam kita selalu tulis ayat puitis lah time nak tulis kad raya atau SMS raya."Di hari mulia ini..blar blar blar.." Something like that okay? Bezanya masyarakat cina ni mostly akan menulis perkataan atau ayat macam tu dalam penuliasan Kaligrafi yang penuh nilai estetikanya dan kita pulak jarang tengok orang tulis ucapan raya dengan tulisan Khat. Paling koman pun nak nampak kelainan orang akan tulis dalam tulisan Jawi jer. 

Selalu kan kita nampak perkataan Cina yang ditulis pada kertas merah dengan dakwat hitam time Tahun Baru Cina? Ada yang tampal buat perhiasan rumah lagi. Actually Kaligrafi ni ada jenis-jenis dia, maksudnya kat sini bentuk penulisan tu ada small, medium and large. Dalam bahasa Mandarin aku tahu, tapi bila nak translate dalam bahasa Melayu balik, adeh! Pelik nau bunyinya! Pening otak aku jap. Kenapa ada small, medium and large nih? Haaa, itu bergantung kepada tahap ketebalan brush yang korang guna lah. Aku sempat belajar sampai medium part jer masa sekolah menengah. Sedih jugak lah sebab bagi aku tulisan kaligrafi paling cantik ialah LARGE. Barulah nampak aura makna setiap perkataan di sebalik seni kaligrafi tu sendiri.

lurvealoevera.blogspot.com


See? Kat kiri aku ada sehelai kertas putih tu kan? Haaa, yang itulah perkataan ditulis untuk kami tulis semula dalam bentuk kaligrafi. Ehem! Jangan tanya kenapa aku tulis buruk okay? Dah bertahun aku tak pegang brush kaligrafi ni taw, tapi ingat lah siket mana ilmu yang cikgu cina aku ajar dulu. So, dah alang-alang aku tulis entry berkenaan kaligrafi ni kan, aku nak share lah sikit kan tips mudah nak belajar menulis Kaligrafi ni yang mana aku ingat lah kan. heheee. Senang jer sebenarnya. 

TIPS MENULIS KALIGRAFI CINA:


1. Sediakan berus kaligrafi.
- Berus kaligrafi Cina ni actually ada banyak jenis. Untuk orang Islam, sebelum buka penutup berus dan menyentuh bulunya, make sure tanya dulu owner kedai itu bulu apa. Bukan semua bulu berus kaligrafi cina yang kita halal pegang taw. Please take note sebab ada certain brush yang menggunakan bulu khinzir, bulu musang, bulu kuda dan ada juga yang guna bulu kambing. Dan diameter atau ketebalan berus bergantung kepada jenis kaligrafi yang korang nak belajar. Harga berus kaligrafi ni tak mahal pun, paling murah RM1.20 jer kat kedai stationary. 


2. Sediakan dakwat.


Google
- Untuk dakwat pulak, korang boleh beli sama ada yang botol kaca atau botol plastik. Nak jimat belilah botol plastik. Tapi risikonya ialah kalau tak tutup ketat, dakwat akan cepat kering dan botol mudah kemik kalau terjatuh. Let say kalau korang beli botol kaca, dia lebih tahan lama dakwatnya even tak guna. So tak kiralah botol kaca atau plastik, cara nak guna ialah masa nak mula menulis nanti, make sure dakwat dituangkan ke penutup botol supaya tempat pemegang berus which is batang buluh yang paling dekat dengan berus tu tak comot lah. Tak adalah nanti tengah menulis habis ink meresap ke kuku kan. 

Hahaaa, dulu zaman sekolah aku degil tak dengar cakap selalu jadi camtu. Cikgu datang pantau baru sesak cari kertas nak lap batang berus tu. And one more, after you guys dah celup bulu tu dengan ink, make sure ink yang nak ditulis adalah ink pada bulu yang basah sahaja. Sebab kalau korang celup sampai dakwat nak meleleh dan terus tulis, hasilnya korang akan nampak kertas yang bertompok-tompok dengan dakwat yang meleleh dan tulisan akan menjadi 2 kali ganda besar sampai buku pun tak muat nak tulis. Kahkahkah.

3. Sediakan surat khabar
- Surat khabar yang banyak berfungsi sebagai pengalas meja kita masa menulis kaligrafi sebab surat khabar akan meresap ink yang meleleh dan kering terus berbanding kita gunakan kain. Dan fungsi surat khabar ni jugak penting sebagai tempat kita untuk practice menulis perkataan-perkataan yang diberikan sebelum mula menulis ke dalam buku atau kertas merah tu. Dengan cara macam ni barulah kita tak tersalah tulis atau terlajak saiz tulisan masa penulisan sebenar.

4. Cara memegang berus.
http://guruhdimasnugroho.blogspot.com/2013/04/resep-sehat-seniman-senior-pelukis.html
google
- Actually nak menulis kaligrafi cina ni ada bezanya cara memegang brush kaligrafi dengan brush lukisan. Brush kaligrafi ada tekniknya iaitu berusnya haruslah disendengkan sedikit dan cara memegangnya mestilah 3 jari di hadapan (telunjuk, hantu dan manis) and ibu jari dan kelingking mestilah di belakang. Contoh boleh tengok Seniman Kaligrafi Cina daripada Bondowoso, Leo Sugiarto ni menulis. 


5. Tulis Step-by-step. 
- Setiap tulisan Cina ada simbol dia tersendiri dan setiap simbol ada cara penulisannya sendiri. So before korang mula menulis kaligrafi, nasihat aku untuk mereka yang baru kenal perkataan cina ni ialah belajar menulis dengan pen dulu. Amik feel dulu menulis tulisan cina ni then baru mula menulis dengan dakwat. Kenapa aku sangat menekankan cara penulisan atau dalam bahasa mandarinnya "Bi Hua" , sebab kalau urutan penulisan simbol korang berterabur, korang punya hasil jugak akan nampak sangat pelik. Aku yang dah lama belajar menulis tulisan Cina ni pun kengkadang tak ingat urutannya. So apa korang boleh buat ialah cuba cari dalam buku-buku asas penulisan Cina atau buku-buku tadika yang memang banyak diajar cara menulis step-by-step atau google jer mudah. Sebenarnya tulisan Jepun dengan Mandarin ada siket persamaan yang mana ada certain words memang sama maksudnya cuma bunyi jer lain. 

Google

lurvealoevera.blogspot.comKesimpulannya, so senangkan nak tulis kaligrafi Cina ni? Peralatannya pun murah sangat, so semua orang mampu belajar asalkan ada minat yang mendalam dan sabar. Kaligrafi Cina ni banyak memupuk dalaman aku untuk lebih sabar sebab kalau aku terburu-buru nak siapkan, nanti mulalah comot sana, tertumpah sini. Hahah. Plus korang kena fokus dan pandai estimate size tulisan korang supaya tulisan berdakwat korang muat dalam kotak buku kaligrafi yang disediakan atau kertas merah yang siap dilipat, besides kita boleh prevent the ink daripada meleleh ke kotak lain sampai cacat tulisan.

So untuk pertandingan Kaligrafi ni aku dapat lah jugak sijil penghargaan. Cukuplah buat penuhkan fail sijil aku sepanjang buat degree ni. Hiks! And hopefully info yang tak seberapa ni ada manfaatnya lah untuk memberi korang inspirasi untuk cuba cungkil bakat terpendam dalam bidang kaligrafi ni kan. Aku pun masih lagi di peringkat pembelajaran. Hasrat aku akan datang, kalau diberi peluang dan ruang aku nak cuba belajar kaligrafi Khat pulak. Yang tu lagi menarik rasanya. =)




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera


Friday, 13 March 2015

TAMAN SAUJANA HIJAU, PUTRAJAYA


Assalamualaikum.

Again, sejak belakangan ni aku suka sangat jalan-jalan kat tempat-tempat rekreasi. So berapa hari yang lepas, I'm so lucky sebab Ekin ajak aku jalan ke Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya. Sejam jugak sesat nak mencari tempat ni yang agak tersorok siket, berapa kali lalu dah depan rumah Datin Sri Rosmah Mansor, still tak jumpa lagi. Dah penat pusing cari signboard yang tak jumpa-jumpa, barulah aku yang sebagai pembonceng ni sedar bahawasanya GPS itu ada. Hahaaa, lol! Guna GPS pun sesat jugak, last-last buat GPS sendiri. And finally sampai jugak destinasi yang dicari... TAMAN SAUJANA HIJAU, PRESINT 11, PUTRAJAYA.



Cantik kan view dia? Gambar ni Ekin tolong amikkan, dekat atas bukit. Semput aku kejar dia lari turun naik bukit. Adeh! If I'm not mistaken lah kan, ramai orang amik gambar wedding kat sini. Haaa, kenapa? Korang kena datang sendiri taman ni, ni bukan taman bunga biasa yang kita jumpa kat depan hospital atau tepi jalan tu taw? 

Untuk parking sebenar actually aku tak tahu kat mana, sebab kami rempit naik motor jer and parking kat luar pagar entrance Taman Saujana Hijau ni. Baru aku tahu kenapa pagar tu sengaja ditutup sebab kata Ekin supaya pengunjung tak bawak masuk sebarang kenderaan pusing-pusing taman. Hahaaa. Lol! Loading betul aku ni. 

Kat sini sememangnya khas dibina jogging track sepanjang taman dan siap ada penunjuk markings of distance increase kat atasnya. Gambar lupa pulak nak amik. Hahaa. Orang kat situ semua sibuk nak jogging dan kami pulak sibuk lenggang-lenggok jalan, pastu sakan amik gambar posing maut. Kahkahkah. Mana tidak setiap tempat nak berhenti amik gambar, cantik kot lanskap dia! Ada tempat nampak macam kat negara China, ada tempat nampak macam kat oberseas, and ada tempat memang jelas nampak macam kat Malaysia. So masuk dalam ni memang lupa diri kejap lah, celaru identiti ibaratnya. Hahaaa...

See? Feeling macam kat oberseas pulak kan? actually aku tunjuk tu kapal terbang, tapi tak nampak bila amik gambar!


