Thursday, 4 June 2015

PENGALAMAN BELAJAR SAMBIL BEKERJA SAMBILAN

Assalamualaikum.

Hye readers. Kepada mereka yang follow perkembangan semasa aku via facebook, Instagram dan Wechat, majoriti dah tahu this semester aku busy bekerja sambilan. But then soalan pertama yang orang akan soal aku ialah, "SEMPAT KE NAK BUAT ASSIGNMENTS?" Hahaaa. Bertubi-tubi soalan diajukan pada aku. So now aku buat special entry untuk jawab semua persoalan yang bermain dalam fikiran korang and maybe kepada yang merancang nak bekerja sambilan next semester boleh implement kot tips aku yang tak seberapa ni. Heee....

1. MACAM MANA BOLEH TERGERAK HATI NAK BEKERJA SAMBILAN?

As you know, course pengajian pendidikan macam aku ni kelemahannya ialah kami tidak layak untuk memohon mana-mana biasiswa macam you alls yang dapat JPA, MARA dan biasiswa Bank Rakyat. Even though kami punya pointer dah dekan pun still tak layak katanya untuk apply scholar. Kenapa? Aku malas nak jawab kat sini. Pi Google kalau nak tahu sangat okay? So back to our main topic, setelah tolak yuran pengajian yang kos nya 3 kali ganda daripada yuran pengajian member aku yang duk UITM, maka saki bakinya tinggal lah berapa hingget sahaja. Yeah, persoalan yang berlegar dalam neuron aku masa tu ialah, mampu ker aku survive dari awal March sampai end of June? 4 bulan wooo. Kenapa aku bimbang sangat? Haa, sebabnya masa aku first year sem 1 dan 2 tengah rajin dulu kan, aku calculate and record taw setiap sen duit keluar masuk untuk setiap bulan. Zaman tu aku tak ada transport pun tapi belanja sebulan dah mencecah RM900. Each month okay?? So bila aku go through balik senarai apa yang aku beli sampai belanjawan aku tahap tu, ohhhh... I see. Baru sedar betapa boros nya aku. -_-! Now aku ada transport sendiri, lagi cuak mana nak cekau duit untuk cover minyak, service, bayaran bulanan lagi. Motor jer pun... Bukan kereta. Kalau aku pakai kereta masa ni, lagi tak boleh bayangkan tahap mana aku punya perbelanjaan. 

Okay, so aku ada lah jugak tanya-tanya kengkawan lain yang mana ptptn depa ciput macam aku an, "kalau duit tak cukup korang buat apa?" And I remembered someone said, "mak ayah bank in." Huhhh! Part ini aku paling lemah, jujur aku segan sangat nak mintak duit dengan mak ayah even RM10. Tambah pulak this sem kami banyk event yang nak guna duit, and setiap event kos RM300 hingga RM400. Means memang langsung tak cukup untuk belanja walau sebulan pun baki ptptn aku tu. Masa tu lah baru tergerak hati nak bekerja sambilan. Tapi masih lagi teragak-agak taw time tu, sebab mak ayah aku tak pernah bagi aku kerja. But then kami mengalami kemelesetan ekonomi yang sangat teruk selepas banjir teruk yang menenggelamkan rumah aku selama 8 hari, jadi itu membuatkan aku lagi nak elakkan daripada mintak mak bapak aku bank in duit. Seminggu taw aku tak lalu makan, tak lena tidur. Asyik fikir "macam mana lah agaknya aku nak buat assignments nanti?". "Agak-agak mama abah marah tak aku kerja?" ."Patut ke aku keluar daripada semua kelab dan persatuan sebab nak kosongkan masa dan space untuk bekerja?" But alhamdulillah, solat tahajjud memberi aku jalan penyelesaiaan. =)

2. BAGAIMANA AKU MEMBERANIKAN DIRI MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK BELAJAR SAMBIL BEKERJA?

Sebelum aku start kerja, aku ada jugak buat biznez kecik-kecik. Test market lah orang kata. Jual sosej, marshmallow, biskut kat foyer kolej. Tapi apa yang mengecewakan aku ialah, makanan habis tapi hasil langsung tak ada. Kau bayangkan macam mana perasaan aku time tu niaga tapi tak dapat untung dan modal langsung? So aku ubah plan. Before aku keluar survey kat mana ada kerja kosong area Sri Serdang yang paling dekat dengan UPM ni, aku cuba mintak nasihat orang dulu. Yeah, aku dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Sebelum buat apa-apa keputusan aku wajib tanya pendapat orang-orang yang aku percaya dulu. Dan satu hari masa lunch aku cuba bincang topik ni dengan sorang kenalan rapat yang dah bekerja sekarang. Apa-apa hal untuk dirujuk dengan kadar segera memang dia lah orang nya. 

