Friday, 13 March 2015

TAMAN SAUJANA HIJAU, PUTRAJAYA


Assalamualaikum.

Again, sejak belakangan ni aku suka sangat jalan-jalan kat tempat-tempat rekreasi. So berapa hari yang lepas, I'm so lucky sebab Ekin ajak aku jalan ke Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya. Sejam jugak sesat nak mencari tempat ni yang agak tersorok siket, berapa kali lalu dah depan rumah Datin Sri Rosmah Mansor, still tak jumpa lagi. Dah penat pusing cari signboard yang tak jumpa-jumpa, barulah aku yang sebagai pembonceng ni sedar bahawasanya GPS itu ada. Hahaaa, lol! Guna GPS pun sesat jugak, last-last buat GPS sendiri. And finally sampai jugak destinasi yang dicari... TAMAN SAUJANA HIJAU, PRESINT 11, PUTRAJAYA.



Cantik kan view dia? Gambar ni Ekin tolong amikkan, dekat atas bukit. Semput aku kejar dia lari turun naik bukit. Adeh! If I'm not mistaken lah kan, ramai orang amik gambar wedding kat sini. Haaa, kenapa? Korang kena datang sendiri taman ni, ni bukan taman bunga biasa yang kita jumpa kat depan hospital atau tepi jalan tu taw? 

Untuk parking sebenar actually aku tak tahu kat mana, sebab kami rempit naik motor jer and parking kat luar pagar entrance Taman Saujana Hijau ni. Baru aku tahu kenapa pagar tu sengaja ditutup sebab kata Ekin supaya pengunjung tak bawak masuk sebarang kenderaan pusing-pusing taman. Hahaaa. Lol! Loading betul aku ni. 

Kat sini sememangnya khas dibina jogging track sepanjang taman dan siap ada penunjuk markings of distance increase kat atasnya. Gambar lupa pulak nak amik. Hahaa. Orang kat situ semua sibuk nak jogging dan kami pulak sibuk lenggang-lenggok jalan, pastu sakan amik gambar posing maut. Kahkahkah. Mana tidak setiap tempat nak berhenti amik gambar, cantik kot lanskap dia! Ada tempat nampak macam kat negara China, ada tempat nampak macam kat oberseas, and ada tempat memang jelas nampak macam kat Malaysia. So masuk dalam ni memang lupa diri kejap lah, celaru identiti ibaratnya. Hahaaa...

See? Feeling macam kat oberseas pulak kan? actually aku tunjuk tu kapal terbang, tapi tak nampak bila amik gambar!


Bunga hati-hati typical Malaysia punya landscape.


Pondok ni atas bukit taw? Penat giler panjat, tak sangka terjumpa pondok China ni. 

Actually, makin jauh korang jalan, makin banyak benda baru korang akan nampak. Jalan dia memang bercabang sampai kami nak balik pun sesat , terpaksa patah balik jalan memula masuk tu. Tu pun tak habis jalan taw sebab masa dah senja and taman ni giler luas! Next time lah pulak jenjalan kat sini. Tempat ni agak sunyi taw dan mungkin sebab luas sangat so tendency nak bertembung dengan orang tu kurang sikit lah. Plus mungkin sebab kami datang tu pun time weekday and penduduk Putrajaya bukan ramai mana pun nak datang sini semua jogging. Well, Putrajaya kan banyak taman? Hahaa. Sepanjang jalan nak pergi dan balik tu ada lah nampak orang tengah jogging, ada yang cycling, bebudak muda buat discussion kat atas track, ada yang datang untuk amik gambar dan tak kurang jugak sepasang suami isteri India ni duduk atas rumput tepi bunga sambil borak. Auchh! Shuiit nyeww. Tiba-tiba imagine nanti dah tua kan best kalau future husband aku ajak amik angin petang-petang kat sini? Heheee. Berangan sajer!

Cantik kan pagar ni?

Awal-awal sampai lagi dah ada signboard jangan bersandar atau duduk di atas pagar. Indeed, memang pagar dia agak uzur pun kalau tengok dekat-dekat, kayu ada yang dah reput. Tapi sepanjang jalan tak ada pulak aku nampak signboard kata dilarang memetik bunga kan? So aku pun dengan selamber badak tunggu Ekin selfie gi petik bunga, pastu suruh Ekin amik gambar. Bukanlah candid sangat pun sebenarnya. Haha. Posing jer lebih ni.




Kalau korang nak tahu, kat sini memang banyak sangat tumbuhan pelik-pelik. Setiap tumbuhan import atau dibeli dari luar akan ada papan tanda nama dia orang tersendiri. Then ada lah description siket bout that plant. Not bad lah, berjalan sambil ulang kaji pelajaran, sebab dah lama tinggal Biology so datang sini ingat lah sesiket Kingdom of Plants masa belajar kat matrik dulu. Hehe.. Tapi pokok buluh yang aku amik ni gimik jer taw? Dah lama tak bergambar dengan buluh, kat Alamanda aitu bergambar pun pokok buluh tua. Kahkahakah. Tak adalah nampak sangat aku ni rendah kan since pokok macam ni tak tinggi sangat. =D


Like I said just now, jalan dia sememangnya berbukit bukau dan bercabang. Masuk dalam ni better jangan sengsorang, nanti sesat. Signboard exit bukan ada kat dalam ni. Penat kami cari jalan nak keluar. Berpeluh dah macam orang datang jogging. Fuhh, itu tipu. Hahaaa, peluh siket jer tapi hyperbola lebih! So kalau rasa nak main kejar-kejar nyorok-nyorok silalah, 3 hari 2 malam cari pun tak jumpa sebab taman dia giler besar! Kat sini landscape semua complete cantik, tapi 1 jer kelemahan , sepanjang jalan bau taik lembu! Hahaaa, semua guna baja taik lembu agaknya, that's why pokok dia nampak segar dan cantik. And kebetulan kami pergi tu lepas hujan, so memang pekat giler lah bau taik lembu ni. Lalalaaa, tahan jelah hidung kengkonon dah sampai puncak nak buat deep breathing. Spoiled! Dari atas bukit nanti korang boleh tengok pemandang Putrajaya yang luas taw. Pengalaman yang awesome. Kurang siket tekanan pikir mana nak cekau penaja untuk event kebangsaan kami nanti lepas datang sini. Hahaaaa...



So kalau teringin rasa nak photo shoot atau amik gambar wedding, bolehlah datang kat TAMAN SAUJANA HIJAU ni. Tak jumpa jangan pusing-pusing jer, silalah guna GPS anda, okay? =)




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...