Thursday, 25 June 2015

TEKANAN DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA

Assalamualaikum.

Since lusa ni sis got one last paper which is Family Counseling for my final exam, so this time sis baik hati sebab nak share knowledge yang tak seberapa ni dengan korang lah. Actually korang sedar tak dalam kehidupan kita berkeluarga ni, even nampak tenang tapi jangan sangka sungai yang tenang tiada buaya yang berenang taw. Kikiki. Apa punya peribahasa dah aku apply. Apa-apa pun this time I'm gonna share with you guys few kind of pressure in family life. Come. I show you.

1. TEKANAN DALAM MENJAGA AHLI KELUARGA YANG SUDAH TUA



Selalu kan kita tengok drama orang Melayu yang anak-anaknya bergaduh berebut harta pusaka atau drama Cerekarama which is akak atau abang yang sulong lepaskan tanggungjawab nak jaga mak ayah yang tua sebab komitmen pada kerja dan keluarga sendiri. Yang lagi extreme bila si wife yang bongkak ni duk maki hamun mak dia yang tua , sebab mak dia kencing atau tumpahkan air merata-rata dalam rumah. Menyampahkan tengok citer macam ni? Nampak macam drama yang nak merosakkan pemikiran bangsa sendiri, tapi sebenarnya drama macam ni nak suruh kita fikir iktibar sebaliknya. Betul lah kata orang, "seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak semestinya dapat menjaga seorang ibu".  Yes, even aku benci drama Melayu yang banyak masalah keluarga macam ni, tapi itulah hakikatnya fenomena zaman sekarang. Berapa ramai orang tua-tua yang dibiarkan tidak terurus hidup gelandangan dan ditinggalkan di rumah orang tua-tua?  Semakin hari perkara macam ni semakin serius. So kita sebagai generasi muda kena bersedia dengan ilmu secukupnya untuk berhadapan dengan tekanan sedemikian yang tak semua orang sanggup hadapi.

Jadi menurut Springer dan Brubaker (1984), antara konflik yang dialami oleh penjaga ialah:

1. Konflik dan perselisihan awal yang tidak pernah selesai. (mak ayah tak restu perkahwinan agaknya)
2. Penjaga tidak dapat menerima tahap pergantungan yang bertambah daripada ahli keluarga yang dijaga. (Bahagia dah ada suami & anak 2 orang, tetiba mak/bapak dari kampung nak tumpang rumah)
3. Percanggahan di antara tanggungjawab suami/ isteri, atau penjagaan anak, dengan penjagaan yang diberi oleh ahli keluarga (pangkat kau besar kat office, nak makan kat rumah pun tak ada masa tetiba kau kena jaga mak/ayah yang tua lagi).
4. Rasa marah yang timbul terhadap ahli keluarga yang dijaga kerana mengganggu rutin keluarga (setiap tahun family kau pergi holiday kat Europe then suddenly ada yang sakit).
5. Rasa marah terhadap ahli keluarga yang lain yang tidak terlibat dalam proses penjagaan (masing-masing lepas tanggungjawab sebab wife/husband kesayangan korang tu garang macam helang).
6. Rasa marah terhadap ahli keluarga yang dijaga kerana memanipulasi ahli keluarga yang lain.
7. Konflik kerana hal kewangan, atau harta warisan. (paling common dalam drama Melayu)

CADANGAN PENYELESAIAN:
So, menurut Levin (1987), cara yang terbaik untuk mengatasi tekanan yang timbul daripada proses penjagaan sedemikian ialah:
- Membuat perancangan legal dan kewangan berkaitan dengan ketidakupayaan yang mungkin timbul.
- Mengurus pendapatan dan perbelanjaan dengan bijak.
- Mengurus penjagaan jangka masa panjang.
- Menyemak keupayaan ahli keluarga yang lain dalam proses penjagaan yang bakal diadakan.
- Membahagikan tanggungjawab kepada ibubapa, adik-beradik, anak yang dewasa, rakan dan jiran.
- Menentukan perkhidmatan kebajikan masyarakat yang dapat membantu penjagaan seperti mengadakan kerusi roda, anggota badan yang palsu atau lawatan ke rumah.
********************

2. TEKANAN DALAM PENJAGAAN AHLI KELUARGA YANG SAKIT KRONIK DAN TIDAK BERUPAYA
Di antara tekanan yang dialami dalam penjagaan ahli keluarga yang mengalami sakit kronik atau tidak berupaya ialah:

- Bila mana dalam family kita ada sorang tu sakit kronik, baru lepas operation ke atau baru lepas accident teruk ke. Of course kita yang sihat ni nak bagi perhatian lebih kan? Makan nak disuap, mandi nak dibantu. So bagi family yang baru berhadapan dengan situasi macam ni, sah-sah ada antara family member kita akan timbul perasaan bersaing untuk dapatkan perhatian daripada si pesakit ni, especially kids. Dia akan jelez kalau maknya suapkan makanan pada abang yang Down Syndrome walhal dia merasakan sebagai adik dia yang sepatutnya berhak dapat layanan macam ni.

- Once bila salah sorang family member kita dah sakit, pastinya segala plan nak bercuti bersama, study abroad atau nak naik pangkat outstation sana sini tu terpaksa dikorbankan, rite? Oh dilema.

- Dah nama pun orang sakit, mestilah kena bawak untuk dapatkan rawatan atau terapi atau at least temu janji perubatan beberapa bulan sekali kan? My god! Dengan schedule kau yang busy tahap menteri, mana mungkin nak cari masa untuk buat kerja macam ni?

- Gaji laki kau tak lah besar mana, dah tolak loan buat rumah, kereta, perbelanjaan anak-anak, minyak, perbelanjaan daput. Haih, mana nak cekau lagi duit nak bayar yuran perubatan, perundingan perubatan, keperluan kepada alatan yang khas dan penjagaan untuk ahli keluarga yang sakit macam ni?

- Dulu rumah kau masa semua orang sihat ala-ala Istana dalam filem Shakh Rukh Khan, tapi sejak ada orang sakit dalam rumah maka serta merta rumah kau bertukar jadi hospital nak tambah laluan untuk kerusi roda atau toilet OKU. Stress..Stress..

- Dulu kau sebagai anak bila mak bapak sihat kau banyak habiskan masa gi berjimba berjoli sana sini. Tapi bila mak/bapak kau sakit, masa untuk lepak ngan kawan-kawan pun jadi terhad. Akhirnya kau jadilah full time nurse tanpa gaji kat rumah.

- Kekesalan terhadap ketidakupayaan, batasan, dan peluang kehidupan yang terhad dan mungkin ada antara pesakit yang menjangkakan kematian awal.

CADANGAN PENYELESAIAN:
Bila semua ni jadi, kita tak kan lari daripada perasaan dilema, celaru, sunyi, marah terperanjat atau tak selesa. Secara peribadinya aku pernah rasa semua ni masa mak aku sakit ortopedik dulu. So antara cara nak atasi tekanan macam ni seperti yang disarankan oleh Dogerty (1993) ialah:
1. Menerima pesakit atau ahli keluarga yang tidak berupaya sebagai satu realiti seperti menerima seorang tetamu yang harus diberi layanan sempurna dan keseimbangan dalam keluarga harus diberi perhatian.
2. Mengamalkan komunikasi terbuka dalam keluarga, meluahkan segala perasaan yang positif dan negatif, dan membentuk toleransi perasaan dan perbezaan dalam keluarga.
3. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan pemberi perkhidmatan kesihatan tentang penjagaan dan rawatan pesakit atau ahli keluarga yang tidak berupaya di rumah. Pemberi khidmat kesihatan juga dapat membantu keluarga dalam penjagaan pesakit dari segi emosi, psikologi dan rohani.
4. Mandapat sumber sokongan yang lain, terutama bagi penjaga utama, dalam penjagaan pesakit kronik sokongan emosi dan praktikal serta sikap yang terbuka memberi sokongan kepada mereka.
********************
3. TEKANAN DALAM PEKERJAAN & IMBASAN KEPADA KELUARGA

Zaman sekarang husband and wife semuanya nak bekerja. You know sometimes kat tempat kerja pun banyak masalah dan tekanan yang kita kena tahan. Kena marah dengan boss lah, customer complaint itu ini, nak pergi balik kerja sangkut dalam jammed lagi, nak kejar amik anak kat taska lagi. Siapa tak stress? Kalau husband yang jenis workaholic terlebih ni pulak balik rumah sah-sah lewat, and kalau jenis wife nya tak memahami habis dia sambut si husband ni dengan leteren selama 3 abad tak habis. Semua perasaan negative dari office tadi dibawak balik dan tambah lagi dengan bebelan si wife. Masya Allah. Nahh, pergaduhan pun tercetus. Kalau hari-hari macam ni siapa tak stress kan?   
********************
4. TEKANAN DALAM PASANGAN YANG BARU MENJADI IBUBAPA
Menurut Harriman (1986), ibu mengalami tekanan yang lebih daripada bapa. Jeng..jeng..jeng... Kalau ada mak-mak yang baca entry ni mesti mengangguk tanda setuju. Hahaa. Kajian yang dijalankan dalam kalangan pasangan kulit putih di Amerika oleh Crohan menunjukkan kebahagiaan alam perkahwinan menurun dan konflik perkahwinan meningkta. Kajian ni jugak menunjukkan peningkatan dalam ketegangan perkahwinan dan pasangan cenderung untuk berdiam dan menarik diri selepas kelahiran anak pertama. Maka jalan penyelesaian yang diambil oleh kebanyakan pasangan ialah dengan mengelak antara satu sama lain. See? Antara punca utama yang menjadikan tekanan ni actually banyak, mungkin faktor kewangan, penjagaan kesihatan kanak-kanak, tangisan baby, interaksi dengan pasangan, interaksi dengan family atau kengkawan dan mungkin juga disebabkan anxiety.

CADANGAN PENYELESAIAN:
Menurut Strong et al. (2001), tekanan sedemikian dapat dikurangkan jika pasangan:
- telah membentuk perhubungan yang kukuh di antara pasangan.
- bersikap terbuka dalam komunikasi
- telah bersetuju dengan perancangan keluarga yang bakal diamalkan
-mempunyai keinginan yang semula jadi terhadap anak yang dilahirkan
- mempunyai kemahiran pengurusan masa 
- sokongan emosi dan psikologikal daripada bapa atau suami
- menyelaraskan tugas penjagaan anak antara suami isteri
- keluarga memerlukan pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak, penyakit, keselamatan
- berkongsi pengalaman dengan ibubapa yang lain untuk meningkatkan kefahaman tentang penjagaan anak
********************
5. TEKANAN EKONOMI & KELUARGA TANPA PEKERJAAN
Situasi macam ni banyak jugak kita tengok dalam drama bila mana si ayah yang tak bekerja selalunya (dalam drama) akan mendera si isteri dan anak untuk mengemis di kedai-kedai makan atau depan bank. Hahaa, Atau mungkin (drama keinsafan siket), si husband ni sakit teruk atau lepas accident tak mampu lagi bekerja. Jadi menurut Glick (1984), sekiranya situasi ni berlanjutan selama beberapa bulan kemudia, kehadiran suami atau bapa ni dilihat seolah-olah mengganggu perjalanan rutin rumah tangga. Suami atau bapa macam ni akan nampak macam 'penyibuk' dan 'tak memberi sumbangan' dalam aktiviti keluarga. Maka isteri yang asalnya suri rumah tangga sepenuh masa terpaksa mengambil alih peranan ketua keluarga untuk mencari nafkah. Inilah antara punca kenapa zaman sekarang banyak kes remaja terlibat dalam gejala sosial. Membuli, merompak, membunuh, merogol semua nya berpunca tekanan di rumah. Tapi tak semua lah yang datang daripada broken family macam ni hanyut, ada jugak yang jadi nekad nak bantu family dia dengan belajar bersungguh-sungguh kan. 

CADANGAN PENYELESAIAN:
Untuk mengatasi tekanan ekonomi yang bukan setakat memberi kesan pada suami dan isteri malahan juga anak-anak, maka Strong et al.(2001) menyarankan beberapa langkah:
- Refleksi balik sama ada masalah menganggur ni disebabkan oleh kegagalan peribadi, atau kegagalan pasaran untuk menampung pekerjaan.
- Cari pekerjaan lain, kurangkan perbelanjaan harian, dapatkan latihan kerjaya yang sesuai, sambung belajar ataupun ahli keluarga lin bersatu tenaga dan sumber kewangan untuk menampung keperluan keluarga.
- mengurus emosi dengan baik sesama ahli keluarga melalui perbincangan, mendapatkan khidmat kaunseling keluarga atau kaunseling individu.
********************

KESIMPULAN
Tekanan dalam family ni semua orang akan alami. Actually pressure ni wujud dalam bentuk tekanan menegak dan mendatar, masa kini dan masa lampau. So even macam mana stress pun kita, itu semua mematangkan kita. One fine day bila kita dah ada keluarga sendiri dengan pasangan hidup (bagi yang masih bujang like me), haaa. Persiapkan lah diri anda dengan tekanan yang boleh diduga dan tekanan yang tak boleh diduga macam ni. So hopefully siket sebanyak bermanfaat lah yea? =)



Source: 
Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah, ASAS KAUNSELING KELUARGA
Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...