Sunday, 10 May 2015

MY MINI TRAVEL LOG

Assalamualaikum.

Hello readers! Entry kali ni aku nak share few places yang aku pernah pergi lah sebelum ni, di mana semua tempat-tempat ni hanya dalam semenanjung Malaysia sahaja. Masih belum berpeluang nak ke Sabah, Sarawak dan overseas lagi since keturunan aku semuanya busy macam aku yang sipi-sipi nak sama dengan perdana menteri. Heee~ Buat mereka personal message aku kat Facebook tanya tempat-tempat best, aku mintak maap sangat yea sebab aku bukannya jenis orang yang ada masa nak travel ni sangat. Kalau ada program atau event jer baru aku keluar melawat tempat-tempat terdekat. And especially pembaca blog aku dari Indonesia yang tanya pasal transport nak ke tempat-tempat yang aku share sebelum ni macam PICC, Taman Wetland dengan Taman Saujana Hijau. Hopefully ada info yang aku reply tu membantu you alls lah yea? =)

PAHANG
Pahang as the largest state in Peninsular Malaysia. Proud to be my 2nd hometown after i moved on from Johor. Even aku dah hampir 16 tahun menetap di Pahang, jujur cakap aku jarang keluar rumah jalan-jalan dengan family makan angin and so on lah. Mak bapak aku jenis busy dengan kerja, cuti panjang baru keluar jalan. So aku amik lah inisiatif join program and event paper yang boleh aku keluar tengok tempat orang selepas berhari-hari pujuk rayu parents aku baru dapat kebenaran. Hihi... Tempat yang aku boleh suggest kat korang tak banyak lah kalau kat Pahang ni, for examples Cameron Highlands, Taman Tema Air Gambang Water Park, Hutan Lipur Gunung Senyum, Taman Negara Jerantut, Pantai Teluk Cempedak, Pantai Balok dan banyak lagi lah. Makanan yang pemes kat Pahang ni pulak especially Temerloh tak banyak, ada gulai tempoyak Ikan Patin, Gulai Asam Rong dan  beberapa jenis lagi kuih yang aku pun tak taw apa namanya. Kah3..Nak tahu keunikan makanan, tempat dan budayanya, jemputlah ke Pahang. Hahahaa....Untuk makluman lanjut berkenaan tempat-tempat menarik di Pahang, boleh klik link ni,  http://akuanakpahang.blogspot.com  atau  http://rossacalla.blogspot.com .
Homestay berdekatan Padang Polo Diraja, Istana Sultan Abu bakar, Pekan.


Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan.

Padang Kelab Polo Diraja, Pekan. 

Misi sukarelawan mangsa banjir SMK Mengkarak, Bera.

Kem Pendedahan A026 di Air Terjun Lentang.

Dusun Eco Resort, Janda Baik,


PUTRAJAYA
As you know, Putrajaya memang banyak taman-taman yang cantik dan free kalau nak dilawat. Tapi when it comes to shopping mall, hahaaa... Korang pergi sendiri lah survey yea. Since UPM dengan Putrajaya tak jauh, so aku rajin lah lepak sini release stress. Antara taman-taman yang ada kat Putrajaya ni ialah, Taman Wetland, Taman Warisan Pertanian, Taman Botani, PICC, Taman Saujana Hijau dan lain-lain lah. Even dia taman buatan, tapi landskap tempat-tempat macam ni memang tip top lah. Sampai aku ada jugak simpan hasrat kawen nanti nak photo shoot kat Putrajaya. Hiks! Okay, for food category pulak yang biasa dengar Satay Kajang jelah kat Taman Warisan Pertanian tu. Aku pun tak selalu makan situ, baru dua kali lah setakat ni. Kalau datang memang kompem order satay pelik macam satay arnab, satay rusa dan satay kambing. Hahaaa. Besides, aku pernah lah gi Taman Cabaran untuk wall climbing dengan kengkawan dari KOB. So for more information about these places, atau nak booking homestay kat Putrajaya, sila klik link ini,  http://www.mydza.net .

Putrajaya International Convention Center (PICC)

Satay Kajang at Taman Warisan Pertanian

Taman Wetland, Putrajaya

Masjid Besi, Putrajaya

Masjid Putra

Alamanda Shopping Center

Taman Saujana Hijau


KEDAH
Aku jarang ke Kedah. So tempat yang aku pernah pergi cuma Sungai Sedim dengan Tree Top Walk. Itu pun sebab buat projek mega Asas Kembara kat sana. Tapi antara tempat menarik yang ada kat kedah ni banyak lagi sebenarnya, macam Gunung Jerai, Pantai Merdeka, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lenggong dan banyak lagi lah. Fyi, bayaran masuk nak naik Tree Top Walk ni tak ade lah mahal, below RM10 sebelum ni. Tapi sekarang lepas GST tak tahulah berapa harganya kan. Hee. Btw, nak naik Tree top walk ni bukan 5 minit 10 minit ke taw? Dekat sejam  jalan kaki turun naki tangga hutan belantara bagai. Baru lah sampai kat pindu gerbang dia. Ahhaaa...So for more information bout places to visit in Kedah, just clik this link,  http://www.sobriyaacob.com . =)

