Adakah korang tercari-cari menu apa yang istimewa dan lain daripada menu harian yang korang selalu makan sempena bulan Ramadhan ni? Come! I recommend you this Persian and Iranian restaurant. Bagi mereka yang gemar makan makanan Arab, boleh lah usyar-usyar restoran yang namanya Sultan Restaurant located at Cyberjaya ni. Hewhew... Aku pergi dah semalam, ikut bebudak food hunters "Sentap" ni punya kepala, nak makan makanan Arab katanya. Hahaaa. Dengan gigihnya aku dan Ekin rempit ke sana.
LOCATION:
Sultan Restaurant
No. 43G, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, Selangor, 63000 Cyberjaya, Malaysia.
Baiklah, apa yang menarik di Sultan Restaurant ni ialah tempat dia ada outdoor seats dan indoor seats. Untuk indoor seats macam dalam gambar di atas. Dan untuk outdoor seats restoran ini dah sediakan peranggah depan restoran ni taw, in case korang tengah makan tetiba hujan ribut turun kan. Hahaaa, so awal-awal dia dah implement pepatah baru iaitu "sediakan khemah sebelum hujan". Mihmih... Kalau nak feeling-feeling macam makan kat hotel aku recommend korang makan kat indoor seats, ada aircond siap.
![]() |
Sementara tunggu makanan sampai meh sis belanja selfie dulu dengan food hunters tegar. =P |
So sempena Ramadhan 2015 ni, Sultan Restaurant ada buat promotion lah which is "RAMADHAN BUFFET". Harga untuk dewasa RM29/head dan untuk kids pulak RM14/head. Makanan dia sangat-sangat banyak dan korang boleh beratur untuk amik segala makanan yang dihidangkan di buffet kalau nak makan yang kat situ. Tapi masa kami pergi semalam, kami order by dishes jer since masing-masing punya perut tak lah besar mana kan nak makan 2 3 pinggan sorang. Hahaaa.
So, antara menu yang kami order semalam adalah Chicken Steak, Maqiuba Chicken, Lamb Kebab SW dengan Kabsa Lamb.
![]() |
Chicken Steak + 2pcs Nan Bun (RM16.00) |
![]() |
Kabsa Lamb (RM 17.00) |
![]() |
Lamb Kebab SW (RM 9.00) |
Haaa, nampak tak besar mana gelas dia bagi? Yang hot drink aku order tu Tea with Milk (RM5.00) and another one is Kiwi Juice (RM6.00) .Minumlah kau sampai puas. Sheshuai sangat untuk abam-abam yang nak save bajet ajak awek keluar dating bukak puasa sesama, boleh kongsi dua kan. Auchh! Shoshuitttt! =P
Untuk tempahan, boleh layari page https://www.facebook.com/pages/Sultan-Restaurant untuk survey menu yang ada dan booking seats. Seriously korang kalau bercadang nak buka puasa kat sini sila datang awal. Seat dia pukul 7pm, luar dalam dah penuh. Decoration pun not bad dan paling penting lighting dia okay dan boleh lah korang ber-selfie sebanyak yang mungkin sementara tunggu makanan sampai tu kan. Lol!
Jadi antara menu-menu lain yang ada kat restaurant ni adalah seperti berikut:
Sis mohon maaf sebab segala nama-nama makanan nih sis hareem tak tahu since depa guna nama yang Arabic sangat dan bunyinya agak pelik. Ada beratus-ratus lagi menu yang ada kat Sultan Restaurant, Cyberjaya ni. Tapi jangan pelik taw, once dah sampai sini hampir semua kedai kat kawasan ni termasuk mini market, restaurant dan kedai-kedai yang ada diterajui oleh pak-pak Arab dan abam-abam Mamak. Jangan nak jakun sangat lah dah sampai nanti sebab kompem dia orang akan pandang pelik tetiba orang asing datang singgah food hunting kat sana. Jap, siapa yang warga asing sebenarnya? Hahaaaa...
Apa tunggu lagi?? Cepat-cepat singgah!
Sultan Restaurant
No. 43G, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, Selangor, 63000 Cyberjaya, Malaysia.
SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT MENCUBA!
Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera