Thursday, 25 June 2015

4 GAYA ASUHAN IBU BAPA: SIAPA KITA HARI INI?

Assalamualaikum.

Hye, again. Sis update entry kali ni sebagai revision untuk paper Family Counseling esok pagi taw. Satu topik menarik yang sis nak share adalah berkenaan dengan "PARENTING STYLE" especially adik-adik yang baru kenal erti hidup ni. You know what? Actually our self developments like our characters, behaviors, attitudes and personalities sedikit sebanyak dipengaruhi jugak oleh gaya asuhan parents kita. Sepanjang aku dalam bidang bimbingan dan kaunseling ni, dari semester satu lagi kami ditekankan berkenaan dengan parenting style ni. So jom kita tengok kategori mana mak ayah kita dalam sepanjang mengasuh dan membesarkan kita.

1. AUTHORITATIVE PARENTING STYLE
Kalau mengikut pembacaan aku yang tak seberapa ni kan, gaya asuhan Authoritative ni adalah gaya asuhan yang based on hormat-menghormati, korang jelas dengan peranan korang sebagai anak, anak-anak diajar dengan akibat dan logikal dalam tingkah laku mereka, berkomunikasi secara terbuka and mak ayah pun tak menggunakan dendaan secara fizikal untuk mendidik. 

Sebagai contoh kan, korang target PMR nak straight A's. Tapi bila result PMR keluar, korang just dapat 6A1B jer. So kalau parent korang jenis "authoritative", dia orang tetap akan puji korang atau bagi support supaya korang tak rasa down. Korang beruntung giler kalau dapat parent macam ni. Pernah tak dengar kengkawan struggle separuh nyawa dalam akademik sebab parents depa letak target 7A and suddenly bila dia dapat result sama dengan kau tapi parent dia hareeem tak puji. Bukan setakat tak puji, ada yang terus tak bercakap dengan korang. See? Pressure kan macam ni. Bukannya korang tak struggle betul-betul. Jadi bersyukurlah kalau mak ayah korang be like authoritative parents okay? 

Kids with authoritative parenting style ni dikatakan menghadapi tekanan hidup dengan cara yang lebih constructive, berdaya tahan dan kawalan diri yang tinggi, ceria dan mesra dengan orang lain. 
Kesannya, authoritative families ni are well-behaved, performed better at school, emotionally healthy and well social-adapt .So tak hairanlah kalau ada antara kawan-kawan kita nampak tenang  jer study tapi result gempak kan? Sebab parent dia jenis supportive.


2. AUTHORITARIAN PARENTING STYLE
Gaya asuhan ibubapa yang bersifatkan autoritarian ni bermaksud parents yang mengenakan sesuatu peraturan yang terlalu ketat and sebagai seorang anak kita kena patuh dengan cakap mak ayah walaupun pendapat kita berbeza dengan mereka. Ringkasnya, ibu bapa ini menuntut kepatuhan mutlak daripada anak-anak. 

For example, you adik-adik kan, nak join kawan-kawan ber-study group since final exam dah dekat. But whenever you ask permission from your parents, tetiba depa hangin tak bagi hang pa join study group dengan kawan-kawan. Tapi bila hang pa tanya kenapa, depa tak nak jawab pulak. Haaa, situasi lebih kurang macam tu. Korang tak diberi kebebasan bersuara langsung. Macam-macam peraturan depa dah set untuk hang pa adik-beradik. Kalau hang pa degil jugak melawan, hang pa pulak yang kena tibai cukup-cukup tak kira lah guna rotan ke bamboo. Janji pada depa hang pa tetap salah sebab hang pa tak dengar cakap walaupun hang pa keluaq nak pi study group ja. See? Terkongkong kan? 

This kind of parenting style also required kids to relatively well-behaved, inferior in social skills, poor self-esteem and suffer from anxiety. Maka bila hang pa dah besaq panjang, hang pa jadilah manusia yang kurang ceria, banyak ragam, pasif, angkuh, bongkak sombong dan mudah terdedah pada tekanan in comparison dengan kengkawan hang yang lain. Sebabnya hang pa masa kecik-kecik dulu ikot mak ayah pi ghumah oghang bertandang, tetiba dengan tak sengaja hang pa tertumpah ayaq kat meja kopi rumah orang tu. Fuhh, serta merta muka mak kau hijau bapak kau pink! Haha, lol. But yes, tanpa segan silu korang dicubit atau dimarah depan orang. Agak-agak siapa pernah kena? Tak best kan kena marah depan orang? So in the future bila korang dah ada anak sendiri, sila baca entry sis yang cute ni balik untuk remind yourself okay? Heee.. 


