Tuesday, 10 March 2015

UNIFORM PARADISE

Assalamualaikum.

Last 2 weeks aku dengan 3 orang lagi rakan Persaudaraan Pengakap Raja Pahang keluar untuk survey uniform Pengakap yang standard untuk Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Penyampaian Sijil Di Raja Pengakap Raja yang akan berlangsung tak lama lagi. Since kami ni dah senior, so uniform tu memang dah lusuh lah senang citer an. Well, bukan selalu pun ada big international event, that's why macam liat jer nak habis duit beli uniform baru. Miahahaah....Ada lagi kesian siap hanyut dibawak banjir uniformnya. Heee... Aku pun 2x5 jer tak payah ngata senior lain lah pasai banjir. >_<

Dengan bantuan ihsan Syed Sabri (senior aku yang kerja nurse sekarang) dan Faiz Syahidan (senior aku yang havoc biznez apam balik dia sumpah aku tak tipu sedap gilos!), maka aku dengan sorang lagi senior, bakal cikgu yakni akak angkat aku pun sama-sama lah jelajah area Selayang untuk shopping. So, our target is UNIFORM PARADISE di mana lokasinya adalah dalam Selayang Capital Mall. Mall dia memang nampak macam mall yang tengah berkabung lah, hahaaa. Scary sebab jarang jumpa mall yang tak baper nak hidup macam tu. Tapi tak sangka ada sebuah kedai ni yang memang menjadi kegilaan orang-orang pengakap macam aku nih!


UNIFORM PARADISE SDN. BHD.

Mr.Alex Lai Kam Fai

Lot 2.57, Kompleks Selayang Capitol, Lebuhraya Selayang-Kepong, 68100 Batu Caves, Selangor.
Untuk makluman lanjut, boleh layari laman web rasminya,  www.uniformparadise.com.my . Atau untuk tempahan uniform dalam kuantiti yang lebih banyak, boleh hubungi direct kepada pemilik perniagaan tu sendiri, Mr. Alex Lai Kam Fai di talian 017-2233001 / 03-61283770 . Email : uniformparadise@gmail.com . 

Antara yang dijual dalam Uniform Paradise selain pakaian unit uniform seperti pengakap, puteri Islam dan bomba, kat sini jugak ada jual produk lain like baju korporat, headwear, jacket, seluar, T-shirt dan souvenirs. Kira macam one stop center lah. Besides bagi mereka yang obses dengan Pengakap ni terutama pemimpin-pemimpin atau abam kakak Pengakap Kelana kat luar sana yang sukakan accessories, kat Uniform Paradise ni pun ada jual macam-macam barang, for example badges, beret, books, bowler hat, car crest, epaulette, first aid kit, flags, forage cap, gears, headwear badge, jacket cover, scout cord and so on lah.


UNIFORM




Untuk pakaian uniform pengakap, Uniform Paradise menyediakan 2 pilihan buat korang. Ikut kemampuan kewangan masing-masing, boleh pilih nak uniform kain tebal atau kain biasa. Last time aku beli Scout Uniform perempuan poket bawah kain tebal, harganya RM65 and sehelai seluar biru gelap harganya RM35. Kat sini bukan setakat Uniform Pengakap darat jer dijual taw? Bagi sesiapa yang Air Scout atau Sea Scout tu, pun boleh pilih nak material tebal atau nipis. Ikut keselesaan dan kemampuan memasing, okay?

So kalau total up kos aku beli lengkap daripada uniform, seluar, skaf, wogel, Forage Cap, lencana-lencana dan stoking, harganya adalah RM144 sahaja. Haahaaa... Nampak macam mahal kan? Actually kain dia sangat berkualiti dan tahan lama serta lasak yang paling penting. Untuk lelaki korang beruntung, coz harga uniform untuk short sleeves and long sleeves adalah berbeza. Makluman lanjut boleh layari laman web www.uniformparadise.com.my .





Let say korang dah beli uniform dan lencana-lencananya, kalau tahap kemalasan korang nak ukur dan jahit lencana tu sampai takat maximum pun dun worry, kat Uniform Paradise ni ada tailor dia. Dia punya skill menjahit, kalah aku weyh! Aku pun tak pandai guna mesin jahit. Hahaaa. Wanita moden sibuk mengejar kerjaya lah katakan. Ehem! So 5 minit jer dah siap jahit semua lencana aku that day. Lencana keahlian, Malaysia, lencana Pengakap Raja, negeri, nombor kumpulan. Haaaa, mudah kan kerja aku? Kalu dia orang buat perkhidmatan gosok baju pun nak jer rasa aku mintak dia orang gosok terus. Kah..kah..kah... 

