Thursday, 25 June 2015

4 GAYA ASUHAN IBU BAPA: SIAPA KITA HARI INI?

Assalamualaikum.

Hye, again. Sis update entry kali ni sebagai revision untuk paper Family Counseling esok pagi taw. Satu topik menarik yang sis nak share adalah berkenaan dengan "PARENTING STYLE" especially adik-adik yang baru kenal erti hidup ni. You know what? Actually our self developments like our characters, behaviors, attitudes and personalities sedikit sebanyak dipengaruhi jugak oleh gaya asuhan parents kita. Sepanjang aku dalam bidang bimbingan dan kaunseling ni, dari semester satu lagi kami ditekankan berkenaan dengan parenting style ni. So jom kita tengok kategori mana mak ayah kita dalam sepanjang mengasuh dan membesarkan kita.

1. AUTHORITATIVE PARENTING STYLE
Kalau mengikut pembacaan aku yang tak seberapa ni kan, gaya asuhan Authoritative ni adalah gaya asuhan yang based on hormat-menghormati, korang jelas dengan peranan korang sebagai anak, anak-anak diajar dengan akibat dan logikal dalam tingkah laku mereka, berkomunikasi secara terbuka and mak ayah pun tak menggunakan dendaan secara fizikal untuk mendidik. 

Sebagai contoh kan, korang target PMR nak straight A's. Tapi bila result PMR keluar, korang just dapat 6A1B jer. So kalau parent korang jenis "authoritative", dia orang tetap akan puji korang atau bagi support supaya korang tak rasa down. Korang beruntung giler kalau dapat parent macam ni. Pernah tak dengar kengkawan struggle separuh nyawa dalam akademik sebab parents depa letak target 7A and suddenly bila dia dapat result sama dengan kau tapi parent dia hareeem tak puji. Bukan setakat tak puji, ada yang terus tak bercakap dengan korang. See? Pressure kan macam ni. Bukannya korang tak struggle betul-betul. Jadi bersyukurlah kalau mak ayah korang be like authoritative parents okay? 

Kids with authoritative parenting style ni dikatakan menghadapi tekanan hidup dengan cara yang lebih constructive, berdaya tahan dan kawalan diri yang tinggi, ceria dan mesra dengan orang lain. 
Kesannya, authoritative families ni are well-behaved, performed better at school, emotionally healthy and well social-adapt .So tak hairanlah kalau ada antara kawan-kawan kita nampak tenang  jer study tapi result gempak kan? Sebab parent dia jenis supportive.


2. AUTHORITARIAN PARENTING STYLE
Gaya asuhan ibubapa yang bersifatkan autoritarian ni bermaksud parents yang mengenakan sesuatu peraturan yang terlalu ketat and sebagai seorang anak kita kena patuh dengan cakap mak ayah walaupun pendapat kita berbeza dengan mereka. Ringkasnya, ibu bapa ini menuntut kepatuhan mutlak daripada anak-anak. 

For example, you adik-adik kan, nak join kawan-kawan ber-study group since final exam dah dekat. But whenever you ask permission from your parents, tetiba depa hangin tak bagi hang pa join study group dengan kawan-kawan. Tapi bila hang pa tanya kenapa, depa tak nak jawab pulak. Haaa, situasi lebih kurang macam tu. Korang tak diberi kebebasan bersuara langsung. Macam-macam peraturan depa dah set untuk hang pa adik-beradik. Kalau hang pa degil jugak melawan, hang pa pulak yang kena tibai cukup-cukup tak kira lah guna rotan ke bamboo. Janji pada depa hang pa tetap salah sebab hang pa tak dengar cakap walaupun hang pa keluaq nak pi study group ja. See? Terkongkong kan? 

This kind of parenting style also required kids to relatively well-behaved, inferior in social skills, poor self-esteem and suffer from anxiety. Maka bila hang pa dah besaq panjang, hang pa jadilah manusia yang kurang ceria, banyak ragam, pasif, angkuh, bongkak sombong dan mudah terdedah pada tekanan in comparison dengan kengkawan hang yang lain. Sebabnya hang pa masa kecik-kecik dulu ikot mak ayah pi ghumah oghang bertandang, tetiba dengan tak sengaja hang pa tertumpah ayaq kat meja kopi rumah orang tu. Fuhh, serta merta muka mak kau hijau bapak kau pink! Haha, lol. But yes, tanpa segan silu korang dicubit atau dimarah depan orang. Agak-agak siapa pernah kena? Tak best kan kena marah depan orang? So in the future bila korang dah ada anak sendiri, sila baca entry sis yang cute ni balik untuk remind yourself okay? Heee.. 


3. PERMISIVE (INDULGENT) PARENTING STYLE
Kalau mak bapak jenis yang permissive ni pulak, depa ada tetapkan peraturan untuk hang pa adik beradik. Tapi depa ni nak tunjuk sporting kan, so depa kira berlembut lah kat hang pa. Bagi muka orang kata. Tapi sayang, bila mak bapak terlampau bagi muka sangat anak-anak pun problematic jugak. Strict salah, lembut pun salah. Banyak betul masalah nak jaga korang ni. Hahaaa. Senang citer anak-anak yang hasil daripada gaya asuhan permisive ni manja sangat lah. Hidup korang mungkin ceria, tapi dari segi tahap kawalan diri and kebolehan diri tu macam kureng siket sebab apa-apa semua harap mak bapak tolong. Jadi korang tak membesar dengan psikologi yang sihat mana lah. Even though self-esteem korang tinggi tahap Gunung Everest dan korang akan hidup dalam keadaan yang kurang tekanan berbanding mak ayah yang authoritarian tadi, tapi bila terlalu dimanjakan korang akan mudah terjebak dengan masalah tingkah laku like ketagihan dadah atau mencuri untuk isi masa lapang.

Okay, let take this as example for boys. Parent korang dah tetapkan sebelum pukul 12 malam kena balik rumah if not, you'll be locked up and tidur luar. But then mak bapak korang kesian korang kena tido luar, maka dia orang pun cancel lah rule sedemikian. So each time even you balik rumah 5 pagi pun pintu still tak berkunci supaya senang korang nak masuk rumah. Ohoi! Kalau adik aku lah macam ni, lama dah segala elaun dan kenderaan dia kena tarik. Hahaa. So bila habit balik pukul 5 pagi macam ni dah menjadi kebiasaan and mak ayah pulak bagi muka sangat, fikirlah apa lagi yang korang akan buat lepas tu.


4. UNINVOLVED (NEGLECTFUL) PARENTING STYLE
Kebanyakan remaja yang terjebak dengan gejala social ni adalah disebabkan gaya asuhan 'neglectful' kat rumah. Kategori ni adalah spesis mak bapak yang jenis tak pedulikan anak sama ada dah makan belum, dah balik rumah belum atau pergi sekolah ke tak. Kalau masa anak-anak baby2 lagi, bila mana anak menangis mintak susu mak buat tak peduli. Bila anak nangis pampers dah penuh najis mak biarkan. Atau dalam drama dan iklan tv selalu kita tengok bebudak sekolah rendah balik sekolah bawak markah exam cemerlang nak tunjukkan mak ayah tapi mak ayah malas layan sebab penat balik kerja. Mungkin punca mak ayah jadi macam ni sebab faktor penceraian, ekonomi atau tekanan dalam keluarga.

Parents like this offer little emotional support to their kids. Consequently, bila anak dibiarkan maka anak-anak pun mula mencari kasih sayang daripada orang asing. Kalau dalam perhubungan percintaan pulak, korang akan jadi someone yang susah nak percayakan pasangan atau tahap kebergantungan pada pasangan yang terlalu tinggi. Ada certain tu bila mana hidup mereka dibiarkan oleh ibu bapa hidup dalam kemiskinan sedangkan mak ayah enjoy sana sini, maka bila dewasa orang ni berkemungkinan menjadi someone yang tamak dan terlibat dalam gejala rasuah jika tidak dibimbing dengan ilmu agama dan moral.

Haaa, itulah sebab kenapa kita nampak budak-budak siang malam lepak ngan kengakawan berpeleseran tidur bawah jambatan ni, 24 jam gambling kat cyber center atau enjoy parti sana sini. Kesian kan? So kalau ada antara readers yang dibesarkan dengan keadaan macam ni, sis harap korang belajar bersungguh-sungguh dan bantulah keluarga korang. Okay?
********************

Kesimpulannya, secara ringkas sis nak sum up kat sini ialah the best parenting style is AUTHORITATIVE sebab this kind of style will help you as parents to have best child outcomes. Orang-orang yang achievement-minded, independent, socially responsible dan paling penting campak lah dia kat situasi apa pun, dia boleh survive macam ni, kita boleh agaklah yang dia terima didikan di rumah dengan gaya asuhan Authoritative. Since korang dah tahu berkenaan gaya asuhan ni, maka korang sebenarnya dah boleh agak kawan-kawan sekeliling korang tu daripada background family macam mana. Terutama yang nak mencari jodoh atau pilih kawan ni kan, perhatikan pasangan atau rakan korang macam mana. Secara tak langsung korang boleh kenal probability characters mak bapa dia macam mana jugak. Yes, I admit that orang sekeliling selalu jadi bahan pemerhatian experiment aku. Dalam maksud lainnya sis pun memilih kawan dan pasangan jugak lah orang nya. Heeeee~  

For more information, you may visit these websites regarding PARENTING STYLES.



Thank you for reading.

TEKANAN DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA

Assalamualaikum.

Since lusa ni sis got one last paper which is Family Counseling for my final exam, so this time sis baik hati sebab nak share knowledge yang tak seberapa ni dengan korang lah. Actually korang sedar tak dalam kehidupan kita berkeluarga ni, even nampak tenang tapi jangan sangka sungai yang tenang tiada buaya yang berenang taw. Kikiki. Apa punya peribahasa dah aku apply. Apa-apa pun this time I'm gonna share with you guys few kind of pressure in family life. Come. I show you.

1. TEKANAN DALAM MENJAGA AHLI KELUARGA YANG SUDAH TUA



Selalu kan kita tengok drama orang Melayu yang anak-anaknya bergaduh berebut harta pusaka atau drama Cerekarama which is akak atau abang yang sulong lepaskan tanggungjawab nak jaga mak ayah yang tua sebab komitmen pada kerja dan keluarga sendiri. Yang lagi extreme bila si wife yang bongkak ni duk maki hamun mak dia yang tua , sebab mak dia kencing atau tumpahkan air merata-rata dalam rumah. Menyampahkan tengok citer macam ni? Nampak macam drama yang nak merosakkan pemikiran bangsa sendiri, tapi sebenarnya drama macam ni nak suruh kita fikir iktibar sebaliknya. Betul lah kata orang, "seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak semestinya dapat menjaga seorang ibu".  Yes, even aku benci drama Melayu yang banyak masalah keluarga macam ni, tapi itulah hakikatnya fenomena zaman sekarang. Berapa ramai orang tua-tua yang dibiarkan tidak terurus hidup gelandangan dan ditinggalkan di rumah orang tua-tua?  Semakin hari perkara macam ni semakin serius. So kita sebagai generasi muda kena bersedia dengan ilmu secukupnya untuk berhadapan dengan tekanan sedemikian yang tak semua orang sanggup hadapi.

Jadi menurut Springer dan Brubaker (1984), antara konflik yang dialami oleh penjaga ialah:

1. Konflik dan perselisihan awal yang tidak pernah selesai. (mak ayah tak restu perkahwinan agaknya)
2. Penjaga tidak dapat menerima tahap pergantungan yang bertambah daripada ahli keluarga yang dijaga. (Bahagia dah ada suami & anak 2 orang, tetiba mak/bapak dari kampung nak tumpang rumah)
3. Percanggahan di antara tanggungjawab suami/ isteri, atau penjagaan anak, dengan penjagaan yang diberi oleh ahli keluarga (pangkat kau besar kat office, nak makan kat rumah pun tak ada masa tetiba kau kena jaga mak/ayah yang tua lagi).
4. Rasa marah yang timbul terhadap ahli keluarga yang dijaga kerana mengganggu rutin keluarga (setiap tahun family kau pergi holiday kat Europe then suddenly ada yang sakit).
5. Rasa marah terhadap ahli keluarga yang lain yang tidak terlibat dalam proses penjagaan (masing-masing lepas tanggungjawab sebab wife/husband kesayangan korang tu garang macam helang).
6. Rasa marah terhadap ahli keluarga yang dijaga kerana memanipulasi ahli keluarga yang lain.
7. Konflik kerana hal kewangan, atau harta warisan. (paling common dalam drama Melayu)

CADANGAN PENYELESAIAN:
So, menurut Levin (1987), cara yang terbaik untuk mengatasi tekanan yang timbul daripada proses penjagaan sedemikian ialah:
- Membuat perancangan legal dan kewangan berkaitan dengan ketidakupayaan yang mungkin timbul.
- Mengurus pendapatan dan perbelanjaan dengan bijak.
- Mengurus penjagaan jangka masa panjang.
- Menyemak keupayaan ahli keluarga yang lain dalam proses penjagaan yang bakal diadakan.
- Membahagikan tanggungjawab kepada ibubapa, adik-beradik, anak yang dewasa, rakan dan jiran.
- Menentukan perkhidmatan kebajikan masyarakat yang dapat membantu penjagaan seperti mengadakan kerusi roda, anggota badan yang palsu atau lawatan ke rumah.
********************

2. TEKANAN DALAM PENJAGAAN AHLI KELUARGA YANG SAKIT KRONIK DAN TIDAK BERUPAYA
Di antara tekanan yang dialami dalam penjagaan ahli keluarga yang mengalami sakit kronik atau tidak berupaya ialah:

- Bila mana dalam family kita ada sorang tu sakit kronik, baru lepas operation ke atau baru lepas accident teruk ke. Of course kita yang sihat ni nak bagi perhatian lebih kan? Makan nak disuap, mandi nak dibantu. So bagi family yang baru berhadapan dengan situasi macam ni, sah-sah ada antara family member kita akan timbul perasaan bersaing untuk dapatkan perhatian daripada si pesakit ni, especially kids. Dia akan jelez kalau maknya suapkan makanan pada abang yang Down Syndrome walhal dia merasakan sebagai adik dia yang sepatutnya berhak dapat layanan macam ni.

- Once bila salah sorang family member kita dah sakit, pastinya segala plan nak bercuti bersama, study abroad atau nak naik pangkat outstation sana sini tu terpaksa dikorbankan, rite? Oh dilema.

- Dah nama pun orang sakit, mestilah kena bawak untuk dapatkan rawatan atau terapi atau at least temu janji perubatan beberapa bulan sekali kan? My god! Dengan schedule kau yang busy tahap menteri, mana mungkin nak cari masa untuk buat kerja macam ni?

- Gaji laki kau tak lah besar mana, dah tolak loan buat rumah, kereta, perbelanjaan anak-anak, minyak, perbelanjaan daput. Haih, mana nak cekau lagi duit nak bayar yuran perubatan, perundingan perubatan, keperluan kepada alatan yang khas dan penjagaan untuk ahli keluarga yang sakit macam ni?

- Dulu rumah kau masa semua orang sihat ala-ala Istana dalam filem Shakh Rukh Khan, tapi sejak ada orang sakit dalam rumah maka serta merta rumah kau bertukar jadi hospital nak tambah laluan untuk kerusi roda atau toilet OKU. Stress..Stress..

- Dulu kau sebagai anak bila mak bapak sihat kau banyak habiskan masa gi berjimba berjoli sana sini. Tapi bila mak/bapak kau sakit, masa untuk lepak ngan kawan-kawan pun jadi terhad. Akhirnya kau jadilah full time nurse tanpa gaji kat rumah.

- Kekesalan terhadap ketidakupayaan, batasan, dan peluang kehidupan yang terhad dan mungkin ada antara pesakit yang menjangkakan kematian awal.

CADANGAN PENYELESAIAN:
Bila semua ni jadi, kita tak kan lari daripada perasaan dilema, celaru, sunyi, marah terperanjat atau tak selesa. Secara peribadinya aku pernah rasa semua ni masa mak aku sakit ortopedik dulu. So antara cara nak atasi tekanan macam ni seperti yang disarankan oleh Dogerty (1993) ialah:
1. Menerima pesakit atau ahli keluarga yang tidak berupaya sebagai satu realiti seperti menerima seorang tetamu yang harus diberi layanan sempurna dan keseimbangan dalam keluarga harus diberi perhatian.
2. Mengamalkan komunikasi terbuka dalam keluarga, meluahkan segala perasaan yang positif dan negatif, dan membentuk toleransi perasaan dan perbezaan dalam keluarga.
3. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan pemberi perkhidmatan kesihatan tentang penjagaan dan rawatan pesakit atau ahli keluarga yang tidak berupaya di rumah. Pemberi khidmat kesihatan juga dapat membantu keluarga dalam penjagaan pesakit dari segi emosi, psikologi dan rohani.
4. Mandapat sumber sokongan yang lain, terutama bagi penjaga utama, dalam penjagaan pesakit kronik sokongan emosi dan praktikal serta sikap yang terbuka memberi sokongan kepada mereka.
********************
3. TEKANAN DALAM PEKERJAAN & IMBASAN KEPADA KELUARGA