3. PERMISIVE (INDULGENT) PARENTING STYLE
Kalau mak bapak jenis yang permissive ni pulak, depa ada tetapkan peraturan untuk hang pa adik beradik. Tapi depa ni nak tunjuk sporting kan, so depa kira berlembut lah kat hang pa. Bagi muka orang kata. Tapi sayang, bila mak bapak terlampau bagi muka sangat anak-anak pun problematic jugak. Strict salah, lembut pun salah. Banyak betul masalah nak jaga korang ni. Hahaaa. Senang citer anak-anak yang hasil daripada gaya asuhan permisive ni manja sangat lah. Hidup korang mungkin ceria, tapi dari segi tahap kawalan diri and kebolehan diri tu macam kureng siket sebab apa-apa semua harap mak bapak tolong. Jadi korang tak membesar dengan psikologi yang sihat mana lah. Even though self-esteem korang tinggi tahap Gunung Everest dan korang akan hidup dalam keadaan yang kurang tekanan berbanding mak ayah yang authoritarian tadi, tapi bila terlalu dimanjakan korang akan mudah terjebak dengan masalah tingkah laku like ketagihan dadah atau mencuri untuk isi masa lapang.

Okay, let take this as example for boys. Parent korang dah tetapkan sebelum pukul 12 malam kena balik rumah if not, you'll be locked up and tidur luar. But then mak bapak korang kesian korang kena tido luar, maka dia orang pun cancel lah rule sedemikian. So each time even you balik rumah 5 pagi pun pintu still tak berkunci supaya senang korang nak masuk rumah. Ohoi! Kalau adik aku lah macam ni, lama dah segala elaun dan kenderaan dia kena tarik. Hahaa. So bila habit balik pukul 5 pagi macam ni dah menjadi kebiasaan and mak ayah pulak bagi muka sangat, fikirlah apa lagi yang korang akan buat lepas tu.


4. UNINVOLVED (NEGLECTFUL) PARENTING STYLE
Kebanyakan remaja yang terjebak dengan gejala social ni adalah disebabkan gaya asuhan 'neglectful' kat rumah. Kategori ni adalah spesis mak bapak yang jenis tak pedulikan anak sama ada dah makan belum, dah balik rumah belum atau pergi sekolah ke tak. Kalau masa anak-anak baby2 lagi, bila mana anak menangis mintak susu mak buat tak peduli. Bila anak nangis pampers dah penuh najis mak biarkan. Atau dalam drama dan iklan tv selalu kita tengok bebudak sekolah rendah balik sekolah bawak markah exam cemerlang nak tunjukkan mak ayah tapi mak ayah malas layan sebab penat balik kerja. Mungkin punca mak ayah jadi macam ni sebab faktor penceraian, ekonomi atau tekanan dalam keluarga.

Parents like this offer little emotional support to their kids. Consequently, bila anak dibiarkan maka anak-anak pun mula mencari kasih sayang daripada orang asing. Kalau dalam perhubungan percintaan pulak, korang akan jadi someone yang susah nak percayakan pasangan atau tahap kebergantungan pada pasangan yang terlalu tinggi. Ada certain tu bila mana hidup mereka dibiarkan oleh ibu bapa hidup dalam kemiskinan sedangkan mak ayah enjoy sana sini, maka bila dewasa orang ni berkemungkinan menjadi someone yang tamak dan terlibat dalam gejala rasuah jika tidak dibimbing dengan ilmu agama dan moral.

Haaa, itulah sebab kenapa kita nampak budak-budak siang malam lepak ngan kengakawan berpeleseran tidur bawah jambatan ni, 24 jam gambling kat cyber center atau enjoy parti sana sini. Kesian kan? So kalau ada antara readers yang dibesarkan dengan keadaan macam ni, sis harap korang belajar bersungguh-sungguh dan bantulah keluarga korang. Okay?
********************

Kesimpulannya, secara ringkas sis nak sum up kat sini ialah the best parenting style is AUTHORITATIVE sebab this kind of style will help you as parents to have best child outcomes. Orang-orang yang achievement-minded, independent, socially responsible dan paling penting campak lah dia kat situasi apa pun, dia boleh survive macam ni, kita boleh agaklah yang dia terima didikan di rumah dengan gaya asuhan Authoritative. Since korang dah tahu berkenaan gaya asuhan ni, maka korang sebenarnya dah boleh agak kawan-kawan sekeliling korang tu daripada background family macam mana. Terutama yang nak mencari jodoh atau pilih kawan ni kan, perhatikan pasangan atau rakan korang macam mana. Secara tak langsung korang boleh kenal probability characters mak bapa dia macam mana jugak. Yes, I admit that orang sekeliling selalu jadi bahan pemerhatian experiment aku. Dalam maksud lainnya sis pun memilih kawan dan pasangan jugak lah orang nya. Heeeee~  

For more information, you may visit these websites regarding PARENTING STYLES.



Thank you for reading.

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...