Bunga hati-hati typical Malaysia punya landscape.


Pondok ni atas bukit taw? Penat giler panjat, tak sangka terjumpa pondok China ni. 

Actually, makin jauh korang jalan, makin banyak benda baru korang akan nampak. Jalan dia memang bercabang sampai kami nak balik pun sesat , terpaksa patah balik jalan memula masuk tu. Tu pun tak habis jalan taw sebab masa dah senja and taman ni giler luas! Next time lah pulak jenjalan kat sini. Tempat ni agak sunyi taw dan mungkin sebab luas sangat so tendency nak bertembung dengan orang tu kurang sikit lah. Plus mungkin sebab kami datang tu pun time weekday and penduduk Putrajaya bukan ramai mana pun nak datang sini semua jogging. Well, Putrajaya kan banyak taman? Hahaa. Sepanjang jalan nak pergi dan balik tu ada lah nampak orang tengah jogging, ada yang cycling, bebudak muda buat discussion kat atas track, ada yang datang untuk amik gambar dan tak kurang jugak sepasang suami isteri India ni duduk atas rumput tepi bunga sambil borak. Auchh! Shuiit nyeww. Tiba-tiba imagine nanti dah tua kan best kalau future husband aku ajak amik angin petang-petang kat sini? Heheee. Berangan sajer!

Cantik kan pagar ni?

Awal-awal sampai lagi dah ada signboard jangan bersandar atau duduk di atas pagar. Indeed, memang pagar dia agak uzur pun kalau tengok dekat-dekat, kayu ada yang dah reput. Tapi sepanjang jalan tak ada pulak aku nampak signboard kata dilarang memetik bunga kan? So aku pun dengan selamber badak tunggu Ekin selfie gi petik bunga, pastu suruh Ekin amik gambar. Bukanlah candid sangat pun sebenarnya. Haha. Posing jer lebih ni.




Kalau korang nak tahu, kat sini memang banyak sangat tumbuhan pelik-pelik. Setiap tumbuhan import atau dibeli dari luar akan ada papan tanda nama dia orang tersendiri. Then ada lah description siket bout that plant. Not bad lah, berjalan sambil ulang kaji pelajaran, sebab dah lama tinggal Biology so datang sini ingat lah sesiket Kingdom of Plants masa belajar kat matrik dulu. Hehe.. Tapi pokok buluh yang aku amik ni gimik jer taw? Dah lama tak bergambar dengan buluh, kat Alamanda aitu bergambar pun pokok buluh tua. Kahkahakah. Tak adalah nampak sangat aku ni rendah kan since pokok macam ni tak tinggi sangat. =D


Like I said just now, jalan dia sememangnya berbukit bukau dan bercabang. Masuk dalam ni better jangan sengsorang, nanti sesat. Signboard exit bukan ada kat dalam ni. Penat kami cari jalan nak keluar. Berpeluh dah macam orang datang jogging. Fuhh, itu tipu. Hahaaa, peluh siket jer tapi hyperbola lebih! So kalau rasa nak main kejar-kejar nyorok-nyorok silalah, 3 hari 2 malam cari pun tak jumpa sebab taman dia giler besar! Kat sini landscape semua complete cantik, tapi 1 jer kelemahan , sepanjang jalan bau taik lembu! Hahaaa, semua guna baja taik lembu agaknya, that's why pokok dia nampak segar dan cantik. And kebetulan kami pergi tu lepas hujan, so memang pekat giler lah bau taik lembu ni. Lalalaaa, tahan jelah hidung kengkonon dah sampai puncak nak buat deep breathing. Spoiled! Dari atas bukit nanti korang boleh tengok pemandang Putrajaya yang luas taw. Pengalaman yang awesome. Kurang siket tekanan pikir mana nak cekau penaja untuk event kebangsaan kami nanti lepas datang sini. Hahaaaa...



So kalau teringin rasa nak photo shoot atau amik gambar wedding, bolehlah datang kat TAMAN SAUJANA HIJAU ni. Tak jumpa jangan pusing-pusing jer, silalah guna GPS anda, okay? =)




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

Thursday, 12 March 2015

PICC PUTRAJAYA

Assalamualaikum. 



Kalau korang bukan jenis yang suka bersukan berat macam aku, jangan risau jika kawan-kawan korang cakap gaya hidup korang tidak sihat. So apa aku suka buat dulu, kini dan selamanya untuk kekal aktif dan boleh perform dalam akademik aku jugak ialah dengan melakukan aktiviti rekreasi. So, post yang lepas dalam INFO REKREASI aku ada share 5 kelebihan korang dapat dengan melakukan aktiviti rekreasi dan aku jugak ada share cerita kat Taman Wetland, Putrajaya. So this time I would like to share with you another place kat Putrajaya ni yang mungkin korang boleh datang untuk beriadah dan melancong sebenarnya! Entry kali nih, about PICC. Kalau orang yang stay sekitar Putrajaya, Selangor atau KL mesti familiar Putrajaya International Convention Center. Yang lain-lain nih, tahu ker PICC tu tempat apa? Disini aku sertakan map lah untuk rujukan. Mana tahu ada yang teringin nak pergi kan...



source: PICC Maps

Macam yang korang tengok, kat sini landscape dia superb! Memang lah still ada bangunan, tapi kalau setakat nak bersantai tanpa kos apa-apa tu, kat sini okay lah kan. Dan kalau plan korang datang untuk melancong jugak PICC can be one of your best choice.  Kat sini ada tasik yang sangat cantik, ada jambatan yang unik, ada taman bunga, rumput hijau, pondok-pondok rehat dan cafeteria pun disediakan. Last time aku pergi pun agak lewat petang just untuk amik angin. So aku boleh nampak lah kat sini memang ramai giler orang dan tak kurang jugak ada yang bawak family untuk menghabiskan masa lapang kan. Jadi apa yang korang boleh buat kat sini aktivitinya tak banyak, cuma boleh jogging, picnic dan ada bebudak siap main roller blade and basikal lagi aku tengok. Seriously cantik. Nak amik gambar cantik-cantik, silalah datang ke PICC ni untuk berekreasi dengan kawan-kawan atau keluarga, okay? 

                      






APA YANG BEST DI PICC PUTRAJAYA?

For your information dear readers, kat Putrajaya International Convention Center ni bukan setakat untuk korang datang beriadah jer taw? In fact you can come here for your vacation and enjoy the promotion and events being held, or try the delicious food and beverages here. Besides, PICC also provides you with various kind of packages, okay? For examples, untuk ahli corporate yang rasa nak buat meeting kat sini, PICC menawarkan Standard Meeting packages with RM118.00 for full day, and facilities yang diberikan ialah meeting room, white screen and projector, lunch and tea break, free drinking water and mints and paling penting sekali, FREE WIRELESS INTERNET. Haaa.. Amacam package dia? Kalau nak lagi exclusive, boleh book Premium Meeting packages for RM148.00 full day. Dan bezanya dengan standard meeting package tadi ialah package Premium nih ada suite room lah since harganya pun mahal sikit kan? Kalau bajet korang banyak, apa salahnya tempah premium package terus. Hehee. Bagi cadangan dah macam aku pulak CEO company. =P

Selain meeting packages, kat sini jugak ada tawarkan Seminar/ conference packages dengan harga RM128.00 full day, Head of states package RM288 nett per person, wedding packages and last but not least, Guided tour packages. Untuk guided tour packages korang boleh add ons upon request for cooking activity, meal arrangement and paling best, lengkap dengan photo shoot sekali. Wow! Amazing rite? There's no place like PICC lah aku rasa if nak buat semua event kat tempat yang sama. Harga pun lebih kurang jer macam korang book hotel kat luar sana. Hahaaa. 



Tengok gambar ni, pandai tak kami posing? Haaa, cantik kan? rugi taw tak datang sini photo shoot. Dah boleh buat cover majalah aku rasa, suka hati jer main pinjam anak orang tengah main roller blade ajak bergambar. Muahahahaa. Mujurlah aku ni blogger, bukan editor memana majalah. Kalau tak semua cover magazine muka aku. Hakhakahaka...Kalau korang nak tahu, PICC ni pun ada catering services taw? Antara packages yang ditawarkan ialah breakfast, lunch buffet, Anniversary dinner, Hawker's night, gathering, wedding, family day, Aqiqah, Corporate functions, birthday party atau nak buat Garden BBQ, boleh lah buat reservation kat pihak PICC. Okay? Kepada food hunters kat luar sana yang nak cuba makanan kat PICC ni, bolehlah mengunjungi: 

Cafe @ PICC
Monday-Sunday
7.30am - 10.00pm
Breakfast : 7.30am - 10.00am
Lunch Buffet: 11.30am - 3.00pm
Santai Petang: 2.00pm - 7.00pm
Dinner Buffet: 6.30pm - 10.00pm

For general information, untuk Aqiqah Package adalah RM48 nett per person, Steamboat Package pulak RM68 nett per person dan BBQ Package pulak sekitar RM158 nett per person. See? Menarik kan PICC ni? Selain dapat beriadah dengan family kat tepi tasik tu, korang boleh jugak cuba pakej-pakej seperti yang aku mention tadi. Tapi kalau rasa mahal sangat, don't worry readers. Sebelum datang PICC ni make sure you guys bawak bekal siap-siap, sandwich ker, nasi lemak sambal sotong ker, atau bawak lah Dominos Pizza kalau nak feeling macam kat oberseas siket kan. Haa, dah sampai tasik kat PICC ni, cari pondok rehat, dan makan. Yumyummm. Habis cerita. Berekreasi ikot kemampuan kita yea adik-adik? 

For reservation untuk food and beverage packages, please call +603 8887 6000 atau kunjungi laman web rasmi PICC Putrajaya Malaysia untuk segala promotions, events dan pakej yang aku 
share tadi. 


Nak promote lah sikit PICC nih kan... haha.... Nampak tak real background dalam gambar tuh? Bukan main teknologi eryh edit-edit semua tempat tuh. Cantik kan? Aku tengok orang sekitar tasik tuh siap main kasut roda lagi, ada yang picnic, and ada yang jogging. Tempat dia sumpah cakap, tenang! Pandai tak kami pose? and pandai tak cameraman kami ambik picture ni? Mujur Zikri prihatin bawak kamera dia dan bawak kami ke sini. Aku rasa macam tengah shooting untuk cover majalah pelancongan pula kat sana. Haha... . =D

Bersihkan tempat nih? Cantik pun cantik. =)

Okay, nak tahu lebih lanjut background PICC nih? boleh lah buka laman web ni....  http://en.wikipedia.org/wiki/Putrajaya_Convention_Centre  atau terus ke laman web rasmi PICC, www.picc.com.my .
Event terkini yang bakal berlangsung di PICC:

One Kiddie Mom & Baby Expo
13th - 15th March 2015
10am - 8pm
Putra Hall B




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera





Taman Wetland, Putrajaya


Assalamualaikum.

Since semester baru dah mula macam biasa, bermakna jadual aku pun bertukar menjadi luar biasa lah. Hikhikhik. Untuk rakan taulan yang kenal saper Lurve Aloevera, memang dia orang paham sangat aku nih jenis budak tak duduk diam. Nak nampak aku constant stay kat UPM ni, time examination weeks jer. Minggu-minggu lain selain masa aku habis buat assignment, aku sangat-sangat aktif dengan aktiviti kelab. 

So last week ceritanya, aku heret Ekin kawan baik aku tuh untuk sesama join ahli baru Kelab Outward Bounders UPM ke Taman Wetland, Putrajaya. Kiranya nih program kecik untuk merapatkan hubungan sesama ahli semester kali ni lah. Dan since program kami ni open, so aku sebagai ahli lama mintak lemak lah bawak Ekin yang bukan ahli kelab untuk join sama. Kikiki... See? Belum apa-apa dah wefie dulu. Belum buat aktiviti lagi. Phone tu ibarat nyawa hang taw! Kin, cepat snap itu...snap ini.. Blah..Blah..Blah.. And so on... Dan kerja aku ialah sebagai model yang tak bape nak pandai posing dan interviewer tanpa gaji sibuk duk mintak maklumat itu ini kat semua orang. Haaahaaa. 


Pemandangan di Taman Wetland, Putrajaya.

Buat mereka yang baru first time dengar pasal Taman Wetland ni, lokasinya adalah di Presint 13, Putrajaya and kalau korang dari UPM macam aku just about 15 minutes jer kalau tak sesat dan jammed lah. Heee. Tempat ni bagi aku yang sukakan alam sekitar rumput rampai dan air ni, cantik lah. Tapi kengkawan lain cakap boring coz kat situ korang still boleh nampak kereta lalu lalang kat atas jambatan dan bangunan kat tepi-tepi tasik tu. It's okay. Kalau dah tak ada idea sangat mana nak lepak release stress, jemput lah datang Taman Wetland, Putrajaya ni. 

View dia not bad okay, ada batu batu besar and korang boleh lah bergambar kat situ fe-feeling macam pergi mandi laut pulak kan. Parking jangan risau, free of charge if I'm not mistaken sebab rasanya hari tu tak nampak pun kak Fitrah bayar untuk parking kereta. =D Selain kat sini tempat dia cantik, korang boleh jugak bawak family atau lepak-lepak dengan course mates korang kat cafeteria Taman Wetland ni. Sambil-sambil makan korang boleh lah tengok pemandangan sekeliling ni yang cantik. Ada jeti, dan sambil-sambil makan boleh jugak tengok orang berkayak, main paddle boat and cycling kat area situ.



So apa yang menarik bagi orang yang memang obses sangat dengan sukan rekreasi macam aku ni ialah, kat sini selain ada pakej Cycling kat keliling tasik Taman Wetland ni, korang jugak boleh amik pakej untuk Fishing, Paddle boating, Berkayak dan berkanu . Even though tempat dia agak terhad kalau nak dibandingkan masa aku pergi berkayak kat Outward Bound School Lumut dulu, dan aku pun bukan first time buat aktiviti semua ni, tapi for me it's not bad lah untuk tempat aku release stress fikirkan assignment yang berlambak lagi-lagi subjek Abnormal Behavior sebab Dr. Maznah mintak baca Diagnostic Statistical Manual (DSM-5) pastu pilih mana-mana mental disorders and present. fuuuhhhhh...! Baru masuk 2 weeks punya kelas dah stress, baki lagi another 12 weeks rasanya habis 1 putrajaya punya taman rekreasi aku visit agaknya. Heheee...So kat sini aku sempat jugak snap pic untuk pakej-pakej aktiviti rekreasi yang mungkin korang berminat lah kat Taman Wetland ni. 

1. PADDLE BOAT

2. KAYAK & KANU
3. CYCLING
So, pakej yang aku dan Ekin sebagai partner amik ialah Kanu - RM15 dan Paddle boat 3 sitter - RM10. Mungkin korang akan rasa, eleh 30 minit. Kejap giler, tak berbaloi naik. Fine! Cuba naik dulu, 15 minit kayuh pun dah tak larat taw? Selfie jer lebih atas air. Pastu orang sebelah jadi mangsa untuk kayuh dan aku jadi passenger. Kahkahkah. Kalau korang nak tahu, atas tasik Wetland ni ada 5 pulau kecik taw. Untuk paddle boating korang tak dibenarkan untuk kayuh sehingga ke pulau-pulau tu, sebab bahaya kan.  Dan korang jugak tak dibenarkan untuk kayuh boat tu sampai tepi tasik sebab nanti kat situ akan ada ramai orang memancing ikan. So main pusing-pusing jelah kat tengah-tengah tasik dan sorang kena control stereng boat sama ada nak ke kiri atau kanan. Mula-mula main tu pening jugak sebab tak tahu mana kiri mana kanan. Hahaaa.. Ingat stereng dia macam stereng kereta ker? Pergi sendiri dan alami, okay?

Pulau yang dimaksudkan.

See? Ni lah pulau yang aku cakap tadi. Dan our paddle boats memang terhad perjalanan sampai kat situ jer. Miahaahaa. Dah macam bebudak bawah umur pulak kena kawal macam tu. So apa-apa aktiviti air kat sini, korang kena pakai life jacket dulu for safety. Jangan risau. Harga setiap aktiviti yang korang main tu termasuk pakej life jacket sekali, okay? Gambar kat bawah ni adalah tempat pertama aku jumpa lepas turun dari kereta, BOAT HOUSE. So kat sini ada tampal semua pakej dan harga yang ditetapkan untuk korang pilih, dan lepas buat pembayaran di kaunter, boleh datang pilih life jacket and kalau korang main kayak atau kanoe, pengayuh jugak disediakan. 

Boat House tempat simpan life jacket .


                                                                                                                                                                                       Nampak tak semangat aku pakai life jacket and tunggu kat jeti? Rasa macam tengah gi melancong pulak, walhal kat Putrajaya jer pun. Selain daripada aktiviti yang aku cakap tadi, korang jugak boleh buat BBQ kat sini taw? Memang tempat tu khas dia buat untuk sesiapa yang nak BBQ kat tepi air. Bayaran kena tanya sendiri berapa harga, okay? So boleh lah pergi beramai-ramai untuk santai-santai kan. Kalau sesiapa yang takut nak buat aktiviti air macam ni, jangan risau. Kat sini ada ramai instructor jaga okay? And macam biasa lah sebelum main apa-apa aktiviti akan ada sedikit taklimat keselamatan. 



Since aku pergi dengan club members baru dan lama KOB, so kami amik pakej Berkayak untuk lelaki dan Kanoe untuk perempuan. Mengikut kata instructor sana, berkayak lebih selamat daripada kanoe sebab tendency kanu ni nak terbalik memang tinggi. Tapi memandangkan bilangan lelaki kami tak ramai dan kayak yang ada cukup-cukup untuk boys, so we alls terpaksalah amik kanu. Not bad okay? Lagi best, kami bukan setakat berkayak berkanu biasa, kami buat Treasure Hunt atas air. Wow! Mission kami adalah kena pergi kesemua 5 pulau yang ada, mendarat dan kumpulkan bola yang ada kat setiap pulau and jawab soalan yang diberikan. Teamwork tu penting as setiap kanu dan kayak ada 2 orang so bilangan kayak dan kanu sangat banyak. Berlaga kayak tu benda biasalah senang citer. 

Dah sampai kat darat bukan terus boleh jalan ke checkpoint terakhir. Ada lagi task di mana kami tak boleh pegang bola dengan tangan, so terpaksalah ikat bola tu dengan tali and hantar ke checkpoint terakhir. Team aku yang girls memang semangat habis lah sampai awal, pastu bila tengok boys.. Krik..Krik..Krik.. Eyh? Mana lelaki kumpulan kita? OMG! Rupanya dia orang sengaja berkayak sampai bawah jambatan, siap landing kat pulau lagi berehat bagai. Adehh! Keciwa kejap masa tuh. Beria lah aku ni kayuh kanu tu laju-laju dengan Ekin sebab nak menang. Menunggu mamat 2 orang tu punya pasal, group aku last dalam Treasure Hunt tu. Hahaaa. Lama sangat tunggu, penyudahnya aku nyorok-nyorok selamber badak pulangkan bola dan tali kat kaunter. 

And GAME OVER! -_-!