Zaman sekarang husband and wife semuanya nak bekerja. You know sometimes kat tempat kerja pun banyak masalah dan tekanan yang kita kena tahan. Kena marah dengan boss lah, customer complaint itu ini, nak pergi balik kerja sangkut dalam jammed lagi, nak kejar amik anak kat taska lagi. Siapa tak stress? Kalau husband yang jenis workaholic terlebih ni pulak balik rumah sah-sah lewat, and kalau jenis wife nya tak memahami habis dia sambut si husband ni dengan leteren selama 3 abad tak habis. Semua perasaan negative dari office tadi dibawak balik dan tambah lagi dengan bebelan si wife. Masya Allah. Nahh, pergaduhan pun tercetus. Kalau hari-hari macam ni siapa tak stress kan?   
********************
4. TEKANAN DALAM PASANGAN YANG BARU MENJADI IBUBAPA
Menurut Harriman (1986), ibu mengalami tekanan yang lebih daripada bapa. Jeng..jeng..jeng... Kalau ada mak-mak yang baca entry ni mesti mengangguk tanda setuju. Hahaa. Kajian yang dijalankan dalam kalangan pasangan kulit putih di Amerika oleh Crohan menunjukkan kebahagiaan alam perkahwinan menurun dan konflik perkahwinan meningkta. Kajian ni jugak menunjukkan peningkatan dalam ketegangan perkahwinan dan pasangan cenderung untuk berdiam dan menarik diri selepas kelahiran anak pertama. Maka jalan penyelesaian yang diambil oleh kebanyakan pasangan ialah dengan mengelak antara satu sama lain. See? Antara punca utama yang menjadikan tekanan ni actually banyak, mungkin faktor kewangan, penjagaan kesihatan kanak-kanak, tangisan baby, interaksi dengan pasangan, interaksi dengan family atau kengkawan dan mungkin juga disebabkan anxiety.

CADANGAN PENYELESAIAN:
Menurut Strong et al. (2001), tekanan sedemikian dapat dikurangkan jika pasangan:
- telah membentuk perhubungan yang kukuh di antara pasangan.
- bersikap terbuka dalam komunikasi
- telah bersetuju dengan perancangan keluarga yang bakal diamalkan
-mempunyai keinginan yang semula jadi terhadap anak yang dilahirkan
- mempunyai kemahiran pengurusan masa 
- sokongan emosi dan psikologikal daripada bapa atau suami
- menyelaraskan tugas penjagaan anak antara suami isteri
- keluarga memerlukan pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak, penyakit, keselamatan
- berkongsi pengalaman dengan ibubapa yang lain untuk meningkatkan kefahaman tentang penjagaan anak
********************
5. TEKANAN EKONOMI & KELUARGA TANPA PEKERJAAN
Situasi macam ni banyak jugak kita tengok dalam drama bila mana si ayah yang tak bekerja selalunya (dalam drama) akan mendera si isteri dan anak untuk mengemis di kedai-kedai makan atau depan bank. Hahaa, Atau mungkin (drama keinsafan siket), si husband ni sakit teruk atau lepas accident tak mampu lagi bekerja. Jadi menurut Glick (1984), sekiranya situasi ni berlanjutan selama beberapa bulan kemudia, kehadiran suami atau bapa ni dilihat seolah-olah mengganggu perjalanan rutin rumah tangga. Suami atau bapa macam ni akan nampak macam 'penyibuk' dan 'tak memberi sumbangan' dalam aktiviti keluarga. Maka isteri yang asalnya suri rumah tangga sepenuh masa terpaksa mengambil alih peranan ketua keluarga untuk mencari nafkah. Inilah antara punca kenapa zaman sekarang banyak kes remaja terlibat dalam gejala sosial. Membuli, merompak, membunuh, merogol semua nya berpunca tekanan di rumah. Tapi tak semua lah yang datang daripada broken family macam ni hanyut, ada jugak yang jadi nekad nak bantu family dia dengan belajar bersungguh-sungguh kan. 

CADANGAN PENYELESAIAN:
Untuk mengatasi tekanan ekonomi yang bukan setakat memberi kesan pada suami dan isteri malahan juga anak-anak, maka Strong et al.(2001) menyarankan beberapa langkah:
- Refleksi balik sama ada masalah menganggur ni disebabkan oleh kegagalan peribadi, atau kegagalan pasaran untuk menampung pekerjaan.
- Cari pekerjaan lain, kurangkan perbelanjaan harian, dapatkan latihan kerjaya yang sesuai, sambung belajar ataupun ahli keluarga lin bersatu tenaga dan sumber kewangan untuk menampung keperluan keluarga.
- mengurus emosi dengan baik sesama ahli keluarga melalui perbincangan, mendapatkan khidmat kaunseling keluarga atau kaunseling individu.
********************

KESIMPULAN
Tekanan dalam family ni semua orang akan alami. Actually pressure ni wujud dalam bentuk tekanan menegak dan mendatar, masa kini dan masa lampau. So even macam mana stress pun kita, itu semua mematangkan kita. One fine day bila kita dah ada keluarga sendiri dengan pasangan hidup (bagi yang masih bujang like me), haaa. Persiapkan lah diri anda dengan tekanan yang boleh diduga dan tekanan yang tak boleh diduga macam ni. So hopefully siket sebanyak bermanfaat lah yea? =)



Source: 
Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah, ASAS KAUNSELING KELUARGA
Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Monday, 22 June 2015

SULTAN RESTAURANT (ARABIC & IRANIAN CUISINES)

Assalamualaikum.

Adakah korang tercari-cari menu apa yang istimewa dan lain daripada menu harian yang korang selalu makan sempena bulan Ramadhan ni? Come! I recommend you this Persian and Iranian restaurant. Bagi mereka yang gemar makan makanan Arab, boleh lah usyar-usyar restoran yang namanya Sultan Restaurant located at Cyberjaya ni. Hewhew... Aku pergi dah semalam, ikut bebudak food hunters "Sentap" ni punya kepala, nak makan makanan Arab katanya. Hahaaa. Dengan gigihnya aku dan Ekin rempit ke sana. 


lurvealoevera.blogspot.com

LOCATION:

Sultan Restaurant
No. 43G, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, Selangor, 63000 Cyberjaya, Malaysia.

CONTACT:

+60 3-8318 3632 / 03-83182676

Baiklah, apa yang menarik di Sultan Restaurant ni ialah tempat dia ada outdoor seats dan indoor seats. Untuk indoor seats macam dalam gambar di atas. Dan untuk outdoor seats restoran ini dah sediakan peranggah depan restoran ni taw, in case korang tengah makan tetiba hujan ribut turun kan. Hahaaa, so awal-awal dia dah implement pepatah baru iaitu "sediakan khemah sebelum hujan". Mihmih... Kalau nak feeling-feeling macam makan kat hotel aku recommend korang makan kat indoor seats, ada aircond siap. 

lurvealoevera.blogspot.com
Sementara tunggu makanan sampai meh sis belanja selfie dulu dengan food hunters tegar. =P
lurvealoevera.blogspot.com

So sempena Ramadhan 2015 ni, Sultan Restaurant ada buat promotion lah which is "RAMADHAN BUFFET". Harga untuk dewasa RM29/head dan untuk kids pulak RM14/head. Makanan dia sangat-sangat banyak dan korang boleh beratur untuk amik segala makanan yang dihidangkan di buffet kalau nak makan yang kat situ. Tapi masa kami pergi semalam, kami order by dishes jer since masing-masing punya perut tak lah besar mana kan nak makan 2 3 pinggan sorang. Hahaaa. 