And he said," Saya masa zaman belajar kat UKM dulu pun kerja part time jugak. Kerja kat Mydin lah, Subway, Giant. Okay jer. Balik kerja, malam kita pulun lah assignments." 
"Tak penat ke siang belajar, malam kerja?" 
"Mula-mula tu penat jugak, tapi nanti lama-lama awak akan biasa punya. Lagi-lagi bila hujung bulan awak tengok gaji masyuk, hilang penat taw." 

Okay, balik jer daripada jumpa dia, aku terus keluar cari kerja even ramai jugak kenalan dan kawan rapat lain yang tak setuju dengan keputusan aku nak bekerja. But aku tak tahulah kenapa aku yakin sangat yang aku boleh hadapinya. Salah satu sebab kenapa aku jadi nekad tu sebab aku nak buktikan dekat pensyarah aku, which is Professor Zaidatol Akmaliah yang mengajar subjek pendidikan keusahawanan sem ni bahawasanya aku ada ciri-ciri keusahawanan yang tinggi macam dalam skor cemerlang yang aku dapat masa buat ujian Atribut dan Potensi Keusahawanan. And after aku jumpa seorang kaunselor berdaftar di Seksyen Kaunseling Pelajar UPM untuk membincangkan isu ni, aku jadi makin motivated untuk membuat keputusan untuk bekerja. =)

3. DALAM BANYAK-BANYAK TEMPAT DI SRI SERDANG, KENAPA DE GIFT HOUSE MENJADI PILIHAN?

Baiklah, soalan ini selalu boss dan supervisor aku tanya. Kenapa De Gift House? Aku sengih jer bila boss tanya macam ni. Ingat lagi masa aku semester 3 dulu aku pernah datang kedai Mr.Lim ni untuk cari seorang usahawan berjaya yang dah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 5 tahun untuk di interview. And that was my first time aku kenal Mr.Lim dan dia bagi kerjasama yang sangat baik untuk aku siapkan tugasan Dr. Arnida masa tu. First time masuk kedai tu, memang...WOW! aku jamin siapa yang masuk mesti nak datang lagi. Plus Mr. Lim tu pun baik giler, soft spoken and very low profile. Dapat boss yang baik macam ni, lagi aku semangat nak kerja. Let say kalau masa tu faktor utama aku nak kerja part time ialah sebab duit and bukan sebab nak belajar ilmu biznez, baik aku cari kerja dekat supermarket senang tak banyak kerja. Haa, one more. Tempat pertama aku fikir untuk cari kerja ialah De Gift House sebab kedai tu sejuk ada aircond kalau nak bandingkan Pasaraya Hari-hari dengan Happy Home Superstore seberang jalan situ yang open sangat. Kalau sesiapa yang pernah singgah gift shop tempat aku kerja tu, mesti teruja sebab dalam tu banyak sangat jual barang-barang yang comel, like Hello Kitty set daripada rice cooker, speaker, mug, tumbler, key chain, tapper ware, mini drawer and banyak lagi lah. Semua dalam tu kartun dan memang menjadi tarikan utama babies and kids untuk ajak mak ayah dia orang datang. Since aku suka sangat kids dan babies, so aku tak rasa awkward bila bebudak ni masuk and kengkadang aku sampai jadi baby sitter kat situ sementara mak ayah dia orang yang shopping. Hahaaa. And kalau regular customer yang dah kenal aku tu mesti tarik aku kat corner yang jual funny toys untuk ajak aku main sesama. Kadang aku pulak confused, ni tengah kerja ke tengah main dengan adik? Ngeeee!

4. APA MANFAAT AKU DAPAT SEPANJANG KERJA PART TIME? 

Masa jumpa Mr.Lim dulu kan, macam-macam aku interview daripada background dia bekerja dengan sebuah company kat Pineng sampailah dia berhijrah ke KL untuk bukak biznez sendiri, and now De Gift House, Sri Serdang ialah cawangan kedua dia. Kalau nak tahu, boss aku baik giler. Dalam seminggu tu mesti adalah boss belanja makan, KFC lah, McD lah, Secret Recipe and kadang kedai mamak pun jadi. See? Pemurah kan boss aku? Sebelum aku keluar cari kerja, I told myself that aku akan absorb segala ilmu perniagaan dan pengurusan yang boleh aku belajar sepanjang aku bekerja sambilan nanti. And Mr. Lim ni memang tak lokek untuk share ilmu dan pengalaman dia sepanjang bukak biznez ni. Dari segi marketing, modal, supplier, turun naik economy, untung rugi sales bulanan, and paling menarik ialah part GST di mana aku belajar kenapa perlunya record items, tagging baru, bar code scanning and software yang digunakan. Then what I did ialah, aku akan relate segala apa yang boss dah share kat aku kat tempat kerja dengan lecture Pendidikan Keusahawanan yang Prof Zai ajar dalam kelas. Seriously baru aku sedar dunia perniagaan ni tak semudah yang aku belajar dalam kuliah. 

And advantages lain yang aku dapat ialah, aku boleh apply ilmu psikologi dan kaunseling aku belajar masa serve customers sepanjang bekerja. Interesting okay? Human skills ni bukan something yang you all just baca dan imagine jer taw. Kena apply baru kau faham. Customers aku jumpa sepanjang 2 bulan setengah kat situ, oh giler! Banyak sangat ragam. Ragam bebudak lain, ragam mak ayah pun lain. Plus kalau customer kau semua paham bahasa melayu tak apa. Masa tu lah aku asah communication skill aku daripada English, B.Melayu sampai Mandarin. Kat situ jugak banyak menguji kesabaran aku sebab memula aku masuk kerja dulu, aku langsung tak taw apa-apa. And ada lah bebudak sekolah menengah yang nakal ni pi maki aku "kalau tak tahu pape baik tak payah kerja sini.". Hello??! Aku baru 2 hari kat situ kot time tu. Geram jer nak marah, tapi sebab dia customer kan, aku hanya mempu jeling dan mengetap gigi jer. Besides, kerja part time macam ni jugak mengajar aku erti disiplin masa. First day aku masuk kerja, sepatutnya aku shift 10 pagi tapi aku masuk 10.20am. Then supervisor tegur untuk be punctual. Yeah, kalau nak bandingkan setting belajar dengan setting kerja, lain sangat! Kalau datang kuliah lambat pun lecturer tak cakap apa, janji ada effort nak datang tu pun dah okay. Tapi kalau setting kerja kau masuk lambat, siap gaji kena potong. Sejak hari tu aku belajar untuk sensitif dengan masa. Hikhikhik....

5. BELAJAR SAMBIL BEKERJA, MACAM MANA NAK URUSKAN MASA?

Since tempat kerja aku tu cuma 10 minit jer dari UPM, so memang majoriti customer yang aku jumpa ialah student macam aku jugak lah. Daripada Bachelor, Siswazah sampailah PhD. Tak kurang jugak staf dan lecturer UPM yang singgah beli barang kat situ. So sambil-sambil aku serve customer tu, masa tu lah aku amik peluang untuk bersesi kenalan kan. Dan bila aku bagitahu bahawasanya aku ni student UPM jugak, masing-masing semua terkejut. And mulalah tanya, "Sempat ke nak siapkan assignment?" Hahaaa... Jenuh aku nak menjawab sepanjang 2 bulan ni soalan yang sama, and now aku nak bagitahu lagi sekali macam mana aku managed masa aku. 

- Sebelum cari kerja, perhatikan dulu jadual kuliah u alls. Jot down masa lapang yang ada. For example, jadual aku Selasa 8am-2pm Lecture. So masa free yang aku ada ialah 2pm-10pm. Hari-hari lain pun sama do the same thing. Catat setiap baki masa yang tinggal after kuliah atau amali.

- Then, selaraskan weekdays dari jam berapa yang kelima-lima hari tu free waktu yang sama. For example masa aku kerja aitu, weekdays aku selaraskan dari jam 6pm-10pm aku free, so dalam tempoh 4 jam tulah aku bekerja part time kat De Gift House untuk weekdays.

- Tak semua hari kita habis kuliah waktu yang sama rite? Kalau ikut schedule aku, Monday kuliah aku 8am-10 am, 3pm-5pm. So in between 2 kuliah ni aku ada gap yang sangat lama. Jadi apa aku buat ialah, masa tu lah aku pulun assignment. Buat report, edit slides presentation, buat projek untuk tugasan, keluar survey tempat untuk interview, cari bahan kat library, google extra info. Same goes to hari-hari lain yang ada masa lapang sebelum jam 6pm aku masuk kerja. Rehat? Ouh, nasihat aku ialah jangan tangguh kerja sebab once kau utamakan tidur, tunggulah assignment kau bertambah hari demi hari then last minit kau komplen tak sempat buat. 

- Cuti orang kerja dengan cuti orang study lain taw? Once u dah kerja, memang cuti yang ada tu lah masa untuk kau buat revision, assignments atau research and interview. Jalan-jalan lepak tengok wayang window shopping? Lupakan lah! Banyak lagi komitmen kau kena agihkan instead of benda-benda buang masa dan duit macam tu. 

- Cuba deal dengan kawan-kawan lain sekiranya melibatkan group assignments. Aku cukup respect group members aku untuk LAX 022 which is subjek ini memerlukan kami berkumpul setiap minggu dan record segala discussion dalam video, then upload kat youtube and attached link video ke dalam 1 website sebagai assignments. Sebab kekangan masa bekerja, then internet selalu buat hal, memang kau berisiko lah untuk submit lewat atau tak submit terus benda alah tu. So apa yang group aku ni buat untuk make sure semua orang hadir for group video at least (submit tak submit lain citer) ialah, kami akan buat video recording ni every week after 10pm lepas semua orang habis meeting atau kerja masing-masing. They are very tolerate you know. 

- Kecilkan skop fokus korang once korang decide untuk kerja part time masa study. Maksudnya kalau dulu korang aktif dengan event sana, program sini. Pegang jawatan besar-besar dalam kelab, fakulti and kolej. Now it's time for you to let go few things. Kecikkan priorities korang. Sebab percayalah, korang tak akan mampu untuk buat semua benda dalam satu masa. Jangan jadi tamak okay? Bincang elok-elok dengan pihak tertentu. Macam aku pun ada pengalaman sedemikian di mana aku direhatkan daripada kelab dan persatuan sebab aku pilih untuk bekerja. Presiden kelab tak bagi aku quit sebab tak nak putuskan bonding antara kelab members. But kalau ada pape event yang sempat aku pergi, aku akan singgah. Yeah, even though majlis dah habis, tapi kalau jam 10pm aku singgah pun still ada makanan lagi dia orang serve. Tak rugi kan kalau datang.  Orang kuat kelab konon-konon kan. Heeheee~ 

lurvealoevera.blogspot.com
Staf di De Gift House. Rindu sangat kat dia orang....
Kesimpulan

Heee, maaf lah entry kali ni terlampau panjang. Btw, aku dah berhenti kerja 31th May hari tu sebab aku nak fokus untuk final exam pulak. Hopefully entry kali ni membantu lah siket2 kepada mereka yang berhajat nak bekerja tu. So far aku tak ada masalah dengan assignments and presentation. Alhamdulillah.  I've proven to myself that I can do it. Terima kasih buat semua pihak yang banyak membantu aku sepanjang tempoh ni. Pengalaman pertama kali bekerja dalam seumur hidup aku ni memang menarik. Lepas berhenti jer kerja kat De Gift House, aku terus apply ilmu yang ada dan  buat biznez kecik-kecik untuk isi masa lapang. And sambutan jugak not bad. Hahaaa, tak boleh citer biznez apa coz aku tak jual online yea. Belum bersedia lagi. So that's all from me. =)


Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera 

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...