Amacam? Seronok kan bila pergi ramai-ramai? Masing-masing semua berlumba-lumba nak menang, panas terik macam mana pun kayuh jugak kanu dan kayak tu. Jam dah pukul 11 and masa tu baru nak mula aktiviti. So end up muka aku balik dari Wetland dah macam ayam BBQ hangus gitew sampai classmate tegur. Hahahaaa. So overall kat sini view dia cantik, angin sepoi-sepoi bahasa, facilities semua lengkap, cafeteria ada, dan paling penting aku cuma habiskan RM25 untuk transportation, Paddle Boat, Kanu dan makan! Hahaaa, havoc kan Kelab Outward Bounders UPM ni? Berminat? Sila datang booth kami semester depan pada minggu orientasi pelajar kemasukan baru atau pesta Konvokesyen hujung tahun ni. =D

Ahli Kelab Outward Bounders UPM. P/S: Jangan tegur muka aku! Hahaha


Sebelum balik, tengah santai-santai makan sempat lah itik warna perang 2 ekor ni posing depan aku. Apa lagi, curi snap lah gambar dia orang. Hikhikhik. Yang pondok atas air tu tempat rehat, and boleh lah picnic kat situ kalau nak. Dah macam melancong kat luar kan? So apa tunggu lagi, untuk makluman lanjut sila layari Taman Wetland Putrajaya atau hubungi 03-8887 7000 untuk pertanyaan. 








Thank you for reading.
Visit my Instagram: 
http://instagram.com/lurve_aloevera

Tuesday, 10 March 2015

UNIFORM PARADISE

Assalamualaikum.

Last 2 weeks aku dengan 3 orang lagi rakan Persaudaraan Pengakap Raja Pahang keluar untuk survey uniform Pengakap yang standard untuk Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Penyampaian Sijil Di Raja Pengakap Raja yang akan berlangsung tak lama lagi. Since kami ni dah senior, so uniform tu memang dah lusuh lah senang citer an. Well, bukan selalu pun ada big international event, that's why macam liat jer nak habis duit beli uniform baru. Miahahaah....Ada lagi kesian siap hanyut dibawak banjir uniformnya. Heee... Aku pun 2x5 jer tak payah ngata senior lain lah pasai banjir. >_<

Dengan bantuan ihsan Syed Sabri (senior aku yang kerja nurse sekarang) dan Faiz Syahidan (senior aku yang havoc biznez apam balik dia sumpah aku tak tipu sedap gilos!), maka aku dengan sorang lagi senior, bakal cikgu yakni akak angkat aku pun sama-sama lah jelajah area Selayang untuk shopping. So, our target is UNIFORM PARADISE di mana lokasinya adalah dalam Selayang Capital Mall. Mall dia memang nampak macam mall yang tengah berkabung lah, hahaaa. Scary sebab jarang jumpa mall yang tak baper nak hidup macam tu. Tapi tak sangka ada sebuah kedai ni yang memang menjadi kegilaan orang-orang pengakap macam aku nih!


UNIFORM PARADISE SDN. BHD.

Mr.Alex Lai Kam Fai

Lot 2.57, Kompleks Selayang Capitol, Lebuhraya Selayang-Kepong, 68100 Batu Caves, Selangor.
Untuk makluman lanjut, boleh layari laman web rasminya,  www.uniformparadise.com.my . Atau untuk tempahan uniform dalam kuantiti yang lebih banyak, boleh hubungi direct kepada pemilik perniagaan tu sendiri, Mr. Alex Lai Kam Fai di talian 017-2233001 / 03-61283770 . Email : uniformparadise@gmail.com . 

Antara yang dijual dalam Uniform Paradise selain pakaian unit uniform seperti pengakap, puteri Islam dan bomba, kat sini jugak ada jual produk lain like baju korporat, headwear, jacket, seluar, T-shirt dan souvenirs. Kira macam one stop center lah. Besides bagi mereka yang obses dengan Pengakap ni terutama pemimpin-pemimpin atau abam kakak Pengakap Kelana kat luar sana yang sukakan accessories, kat Uniform Paradise ni pun ada jual macam-macam barang, for example badges, beret, books, bowler hat, car crest, epaulette, first aid kit, flags, forage cap, gears, headwear badge, jacket cover, scout cord and so on lah.


UNIFORM




Untuk pakaian uniform pengakap, Uniform Paradise menyediakan 2 pilihan buat korang. Ikut kemampuan kewangan masing-masing, boleh pilih nak uniform kain tebal atau kain biasa. Last time aku beli Scout Uniform perempuan poket bawah kain tebal, harganya RM65 and sehelai seluar biru gelap harganya RM35. Kat sini bukan setakat Uniform Pengakap darat jer dijual taw? Bagi sesiapa yang Air Scout atau Sea Scout tu, pun boleh pilih nak material tebal atau nipis. Ikut keselesaan dan kemampuan memasing, okay?

So kalau total up kos aku beli lengkap daripada uniform, seluar, skaf, wogel, Forage Cap, lencana-lencana dan stoking, harganya adalah RM144 sahaja. Haahaaa... Nampak macam mahal kan? Actually kain dia sangat berkualiti dan tahan lama serta lasak yang paling penting. Untuk lelaki korang beruntung, coz harga uniform untuk short sleeves and long sleeves adalah berbeza. Makluman lanjut boleh layari laman web www.uniformparadise.com.my .