So, antara menu yang kami order semalam adalah Chicken Steak, Maqiuba Chicken, Lamb Kebab SW dengan Kabsa Lamb.
lurvealoevera.blogspot.com
Chicken Steak + 2pcs Nan Bun (RM16.00)
lurvealoevera.blogspot.com
Kabsa Lamb (RM 17.00)
lurvealoevera.blogspot.com
Lamb Kebab SW (RM 9.00)

lurvealoevera.blogspot.com
Maqiuba Chicken (RM 13.00)

See? Menarik kan menu kat sini?? Kalau yang extreme fanatic punya suka makanan Arab macam ni memang sesuai lah dengan tekak korang. Aku punya lah jauh datang sampai sesat nak ke sini. Alih-alih aku pi order western food -Chicken Steak. Hahaaa, baik tak payah datang restoran Arab kalau macam ni gaya kan. Muehehehe. Btw, pekerja dalam ni daripada tukang amik order, tukang buat air, tukang jaga kaunter, tukang serve buffet...semuanya lelaki. Dan semuanya hensem-hensem giler. Cuma yang perlu korang tahan siket ialah bau perfume dia orang. My god! sepesen jer bau, tak tahu lah aku apa jenama perfume pak Arab ni spray sampai satu kedai bau. Hiks! Harga makanan agak berpatutan lah dan nasihat aku ialah better jangan gi makan sengsorang sebab menangis lah korang kat situ nak habiskan sepinggan Maqiuba Chicken. Kikiki.. Dan untuk minuman pulak kalau tak silap aku semuanya RM5 ke atas secawan dan segelas. Daripada hot drinks sampailah cold drinks. 

lurvealoevera.blogspot.com

Haaa, nampak tak besar mana gelas dia bagi? Yang hot drink aku order tu Tea with Milk (RM5.00) and another one is Kiwi Juice (RM6.00) .Minumlah kau sampai puas. Sheshuai sangat untuk abam-abam yang nak save bajet ajak awek keluar dating bukak puasa sesama, boleh kongsi dua kan. Auchh! Shoshuitttt! =P

Untuk tempahan, boleh layari page https://www.facebook.com/pages/Sultan-Restaurant untuk survey menu yang ada dan booking seats. Seriously korang kalau bercadang nak buka puasa kat sini sila datang awal. Seat dia pukul 7pm, luar dalam dah penuh. Decoration pun not bad dan paling penting lighting dia okay dan boleh lah korang ber-selfie sebanyak yang mungkin sementara tunggu makanan sampai tu kan. Lol!

Jadi antara menu-menu lain yang ada kat restaurant ni adalah seperti berikut:









Sis mohon maaf sebab segala nama-nama makanan nih sis hareem tak tahu since depa guna nama yang Arabic sangat dan bunyinya agak pelik. Ada beratus-ratus lagi menu yang ada kat Sultan Restaurant, Cyberjaya ni. Tapi jangan pelik taw, once dah sampai sini hampir semua kedai kat kawasan ni termasuk mini market, restaurant dan kedai-kedai yang ada diterajui oleh pak-pak Arab dan abam-abam Mamak. Jangan nak jakun sangat lah dah sampai nanti sebab kompem dia orang akan pandang pelik tetiba orang asing datang singgah food hunting kat sana. Jap, siapa yang warga asing sebenarnya? Hahaaaa... 

Apa tunggu lagi?? Cepat-cepat singgah! 
Sultan Restaurant
No. 43G, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, Selangor, 63000 Cyberjaya, Malaysia.

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT MENCUBA!


Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Thursday, 18 June 2015

PENGALAMAN 2 TAHUN SEBAGAI PELAJAR BACHELOR YANG CUKUP MENCABAR

Assalamualaikum.

Result UPU keluar jer, berpusu-pusu orang pi Google , "Macam mana kehidupan di universiti". Haha, nampak kan semangat nak buat persediaan mental di situ? And masa aku check statistic baru-baru ni ada siap search "Pengalaman belajar bachelor". Biasalah, memula dapat surat tawaran kata layak masuk u dulu pun aku sampai tak tidur malam update status sana sini tanya pendapat orang mintak bantuan kenalan tah saper-saper tak pernah kenal tetiba pm untuk tanya pengalaman dia orang belajar kat universiti jugak. Nampak tak terlebih bersungguh di situ? Bezanya ialah aku dulu tak Google macam korang buat, tapi meroyan siang malam private message orang tanya macam-macam. Hahaaa, lol! Bebudak lah katakan..

So entry kali ni aku berminat lah nak share sikit pasal life aku kat UPM ni kan. Well, lain orang bezalah life dia kan. So mohon jangan cerca saya yea wahai senior-senior sekalian dan buat adik-adik yang baru nak masuk U tu jangan terkezzzuut okay lepas baca entry aku. Heee~ So now aku di penghujung Semester 4 dalam Bachelor Pendidikan (Bimbingan Kaunseling) dengan Perdagangan sebagai bidang minor aku untuk ijazah ni. Kalau nak dibandingkan kos aku dengan kos bebudak Medic, Veterinar, Sains, Ekologi manusia dan so on, memang kos aku ni agak relax lah, tapi kalau terlebih relax jangan mimpi lah nak result gempak kan. Kengkonon angan-angan sebelum masuk U nak dekan each sem. Haaa, bila dah masuk U baru korang tahu apa punca tak boleh nak maintain dekan tiap sem tu. Ehem, sis tak nak cakap kat sini. Nanti korang masuk U korang rasa lah sendiri.

lurvealoevera.blogspot.com
Okay, inilah course mates sis. 
SEMESTER 1: Tak jumpa dewan exam!
Bila tiap kali aku ditanya pasal pengalaman sem 1 kat UPM, nak tergelak pun ada. Masa tu umur baru 19, budak-budak sangat. UPM ni kan besar, paling aku tak boleh lupa ialah sesat tak jumpa dewan exam untuk test 1 paper English masa tu. Miscommunication dengan kengkawan lah ceritanya, dan paling sadis aku pulak gi kuliah hari-hari jalan kaki so memang tak tahu lah bas berhenti dari mana ke mana dan aku pulak tak terfikir nak ingat position setiap fakulti dalam main campus ni. So apa lagi, hampir 2/4 daripada main campus ni aku tawaf pukul 8 malam dengan hujan renyai lampu jalan ada tak ada foreigners pulak bersepah-sepah. Menangis-nangis cari kat mana dewan exam sebab call kengkawan haram sorang tak angkat. Hahaaa, padan muka! Itulah, malam ni exam pukul 6 tadi baru nak tanya kawan kat mana location then mula menggelabah tak tahu kat mana. End up dengan berbantukan directory board yang uzur tersedia di tepi jalan tu, aku berjaya jugak sampai ke dewan exam. So dengan badan menggigil sejuk kena hujan dan baju yang basah aku dengan muka tak bersalah pun masuk lah dewan exam. Baru bukak pintu, satu hall pandang aku. Apa tidaknya, exam mula pukul 8 aku 8.40 baru sampai. Haha, nak tunggu pemeriksa hantar kertas soalan dah 10 minit, baru belek kertas 10 minit pemeriksa dah bagi arahan kata masa habis. 2 soalan jer terjawab dalam banyak-banyak muka surat tu. Hik!
**********
PENGAJARAN : Sejak hari tu aku amik iktibar untuk lebih bersedia sebelum gi exam, yang mana perkara penting dan wajib aku perlu ingat ialah tahu lokasi peperiksaan, kad matrik, slip pendaftaran dan last one is MATIKAN ALARM PHONE! Even though aku tak bawak phone masuk exam dan dah tukar silent mode, tapi masih lagi spoil bila alarm kau tetiba bunyi jam 9 malam dengan lagu Taylor Swift - Haunted bergema-gema dalam dewan sebab pengawas peperiksaan suruh letak beg dekat belakang dewan. Haahaa, lol! Pengawas peperiksaan pulak dipersalahkan. Kalau bunyi lagu Haunted terlalak-lalak masa korang yang pernah jawab exam dalam memana dewan kat UPM tu mohon jangan kecam sebab aku punya phone lah tu. Mimihhh! So bakal-bakal mahasiswa mahasiswi sekalian, sila take note okay ?

SEMESTER 2: Antara family dengan study, siapa menjadi keutamaan?
Ku fikirkan peristiwa sesat masa semester 1 tu paling scary, masuk semester 2 pulak nah! Sekali lagi aku diuji dengan ujian yang sangat hebat. Just imagine bila hidup kau normal happy-happy gi kuliah balik kolej tengok running man then makan kenyang-kenyang dah bosan kau sambung tidur, suddenly dapat khabar berita kata mak kau sakit kat rumah. How do you feel that time? Tambahan pulak masa tu dah week 13, and adik-adik kalau nak tahu start week 10 sampai lah ke study week tu lah antara minggu-minggu yang kau tak dapat nak bernafas dengan baik, tidur dengan lena, atau makan dengan kenyang. Sebab minggu tu lah kau kena submit segala macam report, kajian, presentation, video, projek mega dan apa sahaja yang dikehendaki pensyarah. Jangan memain taw minggu ni. Bukan setakat itu jer, kalau kau jenis yang aktif macam aku ni, masa tu lah segala kelab berpusu-pusu hantar messages, memo, email dan surat untuk kau confirm kan kehadiran ke dinner lah, Annual Grand Meeting lah, kursus induksi dan program yang sewaktu dengannya. Baiklah, sekiranya anda berada di situasi saya yang sibuk nya dah hampir sama level dengan menteri , bayangkan pilihan dalam tangan korang. Nak balik rumah dan tinggalkan segala urusan yang ada kat UPM ni ker atau settle kan kerja dulu baru balik? Apa yang membingungkan aku masa tu ialah mama dah sakit almost 3 days sakit kaki dan tak boleh buang air?

lurvealoevera.blogspot.com
Mama sehari sebelum pembedahan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
 So again I asked my friends' opinions dan ayat paling aku tak boleh lupa sampai sekarang ialah, "Kalau aku jadi kau, aku tinggal semua kerja. Mak lagi penting. Gagal study kau boleh repeat. Kalau mak kau pergi kau tak terkilan ke sebab tak sempat berbakti untuk dia?" And, tak pikir panjang aku terus packed barang dan balik keesokan hari tu jugak. Usually aku balik rumah memang tak bawak baju since kat rumah dah ada baju, so macam biasa that day aku balik sehelai sepinggang dengan 1 beg nota kuliah jer konon-konon nak study. Malangnya kami terus ke hospital and aku bawak mama ke emergency dan sepanjang hari doktor-doktor check apa penyakit mama aku. Masa tu aku memang dah exhausted giler-giler sebab few days before aku duk ulang alik dari Kedah-Selangor-KL-Pahang dan sampai situ langsung tak ada rehat. Malam tu terus mama dimasukkan ke ward perempuan HOSHAS dan aku berjaga malam sebab mama menangis tahan sakit. Unexpected thing is, tiba-tiba doktor pakar yang hensem tu cakap mak aku punya urat saraf terhimpit kat tulang belakang. So they had to do the operation within 48 hours and masa tu doktor cakap 50-50, kalau tak operation risiko boleh lumpuh sepanjang hayat tapi kalau bedah tak jamin hidup macam biasa jugak. 2 hari 3 malam aku tidur situ dan pada jam 10 pagi hari ketiga mama masuk wad bedah aku terpaksa balik KL jugak sebab itu adalah 2 hari sebelum bermulanya study week and I need to settle down everything first. So study week aku dihabiskan dengan menjaga my mom yang baru lepas operation dan lumpuh and aku balik pun sehari sebelum bermulanya exam.
**********
PENGAJARAN: Yeah, pengorbanan seorang anak mana nak setanding dengan pengorbanan seorang ibu yang menjaga kita. Nak study pun tak masuk sebab duk fikir mak aku dah makan belum sakit siapa jaga and everything. But Alhamduillah, exam even aku tak baca pape aku main goreng jer tapi pointer aku still maintain 3.65 macam sem 1. But nasihat aku ialah, please korang study awal sebab kadang-kadang musibah ni kita tak boleh duga rite? So be prepared. I used to do extra tutorials and tak pernah ponteng kuliah tanpa sebab sepanjang buat degree.

SEMESTER 3: PRK dan Banjir menguji kesungguhan menimba ilmu.
Cabaran aku sebagai bakal kaunselor tidak berakhir setakat disitu. Semester 3 aku sahut cabaran kengkawan untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya kampus UPM sesi 2014/2015 sebagai calon umum. Okay, sekiranya adik-adik ada yang berminat dalam bidang kepimpinan ni, akak nasihatkan korang cuba sahut cabaran pegang jawatan kecik-kecik dulu sama ada dalam kelab ke, kolej atau universiti sebab pengalaman dia memang lain daripada masa jadi penolong ketua pengawas kat sekolah dulu. Dulu daripada korang someone yang tak amik tahu hal-hal universiti, masalah kebajikan pelajar dan sebagainya, bila dah sahut cabaran nak jadi pemimpim mahasiswa ni macam-macam benda baru korang akan belajar. Yes aku mengaku dulu aku memang tak minat hal-hal politik ni semua. Yang aku tahu kalau orang suruh aku bayar, aku bayar. Orang suruh aku buat, aku buat. But then bila aku ikut senior-senior untuk masuk dalam PRK last sem, dengan bantuan mentor-mentor yang power dan tak kurang jugak belajar daripada kritikan , cemuhan dan kutukan yang aku terima daripada student (biasalah, nak jadi wakil pelajar lah katakan, serba serbi orang nak komen macam lah dia orang tu berani sangat nak jumpa dedepan dan kutuk kau), masa tu kesabaran aku memang banyak teruji lah. Syukur lah, even aku tak menang dalam PRK last sem, tapi aku dah ada pengalaman yang sangat-sangat seronok dan tak semua orang ada pengalaman macam ni tau. Semangat nak jadi pemimpin universiti ni kena kuat dan matang.

lurvealoevera.blogspot.com
Asyiqin Jaafar, that's my real name. =)
But then sekali lagi aku diuji ialah bila mana hadirnya musim tengkujuh yang banjir besar melanda tahun lepas. Masihkah kau ingat? Heheee. Cewahh! Cadangnya aku balik study week tu nak melawat family jer since start PRK aitu aku langsung tak balik rumah jenguk my mom kan. End up aku pulak sangkut dalam banjir sebab jalan putus dan lagi sedih bila mana rumah aku tenggelam 8 hari. Nasiblah bapak aku dah ajak pindah awal-awal bila tengok air naik kat darat diam-diam. Paling penting, pindahkan mama dulu sebab mama tak boleh jalan, dan segala kerusi roda, tongkat, ubat-ubat mama semua kami hangkut dulu. Apa jadi dengan exam aku? Hahaha, maka extend lah aku 3 papers final sem lepas. Mujurlah dah inform awal kat MPP Fakulti dengan pensyarah yang aku tak jamin boleh balik bila since jalan semua putus. Dan sejurus aku inform jer pasal tu, serta merta line telefon pulak putus. Dengan bekalan air tak ada yang terpaksa kami tadah air hujan buat mandi dan masak maggie, elektrik jap hidup jap mati, makanan pun mengharap helikopter yang 2 hari kemudiannya baru muncul datang hantarkan bantuan. Wuuuu, memang darurat. Rasa macam zaman perang dunia kedua yang aku pernah baca dalam buku sejarah. Yang mampu kami lakukan masa tu cuma berdoa dan bertawakal. Aku dah sampai tahap pikir camni, "tah-tah aku tak lepas amik exam sebab dah lambat sangat. Redha jelah kalau aku kena repeat sem janji aku habiskan pengajian ijazah ni." Tapi Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk aku meneruskan pengajian. Sejurus banjir kat Temerloh surut, aku terus beli tiket bas dan balik UPM dan again memang tak boleh nak study sebab trauma tiap malam tidur termimpi aku duk berenang dalam air keruh seakan teh susu sambil cuci lumpur dan selut banjir. Dengan keadaan mak aku yang lumpuh lagi and adik bongsu aku baru darjah 2. Hurm, apa lagi. Aku speed ar hari-hari amik exam sebab nak habis awal then nak balik rumah cuci lumpur.
**********
PENGAJARAN:  Semangat nak belajar degree ni kena kuat deq lagi-lagi kalau kita ni hidup di perantauan, homesick siket-siket tu biasa tapi bila family kita ditimpa bencana alam yang tak diduga, agak-agak apa patut kita buat? So nasihat aku ialah, jangan lah apply universiti yang jejauh okay? Hikhikhik. Lagi satu, dah dapat masuk u nanti janganlah kau main-main belajar, tak kesian ke kat mak ayah hantar jauh-jauh semata-mata nak bagi pendidikan kat kau?

SEMESTER 4: Belajar sambil bekerja
lurvealoevera.blogspot.com
Kengkawan di tempat kerja @ De Gift House
And now aku di penghujung semester 4. So this sem aku sibuk bekerja part time sambil belajar. Bukan perkara yang senang dan mudah yea kawan-kawan? Kalau korang dah masuk degree nanti tau lah korang berapa sen sangat baki PTPTN yang tinggal lepas tolak yuran pengajian kat UPM nih, pastu nak tampung perbelanjaan kau sampai habis semester. Dan duit aku ternyata susut lepas aku habiskan untuk ganti uniform pengakap baru since kami dijemput untuk lapor diri ke Istana Abu Bakar untuk terima Anugerah Pengakap Raja Pahang bulan Mac hari tu. Memang ramai lah yang mengeluh duit tak cukup even yang dapat scholar pun ramai mengadu tak cukup . Mana tidaknya, awal-awal duit masuk jer mula arh korang jimba sana sini karaoke, tengok wayang, main bowling bagai. Then dah hujung sem hari-hari makan mee segera. Bukan aku nak hina orang makan mee segera, tapi mi segera tu tak elok sangat dek oyt kalau kau makan banyak. So daripada aku menjejaskan lagi kesihatan diri dengan ikat perut sebab nak save duit, lebih baik aku keluar cari iktiar macam mana nak cari duit untuk cover perbelanjaan aku. And alhamdulillah, 2 bulan lebih bekerja sambil belajar aku dah dapat banyak pengalaman dan ilmu perniagaan. Berbantukan nasihat dan cadangan daripada beberapa mentor aku, akhirnya aku berjaya atasi segala dugaan sepanjang belajar sambil bekerja. Well, bukan senang taw nak handle dan manage semuanya. Dan sejujurnya bila aku rasa penat sangat, aku akan nangis dan text mentor aku, "Penat.... ;-( " dan dia akan replied, "Letak gaji kat sebelah laptop sambil buat assignment, nanti hilanglah penat tu." Hahaaaaa, lol!
**********
PENGAJARAN: Jadi apa yang sis cuba nak sampaikan di sini adalah, tak salah bekerja sambilan sambil belajar. Yang penting kita kena bijak menguruskan masa, assignment siap on time, tahu bezakan mana keperluan dan kehendak dan silalah berjimat cermat okay? Duk jauh dengan mak ayah ni duit kena kawal sendiri so tolong beringat untuk save duit sebab takut emergency berlaku. Jangan bila masuk jer PTPTN laju jer korang pi tukar i-Phone 6 plus then tayang kat dalam kelas, pastu dah pokai mula buat muka tak malu mintak orang belanja sana sini. Manyak cantek muka kau hari-hari aku nak payung. Hahaaa. Okay?




