Thursday, 12 March 2015

Taman Wetland, Putrajaya


Assalamualaikum.

Since semester baru dah mula macam biasa, bermakna jadual aku pun bertukar menjadi luar biasa lah. Hikhikhik. Untuk rakan taulan yang kenal saper Lurve Aloevera, memang dia orang paham sangat aku nih jenis budak tak duduk diam. Nak nampak aku constant stay kat UPM ni, time examination weeks jer. Minggu-minggu lain selain masa aku habis buat assignment, aku sangat-sangat aktif dengan aktiviti kelab. 

So last week ceritanya, aku heret Ekin kawan baik aku tuh untuk sesama join ahli baru Kelab Outward Bounders UPM ke Taman Wetland, Putrajaya. Kiranya nih program kecik untuk merapatkan hubungan sesama ahli semester kali ni lah. Dan since program kami ni open, so aku sebagai ahli lama mintak lemak lah bawak Ekin yang bukan ahli kelab untuk join sama. Kikiki... See? Belum apa-apa dah wefie dulu. Belum buat aktiviti lagi. Phone tu ibarat nyawa hang taw! Kin, cepat snap itu...snap ini.. Blah..Blah..Blah.. And so on... Dan kerja aku ialah sebagai model yang tak bape nak pandai posing dan interviewer tanpa gaji sibuk duk mintak maklumat itu ini kat semua orang. Haaahaaa. 


Pemandangan di Taman Wetland, Putrajaya.

Buat mereka yang baru first time dengar pasal Taman Wetland ni, lokasinya adalah di Presint 13, Putrajaya and kalau korang dari UPM macam aku just about 15 minutes jer kalau tak sesat dan jammed lah. Heee. Tempat ni bagi aku yang sukakan alam sekitar rumput rampai dan air ni, cantik lah. Tapi kengkawan lain cakap boring coz kat situ korang still boleh nampak kereta lalu lalang kat atas jambatan dan bangunan kat tepi-tepi tasik tu. It's okay. Kalau dah tak ada idea sangat mana nak lepak release stress, jemput lah datang Taman Wetland, Putrajaya ni. 

View dia not bad okay, ada batu batu besar and korang boleh lah bergambar kat situ fe-feeling macam pergi mandi laut pulak kan. Parking jangan risau, free of charge if I'm not mistaken sebab rasanya hari tu tak nampak pun kak Fitrah bayar untuk parking kereta. =D Selain kat sini tempat dia cantik, korang boleh jugak bawak family atau lepak-lepak dengan course mates korang kat cafeteria Taman Wetland ni. Sambil-sambil makan korang boleh lah tengok pemandangan sekeliling ni yang cantik. Ada jeti, dan sambil-sambil makan boleh jugak tengok orang berkayak, main paddle boat and cycling kat area situ.



So apa yang menarik bagi orang yang memang obses sangat dengan sukan rekreasi macam aku ni ialah, kat sini selain ada pakej Cycling kat keliling tasik Taman Wetland ni, korang jugak boleh amik pakej untuk Fishing, Paddle boating, Berkayak dan berkanu . Even though tempat dia agak terhad kalau nak dibandingkan masa aku pergi berkayak kat Outward Bound School Lumut dulu, dan aku pun bukan first time buat aktiviti semua ni, tapi for me it's not bad lah untuk tempat aku release stress fikirkan assignment yang berlambak lagi-lagi subjek Abnormal Behavior sebab Dr. Maznah mintak baca Diagnostic Statistical Manual (DSM-5) pastu pilih mana-mana mental disorders and present. fuuuhhhhh...! Baru masuk 2 weeks punya kelas dah stress, baki lagi another 12 weeks rasanya habis 1 putrajaya punya taman rekreasi aku visit agaknya. Heheee...So kat sini aku sempat jugak snap pic untuk pakej-pakej aktiviti rekreasi yang mungkin korang berminat lah kat Taman Wetland ni. 

1. PADDLE BOAT

2. KAYAK & KANU
3. CYCLING
So, pakej yang aku dan Ekin sebagai partner amik ialah Kanu - RM15 dan Paddle boat 3 sitter - RM10. Mungkin korang akan rasa, eleh 30 minit. Kejap giler, tak berbaloi naik. Fine! Cuba naik dulu, 15 minit kayuh pun dah tak larat taw? Selfie jer lebih atas air. Pastu orang sebelah jadi mangsa untuk kayuh dan aku jadi passenger. Kahkahkah. Kalau korang nak tahu, atas tasik Wetland ni ada 5 pulau kecik taw. Untuk paddle boating korang tak dibenarkan untuk kayuh sehingga ke pulau-pulau tu, sebab bahaya kan.  Dan korang jugak tak dibenarkan untuk kayuh boat tu sampai tepi tasik sebab nanti kat situ akan ada ramai orang memancing ikan. So main pusing-pusing jelah kat tengah-tengah tasik dan sorang kena control stereng boat sama ada nak ke kiri atau kanan. Mula-mula main tu pening jugak sebab tak tahu mana kiri mana kanan. Hahaaa.. Ingat stereng dia macam stereng kereta ker? Pergi sendiri dan alami, okay?

