Thursday, 17 September 2015

PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL, IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Assalamualaikum.

Masa cuti semester 3 bulan baru ni, hari-hari aku stalk food Instagram especially yang upload gambar dessert cecantik. Yang paling tertarik aku rasa pancake lah, atau village people cakap 'lempeng' . Hahaaaa. So pernah jugak terfikir nak beli tepung banana pancake hari tu then buat sendiri, tapi macam tak berapa yakin jer yang hasil aku dapat nanti akan secantik macam pancake dalam gambar pada kotak tepung tu. Makanya last week Encik tinggi bawak aku rasa lempeng gorgeous tu di Pancake House, Ioi putrajaya. Weeee!

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

See? Tengok dalam buku menu tu, cantik giler kan pancake dia? Macam tu jugak lah yang aku tengok kat kotak tepung pancake masa cuti hari tu. Actually aku dah tak teringat pun nak makan pancake tu sebenarnya, tapi tetiba keluar date dengan Encik Tinggi hari tu dia tanya aku nak makan apa. So i said nak makan makanan manis-manis jer. Terus dia ajak singgah Pancake House. Okay, nice! Dia memang peka dengan tekak aku. Kahkahkah. 


 MENU
lurvealoevera.blogspot.com

 So, untuk menu pancake sahaja dah bermuka surat dalam tu. Macam-macam perisa dan macam-macam harga yang tertera. Bila aku tengok menu and gambar dalam tu, rasa macam nak order semua. Hahah. Giler tamak! Tapi aku nasihatkan, kalau nak datang Pancake House ni better bawak partner supaya boleh share dua. Bukan soal mampu bayar or not, tapi portion makanan dia seriously banyak. Besides kalau korang jenis tahan manis , it's okay. Tapi kalau skala kemanisan lidah korang tu setakat so-so jer, i suggest datang berdua or bertiga lah sebab makan sesuap mesti teguk air masak yang lebih. Hahaa.

Di Pancake House ni ada 5 kategori menu, which are Hearty Sets, Pancakes, Waffles, Entree, Drinks and Dessert. Kalau rasa nak try breakfast di sini, you can choose either ala carte or sets lah. Haaa, antara yang menarik dalam breakfast set ni adalah french toast, country breakfast, panwich, chicken strips and cheese medley and classic country medley. Lagi best semua set sarapan pagi ni didatangkan bersama teh atau kopi. Amacam?

lurvealoevera.blogspot.com
PANCAKE BLUEBERRY 3PCS
PRICE: RM16.89

lurvealoevera.blogspot.com
Okay see? Encik Tinggi suggest aku amik pancake blueberry 3 pieces ni sepinggan sahaja sebab aku baru makan setengah keping dah stop. Sengal! Tadi bukan main dia yang excited nak makan pancake, sekali dah jamah hareemmm manis gilos! 

Overall pancake dengan blueberry dia actually tak manis sangat, yang buat aku tak keruan tu adalah madu yang dia letak dalam mini jug tu.Titis sikit jer tapi manis dia lagi manis daripada Magnum. Yang butter kat atas tu aku suka sebab dia macam ais krim. Heheee. Nampak tak texture pancake tu macam mana? Macam sponge jer, tapi kalau disumbatnya 3 keping terus memang mual lah kak oyt.


lurvealoevera.blogspot.com
Selain pancake blueberry yang macam aku makan ni, kat Pancake House ni ada banyak lagi jenis pancake yang sedap. For Pancake categories, they have:
- Classic pancake
- Cheese pancake
- Corn pancake
- Chocolate Chip pancake
- Walnut pancake
- Chocolate marble pancake
- Banana pancake
- Mango pancake
- Peach pancake
- Caramel banana walnut pancake

So daripada korang asyik makan kek jer, why not try something new like pancake ni? Perisa dia provide pun dah macam cake aku tengok. Kalau korang search www.pancakehouseinternational.com.my ni, siap ada menu Pastas, Soups, Salads, Western selections, and Sandwiches. Dah macam one stop center right? Besides dia jugak ada dessert yang dibuat daripada shaved ice with milk, sweet corn kernels, yellow sweet potato, sweetened banana, fresh jack fruit strips, and topped with home made custard. Wow! Next time datang Pancake House kena cuba ni! 

