Monday, 27 July 2015

UCAPAN RAYA DARI #LurveAloevera

Assalamualaikum.

Ouh hye readers! Maaf lah dah sebulan aku tak update apa-apa entry baru. Puasa pun dah habis sebulan dan raya pun dah nak masuk minggu ketiga. It's okay, raya kan sebulan. Heee, so sempat lagi kot nak menggediks buat ucapan raya macam blogger -blogger lain. Miaow! =D

Jadi sempena bulan yang baik ni, aku nak susun 10 jari memohon kemaafan daripada semua yang mengenali diri ini okay. Mungkin ada yang dah sedar bahawasanya aku ni bukanlah baik sangat pun sebenarnya. Kikiki. Kadang ada masa gurauannya itu agak kasar, percakapannya itu agak lepas dan tingkahlaku ni agak menjengkelkan. Phewww~ Maafkan akak yea? Akak ni manusia biasa jer deq. Huhu. So aku doakan agar semua yang membaca entry ringkas kali ni hidup dalam keberkatan dan bahagia bersama yang tersayang, amin. =)

lurvealoevera.blogspot.com

Ouh yea! Aku jugak nak amik kesempatan ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir ke open house kediaman kami semalam. Meriah sangat sampai tak menang tangan aku dibuatnya. Gambar tetamu pun tak sempat nak snap, aduih rugi amait! Untuk makluman, jamuan kami ni buat kecil-kecilan jer okay. Menu kami pun simple-simple je lah. Mi kari , bihun sup, bakso special, fan fries, kuih raya, dan puding roti. Haaaa, amacam? Pabila mak aku conquer dapur maka inilah menu pilihannya. Tapi kalau aku yang conquer dapur, huh! Memang semua makan fast food lah citer dia kan. Hahaha. So jangan nak bersedih sangat sampai bash blog aku sebab aku tak jemput korang datang rumah yea since yang dapat invitation pun cuma kenalan lama dalam Whatsapp group, orang-orang masjid dan kenalan rapat mama abah jer. Hahaa, tapi nanti kalau aku buat kenduri sendiri, in shaa Allah aku jemput para pembaca blog yang aku kenal okay? Nak jemput semua memang aku tak mampu lah citer dia kan. Bayar motor pun mintak bapak aku tolong payungkan, ada hati nak buat kenduri sendiri. Cehh!

Dah alang-alang aku update blog ni aku nak berterima kasih jugak lah kepada kengkawan lama yang sudi datang beraya ke rumah dan kepada yang sudi hantar ucapan hari raya via facebook, instagram, whatsapp dan wechat sebelum-sebelum ni. Tahun ni Aidilfitri bagi aku agak hambar, tapi syukurlah masih ada yang ingat kat kita kan. Salam Aidilfitri buat semua, maaf zahir batin yea. =)


Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...