Thursday, 18 June 2015

PENGALAMAN 2 TAHUN SEBAGAI PELAJAR BACHELOR YANG CUKUP MENCABAR

Assalamualaikum.

Result UPU keluar jer, berpusu-pusu orang pi Google , "Macam mana kehidupan di universiti". Haha, nampak kan semangat nak buat persediaan mental di situ? And masa aku check statistic baru-baru ni ada siap search "Pengalaman belajar bachelor". Biasalah, memula dapat surat tawaran kata layak masuk u dulu pun aku sampai tak tidur malam update status sana sini tanya pendapat orang mintak bantuan kenalan tah saper-saper tak pernah kenal tetiba pm untuk tanya pengalaman dia orang belajar kat universiti jugak. Nampak tak terlebih bersungguh di situ? Bezanya ialah aku dulu tak Google macam korang buat, tapi meroyan siang malam private message orang tanya macam-macam. Hahaaa, lol! Bebudak lah katakan..

So entry kali ni aku berminat lah nak share sikit pasal life aku kat UPM ni kan. Well, lain orang bezalah life dia kan. So mohon jangan cerca saya yea wahai senior-senior sekalian dan buat adik-adik yang baru nak masuk U tu jangan terkezzzuut okay lepas baca entry aku. Heee~ So now aku di penghujung Semester 4 dalam Bachelor Pendidikan (Bimbingan Kaunseling) dengan Perdagangan sebagai bidang minor aku untuk ijazah ni. Kalau nak dibandingkan kos aku dengan kos bebudak Medic, Veterinar, Sains, Ekologi manusia dan so on, memang kos aku ni agak relax lah, tapi kalau terlebih relax jangan mimpi lah nak result gempak kan. Kengkonon angan-angan sebelum masuk U nak dekan each sem. Haaa, bila dah masuk U baru korang tahu apa punca tak boleh nak maintain dekan tiap sem tu. Ehem, sis tak nak cakap kat sini. Nanti korang masuk U korang rasa lah sendiri.

lurvealoevera.blogspot.com
Okay, inilah course mates sis. 
SEMESTER 1: Tak jumpa dewan exam!
Bila tiap kali aku ditanya pasal pengalaman sem 1 kat UPM, nak tergelak pun ada. Masa tu umur baru 19, budak-budak sangat. UPM ni kan besar, paling aku tak boleh lupa ialah sesat tak jumpa dewan exam untuk test 1 paper English masa tu. Miscommunication dengan kengkawan lah ceritanya, dan paling sadis aku pulak gi kuliah hari-hari jalan kaki so memang tak tahu lah bas berhenti dari mana ke mana dan aku pulak tak terfikir nak ingat position setiap fakulti dalam main campus ni. So apa lagi, hampir 2/4 daripada main campus ni aku tawaf pukul 8 malam dengan hujan renyai lampu jalan ada tak ada foreigners pulak bersepah-sepah. Menangis-nangis cari kat mana dewan exam sebab call kengkawan haram sorang tak angkat. Hahaaa, padan muka! Itulah, malam ni exam pukul 6 tadi baru nak tanya kawan kat mana location then mula menggelabah tak tahu kat mana. End up dengan berbantukan directory board yang uzur tersedia di tepi jalan tu, aku berjaya jugak sampai ke dewan exam. So dengan badan menggigil sejuk kena hujan dan baju yang basah aku dengan muka tak bersalah pun masuk lah dewan exam. Baru bukak pintu, satu hall pandang aku. Apa tidaknya, exam mula pukul 8 aku 8.40 baru sampai. Haha, nak tunggu pemeriksa hantar kertas soalan dah 10 minit, baru belek kertas 10 minit pemeriksa dah bagi arahan kata masa habis. 2 soalan jer terjawab dalam banyak-banyak muka surat tu. Hik!
**********
PENGAJARAN : Sejak hari tu aku amik iktibar untuk lebih bersedia sebelum gi exam, yang mana perkara penting dan wajib aku perlu ingat ialah tahu lokasi peperiksaan, kad matrik, slip pendaftaran dan last one is MATIKAN ALARM PHONE! Even though aku tak bawak phone masuk exam dan dah tukar silent mode, tapi masih lagi spoil bila alarm kau tetiba bunyi jam 9 malam dengan lagu Taylor Swift - Haunted bergema-gema dalam dewan sebab pengawas peperiksaan suruh letak beg dekat belakang dewan. Haahaa, lol! Pengawas peperiksaan pulak dipersalahkan. Kalau bunyi lagu Haunted terlalak-lalak masa korang yang pernah jawab exam dalam memana dewan kat UPM tu mohon jangan kecam sebab aku punya phone lah tu. Mimihhh! So bakal-bakal mahasiswa mahasiswi sekalian, sila take note okay ?

SEMESTER 2: Antara family dengan study, siapa menjadi keutamaan?
Ku fikirkan peristiwa sesat masa semester 1 tu paling scary, masuk semester 2 pulak nah! Sekali lagi aku diuji dengan ujian yang sangat hebat. Just imagine bila hidup kau normal happy-happy gi kuliah balik kolej tengok running man then makan kenyang-kenyang dah bosan kau sambung tidur, suddenly dapat khabar berita kata mak kau sakit kat rumah. How do you feel that time? Tambahan pulak masa tu dah week 13, and adik-adik kalau nak tahu start week 10 sampai lah ke study week tu lah antara minggu-minggu yang kau tak dapat nak bernafas dengan baik, tidur dengan lena, atau makan dengan kenyang. Sebab minggu tu lah kau kena submit segala macam report, kajian, presentation, video, projek mega dan apa sahaja yang dikehendaki pensyarah. Jangan memain taw minggu ni. Bukan setakat itu jer, kalau kau jenis yang aktif macam aku ni, masa tu lah segala kelab berpusu-pusu hantar messages, memo, email dan surat untuk kau confirm kan kehadiran ke dinner lah, Annual Grand Meeting lah, kursus induksi dan program yang sewaktu dengannya. Baiklah, sekiranya anda berada di situasi saya yang sibuk nya dah hampir sama level dengan menteri , bayangkan pilihan dalam tangan korang. Nak balik rumah dan tinggalkan segala urusan yang ada kat UPM ni ker atau settle kan kerja dulu baru balik? Apa yang membingungkan aku masa tu ialah mama dah sakit almost 3 days sakit kaki dan tak boleh buang air?

lurvealoevera.blogspot.com
Mama sehari sebelum pembedahan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
 So again I asked my friends' opinions dan ayat paling aku tak boleh lupa sampai sekarang ialah, "Kalau aku jadi kau, aku tinggal semua kerja. Mak lagi penting. Gagal study kau boleh repeat. Kalau mak kau pergi kau tak terkilan ke sebab tak sempat berbakti untuk dia?" And, tak pikir panjang aku terus packed barang dan balik keesokan hari tu jugak. Usually aku balik rumah memang tak bawak baju since kat rumah dah ada baju, so macam biasa that day aku balik sehelai sepinggang dengan 1 beg nota kuliah jer konon-konon nak study. Malangnya kami terus ke hospital and aku bawak mama ke emergency dan sepanjang hari doktor-doktor check apa penyakit mama aku. Masa tu aku memang dah exhausted giler-giler sebab few days before aku duk ulang alik dari Kedah-Selangor-KL-Pahang dan sampai situ langsung tak ada rehat. Malam tu terus mama dimasukkan ke ward perempuan HOSHAS dan aku berjaga malam sebab mama menangis tahan sakit. Unexpected thing is, tiba-tiba doktor pakar yang hensem tu cakap mak aku punya urat saraf terhimpit kat tulang belakang. So they had to do the operation within 48 hours and masa tu doktor cakap 50-50, kalau tak operation risiko boleh lumpuh sepanjang hayat tapi kalau bedah tak jamin hidup macam biasa jugak. 2 hari 3 malam aku tidur situ dan pada jam 10 pagi hari ketiga mama masuk wad bedah aku terpaksa balik KL jugak sebab itu adalah 2 hari sebelum bermulanya study week and I need to settle down everything first. So study week aku dihabiskan dengan menjaga my mom yang baru lepas operation dan lumpuh and aku balik pun sehari sebelum bermulanya exam.
**********
PENGAJARAN: Yeah, pengorbanan seorang anak mana nak setanding dengan pengorbanan seorang ibu yang menjaga kita. Nak study pun tak masuk sebab duk fikir mak aku dah makan belum sakit siapa jaga and everything. But Alhamduillah, exam even aku tak baca pape aku main goreng jer tapi pointer aku still maintain 3.65 macam sem 1. But nasihat aku ialah, please korang study awal sebab kadang-kadang musibah ni kita tak boleh duga rite? So be prepared. I used to do extra tutorials and tak pernah ponteng kuliah tanpa sebab sepanjang buat degree.

