Monday, 27 July 2015

LANGKAH PERTAMA SEBELUM MENJADI SEORANG BLOGGER

Assalamualaikum.

Ramai pulak duk pm aku tanya macam mana nak create blog. Adehhh, sejujurnya blog ni wujud pun secara tidak sengaja. Rasanya ini dah masuk kali ke berapa puluh ribu aku bagitahu orang yang aku mula blogging ni pun sebab lecturer aku yang suruh buat blog untuk siapkan assignment masa tu. Sumpah masa tu terkial-kial aku klik sana sini. Ada instructions berderet-deret pun haram aku tak paham apa dia tulis. Tak cukup google website, aku pi carikkan kat youtube. Sampai sekarang kalau aku jumpa blog sesape yang layout dia cantik dan aku tak jumpa jawapannya kat setting, maka aku terus gi cari kat Youtube. Habis citer. Hahaaa. Bukan aku lahir-lahir terus pandai bijaksana tahu setup blog ni. That's why bila tiap kali orang tanya, macam mana nak create blog, aku dah sasau jap. Apa aku nak jawab? Kang tak reply kau kata aku ni sombong, nanti reply jawab "you kena explore sendiri" terus korang tarik muka sama aku. Huh! So eloklah aku buat entry step by step nak create blog ni camne okay?

Jadi langkah pertama sebelum you guys nak jadi seorang blogger ni adalah, rajin-rajinlah korang ni BLOGWALKING. Blogwalking ni ialah korang tengok dulu camne bloggeriti hebat-hebat ni punya penulisan, layout, setting dan sebagainya. Paling penting, entry yang dia orang tampilkan tu. Kalau korang create blog sebab nak tulis pasal gossip artist, bash orang sana sini, from awal post sampai lah the latest entry tulis pasal diri sendiri. Ouh maaf lah. Aku memang tak singgah blog-blog macam ni. Unless you guys write something useful for me. For example, even korang update pasal produk Old Town White Coffee pun aku akan baca asalkan korang tulis lah few things like the price ke, benefits daripada produk tu and so on lah.

Buat yang first time atau jarang-jarang usyar blog orang ni tapi tetiba terklik blog aku terus rasa berkobar-kobar semangat nak jadi blogger tu, hah meh aku sertakan beberapa screenshot daripada Instagram dan link blogger-blogger hebat yang memang wajib aku stalk kalau ada masa lapang. Heee. Kantoy! =D

honeykoyuki.blogspot.com
Untuk pengetahuan semua, aku ni dulu pun bukan suka sangat usyar blog orang. Tapi nak dijadikan citer, blog pertama yang aku kenal ialah honeykoyuki.blogspot.com . Itupun kawan aku masa first week kat matrikulasi Pahang tahun 2012 dulu yang kenalkan. And bila aku go through entry-entry Fatin Liyana ni, terus aku rasa nak stalk hehari. Nampak tak dia punya aura dan pengaruh tu macam mana? Tak percaya cubalah korang klik link honeykoyuki.blogspot.com ni dan baca entry lelama sebelum FL ni kawin dulu. She's so alive and friendly okay? Sampai sekarang aku jadikan FL ni reference untuk blog aku dan FL jugak merupakan mentor aku untuk terus berblogging. Aku memang damn admirer giler dengan FL. Entry paling aku suka ialah part dia pi melancong. Bukan tulis kosong "Ouh inilah percutian saya!" . NO! Dalam blog tu dia siap ajar apa patut kita buat sebelum keluar melancong, masa melancong nak bawak apa dan macam-macam lagi lah. Now alhamdulillah FL dah berumah tangga dan tahniah AF  (FL's husband) sebab berjaya menghasilkan satu lagi karya barunya yang bertajuk tribulasi 365 hari. Nak jadi penulis blog ni bukan senang bang. Kena bersedia dengan kerenah fans and silent haters yang tak kita duga. Yeah, sis pernah jugak kena bash dulu masa sis berkempen nak Pilihan Raya kampus UPM kat blog sendiri. 2 minggu kot aku mental breakdown, hidup macam zombi siang malam pikir pasal komen anonymous tuh. lol! Last last aku delete jer komen tu dan move on. Hahaa. Syukur mujurlah aku masih ada kawan-kawan yang supportive dan berbantukan blog FL ni jugak aku gain balik my strength to become a blogger. sayang FL! =D