Kasut standard PVC bertali untuk majlis rasmi.


CORPORATE WEAR

Sejujurnya aku jarang jumpa orang pakai baju korporat pengakap. Hahaaa. Nampak tak betapa jakunnya akak pengakap raja kau ni dek? Well, ada hikmahnya lah kami keluar cari baju that day. Barulah celik akal sikit tengok baju korporat orang. Hengat kat unibersiti jer ada baju korporat yang buat mahal-mahal tapi tak pakai ?Oppps! Heehee..

Untuk baju korporat, setiap unit uniform ada tersedia design nya sendiri. Uniform Paradise turut memberi korang ruang dan peluang untuk memilih hampir 30,000 stock designs dimana korang bolah integrate sendiri dengan Corporate name or event. Something good kat Uniform Paradise ni selain harga barangan dia yang sangat berpatutan, kedai pakaian terbaik ni jugak menyediakan satu tool yang memberi korang peluang untuk directly upload logo yang korang nak ke website  www.uniformparadise.com.my and view your artwork instantly on any of their vast collection of products. Kelebihan kepada buyers kat sini ialah kita boleh purchase anything mengikut kehendak hati kita since we already choose our products with our own logos and can also view our design on any product that suit out choices before purchasing them a single piece.

So senang citer kat sini, bagi cikgu-cikgi atau student yang aktif unit uniform ni tertanya-tanya mana nak cari uniform korporat untuk unit uniform korang, boleh lah datang ke Uniform Paradise ni. Macam-macam ada taw, baju korporat kedet polis, pengakap, bomba, puteri Islam and so on lah. Barulah gah sikit dengan unit uniform korang bila dah ada baju korporat sendiri kan.



SOUVENIRS

Model beg sementara
Macam akak aku punya beg ni, namanya ialah Beg Duffle WOSM dan harganya cuma RM25 jer. While beg yang Sabri ni beli pulak namanya Beg Sandang Ungu dan harganya jugak RM25 sahaja. Bukan 2 jenis bag ni jer taw dijual? Korang akan jumpa lagi beg-beg yang ada logo Pengakap macam Beg Laptop Pengakap, Toiletry Pouch, Waist pouch, Folder Backpack Blue (RM20) dan Coleman Sunrise Sleeping Bag Red yang berharga RM79 dan Folder Bag Red. Tak silap aku hari tu ada beg kamera siap logo Pengakap lagi taw? .Kalau korang tengok kat www.uniformparadise.com.my ,di bahagian SHOP-SOUVENIRS, ada banyak lagi cenderahati yang dijual berserta harga. Antara souvenirs yang jarang jumpa atau dijual terutama masa international jamboree ialah:

Collar Pin BP (RM4)
Skaf APR Green (RM10)
Jam tangan emas (RM50)
Jam tangan Perak (RM50)
Colar Pin set 4pcs (RM10)
Badge Zonice Rovers (RM4)
Beg Laptop Pengakap (RM75)
BP Bagge steel woger (RM15)
Souvenir BP Hat small (RM15)
Wogel Thailand BP Gold (RM15)
Gegelang Pengakap Set 3PCS (RM5)
Tali leher pengakap logo Perak (RM45)
Tali Leher Pengakap logo Emas (RM45)
Tie Pin BE PREPARED logo Emas (RM10)
Umbrella Pengakap gold colour 24inch (RM15)




ACCESSORIES


Untuk bahagian accessories pulak, Uniform Paradise menyediakan berbagai-bagai jenis perhiasan tambahan pada uniform korang. For examples, badges, beret, books, bowler hat, car crest, epaulette, first aid kit, flags, forage cap, gears, headwear badge, jacket cover, selembeng, scout cord and trainer.

Yang bowler hat akak aku ni pakai namanya Scout Bowler Hat pemimpin atau Kelana. Harganya RM 50 while forage cap biasa aku pakai tu pulak harganya RM20.

Klik www.uniformparadise.com.my jika anda berminat nak beli bowler hat ni okay?


Kesimpulannya, buat semua kenalan Pengakap saya, atau pemimpin-pemimpin Pengakap, atau adik-adik yang berminat dengan pengakap, jom datang ke Uniform Paradise untuk shopping? Tak jauh pun, dekat Selayang Capital Mall jer. Atau kalau anda kekangan masa, boleh layari laman web rasmi Uniform Paradise di www.uniformparadise.com.my . Sekiranya korang beli dengan jumlah yang banyak,potongan harga diberikan. Total kami 4 orang belanja hari tu dalam RM 500 ke atas. Hahaaa.. Semoga majlis kami dipermudahkan since uniform semua dah tukar baru kan. Kikiki...



Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera


GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...