Sungai Sedim

Tree Top Walk


KUALA LUMPUR
Even KL dengan Serdang tak jauh mana, aku pun jarang jugak explore tempat-tempat dia untuk melawat. So antara tempat yang pernah aku melawat kat KL ni tak banyak, antaranya KLCC, KL Tower, Pasar Seni, Istana Negara, Parlimen Dewan Negara, Midvalley Megamall, Wangsa walk mall, Zoo Negara, Planeterium Negara, and Jalan Masjid India. Kalau on the way dari UPM nak ke Titiwangsa naik LRT, aku akan singgah lah Plaza Rakyat gi makan situ. Pernah aku dengan Ekin tak taw hala tuju nak jalan mana,kami naik KTM ke KL Central sesaja cari makan. Haahaaa, sungguh tak ada kerja makan sampai KL Central. See? Tak banyak mana kan tempat menarik? All you can see in Kuala Lumpur ialah bangunan yang mencakar langit, keadaan yang hingar bingar dan panas. Haha, That's why I prefer Putrajaya. Antara tempat-tempat yang menarik juga di Kuala Lumpur ialah macam Muzium Negara, Istana Budaya, Pusat Kesenian Islam, Pusat Sains Negara, Pavilion, Taman Burung dan Taman Rama-rama Kuala Lumpur dan banyak lagi tempat-tempat lain. Untuk makluman lanjut, sila klik link ini, http://rabiasensei.blogspot.com . Kalau nasib korang baik nanti terserempak lah artis-artis kat sini. Hahah.

Istana Negara

Parlimen Malaysia

Midvalley Megamall


SELANGOR
Nama jer belajar kat Serdang, bukan selalu pun aku ada masa nak keluar jenjalan explore tempat-tempat baru. Yang paling jauh selain Shah Alam aku pernah gi ialah, Banting. Yeah, ikan bakar Pantai Morib memang awesome giler taw?! Berbaloi lah keluar RM40 something sorang and seafood dia dalam 9 dishes yang berbeza boleh pilih nak masak apa . Rindu pulak nak pergi sana makan lagi... Hahaha, kalau selalu gi pokai aku macam ni....So kat selangor ni antara tempat yang best orang rajin pergi ialah antaranya Sunway Lagoon Wildlife Park, Asian Water Sports Village,i-City Shah Alam, White Water Rafting Malaysia dan lain-lain lah . So for more information, you can click this link, http://www.cikguazli.com . Dari segi facilities pulak, don't worry. KL dan Selangor memang banyak public transport like bus, KTM, LRT, Monorail dan taxi. 



TERENGGANU
First time aku pergi Terengganu pun sebab join satu program kebangsaan ni kat Pulau Perhentian. And Terengganu memang cantik lah pantai dia. Pengalaman paling tak boleh lupa itulah first time aku nampak penyu sebesar mesin basuh 10kg secara real atas boat okeh. Excited giler kau tahu! Setakat ikan Nemo tu aku tak pelik lah sebab dia kecik. Kahkahkah. Antara tempat lain yang menarik kat Terengganu ni ialah Pulau Redang, Tasik Kenyir, Taman Tamadun Islam, Pulau Duyong, Muzium Terengganu dan lain-lain lagi lah. Untuk makluman lanjut berkenaan tempat makan paling best kat Terengganu ni, bolehlah singgah laman ni , http://saji.my  dan bagi yang nak booking hotel untuk bercuti di Terengganu ni, sila klik link ni,  http://ms.hotels.com . Jauh perbezaannya dengan Pahang sebab Pahang banyak sungai dan hutan. Terengganu pulak memang nampak biru jer sampai kadang tak taw nak beza antara langit dan laut. =D


Pemandangan di Pulau Perhentian ketika subuh.

Pulau Perhentian 


Hahaaa, maap lah yea terbanyak pulak gambar untuk entry ni. Bukan apa, sejak-sejak sibuk bekerja sambil belajar ni (cewah, wanita bekerjaya lah katakan..=D) aku langsung tak ada masa nak keluar jenjalan memana dah. Cuti kerja cuma sehari jer dalam seminggu. And hari cuti tulah terpaksa aku pulun buat esaimen yang bertimbun-timbun. So bila tengok balik gambar-gambar ni, rindu pulak nak jumpa dia orang ni. Selain daripada Terengganu, Kedah, Pahang, KL, Putrajaya, and Selangor, antara negeri yang aku pernah pergi termasuklah Melaka, Negeri Sembilan, Johor, dan Perak. So setiap tempat memang ada keunikan dan budayanya tersendiri. Macam Melaka as you know dalam sejarah banyak citer pasal Melaka kan. So tempat-tempat dia memang tempat bersejarah lah macam Kota A famosa tu. Pentingnya bakal kaunselor macam aku ni untuk belajar lebih dari segi perbezaan budaya masyarakat ni sebab in case aku dapat klien yang tak sama background dengan aku, at least aku tak lah awkward sangat nak buat rapport nanti kan. Itu yang ditekankan dalam subjek Multicultural Counseling sem lepas yang naik biul aku belajar. Hihikhik. 

Pesanan akhir daripada aku kan, kalau korang kurang mampu atau parents korang macam parent aku yang busy memanjang nak ajak bercuti pun susah and korang rasa hidup korang tak best terperuk kat kolej jer siang malam study, apa kata korang aktifkan diri dalam memana kelab dan persatuan yang rajin buat program luar (for student lah) , contohnya kelab rekreasi ke, kelab melancong dan sebagainya. Bukan apa, kalau join program macam ni, perbelanjaan korang tak lah semahal korang pergi sendiri kan since unit tajaan lah jadi mangsa nak cekau duit supaya kos perbelanjaan program dikurangkan. Hehee. So kepada mereka yang berminat nak tahu lebih banyak tempat-tempat pelancongan yang ada di Malaysia ni, boleh lah klik memana link yang aku sertakan kat atas tadi. Well, aku bukanlah traveler tegar macam korang. Entry ini sekadar tempat aku nak abadikan memori ni jer. Okay? =)



Thank you for reading.

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...