Jadi kesimpulannya, setiap semester aku dah kongsikan cerita yang tersendiri. So terpulang pada korang macam mana nak manfaatkan masa kat universiti nanti. Pejam celik aku dah nak habis semester 4. Lusa paper kedua dan aku masih gigih menaip untuk share maklumat yang mungkin berguna buat korang. So, good luck okay? =D


Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Saturday, 6 June 2015

5 PETUA ATASI KULIT BERMINYAK

Assalamualaikum.

Honestly cakap, few months ago aku telah berjaya atasi masalah kulit muka yang berminyak. Yeah! Masa bila aku sedar bahawa masalah kulit berminyak ni selesai? Okay, terima kasih sangat-sangat dekat hakak-hakak daripada kos Sains Rumah Tangga UPM yang selalu invite diri ini untuk jadi model amali korang sepanjang semester ni. So far dah 4 kali aku masuk makmal kosmetik dia orang untuk make up session, facial muka dengan menggunakan masker Pupu, facial muka dengan bahan semula jadi and last sekali pedicure. After pedicure session aku dah start busy and tak dapat lah rawatan percuma lagi for every week. Heheee~

Me before i got the treatments.
So, masa buat facial treatment dengan kak Syikin that day, tu lah first time aku mencuba rawatan yang betul-betul profesional macam dekat spa. Muehehehe, selalu iolls buat manual jer kat bilik. Mula-mula dia orang guna scanner dulu untuk tengok jenis kulit muka yang kita ada, then guna stimer and terus buang whiteheads and blackheads. Lepas cuci siap diurut pulak muka aku, seriously hilang stress aku penat bekerja. Lagi best bila guna Pupu which is sejenis masker yang diperbuat daripada larva gunung berapi yang dibeli dari Indonesia. Balik jer dari session dengan dia orang, memang lain sangat rasa muka ni.

So masa memula guna scanner tu lah dia orang cakap kulit muka aku normal. Aku pun terkejut sebab kalau tak silap last 2 weeks before aku buat session tu, aku baru jer mintak khidmat nasihat sorang pakar kulit dan kosmetik ni and he said aku ada masalah muka berminayk. So he recommended me untuk beli product Nutrimetics APRICOT di mana aku just guna dia punya foaming cleanser, toner dan oil free moisturiser jer dalam tempoh 2 minggu. Tapi yang baguih nya pakar kosmetik dan kulit tu ialah, dia siap bagi personal guides lagi masa bila nak guna cleanser, toner dan moisturiser dan siap bagi jadual lagi masa bila aku kena buat facial muka sendiri. Weeee! Khidmat nasihat percuma taw iolls dapat, untung kan? Besides, ada jugak lah beberapa saranan yang pakar kosmetik tu pesan and aku follow up dengan dia jer. So here are few tips that I'm gonna share with you guys yang ada masalah kulit muka berminyak macam aku dulu.

1. KAWAL PEMAKANAN ANDA!
Dulu sebelum aku dapat khidmat nasihat pakar, aku suka sangat makan junk food. Pantang singgah supermarket atau kedai runcit, berpaket-paket jajan aku hangkut bawak balik. Yang menjadi peberet aku ialah Chachos, Twisties dengan Cheezels. Even makan nasi goreng pun aku akan gantikan keropok ikan dengan Chachos tu. Haaa, pelik kan menu aku? Mana muka tak berminyak. Then masa jumpa pakar kosmetik tu, dia terus tanya."You selalu makan junk food ke?" And I was like... Errr, mana dia tahu eryh?? Hahah. He said, salah satu faktor utama punca muka kita berminyak ialah pemakanan. When I think it back, yeah! Aku memang suka makan makanan berminyak like ayam Uncle Bob, Tom Yam daging, pisang goreng. Ahhhaaa, salah sendiri kan sebab tak jaga makan! Pastu mula gagau bukak majalah and google tips nak atasi masalah muka berminyak. LOL! Lepas balik jumpa pakar hari tu, aku terus nekad nak ubah gaya pemakanan tak sihat tu dah. Tipu sangat lah kalau aku tak curi-curi makan junk food lepas tu, tapi 2 3 minggu sekali lah baru makan. I remembered that pakar said, "You nak cantik tak? Nak cantik jaga makan." Hahaaa, scary giler ayat! From that day tiap kali pergi supermarket, aku akan gantikan jajan yang berpaket-paket tu dengan buah yang aku suka macam anggur, limau and wajib beli tomato cherries sebab aku suka makan mentah. Lagi gigih bila aku singgah pharmacy untuk cari vitamins yang baik untuk kulit. Kata nak cantik. Kahkahkah. So kepada mereka yang ada masalah muka berminyak ni, jom ubah gaya pemakanan korang! Kurangkan junk food, and makanan yang berminyak dan berlemak. Selain makanan macam ni boleh menyebabkan muka korang berminyak, ini jugak antara punca utama jerawat tumbuh kat muka taw?

2. SALAH PILIH KOSMETIK
Yang ini memang silap aku jugak lah sebab asal aku rasa benda tu ok, aku main taram jer tenyeh kat muka. End up bila lap dengan tisu minyak, nahhh.. Tak cukup sehelai tisu minyak kau nak lap sebab minyak kat muka kau dah macam minyak nak goreng ayam jah! Antara produk kosmetik yang aku tak boleh pakai ialah BB Crime daripada Silky girl yang roll punya. Punca aku pakai menda alah ni ialah sebab aku pernah tengok kawan aku pakai. Sebabnya aku tengok dia pakai macam okay jer, macam cantik jer. Hahaa, pastu mula gedik pergi try..Mama dah pesan, jangan pakai produk sembarangan. Tapi apakan daya tiru kawan kan. -_-! So if korang ada masalah muka berminyak sekarang, stop dulu produk kosmetik yang korang guna. Sebab menurut pembacaan aku, produk kosmetik ni kan ada chemical substances, so dia boleh bagi korang side effects lah kalau kulit you alls jenis kulit sensitif macam aku. Better pilih kosmetik yang diperbuat daripada bahan-bahan mineral. Macam yang aku guna sekarang, produk penjagaan muka adalah daripada Apricot. ^_^

3. LIMAU NIPIS
Kulit muka berminyak boleh diatasi dengan menggunakan limau nipis. Yang ni memang aku selalu sangat buat, almost every week lah kalau ada masa. Caranya ialah just potong nipis limau tu, then gosokkan pada muka. Tapi ingat! Jangan pulak kau tenyeh kuat-kuat sebab limau tu masam and boleh buat muka kita pedih. Gosok secara ringan jer terutama kat hidung, pipi, dahi dan dagu. Biar selama 15 minit, then bilas. Hasilnya, korang rasa lah sendiri. Ini petua daripada mak aku taw!

4. PUTIH TELUR
Balik rumah memang masker putih telur ni wajib aku buat. Kesian mama asal aku balik jer peti ais mesti kurang bilangan telur, mana tidak 3 hari sekali aku duk buat facial jer. Hiks! Caranya ialah, just tebuk sikit jer lubang pada telur tu dan amik yang putih jer. Yang kuning kau pergi simpan dalam mangkuk dan buat kek. Heeee~ Pukul dulu telur putih tadi dalam mangkuk kemudian sapu jer kat muka. Biar sampai dia kering dan rasakan ketegangan yang maximum masa tu, ibarat pakai botox lah tegangnya. Ceh! Cakap macamlah aku pernah pakai Botox. Hahaa. Agak-agak dah kering, cucilah muka tu n gosok perlahan-lahan okay? Nak lagi efektif silalah guna sponge muka untuk cuci.

5. PISANG, SUSU DAN MADU
Menurut pembacaan aku, buah berkulit kuning ni efektif taw untuk atasi masalah muka berminyak. Lumatkan jer pisang yang ada and kalau ada susu dan madu silalah campurkan. Tapi kalau ikot style aku, kadang aku buat masker pisang jer. Kadang tak ada kerja, aku sapu lah susu tu sesajer kat muka and keringkan. Heee. Lepas rasa masker tu agak-agak dah meresap dalam kulit, cuci elok-elok, okay?



Hasilnya, ini lah dia. Nampak tak muka bahagia di situ? Hahaaa, iolls punya kulit tak flawless macam you alls. Beria jer aku buat entry bagi tips bagai. Hikhikhik! Soalan ramai yang tanya macam mana aku nampak makin kurus tu malas nak jawab. Rahsia! Hahaa, ok bye!


Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Thursday, 4 June 2015

PENGALAMAN BELAJAR SAMBIL BEKERJA SAMBILAN

Assalamualaikum.

Hye readers. Kepada mereka yang follow perkembangan semasa aku via facebook, Instagram dan Wechat, majoriti dah tahu this semester aku busy bekerja sambilan. But then soalan pertama yang orang akan soal aku ialah, "SEMPAT KE NAK BUAT ASSIGNMENTS?" Hahaaa. Bertubi-tubi soalan diajukan pada aku. So now aku buat special entry untuk jawab semua persoalan yang bermain dalam fikiran korang and maybe kepada yang merancang nak bekerja sambilan next semester boleh implement kot tips aku yang tak seberapa ni. Heee....

1. MACAM MANA BOLEH TERGERAK HATI NAK BEKERJA SAMBILAN?

As you know, course pengajian pendidikan macam aku ni kelemahannya ialah kami tidak layak untuk memohon mana-mana biasiswa macam you alls yang dapat JPA, MARA dan biasiswa Bank Rakyat. Even though kami punya pointer dah dekan pun still tak layak katanya untuk apply scholar. Kenapa? Aku malas nak jawab kat sini. Pi Google kalau nak tahu sangat okay? So back to our main topic, setelah tolak yuran pengajian yang kos nya 3 kali ganda daripada yuran pengajian member aku yang duk UITM, maka saki bakinya tinggal lah berapa hingget sahaja. Yeah, persoalan yang berlegar dalam neuron aku masa tu ialah, mampu ker aku survive dari awal March sampai end of June? 4 bulan wooo. Kenapa aku bimbang sangat? Haa, sebabnya masa aku first year sem 1 dan 2 tengah rajin dulu kan, aku calculate and record taw setiap sen duit keluar masuk untuk setiap bulan. Zaman tu aku tak ada transport pun tapi belanja sebulan dah mencecah RM900. Each month okay?? So bila aku go through balik senarai apa yang aku beli sampai belanjawan aku tahap tu, ohhhh... I see. Baru sedar betapa boros nya aku. -_-! Now aku ada transport sendiri, lagi cuak mana nak cekau duit untuk cover minyak, service, bayaran bulanan lagi. Motor jer pun... Bukan kereta. Kalau aku pakai kereta masa ni, lagi tak boleh bayangkan tahap mana aku punya perbelanjaan. 

Okay, so aku ada lah jugak tanya-tanya kengkawan lain yang mana ptptn depa ciput macam aku an, "kalau duit tak cukup korang buat apa?" And I remembered someone said, "mak ayah bank in." Huhhh! Part ini aku paling lemah, jujur aku segan sangat nak mintak duit dengan mak ayah even RM10. Tambah pulak this sem kami banyk event yang nak guna duit, and setiap event kos RM300 hingga RM400. Means memang langsung tak cukup untuk belanja walau sebulan pun baki ptptn aku tu. Masa tu lah baru tergerak hati nak bekerja sambilan. Tapi masih lagi teragak-agak taw time tu, sebab mak ayah aku tak pernah bagi aku kerja. But then kami mengalami kemelesetan ekonomi yang sangat teruk selepas banjir teruk yang menenggelamkan rumah aku selama 8 hari, jadi itu membuatkan aku lagi nak elakkan daripada mintak mak bapak aku bank in duit. Seminggu taw aku tak lalu makan, tak lena tidur. Asyik fikir "macam mana lah agaknya aku nak buat assignments nanti?". "Agak-agak mama abah marah tak aku kerja?" ."Patut ke aku keluar daripada semua kelab dan persatuan sebab nak kosongkan masa dan space untuk bekerja?" But alhamdulillah, solat tahajjud memberi aku jalan penyelesaiaan. =)

2. BAGAIMANA AKU MEMBERANIKAN DIRI MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK BELAJAR SAMBIL BEKERJA?

Sebelum aku start kerja, aku ada jugak buat biznez kecik-kecik. Test market lah orang kata. Jual sosej, marshmallow, biskut kat foyer kolej. Tapi apa yang mengecewakan aku ialah, makanan habis tapi hasil langsung tak ada. Kau bayangkan macam mana perasaan aku time tu niaga tapi tak dapat untung dan modal langsung? So aku ubah plan. Before aku keluar survey kat mana ada kerja kosong area Sri Serdang yang paling dekat dengan UPM ni, aku cuba mintak nasihat orang dulu. Yeah, aku dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Sebelum buat apa-apa keputusan aku wajib tanya pendapat orang-orang yang aku percaya dulu. Dan satu hari masa lunch aku cuba bincang topik ni dengan sorang kenalan rapat yang dah bekerja sekarang. Apa-apa hal untuk dirujuk dengan kadar segera memang dia lah orang nya. 

And he said," Saya masa zaman belajar kat UKM dulu pun kerja part time jugak. Kerja kat Mydin lah, Subway, Giant. Okay jer. Balik kerja, malam kita pulun lah assignments." 
"Tak penat ke siang belajar, malam kerja?" 
"Mula-mula tu penat jugak, tapi nanti lama-lama awak akan biasa punya. Lagi-lagi bila hujung bulan awak tengok gaji masyuk, hilang penat taw." 

Okay, balik jer daripada jumpa dia, aku terus keluar cari kerja even ramai jugak kenalan dan kawan rapat lain yang tak setuju dengan keputusan aku nak bekerja. But aku tak tahulah kenapa aku yakin sangat yang aku boleh hadapinya. Salah satu sebab kenapa aku jadi nekad tu sebab aku nak buktikan dekat pensyarah aku, which is Professor Zaidatol Akmaliah yang mengajar subjek pendidikan keusahawanan sem ni bahawasanya aku ada ciri-ciri keusahawanan yang tinggi macam dalam skor cemerlang yang aku dapat masa buat ujian Atribut dan Potensi Keusahawanan. And after aku jumpa seorang kaunselor berdaftar di Seksyen Kaunseling Pelajar UPM untuk membincangkan isu ni, aku jadi makin motivated untuk membuat keputusan untuk bekerja. =)

3. DALAM BANYAK-BANYAK TEMPAT DI SRI SERDANG, KENAPA DE GIFT HOUSE MENJADI PILIHAN?

Baiklah, soalan ini selalu boss dan supervisor aku tanya. Kenapa De Gift House? Aku sengih jer bila boss tanya macam ni. Ingat lagi masa aku semester 3 dulu aku pernah datang kedai Mr.Lim ni untuk cari seorang usahawan berjaya yang dah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 5 tahun untuk di interview. And that was my first time aku kenal Mr.Lim dan dia bagi kerjasama yang sangat baik untuk aku siapkan tugasan Dr. Arnida masa tu. First time masuk kedai tu, memang...WOW! aku jamin siapa yang masuk mesti nak datang lagi. Plus Mr. Lim tu pun baik giler, soft spoken and very low profile. Dapat boss yang baik macam ni, lagi aku semangat nak kerja. Let say kalau masa tu faktor utama aku nak kerja part time ialah sebab duit and bukan sebab nak belajar ilmu biznez, baik aku cari kerja dekat supermarket senang tak banyak kerja. Haa, one more. Tempat pertama aku fikir untuk cari kerja ialah De Gift House sebab kedai tu sejuk ada aircond kalau nak bandingkan Pasaraya Hari-hari dengan Happy Home Superstore seberang jalan situ yang open sangat. Kalau sesiapa yang pernah singgah gift shop tempat aku kerja tu, mesti teruja sebab dalam tu banyak sangat jual barang-barang yang comel, like Hello Kitty set daripada rice cooker, speaker, mug, tumbler, key chain, tapper ware, mini drawer and banyak lagi lah. Semua dalam tu kartun dan memang menjadi tarikan utama babies and kids untuk ajak mak ayah dia orang datang. Since aku suka sangat kids dan babies, so aku tak rasa awkward bila bebudak ni masuk and kengkadang aku sampai jadi baby sitter kat situ sementara mak ayah dia orang yang shopping. Hahaaa. And kalau regular customer yang dah kenal aku tu mesti tarik aku kat corner yang jual funny toys untuk ajak aku main sesama. Kadang aku pulak confused, ni tengah kerja ke tengah main dengan adik? Ngeeee!

