Friday, 10 April 2015

10 TIPS MUDAH ATASI STRESS KETIKA PENAT


Assalamualaikum.

Lately badan aku terasa exhausted giler-giler. Siang attend kuliah, amali, sesi kaunseling, meeting and so on, Malam pulak kerja part time sampai 10pm. Jumaat sampai Ahad lagi penat 8 jam kerja. Lagi best selama waktu kerja, sepanjang masa tu lah aku kena berdiri dan berjalan. Let say I work for 8 hours that day, it means that 8 hours I don't have the chance to sit except my rest time. Fine. Balik kolej mandi-manda and solat, terus tidur macam orang tak sedar diri. And the next day, my lectures from Monday to Thursday at 8am. Nak tak nak kena jugak bangun pergi kelas even muka dah macam Zombie kampung Pisang. Everyday just like that, 7 days per week. So you see, betapa penatnya rutin aku semester kali ni. So entry aku untuk sem ni tak ada lagi update pasal event-event atau program best-best as I'm now already doing my part time job to earn money and experience as well. Heee! Nampak tak betapa kalibelnya aku? *angkat bakul sndiri*

Tahukah anda? Selfie juga merupakan salah satu terapi atasi tekanan. Hikhikhik. -LURVE ALOEVERA
So, in order to overcome my stress working and study, I've implemented these 10 steps below and Alhamdulillah. Penat tu ada, tapi stress itu berkurangan. Macam yang biasa kita dengar kan, punca stress ni banyak. Mungkin ada dalam kalangan kita yang stress sebab masalah pekerjaan ke, masalah dalam perhubungan, masalah kewangan, sunyi, masalah kesihatan atau mungkin tekanan daripada teman pejabat, jiran, coursemates atau kolej kan. So atas punca-punca macam ni lah yang membuatkan kita jadi cepat letih, mudah tersinggung atau marah dengan orang sekeliling, bertindak secara agresif, hilang fokus, jadi pelupa, sakit kepala, perut, cirit-birit, sakit dada, mata pedih atau merah and so on lah. Itu secara general nya okay? Macam aku pulak kalau stress, automatik jadi pedih ulu hati. Haaa, itu petanda aku ada gastrik rite? But how come dalam sehari dari celik mata sampai nak tidur boleh jadi heartburn tiap masa kan? Walhal makan dah berpuluh kali ni. So I assume that as stress. Okay? 

1. SUPPLEMENT SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN


Memang menjadi amalan aku dari kecik kena makan Vitamin C sebab aku ni antara manusia yang banyak sangat masalah yang melibatkan kulit, for examples seafood allergy, kulit kering akibat dehydration and penglupasan kulit akibat penggunaan bahan kimia. That is why aku perlu mengambil supplement macam ni sebab kalau tak lagi aku tertekan bila tengok kulit semakin hari semakin kering. So atas nasihat pharmacist, bagi mereka yang ada masalah gastrik macam aku, korang disarankan supaya mengambil hanya 250mg sahaja supaya perut tidak mengalami lebihan acid, okay? And glucose ni biasanya atlet jer yang akan consume but since aku memerlukan tenaga yang lebih untuk maintain stamina belajar (average 4-6 jam sehari) dan bekerja sambilan (4-8 jam sehari), so I consume this product also. Dulu aku pernah jugak cuba-cuba  minum Shake produk Herba Life tu, but atas nasihat doktor aku diminat supaya berhenti consumed since produk tu tak serasi dengan biology badan aku. Muahahaha. Menurut pembacaan aku, Vitamin C sangat bermanfaat untuk mengawal kebiasaan mengambil makanan bergula. Plus, Vitamin C semula jadi banyak ditemui dalam buah oren dan buah kiwi. So kalau korang rasa tak nak amik Vitamin, it's okay. Korang boleh gantikan dengan pengambilan jus buah-buahan atau makan terus senang.