Pulau yang dimaksudkan.

See? Ni lah pulau yang aku cakap tadi. Dan our paddle boats memang terhad perjalanan sampai kat situ jer. Miahaahaa. Dah macam bebudak bawah umur pulak kena kawal macam tu. So apa-apa aktiviti air kat sini, korang kena pakai life jacket dulu for safety. Jangan risau. Harga setiap aktiviti yang korang main tu termasuk pakej life jacket sekali, okay? Gambar kat bawah ni adalah tempat pertama aku jumpa lepas turun dari kereta, BOAT HOUSE. So kat sini ada tampal semua pakej dan harga yang ditetapkan untuk korang pilih, dan lepas buat pembayaran di kaunter, boleh datang pilih life jacket and kalau korang main kayak atau kanoe, pengayuh jugak disediakan. 

Boat House tempat simpan life jacket .


                                                                                                                                                                                       Nampak tak semangat aku pakai life jacket and tunggu kat jeti? Rasa macam tengah gi melancong pulak, walhal kat Putrajaya jer pun. Selain daripada aktiviti yang aku cakap tadi, korang jugak boleh buat BBQ kat sini taw? Memang tempat tu khas dia buat untuk sesiapa yang nak BBQ kat tepi air. Bayaran kena tanya sendiri berapa harga, okay? So boleh lah pergi beramai-ramai untuk santai-santai kan. Kalau sesiapa yang takut nak buat aktiviti air macam ni, jangan risau. Kat sini ada ramai instructor jaga okay? And macam biasa lah sebelum main apa-apa aktiviti akan ada sedikit taklimat keselamatan. 



Since aku pergi dengan club members baru dan lama KOB, so kami amik pakej Berkayak untuk lelaki dan Kanoe untuk perempuan. Mengikut kata instructor sana, berkayak lebih selamat daripada kanoe sebab tendency kanu ni nak terbalik memang tinggi. Tapi memandangkan bilangan lelaki kami tak ramai dan kayak yang ada cukup-cukup untuk boys, so we alls terpaksalah amik kanu. Not bad okay? Lagi best, kami bukan setakat berkayak berkanu biasa, kami buat Treasure Hunt atas air. Wow! Mission kami adalah kena pergi kesemua 5 pulau yang ada, mendarat dan kumpulkan bola yang ada kat setiap pulau and jawab soalan yang diberikan. Teamwork tu penting as setiap kanu dan kayak ada 2 orang so bilangan kayak dan kanu sangat banyak. Berlaga kayak tu benda biasalah senang citer. 

Dah sampai kat darat bukan terus boleh jalan ke checkpoint terakhir. Ada lagi task di mana kami tak boleh pegang bola dengan tangan, so terpaksalah ikat bola tu dengan tali and hantar ke checkpoint terakhir. Team aku yang girls memang semangat habis lah sampai awal, pastu bila tengok boys.. Krik..Krik..Krik.. Eyh? Mana lelaki kumpulan kita? OMG! Rupanya dia orang sengaja berkayak sampai bawah jambatan, siap landing kat pulau lagi berehat bagai. Adehh! Keciwa kejap masa tuh. Beria lah aku ni kayuh kanu tu laju-laju dengan Ekin sebab nak menang. Menunggu mamat 2 orang tu punya pasal, group aku last dalam Treasure Hunt tu. Hahaaa. Lama sangat tunggu, penyudahnya aku nyorok-nyorok selamber badak pulangkan bola dan tali kat kaunter. 

And GAME OVER! -_-!



Amacam? Seronok kan bila pergi ramai-ramai? Masing-masing semua berlumba-lumba nak menang, panas terik macam mana pun kayuh jugak kanu dan kayak tu. Jam dah pukul 11 and masa tu baru nak mula aktiviti. So end up muka aku balik dari Wetland dah macam ayam BBQ hangus gitew sampai classmate tegur. Hahahaaa. So overall kat sini view dia cantik, angin sepoi-sepoi bahasa, facilities semua lengkap, cafeteria ada, dan paling penting aku cuma habiskan RM25 untuk transportation, Paddle Boat, Kanu dan makan! Hahaaa, havoc kan Kelab Outward Bounders UPM ni? Berminat? Sila datang booth kami semester depan pada minggu orientasi pelajar kemasukan baru atau pesta Konvokesyen hujung tahun ni. =D

Ahli Kelab Outward Bounders UPM. P/S: Jangan tegur muka aku! Hahaha


Sebelum balik, tengah santai-santai makan sempat lah itik warna perang 2 ekor ni posing depan aku. Apa lagi, curi snap lah gambar dia orang. Hikhikhik. Yang pondok atas air tu tempat rehat, and boleh lah picnic kat situ kalau nak. Dah macam melancong kat luar kan? So apa tunggu lagi, untuk makluman lanjut sila layari Taman Wetland Putrajaya atau hubungi 03-8887 7000 untuk pertanyaan. 








Thank you for reading.
Visit my Instagram: 
http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...