Posts

Showing posts from July, 2015

5 SECONDS MOISTURIZER

Image
Assalamualaikum.

Hello loves! Cuaca kian tidak menentu ni, mesti korang tercari-cari produk apa yang sesuai untuk kurangkan sunburn so that muka tak ada lah nampak kusam macam petai layu kan? Hehe. Entry kali ni aku berbesar hati nak share satu produk yang sangat serasi dengan muka aku untuk korang cuba, especially for those yang mukanya sunburn teruk atau kulit wajahnya kering. Okay come!


Taraaa! Fruit of the Earth Aloe Vera 100% Gel. Since aku ni memang fanatic giler dengan tumbuhan ni sampaikan semua akaun laman sosial aku pun guna nama Aloevera,heheh. So hampir semua produk muka aku akan cari Aloe Vera punya jugak. Tak kiralah daripada facial mask ke, nose strip dan sekarang the best moisturizer ever yang pernah aku try!

Kenapa aku suka sangat produk ni adalah the main reason behind is dia dah awal-awal label kat botol tu "CONTAINS NO ALCOHOL" plus "NO COLOR ADDED." Kalau korang selalu usyar kat Watson, Aloe Vera 100% Gel ni dijual dengan harga RM7.14 include …

INI BLOG KE RESUME??

Image
Assalamualaikum.

Kalau korang perasan kat blog aku ni ada 2 tabs aku letak LURVE ALOEVERA dengan ACHIEVEMENTS, rite? So ceritanya ialah, every time aku bukak blog sendiri dan tengok, mula lah mengomel sengsorang depan lappy. "Ini blog ke resume??" Hahaaa, mana tidaknya. Kalau tengok blog orang lain, banyak yang tulis CONTACT ME atau ABOUT ME je. Jarang sangat orang expose pasal achievements sendiri siap add on 1 new tab and list down everything kau pernah involve dan terima anugerah melainkan blog aku. Kahkahkah. Dan sudah pasti akan ada manusia kat luar sana kata aku nak show off gitew. Well hello? Blogger lain pun ada lah letak achievements memasing kat blog sendiri. Cuba korang perhatikan bebaik, kadang ada jugak dia orang selitkan published keratan akhbar atau majalah yang wartawan dah temu bual dia orang kat column sebelah kiri atau kanan blog kan. Atau memana rancangan TV yang pernah invite dia orang untuk jadi pelakon iklan atau host rancangan TV . Haaa, pencapaian se…

LANGKAH PERTAMA SEBELUM MENJADI SEORANG BLOGGER

Image
Assalamualaikum.

Ramai pulak duk pm aku tanya macam mana nak create blog. Adehhh, sejujurnya blog ni wujud pun secara tidak sengaja. Rasanya ini dah masuk kali ke berapa puluh ribu aku bagitahu orang yang aku mula blogging ni pun sebab lecturer aku yang suruh buat blog untuk siapkan assignment masa tu. Sumpah masa tu terkial-kial aku klik sana sini. Ada instructions berderet-deret pun haram aku tak paham apa dia tulis. Tak cukup google website, aku pi carikkan kat youtube. Sampai sekarang kalau aku jumpa blog sesape yang layout dia cantik dan aku tak jumpa jawapannya kat setting, maka aku terus gi cari kat Youtube. Habis citer. Hahaaa. Bukan aku lahir-lahir terus pandai bijaksana tahu setup blog ni. That's why bila tiap kali orang tanya, macam mana nak create blog, aku dah sasau jap. Apa aku nak jawab? Kang tak reply kau kata aku ni sombong, nanti reply jawab "you kena explore sendiri" terus korang tarik muka sama aku. Huh! So eloklah aku buat entry step by step nak cre…

UCAPAN RAYA DARI #LurveAloevera

Image
Assalamualaikum.

Ouh hye readers! Maaf lah dah sebulan aku tak update apa-apa entry baru. Puasa pun dah habis sebulan dan raya pun dah nak masuk minggu ketiga. It's okay, raya kan sebulan. Heee, so sempat lagi kot nak menggediks buat ucapan raya macam blogger -blogger lain. Miaow! =D

Jadi sempena bulan yang baik ni, aku nak susun 10 jari memohon kemaafan daripada semua yang mengenali diri ini okay. Mungkin ada yang dah sedar bahawasanya aku ni bukanlah baik sangat pun sebenarnya. Kikiki. Kadang ada masa gurauannya itu agak kasar, percakapannya itu agak lepas dan tingkahlaku ni agak menjengkelkan. Phewww~ Maafkan akak yea? Akak ni manusia biasa jer deq. Huhu. So aku doakan agar semua yang membaca entry ringkas kali ni hidup dalam keberkatan dan bahagia bersama yang tersayang, amin. =)


Ouh yea! Aku jugak nak amik kesempatan ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir ke open house kediaman kami semalam. Meriah sangat sampai tak menang tangan aku dibuatnya. Gamb…