SEMESTER 3: PRK dan Banjir menguji kesungguhan menimba ilmu.
Cabaran aku sebagai bakal kaunselor tidak berakhir setakat disitu. Semester 3 aku sahut cabaran kengkawan untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya kampus UPM sesi 2014/2015 sebagai calon umum. Okay, sekiranya adik-adik ada yang berminat dalam bidang kepimpinan ni, akak nasihatkan korang cuba sahut cabaran pegang jawatan kecik-kecik dulu sama ada dalam kelab ke, kolej atau universiti sebab pengalaman dia memang lain daripada masa jadi penolong ketua pengawas kat sekolah dulu. Dulu daripada korang someone yang tak amik tahu hal-hal universiti, masalah kebajikan pelajar dan sebagainya, bila dah sahut cabaran nak jadi pemimpim mahasiswa ni macam-macam benda baru korang akan belajar. Yes aku mengaku dulu aku memang tak minat hal-hal politik ni semua. Yang aku tahu kalau orang suruh aku bayar, aku bayar. Orang suruh aku buat, aku buat. But then bila aku ikut senior-senior untuk masuk dalam PRK last sem, dengan bantuan mentor-mentor yang power dan tak kurang jugak belajar daripada kritikan , cemuhan dan kutukan yang aku terima daripada student (biasalah, nak jadi wakil pelajar lah katakan, serba serbi orang nak komen macam lah dia orang tu berani sangat nak jumpa dedepan dan kutuk kau), masa tu kesabaran aku memang banyak teruji lah. Syukur lah, even aku tak menang dalam PRK last sem, tapi aku dah ada pengalaman yang sangat-sangat seronok dan tak semua orang ada pengalaman macam ni tau. Semangat nak jadi pemimpin universiti ni kena kuat dan matang.

lurvealoevera.blogspot.com
Asyiqin Jaafar, that's my real name. =)
But then sekali lagi aku diuji ialah bila mana hadirnya musim tengkujuh yang banjir besar melanda tahun lepas. Masihkah kau ingat? Heheee. Cewahh! Cadangnya aku balik study week tu nak melawat family jer since start PRK aitu aku langsung tak balik rumah jenguk my mom kan. End up aku pulak sangkut dalam banjir sebab jalan putus dan lagi sedih bila mana rumah aku tenggelam 8 hari. Nasiblah bapak aku dah ajak pindah awal-awal bila tengok air naik kat darat diam-diam. Paling penting, pindahkan mama dulu sebab mama tak boleh jalan, dan segala kerusi roda, tongkat, ubat-ubat mama semua kami hangkut dulu. Apa jadi dengan exam aku? Hahaha, maka extend lah aku 3 papers final sem lepas. Mujurlah dah inform awal kat MPP Fakulti dengan pensyarah yang aku tak jamin boleh balik bila since jalan semua putus. Dan sejurus aku inform jer pasal tu, serta merta line telefon pulak putus. Dengan bekalan air tak ada yang terpaksa kami tadah air hujan buat mandi dan masak maggie, elektrik jap hidup jap mati, makanan pun mengharap helikopter yang 2 hari kemudiannya baru muncul datang hantarkan bantuan. Wuuuu, memang darurat. Rasa macam zaman perang dunia kedua yang aku pernah baca dalam buku sejarah. Yang mampu kami lakukan masa tu cuma berdoa dan bertawakal. Aku dah sampai tahap pikir camni, "tah-tah aku tak lepas amik exam sebab dah lambat sangat. Redha jelah kalau aku kena repeat sem janji aku habiskan pengajian ijazah ni." Tapi Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk aku meneruskan pengajian. Sejurus banjir kat Temerloh surut, aku terus beli tiket bas dan balik UPM dan again memang tak boleh nak study sebab trauma tiap malam tidur termimpi aku duk berenang dalam air keruh seakan teh susu sambil cuci lumpur dan selut banjir. Dengan keadaan mak aku yang lumpuh lagi and adik bongsu aku baru darjah 2. Hurm, apa lagi. Aku speed ar hari-hari amik exam sebab nak habis awal then nak balik rumah cuci lumpur.
**********
PENGAJARAN:  Semangat nak belajar degree ni kena kuat deq lagi-lagi kalau kita ni hidup di perantauan, homesick siket-siket tu biasa tapi bila family kita ditimpa bencana alam yang tak diduga, agak-agak apa patut kita buat? So nasihat aku ialah, jangan lah apply universiti yang jejauh okay? Hikhikhik. Lagi satu, dah dapat masuk u nanti janganlah kau main-main belajar, tak kesian ke kat mak ayah hantar jauh-jauh semata-mata nak bagi pendidikan kat kau?

