Tuesday, 12 May 2015

KEGUNAAN & MANFAAT AIS UNTUK KECANTIKAN

Assalamulaikum.

Siapa yang tak nak cantik, rite? Baik perempuan, lelaki mahupun mak nyah! Hahaaaa. Siapa tahu kan kot-kot statistic blog views aku ni ada golongan ketiga, keempat dan kelima ? Heee, gurauan semata-mata okay? So this time aku nak share satu tips mudah untuk bantu wajah korang cantik berseri, tak perlu pakai chemical product yang lagi menjahanamkan wajah korang yang dah sedia cantik tu. Actually kulit aku pun tak lah flawless, tapi at least aku apply jugak tips ni yang mana dulu aku sajer-sajer jer buat, but then lepas baca majalah i-SIHAT edisi Mac 2015 aitu baru aku tahu bahawasanya ais ni ada kebaikannya jugak. Mueheheheee~

So persoalannya, bagaimana ais membantu dalam penjagaan muka you alls? Here, few steps and benefits I share for you based on my own readings and experience okay?

1. MENGECILKAN RUANG PORI-PORI
Menurut majalah i-SIHAT yang pernah aku baca tu, ais dikatakan penawar paling berkesan untuk mengecilkan ruang pori-pori yang terbuka luas. Caranya ialah, korang just balutkan ketulan ais batu dengan sehelai tuala, then tekapkan jer balutan ais tadi di muka. Ingatan keras supaya korang jangan pulak memandai-mandai gi gosok muka tu dengan tuala tadi taw, tapi TEKAP kan sahaja yea? Tujuan tak bagi korang gosok dengan towel tadi sebabnya kulit muka kita ni licin dan sensitive, nanti kalau tengah gosok tetiba rasa pedih sendiri tanggung yea? Okay, tekapkan terutama ruang yang jelas pori-porinya macam kat area pipi berhampiran dengan hidung tu kan. Haaaa, usually kita akan guna toner and kapas untuk kecilkan ruangan pori-pori, but apa kata korang cuba pulak kaedah ini? 5 minit jer pun muka dah segar. Nak bandingkan cost beli ais dengan toner, mahal cost beli sebotol toner berkali ganda lagi.

2. MENGUBATI MATA SEMBAB
Masalah mata sembab selalunya timbul bila kita tak cukup tidur, terlalu lama menggunakan gajet atau lepas menangis teruk. Okeh, so now kalau korang rasa susah sangat nak bukak mata tu yang boleh mengganggu kerja atau kuliah korang, mudah jer nak atasi masalah ni. Cuma perlu bungkuskan beberapa ketulan ais batu dengan tuala macam tadi, then gosok perlahan-lahan di bahagian mata korang terutama area bawah mata dan kelopak mata.. Kesejukan ais ni dikatakan boleh memberi kesan yang lebih menenangkan pada mata korang yang letih tu. Ini baru betul bak kata pepatah, "sejuk mata memandang." Hikhikhik.

3. ATASI JERAWAT
Dah guna macam-macam produk tapi bengkak jerawat still tak surut-surut? Why not you try this tips, ambil sahaja seketul ais batu dan tak perlu dibalut, then with gentle and care you gosok ais tadi pada bengkak jerawat yang timbul. Menurut penulis Noreen Tajuddin dalam article nya "Mandi Ais Untuk Lebih Cantik",  penggunaan ice cube ni actually bukan setakat membantu dalm mengurangkan bengkak dan kemerahan jerawat tadi, plus ais ni pun dapat seimbangkan kadar minyak berlebihan pada wajah taw.

4. MENGURANGKAN BULU HALUS PADA WAJAH
Bulu-bulu halus pada wajah terhasil akibat hormon dalam badan. So jangan bimbang if korang (terutama perempuan) yang banyak bulu roma halus pada muka. Rawatannya sama sahaja iaitu dengan menggunakan ais sama ada korang nak gosokkan ice cube tu pada muka atau cuci muka dengan air sejuk. Yeah, memang menyegarkan seriously.

5. MENGANJALKAN DAN MELEMBUTKAN KULIT WAJAH
Bagi mereka yang betul-betul menjaga kecantikan wajah, untuk mendapatkan kulit wajah yang anjal dan lembut bolehlah ulang kaedah menekap, menggosok serta mencuci muka dengan ais batu atau air sejuk sebanyak 3 kali seminggu. Hasilnya korang rasa lah sendiri. Okeh?
source: http://www.karangkraf.com 
Selain gunakan ais untuk rawatan muka, sekarang dah jadi trend orang mandi ais pulak Antara kebaikan ais ni selain 5 manfaat yang aku nyatakan di atas, antara manfaat lain yang boleh diperolehi ialah
- menceriakan emosi
- menghilangkan bau badan
- mengurangkan perut buncit
 - menjadikan rambut lebih sihat
- meredakan tekanan perasaan
-memejalkan otot badan dan muka
- mengetatkan organ peranakan wanita
- bertindak memutih dan menghaluskan kulit
- membantu menyingkirkan kotoran serta toksin dalam kulit
- membantu mengawet muda kulit,meningkatkan aura dan tenaga individu
- mengurangkan migrain yang mana terjadi apabila kita terlalu expose pada radiasi cahaya matahari

Menurut kenyataan Dr. Rusidah Mohd Tahir iaitu salah seorang pakar dalam bidang Color Vibration Therapy (CVT), "buat individu yang ingin sentiasa kelihatan langsing, mandi ais dilihat sebagai pilihan yang amat bijak." Sekiranya korang mampu dari segi kewangan dan masa serta berminat untuk mencari tempat di mana ada buat terapi mandi ais, silalah klik link yang telah aku sertakan ni.


SELAMAT MENCUBA!

REFERENCE : i-SIHAT Mac 2015
Thank you for reading.
Visit my Instagram: http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...