Let say korang dah beli uniform dan lencana-lencananya, kalau tahap kemalasan korang nak ukur dan jahit lencana tu sampai takat maximum pun dun worry, kat Uniform Paradise ni ada tailor dia. Dia punya skill menjahit, kalah aku weyh! Aku pun tak pandai guna mesin jahit. Hahaaa. Wanita moden sibuk mengejar kerjaya lah katakan. Ehem! So 5 minit jer dah siap jahit semua lencana aku that day. Lencana keahlian, Malaysia, lencana Pengakap Raja, negeri, nombor kumpulan. Haaaa, mudah kan kerja aku? Kalu dia orang buat perkhidmatan gosok baju pun nak jer rasa aku mintak dia orang gosok terus. Kah..kah..kah... 

Kasut standard PVC bertali untuk majlis rasmi.


CORPORATE WEAR

Sejujurnya aku jarang jumpa orang pakai baju korporat pengakap. Hahaaa. Nampak tak betapa jakunnya akak pengakap raja kau ni dek? Well, ada hikmahnya lah kami keluar cari baju that day. Barulah celik akal sikit tengok baju korporat orang. Hengat kat unibersiti jer ada baju korporat yang buat mahal-mahal tapi tak pakai ?Oppps! Heehee..

Untuk baju korporat, setiap unit uniform ada tersedia design nya sendiri. Uniform Paradise turut memberi korang ruang dan peluang untuk memilih hampir 30,000 stock designs dimana korang bolah integrate sendiri dengan Corporate name or event. Something good kat Uniform Paradise ni selain harga barangan dia yang sangat berpatutan, kedai pakaian terbaik ni jugak menyediakan satu tool yang memberi korang peluang untuk directly upload logo yang korang nak ke website  www.uniformparadise.com.my and view your artwork instantly on any of their vast collection of products. Kelebihan kepada buyers kat sini ialah kita boleh purchase anything mengikut kehendak hati kita since we already choose our products with our own logos and can also view our design on any product that suit out choices before purchasing them a single piece.

So senang citer kat sini, bagi cikgu-cikgi atau student yang aktif unit uniform ni tertanya-tanya mana nak cari uniform korporat untuk unit uniform korang, boleh lah datang ke Uniform Paradise ni. Macam-macam ada taw, baju korporat kedet polis, pengakap, bomba, puteri Islam and so on lah. Barulah gah sikit dengan unit uniform korang bila dah ada baju korporat sendiri kan.



SOUVENIRS

Model beg sementara
Macam akak aku punya beg ni, namanya ialah Beg Duffle WOSM dan harganya cuma RM25 jer. While beg yang Sabri ni beli pulak namanya Beg Sandang Ungu dan harganya jugak RM25 sahaja. Bukan 2 jenis bag ni jer taw dijual? Korang akan jumpa lagi beg-beg yang ada logo Pengakap macam Beg Laptop Pengakap, Toiletry Pouch, Waist pouch, Folder Backpack Blue (RM20) dan Coleman Sunrise Sleeping Bag Red yang berharga RM79 dan Folder Bag Red. Tak silap aku hari tu ada beg kamera siap logo Pengakap lagi taw? .Kalau korang tengok kat www.uniformparadise.com.my ,di bahagian SHOP-SOUVENIRS, ada banyak lagi cenderahati yang dijual berserta harga. Antara souvenirs yang jarang jumpa atau dijual terutama masa international jamboree ialah:

Collar Pin BP (RM4)
Skaf APR Green (RM10)
Jam tangan emas (RM50)
Jam tangan Perak (RM50)
Colar Pin set 4pcs (RM10)
Badge Zonice Rovers (RM4)
Beg Laptop Pengakap (RM75)
BP Bagge steel woger (RM15)
Souvenir BP Hat small (RM15)
Wogel Thailand BP Gold (RM15)
Gegelang Pengakap Set 3PCS (RM5)
Tali leher pengakap logo Perak (RM45)
Tali Leher Pengakap logo Emas (RM45)
Tie Pin BE PREPARED logo Emas (RM10)
Umbrella Pengakap gold colour 24inch (RM15)




ACCESSORIES


Untuk bahagian accessories pulak, Uniform Paradise menyediakan berbagai-bagai jenis perhiasan tambahan pada uniform korang. For examples, badges, beret, books, bowler hat, car crest, epaulette, first aid kit, flags, forage cap, gears, headwear badge, jacket cover, selembeng, scout cord and trainer.

Yang bowler hat akak aku ni pakai namanya Scout Bowler Hat pemimpin atau Kelana. Harganya RM 50 while forage cap biasa aku pakai tu pulak harganya RM20.

Klik www.uniformparadise.com.my jika anda berminat nak beli bowler hat ni okay?


Kesimpulannya, buat semua kenalan Pengakap saya, atau pemimpin-pemimpin Pengakap, atau adik-adik yang berminat dengan pengakap, jom datang ke Uniform Paradise untuk shopping? Tak jauh pun, dekat Selayang Capital Mall jer. Atau kalau anda kekangan masa, boleh layari laman web rasmi Uniform Paradise di www.uniformparadise.com.my . Sekiranya korang beli dengan jumlah yang banyak,potongan harga diberikan. Total kami 4 orang belanja hari tu dalam RM 500 ke atas. Hahaaa.. Semoga majlis kami dipermudahkan since uniform semua dah tukar baru kan. Kikiki...



Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera


2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...