Friday, 31 July 2015

5 SECONDS MOISTURIZER

Assalamualaikum.

Hello loves! Cuaca kian tidak menentu ni, mesti korang tercari-cari produk apa yang sesuai untuk kurangkan sunburn so that muka tak ada lah nampak kusam macam petai layu kan? Hehe. Entry kali ni aku berbesar hati nak share satu produk yang sangat serasi dengan muka aku untuk korang cuba, especially for those yang mukanya sunburn teruk atau kulit wajahnya kering. Okay come!

lurvealoevera.blogspot.com

Taraaa! Fruit of the Earth Aloe Vera 100% Gel. Since aku ni memang fanatic giler dengan tumbuhan ni sampaikan semua akaun laman sosial aku pun guna nama Aloevera,heheh. So hampir semua produk muka aku akan cari Aloe Vera punya jugak. Tak kiralah daripada facial mask ke, nose strip dan sekarang the best moisturizer ever yang pernah aku try!

Kenapa aku suka sangat produk ni adalah the main reason behind is dia dah awal-awal label kat botol tu "CONTAINS NO ALCOHOL" plus "NO COLOR ADDED." Kalau korang selalu usyar kat Watson, Aloe Vera 100% Gel ni dijual dengan harga RM7.14 include GST. Ceritanya ialah, memula aku masuk Watson tu nak cari Nutrimetics Apricot Night Cream sebenarnya, but then staf kat situ cakap tak ada. So aku ni memang fanatic giler any products from Aloe Vera, maka ditakdirkan aku terjumpa benda alah ni. Lepas view label kat botol, erm.. Not bad, nak try lah. Huhu.

lurvealoevera.blogspot.com

See? Nampak tak texture dia macam mana? Langsung tak meleleh kan? Of course lah! Dah nama pun 100% pure gel. Seriously bila sapu jer kat muka, very very cool dan yang paling penting langsung tak berminyak. Usually moisturizer even though dah label siap-siap "oil free" but then bila pakai jer tetap rasa melekit gitew. So this time aku dah pakai almost 2 weeks (day and night) langsung tak melekit. 5 saat selepas sapu terus serap ke muka. Wow! Produktif giler beb!

So antara kelebihan produk Fruit of the Earth Aloe Vera 100% Gel ni adalah:
1. Membentuk satu lapisan pertahanan yang membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah.
2. Sebagai terapi pelembapan terhadap kulit yang kering dan rosak.
3. Fragrance free and no alcohol.

lurvealoevera.blogspot.com

Yeah! Amacam muka sis with no make up? Lepas mandi aku terus sapukan Aloe Vera 100% Gel ni dan selama 5 saat jer muka kita akan rasa segar giler dan langsung tak berminyak. Sesuai sangat buat akak-akak dan makcik makcik yang tak sempat nak berbedak muka tu bila kat rumah. Senang jer, sapu gel ni muka terus nampak glowing alar-alar glow in the dark gitew dan paling penting kulit akan rasa lembap tapi langsung tak melekit. Bila cuci time nak amik wuduk tu, akan rasa seolah-olah korang baru lepas buat facial muka. Haaa, dah tak payah sesusah nak gi petik lidah buaya kat halaman rumah untuk facial muka. Nahhh! Kau ada masa ke nak gi petik lidah buaya semata-mata nak tenyeh buat facial muka sedangkan baju kau berbakul-bakul tak lipat lagi, pinggan mangkuk bertingkek-tingkek tak berbasuh lagi? Jadi dengan adanya Aloe Vera 100% Gel ni sangat-sangat memudahkan uolls nak jaga muka sebenarnya. So sebelum aku undur diri, meh nak ajar camne nak guna Aloe Vera 100% Gel ni.

Cara-cara nak gunakannya sangat-sangat mudah. 
1. Bersihkan muka anda dan lapkan dengan tuala sehingga kering.
2. Titikkan Aloe Vera 100% Gel ni pada dahi, kedua belah pipi, hidung dan dagu.
3. Ratakan Aloe Vera 100% Gel ini ke seluruh bahagian wajah.
4. Amalkan sebanyak 2 kali sehari selepas mandi.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk lain yang berasaskan Aloe Vera ni, boleh usyar http://www.amazon.com .
Okay, Selamat mencuba!


Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera 

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...