 2. TUKAR PEMAKANAN TIDAK SIHAT ANDA.


Sejujurnya aku dulu suka sangat makan junk food, especially yang cheezy like Twisties, Chachos and Cheezel. Yeah, sedap giler kan sampai hari-hari aku wajib beli walaupun sebungkus Chachos jer dah dekat RM4.00. Mana tak duit cepat habis. Lol! But then one day ditakdirkan aku jumpa lah sorang brother ni yang buat Ph.D dalam bidang kosmetik masa aku tengah survey produk untuk penjagaan muka. And he said muka aku berminyak and salah satu faktor penyumbang kepada masalah kulit muka aku tu ialah pengambilan junk food yang berlebihan. Fine. Daripada happy hari-hari makan junk food terus bertukar jadi stress. Sejak hari tu aku nekad nak berhenti makan junk food. Kalau tak tahan sangat nak makan, aku belilah makanan yang lebih sihat macam Yogurt ni sebagai penggantian. Cewaahhhh! Konon mengharap muka lebih flawless macam Fatin Liyana lah kan sebab dah ubah gaya pemakanan yang sihat. Kikiki. So actually banyak benefits kalau korang tukar gaya pemakanan yang lebih sihat. For examples, masalah kulit muka berjerawat dan berminyak boleh diatasi, berat badan pun terkawal sebab kalori pada junk food ni actually lebih banyak taw berbanding korang amik nasi sepinggan. So bila berat badan korang terkawal and muka pun bebas minyak dan jerawat, dalam masa yang sama korang actually dah reduce stress di situ. Kurang satu perkara untuk dirisaukan especially for girls. 

Menurut satu article dalam majalah kesihatan RAPI, Yogurt rendah lemak actually sumber yang baik dan sihat dari segi protein dan kalsium which is very helpful for our body metabolism. Satu kajian mendapati someone yang mengamalkan diet yogurt rendah lemak mampu 2 kali lebih cepat kurangkan berat badan. Ini kerana dia orang dah dapat sekurang-kurangnya 1200mg kalsium sehari berbanding yang kurang mendapat kalsium. Jadi kepada mereka yang nak turunkan berat badan, tak payah spend banyak duit beli produk langsing mahal-mahal. Yang penting ilmu, disiplin dan amal. Okay?


 3. KURANGKAN REGANGAN OTOT.


Bila penat, otot-otot bahu dan kaki mesti tegang kan? Lagi-lagi orang busy mengalahkan perdana menteri macam aku ni, langsung tak ada masa nak bersenam. Cewahhh! So apa yang aku buat untuk kurangkan ketegangan otot ni ialah, setiap malam sebelum tidur I'll make sure untuk sapu lotion ni kat bahu, pinggang, perut dan kaki dan urut sikit tempat-tempat yang tegang tu. Untuk pengetahuan, lotion Mustajab ni tak berminyak taw and paling penting mudah menyerap. Tapi it's up to you lah, korang boleh pilih lah nak lotion jenama apa dan scent apa. Bunga Jasmin ke, bau limau atau serai ke. Ikut kesukaan dan keselesaan masing-masing. Ada orang tak suka bau ubat macam minyak Afiat tu. So let say kalau lotion Mustajab aku ni out of stock, aku akan gantikan dengan Almex Yoko-yoko atau tampal koyok ke tempat-tempat yang sakit. Biarkan badan rasa berangin and lama-lama akan jadi berpeluh. And the result is awesome! Bangun pagi akan terasa segar giler. Habis bengkak-bengkak kaki penat jalan and bengkak pinggang penat duduk tu hilang okay? Macam aku pulak personally kalau dah sapu lotion Mustajab atau tampal koyok dan sebagainya and the next morning, aku mudah untuk buang air besar dan segala angin akan dikeluarkan melalui sendawa. So bila badan kurang sakit, stress pun berkurangan. Simple, selamat beramal!