nameeroslan.blogspot.com
Okay next, aku nak kenalkan ni dia blogger yang cun lagi meletops okay. Nama akak kita ni Nameerah Roslan kalau tak silap. Memula aku jumpa blog namee roslan ni pun daripada majalah apa tah lupa pulak aku. Hah, terus aku pi Google tengok blog dia. Memula baca tu agak awkward lah sebab kak namee ni dah kahwen anak dua, so banyak entry yang dia share pasal isu anak dan suami. Tapi bila lelama aku baca, rasa kagum pulak dengan dia. Macam mana dia manage diri, anak-anak dan suami , kerjaya and at the same time, hampir setiap hari kot kak Namee ni update blog dia. Memang giler produktif lah hidup dia ni. Tu yang buat aku selalu pikir agak-agak macam mana lah life aku lepas kawen nanti, tah sempat tidak update blog. Hahaa. So come visit blog kak Namee ni via nameeroslan.blogspot.com . Especially girls yang suka dengan fashion dan kecantikan ni, blog nameeroslan.blogspot.com ni memang banyak maklumat yang boleh korang gali. Heehee.

www.lelakigeek.com
Okay, come i kenalkan blogger lelaki pulak. Asik blogger perempuan jer kan. Nah abam Fiq Fikri Ahmad kita. Dia ni photographer wedding taw? So sesape yang tercari-cari photographer untuk wedding sedara-mara atau kengkawan tu, bolehlah cari abam Fiq nih. Dah..Dah, jangan tenung lelama gambar dia. Kacak lagi bergaya gitew. Tapi siapa sangka abam Fiq ni pun pandai menulis jugak. Meh lah usyar www.lelakigeek.com dan jangan lepaskan peluang bila setiap kali photographer hebat ni buat promotion taw! Btw abam Fiq, saie suka kucing abam tu. Comel dah macam Garfield. Selalu tengok kat Instagram dia. Choiii! Aku stalk kucing okay, bukan tuan dia. lol! =P

inibelogsaya.blogspot.com
Okay siapa tak kenal kak Hanis Zalikha ni memang kau ketinggalan zaman lah weyh. Hahaaa, Keknis  ni dulu seorang blogger jugak. Tapi dah lama dia tak update blog, busy kerja dan rumahtangga mungkin. Tapi entry-entry lama yang Keknis ni tulis, ouh power! Entry paling aku suka ialah TAAT PADA BOYFRIEND . Memang tergelak aku baca dan tipulah kalau tak sentap lepas baca tu. Teringat den masa zaman-zaman kanak-kanak riang bercinta monyet dulu. Kahkahkah. Berminat nak usyar, boleh klik inibelogsaya.blogspot.com . 

Hah amacam? Kalau first timer yang kenal blogger-blogger ni mesti terkezut kan tengok followers and blog viewers dia orang? Nah, blogging ni bukan main setahun 2 create then terus meletops tau! Unless kau ni before jadi blogger mungkin seorang tokoh mahasiswa ke, international musician ke atau usahawan kuih samperit yang berjaya kan. Baru update satu entry viewers dah cecah 50k. Haahaa, screenshot statistic overview then pm aku kalau benda ni berlaku kat korang yang first timer. Aku nak pi menuntut ilmu marketing daripada korang. Bukan apa, nak promote blog sendiri kat Instagram @faizdickievp kang malu kan, sebab aku bukan niaga jual bedak sejuk ke apa tetiba nak Faiz Dickie promote blog aku. Free-free jer kena hamun dengan fans #villagepeople dia. LOL! 

Hihi. So antara site yang boleh korang usyar-usyar untuk blogwalking lagi ialah, cikepal06.blogspot.com , irinenadia.blogspot.com , atau kupukupukecik.blogspot.com . Actually banyak lagi blog-blog lain yang boleh korang usyar, tapi kena ringan-ringankan lah jari tu pi Google sat kan. Hee. 

lurvealoevera.blogspot.com
Jadi mesej yang aku nak sampaikan dalam entry kali ni adalah, jangan terburu-buru nak jadi blogger kalau korang ni bukan kaki stalker. Hiks! Tujuan blogwalking ni ialah nak korang celik akal dan mata sikit, tengok macam mana blogger-blogger hebat Malaysia ni punya penulisan, pengisian, daya tarikan, template, setting dan sebagainya. Dah ramai blogger-blogger kat Malaysia ni dipanggil untuk ditemu ramah, jadi pelakon iklan, pelakon filem, penulis buku, model dan photographer. Siapa tahu one day bila korang dah lama menapak dalam dunia blogging ni 1 Malaysia dah kenal tup-tup dapat call offer kau jadi duta Qu Puteh pulak kan? Rezeki Allah yang tentukan, maka berusahalah. 
Ceh! Sibuk nak promote Instagram sendiri. =D

-SEMOGA BERMANFAAT-


Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...