Thursday, 5 March 2015

REBUT PELUANG MENJADI PENULIS NOVEL!


Assalamualaikum.

Korang berminat dalam bidang penulisan? Bercita-cita nak jadi seorang novelist satu hari nanti? Tahniah sebab korang bukak entry aku kali ni! Tengah belek-belek majalah iSIHAT edisi Mac 2015 baru ni, aku terjumpa satu iklan mencari penulis novel yang berbakat. Ayuh jangan lepaskan peluang nih! Siapa tahu nasib korang akan berubah lepas ni kan? Aku kalau sebut novel ni memang tak minat. Haaaahaaa. So better aku share kat blog mana tahu ada yang berminat? =)


**REBUT PELUANG MENJADI PENULIS NOVEL!**

1. JANGAN SIMPAN KARYA KREATIF ANDA!
Inilah masanya menjadikan impian satu kenyataan bersama Utusan Karya. Manuskrip terbaik akan dipilih untuk diterbitkan oleh Utusan Karya dan dipasarkan ke seluruh negara. Penulis berpotensi akan dihubungi oleh pihak penerbit.

2. SIAPA LAYAK SERTAI?
Warganegara Malaysia tanpa had umur, janji berbakat dan kreatif.

3. APA KAMI CARI?
Jalan cerita menarik, unik, kreatif dan ada kelainan daripada karya di pasaran. Tema dan genre adalah bebas (kekeluargaan, misteri, cinta, seram, aksi, Islamik dan lain-lain.)

4. BAGAIMANA?
Hantarkan sinopsis beserta karya/manuskrip lengkap penulis yang belum pernah diterbitkan atau dihantar kepada mana-mana penerbit lain. Sertakan biodata yang lengkap, dan muat turun borang akuan penyerahan beserta terma dan syarat di laman sesawang : www.utusankarya.com.my .Hubungi Nuri/ Aishah di talian 03-89262999. Hantarkan kepada pihak Utusan Karya melalui Pos/hantar : Jawatankuasa Novel Utusan Karya Utusan Karya Sdn. Bhd. Kompleks Sri Utusan, Lot 6, Jalan P/10, kawasan Perusahaan Bangi, Sek 10, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 

5. E-MAIL
E-mail kan manuskrip anda ke manuskrip.karya@gmail.com . Diingatkan penghantaran melalui e-mail tidak digalkkan untuk saiz fail melebihi 5MB.


Apa tunggu lagi? Cepat share khabar baik ni kepada rakan atau saudara-mara korang yang berbakat atau bercita-cita nak jadi penulis novel tu! 
(@__-)!!

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...