4. COKLAT ANTARA MAKANAN RANSANGAN HORMON BAHAGIA.


Memang menjadi kebiasaan aku dari kecik bila stress, penat, tengah marah atau sunyi, I used to eat chocolates. Awesome okay kalau dapat coklat. Daripada nak nangis terus cancel nak nangis. Daripada nak marah terus hilang perasaan amarahnya. Wow! Nampak tak betapa coklat ni penting untuk aku? Selain dapat kawal diri daripada marah, aku pun dapat benefit untuk kurangkan stress. Jadi terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa coklat ni mengandungi phenylethymine, yang secrete endorphin iaitu elemen yang boleh buat kita happy. Besides, aku ada terbaca dalam majalah kesihatan yang mengatakan coklat terbukti dalam membaiki daya kognitif pemikiran manusia. So the darker the chocolate, the greater the effects on our brain. Orang yang mengambil coklat jugak dikatakan mampu mengurangkan risiko Alzheimer and also can enhance our mood faster. Coklat ni dikatakan mampu merencatkan perembesan hormon stress, selain dapat meningkatkan penghasilan endorfin yang sekaligus menaikkan aras serotonin untuk keceriaan sepanjang hari. Fine, very scientific kan? Just ignore kalau tak paham. Yang penting, makan coklat boleh buat korang lupa kejap stress tu okay? Hiks! So you see? Jangan stick sangat mindset tu mengatakan makan coklat boleh buat kita gemuk. Actually it depends on how much you consume it.


5. RAWATAN MUKA HANYA DI RUMAH


Iklim sekarang yang panas terik sangat tak elok untuk kulit kita sebenarnya. Pancaran UV yang tercemar ni boleh memberi risiko kita untuk terdedah kepada kanser kulit kalau tak dijaga. Lagi-lagi yang bawak motor macam aku pergi kuliah dan kerja, asap kenderaan of course melekat kat muka ni then jadilah tompok-tompok blackhead. Bertambah pulak satu masalah bila nak fikir cara nak atasi masalah kulit muka macam ni. Guna pencuci muka jer tak cukup. 

So untuk cut cost dalam penjagaan kulit muka, korang boleh buat masker sendiri guna bahan-bahan semula jadi macam pisang ke, timun atau tomato. Lenyekkan dan sapukan kat muka. Biarkan selama 20 minit dan cuci. Wow! Kalau kat rumah cuti semester ni hampir setiap minggu aku buat. Guna putih telur lah, susu, serbuk teh, buah-buahan, air beras. Tapi bila dah balik kat setting study dan kerja, aku dah tak bolehlah kerap sangat buat facial mask ni sebab kekangan masa yang mengalahkan perdana menteri tadi tu kan? Hiks! Jadi setiap kali kalau aku singgah Watson atau Guardian, aku akan carilah face mask dengan nose strip ni. Face mask yang menjadi pilihan aku ialah daripada tumbuhan Aloevera that's why aku digelar Lurve Aloevera. Muahahahaa. While untuk nose strip aku akan cari yang ada charcoal kalau boleh untuk buang whitehead kat hidung, dagu dan pipi. Ini memang menjadi amalan aku sejak duduk matrikulasi dulu lah. Bukan nak kata kulit aku ni flawless pun, cukup lah sebagai self reward kan.  


6. ATASI STRESS DENGAN MEMASAK DAN FOOD HUNTING


Tabiat aku kalau kat rumah, bila stress aku suka ke dapur. Bukan untuk makan, tapi memasak!! Yeah! So apa aku cuba masak ialah resepi pastries lah terutamanya. Zaman kan dah canggih, resepi semua google dalam internet. Bila kek yang dihasilkan ada yang batat, ada yang macam waffle padahal niat asal nak buat kek. Pastu google resepi puding, tapi aku pergi modified kengkonon nak bagi sedap tambah itu ini, end up rupa puding pun tak nampak tapi rasa sedap. Fine, nampak tak kat situ aku memang tak boleh diharap? Dalam seminggu tu telur sesarang pun aku boleh habiskan tapi hasil tak nampak. Bila dah siap tengok cookies dah rupa macam lempeng mula tergelak sorang-sorang. Malu nak amik gambar upload kat Instagram padahal hampir setiap minggu aku cuba resepi baru. I think ini antara cara yang sihat untuk mengatasi stress. Yeah, aku dah salurkan segala tenaga negative dalam makanan tu sampai semua aku masak serba tak kena. Hahaa. Tapi lauk pauk aku masak okay pulak, tak pernah tak menjadi. Adeh! Benda manis-manis aku suka makan ni lah aku tak pandai buat. 