SEMESTER 4: Belajar sambil bekerja
lurvealoevera.blogspot.com
Kengkawan di tempat kerja @ De Gift House
And now aku di penghujung semester 4. So this sem aku sibuk bekerja part time sambil belajar. Bukan perkara yang senang dan mudah yea kawan-kawan? Kalau korang dah masuk degree nanti tau lah korang berapa sen sangat baki PTPTN yang tinggal lepas tolak yuran pengajian kat UPM nih, pastu nak tampung perbelanjaan kau sampai habis semester. Dan duit aku ternyata susut lepas aku habiskan untuk ganti uniform pengakap baru since kami dijemput untuk lapor diri ke Istana Abu Bakar untuk terima Anugerah Pengakap Raja Pahang bulan Mac hari tu. Memang ramai lah yang mengeluh duit tak cukup even yang dapat scholar pun ramai mengadu tak cukup . Mana tidaknya, awal-awal duit masuk jer mula arh korang jimba sana sini karaoke, tengok wayang, main bowling bagai. Then dah hujung sem hari-hari makan mee segera. Bukan aku nak hina orang makan mee segera, tapi mi segera tu tak elok sangat dek oyt kalau kau makan banyak. So daripada aku menjejaskan lagi kesihatan diri dengan ikat perut sebab nak save duit, lebih baik aku keluar cari iktiar macam mana nak cari duit untuk cover perbelanjaan aku. And alhamdulillah, 2 bulan lebih bekerja sambil belajar aku dah dapat banyak pengalaman dan ilmu perniagaan. Berbantukan nasihat dan cadangan daripada beberapa mentor aku, akhirnya aku berjaya atasi segala dugaan sepanjang belajar sambil bekerja. Well, bukan senang taw nak handle dan manage semuanya. Dan sejujurnya bila aku rasa penat sangat, aku akan nangis dan text mentor aku, "Penat.... ;-( " dan dia akan replied, "Letak gaji kat sebelah laptop sambil buat assignment, nanti hilanglah penat tu." Hahaaaaa, lol!
**********
PENGAJARAN: Jadi apa yang sis cuba nak sampaikan di sini adalah, tak salah bekerja sambilan sambil belajar. Yang penting kita kena bijak menguruskan masa, assignment siap on time, tahu bezakan mana keperluan dan kehendak dan silalah berjimat cermat okay? Duk jauh dengan mak ayah ni duit kena kawal sendiri so tolong beringat untuk save duit sebab takut emergency berlaku. Jangan bila masuk jer PTPTN laju jer korang pi tukar i-Phone 6 plus then tayang kat dalam kelas, pastu dah pokai mula buat muka tak malu mintak orang belanja sana sini. Manyak cantek muka kau hari-hari aku nak payung. Hahaaa. Okay?




Jadi kesimpulannya, setiap semester aku dah kongsikan cerita yang tersendiri. So terpulang pada korang macam mana nak manfaatkan masa kat universiti nanti. Pejam celik aku dah nak habis semester 4. Lusa paper kedua dan aku masih gigih menaip untuk share maklumat yang mungkin berguna buat korang. So, good luck okay? =D


Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...