INTERIOR
lurvealoevera.blogspot.com
Dari segi hiasan dalaman pulak, very nice and comfortable. For me, hiasan dinding dia tak terlalu crowded and lighting dia pulak kuning. So sesuai sangat lah kalau nak create any date yang alar-alar romantik sikit kan. Miaow! >_< So you guys boleh pilih either nak seat kat tepi tingkap makan pancake sambil tengok pemandangan luar Ioi ke, atau seat yang comel-comel ataupun sofa. Muzik dalam ni pun tak bingit sangat . Kalau nak release stress boleh lah datang sini .

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com


lurvealoevera.blogspot.com


LOCATION 
Selain korang boleh jumpa Pancake House ni di Ioi City Mall, Putrajaya, korang pun boleh cuba usyar-usyar di:
- Ioi City Mall, Putrajaya
- Midvalley Mega Mall, Kuala Lumpur
- Paradigm Mall, Selangor
- Mall of Medini, Johor
lurvealoevera.blogspot.com


CONTACT
lurvealoevera.blogspot.com

So how? Mesti teringin nak rasa suasana dalam Pancake House ni macam mana kan? So for any information about pancake house, you can visit their website www.pancakehouseinternational.com.my . For feedback and customer service enquiries, kindly call or sms Pancake House International: 012-2957230 or 012-5388029



Thank You for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Tuesday, 15 September 2015

APAM BALIK FAIZ WORLD

Assalamualaikum.

Anyone suka makan apam balik kat sini? Okay, entry kali nih aku nak tolong promote sikit business senior zaman sekolah aku dulu, APAM BALIK FAIZ WORLD yang makin hari makin meletops kau! All this while whenever aku ada event pengakap sekali dengan Faiz ni, dia akan sponsor apam balik dia yang totally sedap. Seriously i tak tipu. So most of the time APAM BALIK FAIZ WORLD ni akan beroperasi di kawasan sekitar Petaling Jaya dan Temerloh.

lurvealoevera.blogspot.com
Ini lah dia, founder of APAM BALIK FAIZ WORLD. Amacam? Siap dengan uniform chef dia lagi kan buat apam balik. Untuk pengetahuan korang semua, abam Faiz kita ni besides buat business kecil-kecilan di Petaling Jaya sana, dia juga ambil tempahan untuk buat apam balik for wedding, special occasions and jamuan-jamuan lain lah. Why I recommend you untuk tempah APAM BALIK FAIZ WORLD ni? Seikhlas dari hati aku nak bagitahu, apam balik dia memang sedap giler, kurang manis dan rangup! Memang sesuai sangat untuk korang yang nak jaga kesihatan macam aku. Plus, harga dia jugak berpatutan kalau korang datang dan beli di gerai mereka. Hahaa.


APAKAH KEISTIMEWAAN APAM BALIK FAIZ WORLD?
So, you guys mesti wonder kan. Apa yang best sangat dengan APAM BALIK FAIZ WORLD ni? Well, for your information, usually apam balik kat luar kita beli dia guna kekacang, right? So APAM BALIK FAIZ WORLD ni resepi istimewanya adalah dia menggantikan kekacang dengan Nestum. So kalau sesiapa yang ada masalah jerawat teruk, allergic, asthma dan penyakit-penyakit yang memerlukan penjagaan makanan yang khusus melibatkan kekacang, don't worry! APAM BALIK FAIZ WORLD adalah pilihan terbaik buat anda! Phewiit!

lurvealoevera.blogspot.com
See? Meet partner abam Faiz kita, Junaidi Ramli. Abam Faiz dengan abam Junaidi ni dah travel merata-rata taw dengan APAM BALIK FAIZ WORLD ni. So ceritanya adalah, masa semester break 3 bulan hari tu aku pun gigih lah pergi menuntut ilmu perniagaan apam balik dengan dia orang sementara kami masih di Pahang. Siap beruniform pengakap yang tak lengkap ni haa aku tolong depa jadi pelaris apam balik. Mimih. Masa ni aku dekat Jambori Pengakap Pahang di Taman Pertanian Jubli Perak di Kuantan, Pahang handle satu majlis Persaudaraan Pengakap Raja Pahang bersama Dato' Lias. So after jamuan tu, maka kami pun mencari alternatif untuk menjual apam balik ni kepada peserta jambori ni. Bijak tak? kikiki... =D

lurvealoevera.blogspot.com
Aku tahu cuti 3 bulan aku gemuk, mohon jangan mention. Hahaa. Masa ni lah aku apply segala ilmu psikologi dan business hak tak seberapa yang aku belajar kat unibersiti tu untuk attract bebudak datang beli apam balik kami. Seriously kalau sesiapa yang pernah rasa APAM BALIK FAIZ WORLD ni boleh tanya dia orang punya komen, memang lepas beli akan datang semula gerai kami untuk beli lagi. Heee. Harga every pieces adalah 50 sen sahaja. Tapi kalau beli 6 pieces bersamaan RM3.00, you guys akan dapat percuma 1 piece. So means total 7 pieces. Amacam? Memula customers yang datang banyak nya takut-takut untuk membeli banyak. So i keep promote kat dia orang then siap bagitahu dia orang akan rugi kalau beli just sekeping dua sebab apam balik ni sedap and lagi menarik bila ada promotion. First impression customer biasanya akan ignore jer apa aku cakap ibarat mencurah air di atas daun keladi. It's okay. But then bila dah sekali makan, ramai yang datang gerai kami semula untuk beli lebih banyak. Bravo! Power tak ayat aku kat dia orang sampai datang semula? Lol!

Jadi dah alang-alang aku nak cari pengalaman, aku pun mintak lah partner member APAM BALIK FAIZ WORLD ni untuk ajar aku cara-cara nak buat apam balik. Heee. Awal-awal aku nak cakap, resepi adalah RAHSIA. Even aku sendiri yang mintak resepi nak try buat kat rumah pun dia orang tak bagi. Bukan soal kedekut, tapi untuk menjaga kualiti rasa dan jenama mereka sendiri tu lah yang dia orang rahsiakan. 

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT APAM BALIK:

lurvealoevera.blogspot.com
1. Mula-mula, panaskan kuali apam balik mini ni dengan api yang sederhana.

lurvealoevera.blogspot.com
2. Sebelum curahkan bancuhan di atas kuali apam balik, adunan terlebih dahulu dikacau untuk mendapatkan bancuhan tepung yang sebati.

lurvealoevera.blogspot.com
3. Sediakan gula pasir dan nestum. 

lurvealoevera.blogspot.com
4. Curahkan bancuhan tepung ke atas acuan apam balik dan kawal api dapur. Kemudian letakkan gula dan nestum di atas tepung yang sedang menggaring. 

lurvealoevera.blogspot.com
5. Bancuhkan jagung bersama mentega yang dicairkan supaya sebati. Kemudian, letakkan campuran jagung tersebut di atas apam balik yang sedang masak.

lurvealoevera.blogspot.com

Disebabkan aku leka bersembang bertanyakan sale, promotion dan resepi APAM BALIK FAIZ WORLD ni, maka inilah hasilnya apam balik hangus yang aku dapat. Haahaa. Lol! Tak kesah lah hangus ke rentung ke, apa-apa pun aku tetap bangga dengan diri sendiri sebab dapat belajar cara-cara membuat apam balik. Seriously buat apam balik ni bukan mudah rupanya. Like we used to say, "PRACTICE MAKES PERFECT", rite? Kalau first timer macam aku ni terkial-kial nak control api, nak lipat apam balik dah masak tu and panas-panas tu angkat then susun kat rak while that time customer kau dah beratur panjang macam nak mintak signature kau, sumpah nervous! Tapi berdasarkan keterangan daripada abam Faiz dan abam Junaidi kita ni, awal-awal belajar memang macam ni. Tapi time by time, tangan pun dah jadi kebal pegang apam balik panas-panas tu susun pada rak.

lurvealoevera.blogspot.com

Sebagai pengakhiran, kepada sesiapa yang berminat nak membuat sebarang tempahan APAM BALIK FAIZ WORLD ni, boleh lah hubungi Encik Faiz Shahidan di talian 011-23214876 atau facebook https://www.facebook.com/apambalikfaizworld untuk keterangan lebih lanjut. 



Thank you for reading!
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...