Tapi kalau aku kat universiti pulak, aku suka food hunting. Yelah, kau nak masak kat mana dah stay kolej kan? Hehee. Nak food hunting pun sila tengok kemampuan yea adik-adik. Sekali-sekala reward diri pergi food hunting tak apa lah. Since tempat kerja aku tu selang sebuah kedai dengan restoran Larva Grill House, so aku amik lah kesempatan 2 minggu sekali untuk cuba setiap makanan kat situ. Harga still affordable. Imagine you makan Beef Steak yang dalam tu ada coeslow, jagung bakar, 5 keping daging yang grilled dengan fries yang banyak, semuanya dalam sepinggan besar dengan harga RM10 sahaja. Makanan dalam gambar kat atas tu pulak ialah Carrot with Broccoli yang disimbah dengan kuah keju, harganya cuma RM4 dan rasanya sangat lembut dan sedap. Mana mau cari makanan murah dan banyak untuk western food macam tu kak? Nikmati lah makanan anda senikmat-nikmatnya supaya anda boleh lupakan sekejap stress di kepala tu.

Tips makan di luar: 
1. Pilih hidangan daging, ikan atau ayam yang dimasak secara panggang, bakar, gril atau rebus.
2. Pilih hidangan dengan melebihkan sayur-sayuran.
3. Asingkan sos daripada lauk.
4. Minta makanan dimasak tanpa perisa tambahan seperti MSG atau garam
5. Makanan yang dihidang dalam saiz yang kecil atau berkongsi hidangan.
6. Pilih minuman tanpa gula atau air kosong.


7. DETOXIFICATION.


Since pagi aku study, petang sampai malam aku kerja, so masa aku memang tak ada untuk bersenam. Even kat tempat kerja 8 jam berdiri dan berjalan pun tak keluar peluh langsung since gift shop tempat aku kerja tu dalam aircond. So antara cara yang aku gunakan untuk detoxification process menggantikan senaman yang mengalirkan toksik dalam bentuk peluh ialah dengan Foot patch detox plaster yang harganya berbeza mengikut jenama di pasaran. Macam yang dalam gambar ni, ada 5 pasang dan harganya cuma RM10 sahaja. Boleh cari di kawasan yang ada jual. Fungsi produk ni selain membantu mengurangkan sakit sendi yang kita akan alami tiap kalau stress, detox plaster ni jugak membantu mengawal kesakitan senggugut, mencegah badan dan kaki berbau, mengurangkan tekanan sakit kepala, menghilangkan lenguh-lenguh badan dan paling best dia membantu you alls untuk mengatasi masalah jerawat, resdung, panau dan kurap kat badan. See? Sangat berguna kan produk ni? Tapi aku nak ingatkan kat sini, dilarang sama sekali bagi ibu mengandung, mereka yang tapak kaki atau tangannya berkudis dan bernanah serta bagi penghidap sakit jantung untuk memakai produk ini, okay?

Arahan Penggunaan:
1. Basuh tapak kaki dahulu sebelum memakai produk ini.
2. Minum segelas air untuk menggalakkan peredaran darah dalam tubuh.
3. Cuci kaki daripada sebarang kekotoran, habuk dan lembapan air. 
4. Waktu tidur yang baik antara 8 jam sehari.
5. Gunakan hanya pada waktu tidur bagi mengelakkan banyak berlaku pergerakan tapak kaki.
6. Kawal pemakanan dan tidur yang baik bagi mendapatkan kesan yang memuaskan.
7. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, sila pakai stoking pada waktu memakai produk ini.
8. Gunakan setiap hari agar anda dapat menikmati kesihatan tanpa toksin sepanjang hidup anda. 


