Wednesday, 15 April 2015

5 CARA BELAJAR BAHASA MANDARIN

Assalamualaikum.

Ramai yang tanya aku, macam mana boleh pandai cakap cina? I mean, more on Mandarin. Dulu masa sekolah rendah and menengah, rasa tak ada langsung orang peduli atau excited jumpa budak Melayu pandai cakap cina. Nak kata mak bapak aku ada mix Cina, tak pun. Sebab kat tempat aku, Indian pun pandai cakap fluent Mandarin. Inikan pulak Malay. Kalau kat sekolah, mana-mana budak yang pandai cakap Mandarin ni, kami jarang communicate guna bahasa Melayu. Either English atau Mandarin. Just imagine budak Melayu, Cina dengan India cakap bahasa Mandarin. Yeah, that happened in my school dulu okay?

But when i further studied in KMPh then UPM, teruja sangat orang sekeliling bila dengar spesis unik macam aku ni dok speaking cina. Haisemenn! Rasa macam celebrity pulak tetiba ramai peminat. Kikiki. Perasan habis! Walhal pendidikan formal bahasa Cina yang aku dapat ni last masa form 3 jer. Then sampai form 5 lidah aku kelu cakap broken Mandarin sebab jarang praktis. Kat matrik baru aku terkial-kial buat revision, and now alhamdulillah. Aku siap belajar main alat muzik tradisional Cina lagi and masuk pertandingan Kaligrafi Cina. Dulu masa sekolah rendah aku rajin wakil sekolah untuk pertandingan nyanyian bahasa Cina, kaligrafi cina dengan syarahan bahasa Cina. Even dapat saguhati jer tiap tahun, tapi best sebab tiap tahun ada wakil pihak media akhbar Cina interview aku taw. Haaa, ada lagi aku simpan keratan akbar muka aku terpampang kat surat khabar Nan Yang Xiang Bou taw.

lurvealoevera.blogspot.com

1. SEKOLAH CINA
- Kalau korang nak betul-betul master dan power dalam bahasa Mandarin ni, sama ada dari segi percakapan atau penulisan, aku nasihatkan korang belajar dari sekolah. Terlambat? It's okay. Korang still boleh hantar adik, anak atau anak sedara kat sekolah Cina ni. Nasihat aku, kalau nak hantar better seawal umur 5 tahun. Sebab masa ni bebudak cepat belajar, fokus dia orang pun masih tinggi. Di tadika dan pra sekolah Cina ni lah cikgu-cikgu akan mula mengajar perkataan basic dalam bahasa Mandarin sama ada dalam bentuk nyanyian, permainan, percakapan dan tayangan kartun bahasa Mandarin. Okay, jujur cakap sekolah Cina ni memang best! Kalau you student Melayu, jangan risau. Pihak sekolah mostly akan hire pembantu Melayu untuk jaga anak-anak atau adik-adik korang. Besides, makanan pun diselaraskan semua makan masakan Melayu berdasarkan pengalaman peribadi aku lah. Apa yang membuatkan kami product dari sekolah Cina nih fluent sangat cakap Mandarin ialah, kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah. You bayangkan, semuanya belajar dalam bahasa Mandarin. Termasuk Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan, Muzik, Komputer, Pendidikan seni, Moral, dan Pendidikan Jasmani. Tak paham, baru cikgu terangkan dalam bahasa Melayu. 6 tahun tambah 2 tahun di tadika dan pra. Then dalam kawasan sekolah tak dibenarkan budak Melayu atau India speaking selain Mandarin. Kau rasa?

- And style sekolah Cina nih pulak, dari kecik lagi dia orang dah pupuk supaya student rajin study. Kerja sekolah kami berlambak jangan cakap, maximum seingat aku pernah mencecah sampai 12 buah buku kerja, setiap pagi wajib submit kesemuanya. Tak siap hukuman kami adalah rotan dan rotan bukan sebarang rotan bhai! Boleh pilih saiz mana nak, and pernah kawan India aku kena rotan 20 kali sebab banyak hutang homework tak hantar, tapi bapak dia sendiri datang jumpa cikgu tu supaya rotan jer anak dia kalau malas buat kerja. See? Berbeza sangat dengan student zaman sekarang yang siket-siket mak bapak datang sekolah saman cikgu. Kalau cuti panjang kami tak pernah rehat-rehat kat rumah, dari darjah satu sampai darjah enam semua ada handout untuk 7 subjects. Dan handout ni adalah apa yang akan diajar for the next year. So, pandai-pandailah nak cari jawapan. Lastly, semangat nak belajar kat sekolah cina nih kena kuat mental dan fizikal lagi-lagi parents kena bagi fully supports and commitment . Reasons nya adalah,

1.  jadual di sekolah cina giler packed dari jam 7.30am-5.30pm (Isnin -Jumaat) sebab kami bukan setakat belajar akademik,tapi termasuk kelas nyanyian dan alat musik, kaligrafi, sukan dan olahraga, dan unit uniform. 
2. Lambakan kerja sekolah terlampau banyak yang boleh buatkan korang stress giler sebab balik dah 5.30pm, homework maximum 12 buku kerja. So senang citer memang tak ada masa nak rehat.
3. Tak siap homework kena rotan, copy homework kawan lagi kena rotan. Kahkahkah. Jujur aku dulu ada jugak masa yang tak sempat buat sampai copy kerja kawan, and padahnya terima lah kan. Lepas daripada tu terus insaf aku tak buat kerja meniru kawan punya kerja ni.


2. BELAJAR DARI BASIC
- Kalau korang tak berkesempatan nak sekolah atas sebab faktor umur (ececeh, tak kata korang tua ok), masih boleh belajar sendiri sama ada dari kamus bergambar, buku-buku cerita atau belajar online Bahasa Mandarin. Sekarang semua dah canggih. Since masyarakat dah mula sedar akan kepentingan menguasai Bahasa Mandarin ni, banyak syarikat atau penulis dah mula create few steps or ways on how to learn Mandarin. So apa lagi, grab the chance! Tapi majoriti orang yang cakap nak belajar Bahasa Mandarin ni, hangat-hangat tahi ayam jer. Sebab, kau hengat senang nak belajar cakap cina? Aku ni pun bertahun-tahun belajar pun banyak lagi tak paham. Dulu kat matrikulasi aku pernah bukak 2 lecture untuk ajar basic bahasa Mandarin.. And the result was... Ouhh! Kenapa susah eh nak ajar orang cakap Cina? Dulu masa belajar tak rasa sangat susahnya. Adeh! 2 modul bahasa Mandarin aku buat time tu, and end up kesimpulan yang aku mampu buat ialah, "Bahasa Mandarin adalah suatu pembelajaran sepanjang hayat". Hahaaa. Macam kau belajar bahasa asing yang lain lah. Dulu aku belajar bahasa Arab 3 tahun pun terkial-kial lagi nak ingat.


3. CHINESE MOVIES
- Salah satu cara terpantas nak memupuk korang suka dengan bahasa Mandarin ni ialah, rajin-rajinlah tengok drama atau filem cina kat TV atau youtube . Kelebihannya ialah, korang boleh tiru cara dia cakap dan cuba match mana-mana ayat yang subtitle nya pendek-pendek dan hafal. Contoh, "Terima kasih- Xie Xie" atau "Awak siapa- Ni Shi Shui?". Aku yang tak pernah belajar bahasa Filipina ni pun boleh hafal sesiket ayat-ayat mudah sebab selalu tengok citer Filipina kat TV3 tuh. Hiks! Since aku dah nak masuk 9 tahun meninggalkan sekolah rendah Cina dulu and masa form 1-3 just masuk kelas tambahan bahasa cina jer (tak sambung sebab kat tempat aku tak ada sekolah menengah cina) , salah satu cara aku nak buat revision ialah tengok drama cina Kung Fu terbang-terbang yang ada kuasa sakti bagai tu dan tiru ayat demi ayat yang dia cakap. Tapi mostly drama banyak dalam Bahasa Cantonese, bagi aku satu advantage kalau aku dapat cakap Cantonese dan Mandarin sebab banyak orang tua Cina tak paham sangat Mandarin since Mandarin hanya diajar di sekolah sahaja. Even ampak sangat bohong nya cerita macam tu, tapi itulah yang jadi motivation aku dari kecik tau.