4. APA MANFAAT AKU DAPAT SEPANJANG KERJA PART TIME? 

Masa jumpa Mr.Lim dulu kan, macam-macam aku interview daripada background dia bekerja dengan sebuah company kat Pineng sampailah dia berhijrah ke KL untuk bukak biznez sendiri, and now De Gift House, Sri Serdang ialah cawangan kedua dia. Kalau nak tahu, boss aku baik giler. Dalam seminggu tu mesti adalah boss belanja makan, KFC lah, McD lah, Secret Recipe and kadang kedai mamak pun jadi. See? Pemurah kan boss aku? Sebelum aku keluar cari kerja, I told myself that aku akan absorb segala ilmu perniagaan dan pengurusan yang boleh aku belajar sepanjang aku bekerja sambilan nanti. And Mr. Lim ni memang tak lokek untuk share ilmu dan pengalaman dia sepanjang bukak biznez ni. Dari segi marketing, modal, supplier, turun naik economy, untung rugi sales bulanan, and paling menarik ialah part GST di mana aku belajar kenapa perlunya record items, tagging baru, bar code scanning and software yang digunakan. Then what I did ialah, aku akan relate segala apa yang boss dah share kat aku kat tempat kerja dengan lecture Pendidikan Keusahawanan yang Prof Zai ajar dalam kelas. Seriously baru aku sedar dunia perniagaan ni tak semudah yang aku belajar dalam kuliah. 

And advantages lain yang aku dapat ialah, aku boleh apply ilmu psikologi dan kaunseling aku belajar masa serve customers sepanjang bekerja. Interesting okay? Human skills ni bukan something yang you all just baca dan imagine jer taw. Kena apply baru kau faham. Customers aku jumpa sepanjang 2 bulan setengah kat situ, oh giler! Banyak sangat ragam. Ragam bebudak lain, ragam mak ayah pun lain. Plus kalau customer kau semua paham bahasa melayu tak apa. Masa tu lah aku asah communication skill aku daripada English, B.Melayu sampai Mandarin. Kat situ jugak banyak menguji kesabaran aku sebab memula aku masuk kerja dulu, aku langsung tak taw apa-apa. And ada lah bebudak sekolah menengah yang nakal ni pi maki aku "kalau tak tahu pape baik tak payah kerja sini.". Hello??! Aku baru 2 hari kat situ kot time tu. Geram jer nak marah, tapi sebab dia customer kan, aku hanya mempu jeling dan mengetap gigi jer. Besides, kerja part time macam ni jugak mengajar aku erti disiplin masa. First day aku masuk kerja, sepatutnya aku shift 10 pagi tapi aku masuk 10.20am. Then supervisor tegur untuk be punctual. Yeah, kalau nak bandingkan setting belajar dengan setting kerja, lain sangat! Kalau datang kuliah lambat pun lecturer tak cakap apa, janji ada effort nak datang tu pun dah okay. Tapi kalau setting kerja kau masuk lambat, siap gaji kena potong. Sejak hari tu aku belajar untuk sensitif dengan masa. Hikhikhik....

5. BELAJAR SAMBIL BEKERJA, MACAM MANA NAK URUSKAN MASA?

Since tempat kerja aku tu cuma 10 minit jer dari UPM, so memang majoriti customer yang aku jumpa ialah student macam aku jugak lah. Daripada Bachelor, Siswazah sampailah PhD. Tak kurang jugak staf dan lecturer UPM yang singgah beli barang kat situ. So sambil-sambil aku serve customer tu, masa tu lah aku amik peluang untuk bersesi kenalan kan. Dan bila aku bagitahu bahawasanya aku ni student UPM jugak, masing-masing semua terkejut. And mulalah tanya, "Sempat ke nak siapkan assignment?" Hahaaa... Jenuh aku nak menjawab sepanjang 2 bulan ni soalan yang sama, and now aku nak bagitahu lagi sekali macam mana aku managed masa aku. 

- Sebelum cari kerja, perhatikan dulu jadual kuliah u alls. Jot down masa lapang yang ada. For example, jadual aku Selasa 8am-2pm Lecture. So masa free yang aku ada ialah 2pm-10pm. Hari-hari lain pun sama do the same thing. Catat setiap baki masa yang tinggal after kuliah atau amali.

- Then, selaraskan weekdays dari jam berapa yang kelima-lima hari tu free waktu yang sama. For example masa aku kerja aitu, weekdays aku selaraskan dari jam 6pm-10pm aku free, so dalam tempoh 4 jam tulah aku bekerja part time kat De Gift House untuk weekdays.

- Tak semua hari kita habis kuliah waktu yang sama rite? Kalau ikut schedule aku, Monday kuliah aku 8am-10 am, 3pm-5pm. So in between 2 kuliah ni aku ada gap yang sangat lama. Jadi apa aku buat ialah, masa tu lah aku pulun assignment. Buat report, edit slides presentation, buat projek untuk tugasan, keluar survey tempat untuk interview, cari bahan kat library, google extra info. Same goes to hari-hari lain yang ada masa lapang sebelum jam 6pm aku masuk kerja. Rehat? Ouh, nasihat aku ialah jangan tangguh kerja sebab once kau utamakan tidur, tunggulah assignment kau bertambah hari demi hari then last minit kau komplen tak sempat buat. 

- Cuti orang kerja dengan cuti orang study lain taw? Once u dah kerja, memang cuti yang ada tu lah masa untuk kau buat revision, assignments atau research and interview. Jalan-jalan lepak tengok wayang window shopping? Lupakan lah! Banyak lagi komitmen kau kena agihkan instead of benda-benda buang masa dan duit macam tu. 

- Cuba deal dengan kawan-kawan lain sekiranya melibatkan group assignments. Aku cukup respect group members aku untuk LAX 022 which is subjek ini memerlukan kami berkumpul setiap minggu dan record segala discussion dalam video, then upload kat youtube and attached link video ke dalam 1 website sebagai assignments. Sebab kekangan masa bekerja, then internet selalu buat hal, memang kau berisiko lah untuk submit lewat atau tak submit terus benda alah tu. So apa yang group aku ni buat untuk make sure semua orang hadir for group video at least (submit tak submit lain citer) ialah, kami akan buat video recording ni every week after 10pm lepas semua orang habis meeting atau kerja masing-masing. They are very tolerate you know. 

- Kecilkan skop fokus korang once korang decide untuk kerja part time masa study. Maksudnya kalau dulu korang aktif dengan event sana, program sini. Pegang jawatan besar-besar dalam kelab, fakulti and kolej. Now it's time for you to let go few things. Kecikkan priorities korang. Sebab percayalah, korang tak akan mampu untuk buat semua benda dalam satu masa. Jangan jadi tamak okay? Bincang elok-elok dengan pihak tertentu. Macam aku pun ada pengalaman sedemikian di mana aku direhatkan daripada kelab dan persatuan sebab aku pilih untuk bekerja. Presiden kelab tak bagi aku quit sebab tak nak putuskan bonding antara kelab members. But kalau ada pape event yang sempat aku pergi, aku akan singgah. Yeah, even though majlis dah habis, tapi kalau jam 10pm aku singgah pun still ada makanan lagi dia orang serve. Tak rugi kan kalau datang.  Orang kuat kelab konon-konon kan. Heeheee~ 

lurvealoevera.blogspot.com
Staf di De Gift House. Rindu sangat kat dia orang....
Kesimpulan

Heee, maaf lah entry kali ni terlampau panjang. Btw, aku dah berhenti kerja 31th May hari tu sebab aku nak fokus untuk final exam pulak. Hopefully entry kali ni membantu lah siket2 kepada mereka yang berhajat nak bekerja tu. So far aku tak ada masalah dengan assignments and presentation. Alhamdulillah.  I've proven to myself that I can do it. Terima kasih buat semua pihak yang banyak membantu aku sepanjang tempoh ni. Pengalaman pertama kali bekerja dalam seumur hidup aku ni memang menarik. Lepas berhenti jer kerja kat De Gift House, aku terus apply ilmu yang ada dan  buat biznez kecik-kecik untuk isi masa lapang. And sambutan jugak not bad. Hahaaa, tak boleh citer biznez apa coz aku tak jual online yea. Belum bersedia lagi. So that's all from me. =)


Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera 

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...