8. FIKIR POSITIF



Kalau ada kesempatan untuk bercuti, keluar lah bercuti. Ambil masa untuk rehatkan diri dan tenangkan fikiran. Let say you all busy giler-giler asyik keluar outsation program sana sini, cuba amik kesempatan untuk bekerja sambil berehat. Semua orang memiliki stress masing-masing tapi dengan adanya sikap positif dalam menghadapi stress can actually prevent you daripada penyakit. So jangan bebankan otak dan tubuh korang fikirkan segalanya adalah kerja dan kerja. Jom ubah mindset kita? Aku pun kengkadang kalau tengah stress serba-serbi rasa tak kena. Lepas tu mulalah nampak simptom stress then lagi bertambah stress. Hahaa. Let's list down apa yang membuatkan kita runsing sampai stress. Sometimes kita terlalu memikirkan dan risau dengan perkara yang belum terjadi. So, dah sampai masa kita kena format mindset kita supaya delete mana yang tak perlu difikirkan. 


9. BLOGGING ITU HOBI AKU.


Setiap orang ada hobi dia masing-masing, rite? Bila kita penat dan stress, secara tidak langsung motivasi diri kita akan drop jugak actually. So apa aku buat kalau mood aku down ialah, duduk sorang-sorang and bukak blog sendiri dan baca. Hahaaa. Weird kan? That's why aku suka share tips-tips bukannya sebab aku nak tunjuk aku pandai or what-so-ever , tapi sebab whenever aku rasa down, aku akan bukak balik entry mana yang aku perlu dan baca. Yeah, mood masa tu terus sampai peak point dah. Hahaa, tambah pulak minum secawan white coffee panas yang memang peberet aku dari matrikulasi sambil baca ayat dalam penulisan blog aku yang lintang-pukang.. Mmmmmmm... Nikmatnya quality time macam ni. So it depends on you macam mana nak manage stress tu actually. Gaming ker, lepak dengan kawan-kawan, tengok movie. Sila ikut kemampuan okay? Bagi masa kat diri untuk rehat dengan caranya tersendiri. So that you can stay motivated without stress. 


10. LIMA SEBAB JANGAN DUDUK SAJA.



Antara 5 sebab kenapa korang jangan malas untuk bangun dari tempat duduk:
- Picu masalah psikologi seperti tekanan, keletihan melampau dan mudah putus asa.
- Tingkatkan risiko kanser
- Meningkatkan pembekuan darah
- Menyebabkan aliran gula dalam darah terganggu
- Sebabkan masalah sakit belakang yang berpanjangan

So, instead of korang duduk depan lappy 24 jam online facebook, tengok youtube, update Twitter, stalk Instagram orang sana sini, lebih baik korang keluar dari comfort zone tu dan buat aktiviti yang best. Maybe korang boleh keluar cycling ke, berkayak, jalan-jalan amik angin kan? Let say korang busy giler sampai tak ada masa untuk diperuntukkan untuk aktiviti yang melibatkan pergerakan otot macam ni, korang boleh gantikan dengan perbanyakkan berjalan. How? Caranya mudah. Cuba park kereta atau motor korang jauh-jauh. So untuk ke dewan kuliah atau tempat kerja, then bolehlah korang berjalan sambil regangkan otot-otot badan tu. Simple. Kalau ada tali skipping lagi senang. Dalam bilik pun boleh skipping sebelum ke tempat kerja. 


Jadi kesimpulannya, banyak lagi cara atau kaedah yang disyorkan untuk kita kurangkan stress disamping menjaga kesihatan badan sebenarnya. Minum air masak banyak lah, bersenam, perbanyakkan senyum, tidur secukupnya, elakkan konflik dengan orang terdekat and jangan tangguhkan kerja. So apa yang aku share ni cuma part of apa yang aku selalu lakukan untuk sentiasa kekal aktif tanpa stress. Yeah, memang kadang-kadang aku nampak stress. Tapi at least I try my best to appreciate and care bout myself. Lagi-lagi orang yang mudah dapat penyakit macam aku ni, gastrik ada, elergik ada, migrain ada, asma ada. Lagi perlu tekankan pasal pengurusan stress ni.

Jadi mana yang korang rasa berguna , bolehlah apply. Amik supplement, amalkan gaya pemakanan yang sihat, guna lotion badan, makan coklat, buat rawatan muka sendiri, memasak dan food hunting, detoxification, fikir positif, blogging and perbanyakkan pergerakan badan. 
Selamat mencuba! =)


Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...