Friday, 20 March 2015

TIPS BELAJAR KALIGRAFI CINA

Assalamualaikum.

Last week aku ada joined satu pertandingan Kaligrafi Cina ni, anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Perak UPM. Dalam pertandingan tu adalah 3 kategori, kategori Pelajar Cina, kategori pelajar bukan Cina dan terbuka. So aku punya pendaftaran under kategori pelajar bukan Cina. Even aku pandai cakap Mandarin tapi sedar diri aku masih lagi Melayu okay? Kengkadang jer aku celaru identiti, nak ngaku mix karang tak ada rupa Chinese pun. Hahahaaa. So, setiap kategori actually ada perbezaannya taw. Even aku pernah belajar menulis Kaligrafi sebelum ni, tapi nak mudah menulis aku pun masuklah bawah kategori bukan Cina sebab words dia simple2. Hehee. 

Ekellehhh, rilex lah! Aku datang sebab nak merit jer pun, bukan nak menang. Hahaa. Lagipun dah dekat 8 tahun aku tak practice menulis benda alah ni. Sekali sekala dapat feel masa zaman sekolah Cina dulu balik pun ok what. Plus aku punya Brush and Ink pun tah ke mana aku campak. Rindu giler moment masa memula belajar Kaligrafi dulu taw. Siap wakil sekolah lagi okay? Kau hado..? Tolong jangan pandang aku sebelah mata sangat eryh? Ehem! Bajet hot jap tu yang beria promote diri, walhal tu zaman sekolah rendah punya ceriter jer pun. Hiks!

lurvealoevera.blogspot.com

Disebabkan ada sorang junior Chinese aku ni beria pujuk aku untuk beli tiket dia since setiap orang kena jual at least 5 tiket, maka aku dengan hati yang tak berapa nak rela pun belilah tiket untuk event Malam Gong Xi KTP ni. Lalalalaaa. Tapi apa yang bagus event dia orang ni, RM5 tu termasuk cupon RM3, pendaftaran pertandingan kaligarafi dan malam persembahan. So senang sekali bayar semua event kau boleh masuk. So untuk peserta bukan Cina, kami dikehendaki menulis beberapa perkataan yang simple lah kecuali 2 last words kat bawah tu yang susah siket. Masa registration, kami dibekalkan secawan ink dan untuk brush boleh pilih nak yang mana. Then amik seat and tulis lah selama mana korang nak. Hahaa...

lurvealoevera.blogspot.com

So ramai orang tanya aku apa maksud ayat yang aku tulis ni? Actually ni macam sebuah pantun 2 kerat lah bak kata orang Melayu. Ayat-ayat berbunga yang menggambarkan suasana Tahun Baru Cina gitew. Macam kita selalu tulis ayat puitis lah time nak tulis kad raya atau SMS raya."Di hari mulia ini..blar blar blar.." Something like that okay? Bezanya masyarakat cina ni mostly akan menulis perkataan atau ayat macam tu dalam penuliasan Kaligrafi yang penuh nilai estetikanya dan kita pulak jarang tengok orang tulis ucapan raya dengan tulisan Khat. Paling koman pun nak nampak kelainan orang akan tulis dalam tulisan Jawi jer. 

Selalu kan kita nampak perkataan Cina yang ditulis pada kertas merah dengan dakwat hitam time Tahun Baru Cina? Ada yang tampal buat perhiasan rumah lagi. Actually Kaligrafi ni ada jenis-jenis dia, maksudnya kat sini bentuk penulisan tu ada small, medium and large. Dalam bahasa Mandarin aku tahu, tapi bila nak translate dalam bahasa Melayu balik, adeh! Pelik nau bunyinya! Pening otak aku jap. Kenapa ada small, medium and large nih? Haaa, itu bergantung kepada tahap ketebalan brush yang korang guna lah. Aku sempat belajar sampai medium part jer masa sekolah menengah. Sedih jugak lah sebab bagi aku tulisan kaligrafi paling cantik ialah LARGE. Barulah nampak aura makna setiap perkataan di sebalik seni kaligrafi tu sendiri.

lurvealoevera.blogspot.com


See? Kat kiri aku ada sehelai kertas putih tu kan? Haaa, yang itulah perkataan ditulis untuk kami tulis semula dalam bentuk kaligrafi. Ehem! Jangan tanya kenapa aku tulis buruk okay? Dah bertahun aku tak pegang brush kaligrafi ni taw, tapi ingat lah siket mana ilmu yang cikgu cina aku ajar dulu. So, dah alang-alang aku tulis entry berkenaan kaligrafi ni kan, aku nak share lah sikit kan tips mudah nak belajar menulis Kaligrafi ni yang mana aku ingat lah kan. heheee. Senang jer sebenarnya. 

TIPS MENULIS KALIGRAFI CINA:


1. Sediakan berus kaligrafi.
- Berus kaligrafi Cina ni actually ada banyak jenis. Untuk orang Islam, sebelum buka penutup berus dan menyentuh bulunya, make sure tanya dulu owner kedai itu bulu apa. Bukan semua bulu berus kaligrafi cina yang kita halal pegang taw. Please take note sebab ada certain brush yang menggunakan bulu khinzir, bulu musang, bulu kuda dan ada juga yang guna bulu kambing. Dan diameter atau ketebalan berus bergantung kepada jenis kaligrafi yang korang nak belajar. Harga berus kaligrafi ni tak mahal pun, paling murah RM1.20 jer kat kedai stationary. 


2. Sediakan dakwat.


Google
- Untuk dakwat pulak, korang boleh beli sama ada yang botol kaca atau botol plastik. Nak jimat belilah botol plastik. Tapi risikonya ialah kalau tak tutup ketat, dakwat akan cepat kering dan botol mudah kemik kalau terjatuh. Let say kalau korang beli botol kaca, dia lebih tahan lama dakwatnya even tak guna. So tak kiralah botol kaca atau plastik, cara nak guna ialah masa nak mula menulis nanti, make sure dakwat dituangkan ke penutup botol supaya tempat pemegang berus which is batang buluh yang paling dekat dengan berus tu tak comot lah. Tak adalah nanti tengah menulis habis ink meresap ke kuku kan. 

Hahaaa, dulu zaman sekolah aku degil tak dengar cakap selalu jadi camtu. Cikgu datang pantau baru sesak cari kertas nak lap batang berus tu. And one more, after you guys dah celup bulu tu dengan ink, make sure ink yang nak ditulis adalah ink pada bulu yang basah sahaja. Sebab kalau korang celup sampai dakwat nak meleleh dan terus tulis, hasilnya korang akan nampak kertas yang bertompok-tompok dengan dakwat yang meleleh dan tulisan akan menjadi 2 kali ganda besar sampai buku pun tak muat nak tulis. Kahkahkah.

3. Sediakan surat khabar
- Surat khabar yang banyak berfungsi sebagai pengalas meja kita masa menulis kaligrafi sebab surat khabar akan meresap ink yang meleleh dan kering terus berbanding kita gunakan kain. Dan fungsi surat khabar ni jugak penting sebagai tempat kita untuk practice menulis perkataan-perkataan yang diberikan sebelum mula menulis ke dalam buku atau kertas merah tu. Dengan cara macam ni barulah kita tak tersalah tulis atau terlajak saiz tulisan masa penulisan sebenar.

4. Cara memegang berus.
http://guruhdimasnugroho.blogspot.com/2013/04/resep-sehat-seniman-senior-pelukis.html
google
- Actually nak menulis kaligrafi cina ni ada bezanya cara memegang brush kaligrafi dengan brush lukisan. Brush kaligrafi ada tekniknya iaitu berusnya haruslah disendengkan sedikit dan cara memegangnya mestilah 3 jari di hadapan (telunjuk, hantu dan manis) and ibu jari dan kelingking mestilah di belakang. Contoh boleh tengok Seniman Kaligrafi Cina daripada Bondowoso, Leo Sugiarto ni menulis. 


5. Tulis Step-by-step. 
- Setiap tulisan Cina ada simbol dia tersendiri dan setiap simbol ada cara penulisannya sendiri. So before korang mula menulis kaligrafi, nasihat aku untuk mereka yang baru kenal perkataan cina ni ialah belajar menulis dengan pen dulu. Amik feel dulu menulis tulisan cina ni then baru mula menulis dengan dakwat. Kenapa aku sangat menekankan cara penulisan atau dalam bahasa mandarinnya "Bi Hua" , sebab kalau urutan penulisan simbol korang berterabur, korang punya hasil jugak akan nampak sangat pelik. Aku yang dah lama belajar menulis tulisan Cina ni pun kengkadang tak ingat urutannya. So apa korang boleh buat ialah cuba cari dalam buku-buku asas penulisan Cina atau buku-buku tadika yang memang banyak diajar cara menulis step-by-step atau google jer mudah. Sebenarnya tulisan Jepun dengan Mandarin ada siket persamaan yang mana ada certain words memang sama maksudnya cuma bunyi jer lain. 

Google

lurvealoevera.blogspot.comKesimpulannya, so senangkan nak tulis kaligrafi Cina ni? Peralatannya pun murah sangat, so semua orang mampu belajar asalkan ada minat yang mendalam dan sabar. Kaligrafi Cina ni banyak memupuk dalaman aku untuk lebih sabar sebab kalau aku terburu-buru nak siapkan, nanti mulalah comot sana, tertumpah sini. Hahah. Plus korang kena fokus dan pandai estimate size tulisan korang supaya tulisan berdakwat korang muat dalam kotak buku kaligrafi yang disediakan atau kertas merah yang siap dilipat, besides kita boleh prevent the ink daripada meleleh ke kotak lain sampai cacat tulisan.

So untuk pertandingan Kaligrafi ni aku dapat lah jugak sijil penghargaan. Cukuplah buat penuhkan fail sijil aku sepanjang buat degree ni. Hiks! And hopefully info yang tak seberapa ni ada manfaatnya lah untuk memberi korang inspirasi untuk cuba cungkil bakat terpendam dalam bidang kaligrafi ni kan. Aku pun masih lagi di peringkat pembelajaran. Hasrat aku akan datang, kalau diberi peluang dan ruang aku nak cuba belajar kaligrafi Khat pulak. Yang tu lagi menarik rasanya. =)




Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera


2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...