Monday, 27 July 2015

INI BLOG KE RESUME??

Assalamualaikum.

Kalau korang perasan kat blog aku ni ada 2 tabs aku letak LURVE ALOEVERA dengan ACHIEVEMENTS, rite? So ceritanya ialah, every time aku bukak blog sendiri dan tengok, mula lah mengomel sengsorang depan lappy. "Ini blog ke resume??" Hahaaa, mana tidaknya. Kalau tengok blog orang lain, banyak yang tulis CONTACT ME atau ABOUT ME je. Jarang sangat orang expose pasal achievements sendiri siap add on 1 new tab and list down everything kau pernah involve dan terima anugerah melainkan blog aku. Kahkahkah. Dan sudah pasti akan ada manusia kat luar sana kata aku nak show off gitew. Well hello? Blogger lain pun ada lah letak achievements memasing kat blog sendiri. Cuba korang perhatikan bebaik, kadang ada jugak dia orang selitkan published keratan akhbar atau majalah yang wartawan dah temu bual dia orang kat column sebelah kiri atau kanan blog kan. Atau memana rancangan TV yang pernah invite dia orang untuk jadi pelakon iklan atau host rancangan TV . Haaa, pencapaian semasa lah tu. Lol!

As for me kan, memang aku jadikan blog aku ni sebagai platform untuk orang kenal aku. It's a new type of resume for me, lol! Yeah cuba kau bayangkan, kau nak pergi interview untuk apply scholar atau nak further study atau nak apply kerja. Masa tu berbuku-buku sijil kau hangkut dari kampung dan resume siap spray minyak wangi dah macam nak bagi surat cinta kat juri. Pukul 8 pagi dah terpacak kat luar bangunan and confident jer kau masuk dewan interview dengan angka giliran yang ke 450. Kau hengat juri tu nak interview kau sorang jer ke? Tengok muka kau pun dia dah tak lalu masa tu sedangkan ketiak kau dah berlengas dari pagi duk menunggu giliran. Tiba-tiba kau punya resume, juri tu main belek acah-acah belek catalog jer. Pernah fikir atau terkena tak situasi macam tu?

So kalau awal-awal lagi kau dah persiapkan diri dengan achievements 10 jilid tu yang dimuat naikkan ke blog kau, atleast the day kau ditemu duga kau tak frust sangat dia orang just selak jer resume kau. And when it comes to the question , "tell me about yourself." ,dengan confident nya kau boleh jawab...I'M A BLOGGER. Seolah-olah title 'Blogger' tu dah macam satu award bagi kau even tak diiktiraf.  Siapa tahu kot juri tu nakkan kelainan maka dia mintak kau punya blog link and usyar apa kau tulis kan. Tup-tup depa terklik part ACHIEVEMENTS yang kau selitkan kat tab ni. Naaahh, orang lain interview 15 minit dah suruh keluar tapi sebab kau punya blog dah ada segalanya maka depa interview hang sejam. Sebab apa? Sebab banyak benda kau share kat blog and juri nak tahu semuanya dan personally kalau aku kat tempat korang masa tu, aku akan rasa peluang untuk aku berjaya dalam interview tu agak cerah berbanding calon lain yang 449 orang sebelum tu membawa resume yang sama. Yosh! Ini aku cakap berdasarkan pengalaman peribadi aku hokey.

Mungkin ada some of you guys akan gelak bila aku cakap macam tu. But be careful! Lecturer aku pernah cakap tau, mind our manners and words setiap kali kita update status di laman social. You know what, ada certain companies ni before hire orang untuk certain position, dia akan mintak Facebook orang yang hadir temuduga tu dulu. Cuba bayangkan kalau kat laman sosial like Instagram, Blog, Twitter, dan Facebook kau kucar lana upload gambar tak senonoh dengan kata-kata yang kurang menyenangkan, sikit-sikit kau maki orang carut sana sini then merungut mengeluh siang malam. Agak-agak dia orang nak tak hire somebody macam kau? Eyh no! Agak-agak kalau kau boss, kau nak tak hire pekerja banyak merungut macam tu? Of course tidak kan! Boleh lingkup business kau kalau workers kau duk canang company kau blar..blar..blar  kat laman sosial. Reputation yang kau bina selama 10 tahun serta merta musnah bagaikan banjir kilat yang melanda hari tu. Naaa. Ini reality bro! Kalau kau grad dengan first class degree pun tapi moral hancur, selamat tinggal lah. Aku pun kadang-kadang terbabas jugak duk update status mengarut, so tulisan ni sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak bila aku baca balik entry ni akan datang. =)


Jadi kesimpulannya tak salah selitkan blog kau ni resume. Siapa tahu tetiba ada millionaire mana terbaca blog kau pastu terus contact kau untuk bekerja dengan dia kan? hahaaa. Hambar lawak kau Aloevera woyt! Apa-apa pun mesej yang aku nak sampaikan dalam entry kali ni ialah, jom jadi creative! Asalkan niat kat hati tu bukan nak menunjuk, so abaikan apa orang nak mengata pasal kita okay. Peace! TAKE TIME TO ENJOY THE SIMPLE THINGS IN LIFE. =)

Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera


2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...