4. CUBA BERCAKAP
- Tak penting pun kalau korang guna "broken Mandarin" bercakap dengan kengkawan Cina macam kita nak improve English lah mula-mula cakap broken English. Majoriti masyarakat kita takut nak cakap omputeh sebab takut grammar salah lah, vocab tak banyak lah. Fyi, English aku ni tak lah pandai mana, lintang pukang jugak tapi bajet jer gi sembang dengan mat saleh kat UPM ni. Hehooo. Mandarin aku lagi elok dari English taw? Tapi aku semacam jer sembang dengan mat saleh kat library atau bus stop guna broken English. Mat saleh ni selalu pesan kat aku, "It doesn't matter you use broken English to communicate, as long as we understand what you're trying to say. It's okay! " Amacam? Ada gaya mat saleh tak aku cakap? Hahaaa. Well, same goes to Mandarin! Sekolah menengah kebangsaan 5 tahun aku tak buat revision and kurang bercakap guna bahasa Mandarin. Seriously memang risau sangat. Sampailah aku masuk KMPh, aku jarang lepak dengan kawan melayu. ramai cakap aku sombong, ada aku kesah? Niat aku adalah untuk belajar balik cakap cina nih. Kawan-kawan melayu yang sama sekolah Cina ngan aku dulu banyak tak nak cakap cina dah, alasan malu atau tak nak menunjuk. Ikot suke korang lah. Ibarat macam mengaji Al-Quran lah. Baru sebulan tak baca lidah dah kelu kan? Ada yang siap tak kenal huruf terus. Kau rasa?


5. REVISION
- "Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah". Maksudnya, kalau dah dapat hafal sepotong dua ayat tuh, cubalah amalkan. Sembang dengan kenkawan. Tu pun dikira revision. Bagi aku nak bercakap nih tak ada masalah, yang jadi masalah bila banyak perkataan bahasa cina nih aku dah lupa. Fyi, bahasa Mandarin ni tak macam bahasa Melayu atau English yang ada ABC bagai. Dia adalah himpunan bunyi yang menghasilkan sebutan dan perkataan pulak digunakan dalam bentuk simbol. Satu bunyi boleh ada banyak sangat simbol dan berbeza maksudnya. Salah tulis, salah maksudnya even bunyi dah sama. Peningkan? So bagi sesiapa yang dah kuasai penulisan Bahasa Mandarin dan tak tahu nak buat revision macam mana, cara terbaik adalah gunakan telefon bimbit mudah alih korang yang mahal lagi canggih tu. Sekarang kan dah canggih, kat Go Keyboard tuh ada bahasa Mandarin kan. Sekali sekala update status kat moment Wechate ke, tulis caption Instagram, update status kat Facebook atau Tweet bahasa Mandarin kat Twitter ker. Kan rare? Kalau nak harap korang baca buku, wallahualam lah. Aku bukak buku mandarin nak revise pun 2 3 tahun sekali. Kahkahkah. Ada hati nasihat orang suruh study bukak buku. Cis!

gambar pinjam. =D



So, kesimpulan yang aku boleh buat, nak belajar bahasa asing ni bukan mudah. Semangat kena kental. Tapi once korang dah pandai, jangan sombong atau meninggi diri taw. Cuba ajar orang lain pulak, baru korang punya knowledge ada improvement okay? Nasihat dan ingatan untuk diri aku juga sebenarnya. So kepada parents atau mereka yang nak belajar cakap cina, good luck yea!




保存恐惧,分享灵感
-simpan ketakutan, kongsi inspirasi-


Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...