5 PETUA ATASI KULIT BERMINYAK

Assalamualaikum.

Kulit berminyak ni antara dilema wanita-wanita kat luar sana. Kering sangat pun salah, berminyak sangat pun salah. Ada tips tak nak resolve masalah kulit berminyak ni?

1. KAWAL PEMAKANAN ANDA!

Usually masalah muka berminyak ni faktor dia berpunca daripada pemakanan. Banyak makan makanan bergoreng dan kurang minum air memang penyumbang besar kepada masalah negara wanita. Nak suruh cut off makanan bergoreng tu memang mustahil lah sebab baru nampak iklan ayam goreng McD jer dah terliur.

Jadi tips dia adalah, kalau home cook tu instead of goreng dengan minyak, boleh try goreng tanpa minyak guna air fryer. Then kurangkanlah makan fast food atau instant food tu kalau sayang kulit.


2. SALAH PILIH KOSMETIK

Tak semua barang kosmetik sesuai dengan condition skin kita. Especially krim. Tak kisahlah krim pelapik ke, BB cream ke. For oily skin please avoid kosmetik yang ada oil base. And kalau jenis siang malam suka makeup, you guys kena kerap cuci untuk kurangkan minyak. Always prepare oily tissue untuk sentiasa tampil segar okay.

3. LIMAU NIPIS
Kulit muka berminyak boleh diatasi dengan menggunakan limau nipis. Yang ni memang aku selalu sangat buat, almost every week lah kalau ada masa. Caranya ialah just potong nipis limau tu, then gosokkan pada muka. Tapi ingat! Jangan pulak kau tenyeh kuat-kuat sebab limau tu masam and boleh buat muka kita pedih. Gosok secara ringan jer terutama kat hidung, pipi, dahi dan dagu. Biar selama 15 minit, then bilas. Hasilnya, korang rasa lah sendiri. Ini petua daripada mak aku taw!

4. PUTIH TELUR
Balik rumah memang masker putih telur ni wajib aku buat. Kesian mama asal aku balik jer peti ais mesti kurang bilangan telur, mana tidak 3 hari sekali aku duk buat facial jer. Hiks! Caranya ialah, just tebuk sikit jer lubang pada telur tu dan amik yang putih jer. Yang kuning kau pergi simpan dalam mangkuk dan buat kek. Heeee~

Pukul dulu telur putih tadi dalam mangkuk kemudian sapu jer kat muka. Biar sampai dia kering dan rasakan ketegangan yang maximum masa tu, ibarat pakai botox lah tegangnya. Ceh! Cakap macamlah aku pernah pakai Botox. Hahaa. Agak-agak dah kering, cucilah muka tu n gosok perlahan-lahan okay? Nak lagi efektif silalah guna sponge muka untuk cuci.

5. PISANG, SUSU DAN MADU
Menurut pembacaan aku, buah berkulit kuning ni efektif taw untuk atasi masalah muka berminyak. Lumatkan jer pisang yang ada and kalau ada susu dan madu silalah campurkan. Tapi kalau ikot style aku, kadang aku buat masker pisang jer. Kadang tak ada kerja, aku sapu lah susu tu sesajer kat muka and keringkan. Heee. Lepas rasa masker tu agak-agak dah meresap dalam kulit, cuci elok-elok, okay?



Hasilnya, ini lah dia. Nampak tak muka bahagia di situ? Hahaaa, iolls punya kulit tak flawless macam you alls. Beria jer aku buat entry bagi tips bagai. Hikhikhik! Soalan ramai yang tanya macam mana aku nampak makin kurus tu malas nak jawab. Rahsia! Hahaa, ok bye!



Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera