TERIMA ANUGERAH PENGAKAP RAJA- Lurve Aloevera

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 22 hingga 24 Mac 2015 hari tu aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain diberi peluang untuk terima anugerah tertinggi pengakap which KDYTM Tengku Mahkota Pahang sendiri hadir untuk sampaikan sijil pengakap diraja. 

Sejujurnya majlis ini we alls nanti-nantikan sejak tahun 2007 lagi. Yang tersangat memberi kesan ialah senior aku yang amik pentarafan pengakap raja dan lulus dari tahun 2007 yang baru tahun 2015 ni boleh masuk istana terima sijil. 

So majlis yang gilang gemilang ni diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang. You know what? Pahang is actually the only state yang pengakap rajanya sedikit. Dah lebih 40 tahun Pengakap Raja Pahang ni pupus dan kami kini mencipta kembali sejarah untuk Pahang. 



So, total senarai yang sepatutnya hadir untuk terima anugerah pengakap raja that day supposed to be  39 orang yang terdiri daripada pengakap raja Temerloh, Kuala Lipis, Cameron Highland, Bera, dan Jengka. 

Selain penganugerahan pengakap raja, majlis ni turut disertakan dengan istiadat penganugerahan bintang dan pingat kepada mereka yang terpilih. So you imagine lah pergi istana duduk sekali dengan pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada menteri-menteri, pegawai, dato' datin dan sebagainya. Even senior pengakap raja atas batch aku pun ramai dah kerja dan kawen, ada Medical Officer, Hospital Officer, Nurse, polis, bakal cikgu dan sebagainya. 

You know what, tanpanya pemimpin-pemimpin yang kami hormati yang berusaha gigih untuk kami jalani latihan pengakap daripada pengakap muda, remaja sampai ke peringkat raja, aku rasa aku tak akan sampai pada tahap ni sekarang. Why? 

Berapa ribu scout yang ada kat Pahang tapi kami antara yang terpilih untuk terima pengiktirafan daripada KDYTM Tengku Mahkota Pahang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua barisan pemimpin kami. 


So dengan bangganya aku nak perkenalkan, gambar di atas adalah Tengku Mahkota Pahang, iaitu Tengku Abdullah. Muka nampak garang kan? But actually tengku mahkota ni baik orangnya, masa nama aku dipanggil tu, aku ke depan untuk terima sijil and he smiled at me and even called my name. 


Masa pentarafan dulu boleh tahan taw aku kena? Paling tak boleh lupa, masak atas pokok, yang jadi sulitnya bila kau jatuhkan atau tertinggal barang kat bawah pokok. Nak panjat balik bukan senang taw? Pastu pentaraf dengan muka bengisnya tak bagi korang turun amik barang yang tercicir. Pandai kau lah nak hidup macam mana, janji arahan yang disampaikan kena laksana. 

Fine, jujur masa tu aku rasa kejam giler pemimpin sebab dera aku macam ni. Menu siap demand nak air teh o panas lah, roti lilit and telur rebus. Penuh beg sandang aku dengan botol air, tin kosong, bahan-bahan masak, kayu api, zinc sebagai pengalas dapur semua bawak panjat naik pokok. 

But alhamdulillah, I managed to complete my mission, air aku siap masak dan bancuh, roti aku siap dan telur aku pun siap. Survival skill memang kena ada lah even tak pakar mana, and kena bijak lah guna akal since mancis diberi cuma 3 batang dan tak boleh guna getah atau fire starter. Kikikichallenge. 


So ini adalah gambar dalam istana. Muka semua macam tauhu busuk jer sebab sepanjang dalam istana untu sesi rehearsal dan majlis sebenar kami tak dibenarkan pergi ke toilet dan tak ada air nak minum. Fine, dengan suhu dalam istana ni sejuk, dehydration aku 3 hari sepanjang duk Pekan. 

Balik UPM muka mula pucat lesi kering kulit. Hahaaa, btw kenapa kami perlu rehearsal dulu sebelum majlis sebenar? Protokol dalam istana sangat-sangat berbeza dengan protokol majlis-majlis yang kita pernah attend atau handle di tempat lain. Cara nak sembahnya, nak jawab apa kalau tuanku tanya, nak jalan bape langkah bagai. 

Yes, masa rehearsal aku tak rasa paper pun. Relax jer pandang member kiri kanan muka sume cuak sambil gelak-gelak. Tapi bila majlis sebenar Tengku Mahkota sampai, panik jangan cakap. Habis semua step aku hampir lupa. Naaaah! Baru tahu langit tinggi rendah. Mujurlah aku behave lagi time tu, kalau tak jatuh air muka pengakap raja sebab aku sorang. Adeh!  






 Alhamdulillah. Majlis yang bermula jam 2pm akhirnya berakhir pada jam 5pm. Amik anugerah nyer sekejap jer sebenarnya. Tapi sebab pihak istana sediakan jamuan makan lagi, sampai aku nonstop asyik makan bukan sebab sedap, tapi lapar jangan cakap nak cover duduk dalam majlis tu. 

Penat woo. Pedulik lah sebelah aku Dato' ke Tan Sri, yang aku tahu perut aku kenyang. Kahkahkah. Then ada sesi photography dengan Tengku Mahkota lagi, terasa macam Scout Celebrity pulak time tu sebab berebut-rebut orang amik gambar termasuk pihak media akhbar. Hiks!  

Mana tak nyer, sijil tu penting taw? Certificate with A3 size dengan 10 TANDATANGAN SULTAN di Malaysia. Tak akan ada sijil yang 10 sultan senang-senang nak sain macam ni okay? Well, one day who knows I got the chance to be a Scout Celebrity? Hahahaaaa.  Cewah! =D

Jadi sebagai pengakhiran entry kali ni, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua barisan pemimpin yang banyak membantu kami untuk mendidik kami menjadi insan yang lebih berguna especially Tuan Azli, Tuan Zailani, Tuan Saidi, Tuan Kasfi, Puan Rubiah, Puan Hasenah dan pemimpin-pemimpin daerah lain. Ini semua pemimpin hebat Negeri Pahang yang sepatutnya terima anugerah dan pengiktirafan daripada Tengku Mahkota since mereka berjaya menghasilkan pelapis Pengakap Raja di negeri Pahang setelah berpuluh tahun Pahang pupus spesis pengakap macam kami. 



NURUL ASYIQIN BT JAAFAR
Kumpulan 08 SMK KUALA KRAU

Dengan ini kamu telah diiktiraf sebagai seorang Pengakap Raja dan telah dilatih supaya taat kepada TUHAN, RAJA dan NEGARA serta berkhidmat kepada Masyarakat. Jadikanlah diri kamu ahli dalam PERSAUDARAAN PENGAKAP yang luas dan dihormati. Mudah-mudahan Tuhan akan sentiasa bersama kamu dalam menjalani hidup dengan selamat dan memperolehi kebahagiaan. 

Termaktub pada 5 MAC 2013
Bersamaan 22 Rabiul Akhir 1434.







Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera